To the backyard. Jawab Nadhirah pendek.
Again
Yeah. Ill be back before dark.
Do you want to bring some food I can pack something for you.
Its okay. I already prepared something. Oh, you dont need to prepare my dinner tonight.
Okay then. Take care!
Thanks Rattana. Ill be back soon.
Mereka saling berbalas lambai tangan. Sebaik sahaja selesai sesi persekolahan sebelah petang, Nadhirah ambil keputusan untuk keluar bersiar-siar sendirian dikawasan landai berdekatan dengan tempat tinggalnya. Dia mahu melihat matahari terbenam pada hari ini. Sejak Nadhirah memilih untuk lari daripada Faliq Helmi, dia membawa diri ke sini.
Mongolia merupakan sebuah negara yang langsung tidak pernah tercatat dalam senarai tempat yang ingin dikunjunginya. Dia sengaja memilih untuk membawa diri ke negara ini kerana tidak mahu dijejaki oleh Faliq.
Setelah apa yang dilakukannya di Malaysia, dia enggan lagi berdepan dengan lelaki ini. Hati perempuannya merasa begitu kerdil apabila sebahagian cebisan rasa dan rahsia yang selama ini kemas tersimpan daripada pengetahuan Faliq akhirnya tersibak luas.
Entah kenapa, Nadhirah benci apabila mengingatkan hakikat bahawa Faliq sudah tahu semua rahsia hidupnya. Mungkin kerana cinta, mungkin kerana rasa terhina atau mungkin kerana rasa rendah diri, Nadhirah lebih rela melarikan diri daripada perlu berdepan dengan Faliq sekali lagi.
Masih terbayang jelas di matanya riak wajah Faliq yang memandangnya tanpa berkelip mungkin kerana terlalu terkejut. Seluruh dunia boleh memandang sinis padanya, menawarkan simpati padanya mahu pun mencerca dia, tapi bukan Faliq. Bukan Faliq. NADHIRAH TIDAK SANGGUP!!!
Nadhirah menghabiskan masanya sebagai sukarelawan di beberapa tempat lain dan sekarang ini dia bertugas sebagai guru yang mengajar subjek Bahasa Inggeris kepada anak-anak kecil jauh di kawasan pedalaman Mongolia iaitu di wilayah Bayankhongor.
Bayankhongor merupakan salah satu wilayah yang masih lagi ketinggalan dari segi pembangunan. Ratarata penduduk di sini merupakan para pengembala ternakan seperti kuda, bebiri, yak, lembu dan hanya segelintir sahaja yang menjadi petani secara kecilkecilan. Wilayah ini sememangnya terletak jauh dari ibu negara Mongolia iaitu kira-kira 506km dari Ulan Bator. Manakala pekan terdekat iaitu Erdenetsogt pula terletak kira-kira 30km dari wilayah ini.
Disebabkan kehidupan nomad penduduk sekitar, mereka hanya tinggal di dalam sebuah khemah yang dipanggil ger. Khemah-khemah dan peralatan yang boleh mencecah dua ratus kilogram ini dibawa setiap kali mereka berpindah tempat.
Kehidupan nomad yang diamalkan menyebabkan ramai kanak-kanak tercicir daripada persekolahan. Malah, mereka amat jarang mendapatkan khidmat kesihatan sehingga mengakibatkan ramai yang mati kerana gagal dirawat. Di atas kesedaran berkenaan organisasi yang disertai Nadhirah iaitu World Care telah bertindak mewujudkan sebuah sekolah di situ.
Sekolah yang berjaya dibina menerima kanakkanak yang datang dari serata pelusuk Bayankhongor. Disebabkan faktor itulah, sebuah asrama turut diwujudkan. Nadhirah berserta rakan-rakan sukarelawannya yang lain turut sama membantu menjaga kanak-kanak yang tinggal di asrama. Hubungan yang akrab terbina menyebabkan Nadhirah jatuh hati dengan anak-anak ini. Tiada langsung niat dihatinya mahu pulang ke Malaysia. Dia mahu tinggal di sini selamanya.
