Lepas habis kelas Chemical Thermodynamic (aku ingat tajuk saja, jenis belajar semua meniru!) kira-kira dalam pukul lima setengah, Malek, kawan kelas aku ajak pergi layan Pasar Ramadan Batu Gajah. Aku memang payah menolak pelawaan kawan-kawan. Kalau janji berdating sekalipun, bila kawan dah ajak, hah, minta maaf la wahai sang makwe. Lain kali lah kita dating.
Persoalan aku pada Malek,kejadah kau nak pegi sampai Batu Gajah Taman Maju pun ada Pasar Ramadan Pergi Batu Gajah saja dah ambil masa dua puluh minit, untung bersih. Baru untung bersih. Belum campur kos lampu isyarat, kos lembu melintas dekat simpang Tronoh, kos minyak mentah, kos follow lori balak pada kelajuan 50km/j. Kalau lump sum semua mau sampai empat puluh minit perjalanan sehala. Idea yang tak bebaloi langsung!
Aku nak cari putu mayam untuk Shabir. Dia telefon aku tadi pesan carikan putu mayam kalau jumpa kat Pasar Ramadan. Dia teringin. Dekat Taman Maju confirm tak ada. Dia demam dah dua hari. Malek jawab panjang menceritakan hal Shabir, kawan serumah beliau.
Aku duduk kerusi penumpang tanpa memanjangkan soal jawab. Malek memang baik. Apa yang dia boleh tolong, dia mesti tolong. Hari tu aku ajak dia ponteng kelas, teman pegi Ipoh cari bundle Dockers pun dia ikut. Tak banyak ragam. Kalau aku ada sepuluh orang kawan macam Malek, rasanya berbaloi lah hidup di dunia ini.
Perjalanan pergi Batu Gajah bersama Kancil eksotik Malek berlangsung sebagaimana yang aku jangkakan. Lampu isyarat yang tak pernah hijau bila giliran kereta Malek, lembu-lembu yang berlenggang bontot di tengah jalan, lori balak yang selalu buat hati membara bila nak potong tak lepas, ditambah dengan pemanduan berhemah Malek maka genaplah empat puluh minit sebelum tiba di tapak Pasar Ramadan Batu Gajah.
Kami turun ke Pasar Ramadan dengan niat murni mencari putu mayam untuk Shabir yang sedang demam. Pasar Ramadan Batu Gajah boleh tahan juga dia punya panjang. Setelah dua tiga kali berulang-alik, barulah terjumpa mamak jual putu mayam atas motor di celah-celah makcik Bihun Sup. Bagi tiga ringgit. Kasi lebih gula sama kelapa. Malek menunaikan tanggungjawab beliau dengan penuh tanggungjawab. Aku awal-awal masuk Pasar Ramadan dah beli nasi dagang sama air tebu. Malas fikir makanan bukan-bukan. Malek pun sama menu dengan aku. Memang niat nak belikan putu mayam untuk Shabir. Bukannya nak merewang saja-saja.
Hampir setengah jam di Pasar Ramadan Batu Gajah, aku dan Malek pun bergegas untuk pulang. Lembu-lembu pun dah tak sabar menunggu kereta Malek lalu. Nak buat show tunjuk bontot. Kalau lambat nanti marah pula. Radio Hitz FM dalam kereta aku tukar ke Radio Perak. Pukul enam setengah, dengarlah mengaji pula. Orang putih orang putih juga Malek.
Sepanjang perjalanan pulang ke universiti Tronoh, halangan yang serupa aku dan Malek tempuhi sebagaimana kami datang. Lembu lembu, lori balak dan lampu isyarat yang ada skill boleh cam nombor plat kereta Malek. Asal nampak kereta Malek, terus lampu isyarat jadi merah. Perangai dengki yang buat aku sakit hati rasa nak penerajang. Cuma masa balik kami dapat bonus track sebab jalan nak keluar parkir
Berbuka Puasa
sesak. Ah, ujian di bulan puasa.
Sampai di kolej, azan Maghrib sedang berkumandang. Alang-alang, aku ikut berbuka di rumah Malek sajalah, senang cerita. Kalau aku nak jalan kaki balik ke rumah aku pun boleh, cuma makruh la sebab melambat-lambatkan berbuka puasa. Takkan aku nak berbuka puasa minum air tebu sambil berjalan kaki naik turun tangga Sebelah tangan minum air tebu, sebelah tangan lagi jinjit plastik nasi dagang. Gelojoh lagi tidak matang. Bukan begitu sikap yang ibu aku terapkan.
Sampai di rumah Malek, budak-budak rumah beliau seperti Noorman, Hanip dan Kobeng sudah sedia bersila atas surat khabar. Shabir pun ada duduk berselimut depan bekas berisi nasi putih.
Mana lauk aku Shabir bertanya dalam demam, nak berbuka puasa.
Sesi berbuka puasa hari tu aku syak telah menjadi lagenda bila mana Shabir berbuka puasa dengan nasi putih berlaukkan PUTU MAYAM. TOMYAM kau tu, esok sumpah aku pegi cari. Biar sampai ke Ipoh pun tak apa! Janji Malek pada Shabir.
Aku tak sampai hati nak kupas situasi antara Malek dan Shabir pada hari tersebut. Putu Mayam dah jadi Putu Tomyam. Kah kah kah!
P/s: Kalau Shabir telefon pesan nasi dagang itu hari, mau si Malek ajak aku pegi cari nasi kangkang. Pekak sungguh!