Dipendekkan cerita, dalam tempoh dua bulan ini, lebih 4 kali dia datang ke klinik aku.
Dia sering mengadu sakit perut. Kadang-kadang dia mengadu ada angin. Kadang-kadang dia mengadu susah buang air. Aku bukan tak check betul-betul. Setiap kali datang aku pasti check perut dia. Aku tengok mukanya biasa-biasa sahaja. Perutnya pun biasa-biasa sahaja. Lepas 3 kali datang, aku masih tak tahu apa penyakitnya. Walaupun dia mengadu sakit perut, aku tengok dia sihat sahaja. Makan masih berselera dan tidur masih lena. Langsung tiada demam. Macam-macam ubat aku beri. Ubat angin, ubat sakit perut, ubat sembelit, ubat gastrik, ubat cacing pun aku beri, tapi dia masih mengadu sakit perut. Aku pernah merujuk dia ke klinik kesihatan tapi doktor pun kata takda apa-apa. Makan ubat yang sama juga. Terakhir sekali aku rujuk dia ke hospital besar sebab aku dah buntu. Tak tahu apa penyakitnya. Selepas itu aku tak tahu apa jadi kepadanya.
Kemudian aku diberitahu dua minggu lepas dia mengadu sesak nafas tengah malam.
Dia meninggal dunia setibanya di hospital. Doktor kata mati kerana heart attack. Aku memang musykil. Sangat-sangat musykil. Dia langsung tak pernah mengadu sakit dada. Tekanan darahnya normal, paru-parunya normal. Frust juga aku. Dalam tempoh seminggu ini, empat orang kawan-kawannya datang ke klinik aku. Memandangkan mereka tak tahu berbahasa Melayu atau Inggeris, mereka menyuruh supervisornya tuliskan nota. Jumpa aku terus tunjuk nota. Aku langsung tak boleh nak bertanya. Sakit perut. Sakit hulu hati. Tak boleh berak. Mereka semua langsung tak mengadu sakit dada. Kebanyakan mereka tak merokok, minum alkohol pun tidak. Pemeriksaan Fomema baru 7 bulan yang lalu. Segala-galanya normal.
Jadi macam mana Tawakal sajalah. Aku dah cuba yang terbaik. Tapi memandangkan mereka sukar berkomunikasi, banyak perkara yang aku tak tahu. Bila aku tak tahu, ramai yang tak nak ambil tahu. Hantar ke hospital pun, beri MMT dan suruh balik.
Lepas tu patah balik pada aku semula. Pening kepala aku.