Berbeza dengan sekolah-sekolah yang biasa ada di Malaysia, sekolah ini ada banyak perbezaannya. Ia dibina di atas sebidang tanah tidak bertuan, cuma berdindingkan kayu kayan bukan konkrit, hanya mempunyai dua buah kelas dengan 25 orang pelajar, tiada pagar, tiada pengawal keselamatan yang bertugas, tiada elektrik malah bekalan air juga terhad. Kanak-kanak di sekolah ini juga kadangkala terpaksa berkongsi padang dengan haiwan gembalaan penduduk sekitar.
Nadhirah masih ingat dengan jelas, dia seakanakan tersesat dalam imaginasinya sendiri pada kali pertama menjejakkan kaki ke Ulan Bator. Ulan Bator amat berbeza dengan apa yang dibayangkan Nadhirah. Keadaannya jauh berbeza daripada Kuala Lumpur. Terlalu jauh berbeza namun layanan mesra yang diperoleh mampu membuatkan hatinya terpaut.
Ulan Bator disenaraikan sebagai ibu negara terdingin didunia dek kerana kedudukannya yang berada begitu tinggi iaitu 1350 meter dari aras laut. Negeri ini mengalami musim dingin lebih panjang berbanding musim panas. Disebabkan keadaan cuaca permafrost begini, segala bentuk pembangunan begitu sukar untuk dilaksanakan. Dalam kata lain, keadaan cuaca ekstrem begini adalah salah satu punca kelembapan ekonomi Mongolia.
Setelah hampir 5 bulan berkhidmat secara sukarela dengan badan kebajikan World Care, Nadhirah jatuh cinta dengan negara ini. Negara yang masih lagi bertatih untuk terus membangun, berjaya memikat hatinya.
Wajah kanak-kanak Mongolia yang mempunyai kulit putih, pipi gebu kemerah merahan benar-benar menawan hatinya. Wajah riang mereka yang masih boleh tersenyum tatkala dihimpit kemiskinan benarbenar menginsafkan. Mereka hidup dengan serba kekurangan namun hanya Allah yang tahu betapa mereka bermurah hati. Sekeping roti tetap juga akan dibahagi untuk meringankan beban masing-masing.
Dengan keadaan begitu daif dan sukar, rata-rata penduduk di negara ini amat tabah. Mereka menjalani kehidupan seharian dengan penuh usaha dan rasa syukur. Senyuman dibibir tidak pernah lekang malah layanan yang mereka berikan pada tetamu seperti Nadhirah amat mesra dan ramah.
Di sinilah Nadhirah membawa diri, belajar untuk melupakan segala-galanya. Mongolia mengajarnya banyak benda. Dia belajar untuk lebih bersyukur dengan apa yang ada, belajar untuk tidur dengan hanya berbantalkan lengan, belajar untuk tidur di dalam gelap malam tanpa bekalan elektrik mahupun air, hidup dalam keadaan cuaca ekstrim yang kadangkala terlalu dingin, belajar untuk diajar tentang kehidupan orang lain yang jauh lebih sukar dan tragis daripada kehidupannya yang dahulu. Mongolia mengajarnya banyak benda. Mengajarnya erti syukur.
Cantiknya! Nadhirah mencuci mata. Tapak tangannya terasa seperti hampir beku sahaja. Kebas dan dingin.
Thermos yang berisi teh panas sengaja digenggam kuat bagi memanaskan tangannya. Musim panas di sini berbeza dengan Malaysia. Suhu kira-kira negatif 13 darjah celcius sudah dianggap cukup panas oleh penduduk di sini.
Mereka boleh bersiar-siar di luar dengan hanya memakai baju sejuk tanpa penutup kepala dan sarung tangan manakala Nadhirah pula masih terpaksa menyarung berlapis-lapis pakaian kerana tidak tahan dengan kesejukan yang melanda. Dia bukan setakat cuba menyejukkan diri dengan pakaian tebal malah dia boleh dikira sebagai membungkus diri dari hujung kaki hingga ke hujung kepala.
Walaupun sudah berpuluh kali berada di sini, mata tetap tidak puas memandang. Langkah kaki telah membawa dia ke kawasan padang ragut yang begitu luas dibelakang sekolah. Dada langit sudahpun mulai kekuningan. Ada beberapa ekor kuda liar dan kambing biri-biri gembalaan penduduk sekitar turut kelihatan sedang meragut rumput di situ.
Tumbuhan-tumbuhan renek yang dilitupi rintikrintik salju dikawasan sekitar menjadikan tempat ini kelihatan seolah-olah seperti satu hamparan permaidani berwarna putih.
Nadhirah kemudiannya menghamparkan tikar yang dibawanya dibawah sepohon pokok pear yang sedang berbuah. Sebakul makanan berisi sandwich tuna, dan sebiji thermos berisi teh susu Mongolia yang lebih dikenali dengan nama Suute Tsai diletakkan di tengah-tengah. Itulah menu makan malamnya hari ini. Walaupun nampak ringkas, Nadhirah boleh dikira bertuah kerana di sini masih ramai yang tidur dengan perut kosong sahaja.
Setelah selesai menyiapkan tempat untuk dia menikmati keindahan matahari terbenam, Nadhirah menjengketkan kakinya untuk mencapai dua biji buah pear yang kelihatan sudah matang. Buah berkenaan kemudiannya dicuci di tepian sebatang sungai kecil. Kedinginan air sungai ini menyebabkan jari jemari Nadhirah terasa sedikit kebas.
Anak sungai ini sering menjadi tempat persinggahannya. Walaupun keadaannya masih lagi sedikit beku namun masih ada air yang mengalir perlahan disungai ini. Deruan lembut air yang mengalir ke hulu turut dihiasi dengan batu-batu kecil begitu menenangkan jiwanya.
Nadhirah menemui ketenangannya di sebuah negara yang selama ini begitu asing padanya. Inilah kali pertama di dalam hidupnya dia merasa begitu tenang. Tiada lagi dendam, tiada lagi tangisan, tiada lagi kebencian yang bersarang dihati. Dia tidak perlu lagi menjadi hamba pada kenangan silam yang selama ini merantai kaki tangannya.
Tak nak kongsi dengan saya sikit ke Tegur seorang lelaki.
Tak.. Tak mungkin. Takkan lah Mendengarkan suara berkenaan, Nadhirah mematungkan diri. Semua ini mimpi, Nadhirah!
Awak... tak kasihankan saya ke
Nadhirah jadi panik sendiri. Dia tidak tahu di mana mahu berlari untuk bersembunyi. Tak perlu rasanya untuk dia memalingkan muka kerana dia tahu siapa gerangan yang berada dibelakangnya.
Intonasi suara itu sering didengarinya, gaya bahasanya yang selamba. Dia tahu siapa pemilik suara yang menegurnya itu. Biarpun 10 tahun terpisah, Nadhirah pasti yang dia tahu siapa yang menegurnya tadi. Dia kenal pemilik suara berkenaan.
Saya lapar. Dah 6 hari saya cari awak serata Mongolia. Dari Ulan Bator sampai ke Nalaikh, pergi ke Terelj, Wilayah Khovsgol. Semua saya terjah. Tinggal Gurun Gobi sahaja lagi yang saya belum geledah. Akhirnya saya temui awak di sini. Faliq meneliti respon Nadhirah.
Nadhirah masih cuba menangkis perasaan rindunya pada lelaki yang sedang bercerita dengannya saat ini.
Dahlah bahasanya, langsung saya tak faham sepatah pun! Lepas tu terbelit-belit pula lidah saya nak menyebut semua nama tempat ni. Tambahnya lagi bagi menarik perhatian Nadhirah untuk memandangnya.
Dek kerana reaksi beku Nadhirah, Faliq kemudiannya mengatur langkah bagi mencari seraut wajah Nadhirah yang begitu dirinduinya. Dia tahu Nadhirah mendengar suaranya. Mungkin kerana itulah Nadhirah enggan berpaling.
Walaupun penat dia tetap gembira. Senyumannya tidak lekang dari bibir sebaik sahaja dia berjaya mengesan kedudukan Nadhirah. Mujurlah dia terserempak dengan sekumpulan sukarelawan dari World Care di Khovsgol yang memberitahunya akan keberadaan Nadhirah di Bayankhongor.
Mereka membantunya mendapatkan juru pandu arah hingga akhirnya Faliq berjaya sampai ke sini sebelum waktu malam. Adalah sukar untuk sampai ke kawasan ini pada waktu malam memandangkan keadaan jalan yang daif dan gelap.
Awak tak nak ajak saya makan sekali ke Faliq bertanya lagi memandangkan Nadhirah masih belum memberikan sebarang reaksi.
Kenapa saya nak kena ajak awak Nadhirah memalingkan badannya daripada berhadapan dengan Faliq walaupun dia sedar yang dia sudah tiada pilihan.
Saya dengar banyak cerita tentang orang-orang di sini. Katanya, sebiji kacang pun dia orang boleh kongsi. Saya belum jamah apa-apa pun lagi hari ni. Takkan awak tak nak kongsi sikit dengan saya Umpan Faliq.
Kenapa tak makan
Susah nak sesuaikan diri dengan cepat di tempat ini. Nak cari air pun susah. Dekat mana nak cari makanan halal pun saya tak tahu.
Nah, makanlah. Sebiji buah pear dan sekeping sandwich yang dibawanya disuakan kepada Faliq.
Terima kasih awak! Faliq menyambutnya dengan wajah ceria.
Lain kali, bawalah sebungkus mee segera dekat dalam beg tu. Nadhirah masih memakukan pandangannya pada dada langit yang semakin kelihatan berwarna jingga.
Noted. Faliq tersengih sendiri. Dia melayan diri sendiri dengan mengambil tempat di sisi Nadhirah.
Macam mana boleh ada dekat sini Nadhirah bertanya sambil mereka berdua duduk memandang matahari yang sedang terbenam.
Cari kekasih saya.
Jawapan yang diberikan Faliq membuatkan Nadhirah memalingkan wajahnya. Rasa seperti mahu ditelan sahaja lelaki yang sedang selamba memerhatikannya atas bawah.
Dia ke mana Nadhirah kemudiannya bertanya semula. Dia seakan-akan turut bermain kata-kata dengan Faliq.
Dia larikan diri dah 5 bulan. Jawab Faliq sambil mengunyah buah pear yang diberikan Nadhirah.
Kenapa tunggu sampai 5 bulan
Saya tak tunggu pun sampai 5 bulan. Selama 5 bulan ni, saya cari dia sampai ke UK, terus ke Australia, ke Boracay, ke seluruh Malaysia. Saya cari dia merata tempat, tapi tak jumpa juga. Saya tak jangka langsung yang dia akan ke sini.
Awak dah tak ada kerja lain ke nak buat
Ada banyak. Tapi, kerja paling penting saya kena buat sekarang adalah untuk mencari kekasih saya.
Sebab itulah saya ada di sini sekarang. Dont you think its too late Soal Nadhirah.
Awak pernah dengar tak satu pepatah Inggeris yang berbunyi its better late than never. Tak apalah kalau terlambat sekali pun. Saya dah berusaha sedaya upaya saya. Saya akan cari dia sampai jumpa. Rasanya pencarian saya dah berhasil.
Buat apa nak cari kalau dia pilih untuk larikan diri. Mungkin itu yang terbaik buat semua. Nadhirah buat-buat tak faham walaupun dia tahu benar ayat Faliq itu ditujukan kepadanya.
Mungkin. Tapi, ada lagi yang saya nak tahu. Perpisahan kami macam tak sepatutnya terjadi.
Mungkin dia dah tak mahu ada hubungan dengan awak lagi. Masing-masing sudahpun menghabiskan sebiji pear yang berada di tangan.
Nadhirah dan Faliq hampir serentak mengunyah pula sandwich tuna yang berada di hadapan mereka. Sedap pula menjamah makanan sambil berbual kosong dengan pemandangan matahari terbenam yang cukup indah terhidang di depan mata.
Dia sukakan saya juga. Saya tahu tu.
Berbaloi ke buang masa, buang tenaga, buang duit demi mencari orang yang sengaja lari dari awak
Saya tak kisah. Kalau saya terpaksa bazirkan seluruh hidup saya cari dia. Saya akan tunggu dia
sampai dia balik pada saya.
Kenapa
Saya ada cakap sesuatu yang melukakan hati dia. Saya nak dia tahu yang saya sekarang tengah rasa bersalah. Saya luahkan benda yang tak sepatutnya pada dia masa saya tengah marah. Faliq dengan yakin menjawab soalan Nadhirah. Dia mahu Nadhirah tahu apa yang sedang dirasainya.
Kalau macam tu, good luck! Saya nak kena balik dulu. Nadhirah bangun mahu berlalu. Dia tidak mahu memanjangkan perbualannya dengan Faliq kerana apa yang mereka bualkan lama-kelamaan mula kedengaran serius. Faliq turut sama bangun mengikuti Nadhirah.
Awak tahu kita tengah bercakap tentang siapa kan Faliq menyoal sambil memandang tepat ke arah Nadhirah yang sudahpun selesai mengemas. Ke semua barangnya sudahpun disumbatkan ke dalam bakul yang dibawanya.
Tak, saya tak tahu dan saya tak nak tahu. Nadhirah terus menyibukkan diri dengan melipat tikar yang mereka gunakan tadi.
Tapi, saya nak dia tahu. Faliq mencapai pergelangan tangan Nadhirah. Dia cuba menahan Nadhirah daripada beredar pergi.
Awak nak dia tahu apa Pegangan kejap Faliq membuatkan Nadhirah merasa terganggu. Satu jelingan tajam dihadiahkan kepada Faliq.
Saya sayangkan dia. Banyak benda yang saya belum tahu pasal dia. Banyak yang dia rahsiakan dari saya. Saya ada hak untuk tahu semua. Sekurangkurangnya saya ada hak untuk tahu kenapa dia tinggalkan saya tanpa sepatah kata.
Bukan ke rahsia sepatutnya disimpan. Rahsia bukan rahsia lagi kalau dia beritahu awak semuanya.
Mungkin dia ada alasan sendiri.
Alasan itu yang saya nak dengar.
Saya tak nak masuk campur. Saya nak balik. Lepaskan tangan awak. Nadhirah berusaha cuba melepaskan diri.
Saya takkan lepaskan.
Sekarang dah lewat Faliq. Dah nak malam. Gelap. Saya nak balik. Kalau awak nak duduk sini awak duduklah. Saya nak balik.
Awak tahu nama saya Saya tak beritahu pun nama saya lagi.
Nadhirah tarik muka. Faliq ketawa.
Oh, jadi awaklah kekasih saya tu ya
Stop it, Faliq! Let me go. Hari dah nak gelap ni!
Kenapa awak takut sangat kalau gelap pun Lepas awak pergi baru saya tersedar akan sesuatu. Awak takut pada banyak benda. Kenapa
Saya tak nak jawab soalan awak.
Saya takkan lepaskan awak, selagi awak tak nak bercakap dengan saya.
Saya jerit nanti. Lepaskan saya. Kalau awak tak nak dipaksa balik ke Malaysia oleh penduduk tempat ini, baik awak lepaskan tangan saya.
Ugutan Nadhirah tidak berjaya membuatkan Faliq melepaskan tangannya. Walaupun dia tiada rancangan mahu pulang awal ke Malaysia namun dia terdesak. Dia mahukan jawapan sebelum Nadhirah melarikan diri lagi.
Sakit Faliq. Lepaskan saya. Tangannya mula terasa kebas. Genggaman Faliq yang kuat menimbulkan rasa sakit.
Fine. Awak pergilah mana pun awak nak pergi. Faliq seolah-olah mengalah sebaik mendengar rayuan Nadhirah namun dia sudah bertekad yang selagi Nadhirah enggan pulang bersamanya, selagi itu dia akan mengikuti langkah Nadhirah.
Dia hanya memandang sahaja batang tubuh Nadhirah berjalan meninggalkannya. Geram benar dia mengenangkan perbualan mereka berdua yang sememangnya kosong-sekosong kosongnya. Langsung tiada isi.