Pemain legenda terbilang dalam sejarah bola sepak Argentina, siapa lagi kalau bukan Diego Maradona!!!.
Argentina mengalahkan England 2-1, dalam suku akhir Piala Dunia 1986 yang berlangsung di Mexico.
Pertembungan yang dilabel sebagai kemuncak segalanya.
Lama sebelum itu, kira-kira dua dekad sebelumnya, ketika England menjadi tuan rumah Piala Dunia 1966, telah berlaku satu insiden yang kemudiannya menjadi titik tolah perseteruan antara England-Argentina.
Suku akhir Piala Dunia 1966, di laman keramat England,
Wembley, menemukan mereka dengan wakil
Amerika Selatan, Argentina.
Dalam perlawanan tersebut, ketua pasukan Argentina bernama Antonio Rattn telah dibuang padang kerana kerap melakukan kekasaran. Masalah bahasa juga menjadi punca, ekoran pengadil Jerman itu sekadar tahu berbahasa Inggeris, sedang rata-rata pemain Argentina hanya tahu berbahasa Sepanyol. Usai perlawanan tamat, pengurus England melarang anak buahnya bertukar jersi dengan para pemain Argentina dan melabel para pemain Argentina sebagai
binatang!.
Semenjak itu, perseteruan mula berputik.
Era 70an, Argentina antara pasukan yang kuat di pentas dunia sedang England pula sangatlah mendukacitakan apabila tidak layak ke Piala Dunia edisi 1974 dan edisi 1978 yang berlangsung di Argentina.
Kemudian, berlakunya
Perang Falklands pada awal 80an antara Argentina dengan Great Britain (di mana England merupakan salah satu negara dalam persekutuan tersebut) menambah lagi rencah benci terhadap orang-orang Inggeris di kalangan rakyat Argentina.
Maka pertembungan di Mexico itu sangatlah dinanti-nanti. Argentina ketika itu punyai Diego Maradona, dengan England dibarisi pemain hebat yang ada di antara mereka dah rangkul Piala Eropah sebagai koleksi peribadi.
Pra-perlawanan, ketika pasukan England sedang menyanyikan lagu God Save the Queen, lensa kamera jelas memaparkan barisan para pemain Argentina, yang diketuai Maradona, melempiaskan satu pandangan tajam ke arah barisan pemain England.
Monolog hati mereka barangkali bertekad akan kerjakan England selumatnya!.
Separuh masa pertama, Argentina lebih banyak menguasai bola. Hanya Peter Shilton dan barisan pertahanan England sahaja yang bermain baik untuk menidakkan percubaan serangan Argentina.
Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan menuju ke bilik persalinan.
Separuh masa kedua, dan cerita klasiknya bermula!
Permainan baharu berlangsung 6 minit,
Maradona cuba menggerakkan gerakan satu-dua bersama Jorge Valdano. Memang menjadi kelaziman, taktikal gerakan satu-dua sering digunakan.
Entah macam mana, bola yang dihantar ke Valdano tak sampai, sebaliknya menuju ke pemain England bernama Steve Hodge. Hodge cuba menyepak bola tersebut tapi tersalah jangka, bola melambung tinggi ke dalam kotak penalti Argentina.
Maradona yang terus melakukan larian. Peter Shilton sudah meluru untuk menumbuk bola. Si pendek cuba melompat menanduk bola, dan Shilton cuba menumbuk. Di sebalik kekurangan ketinggian, Maradona dengan penuh helah, menguis bola dengan tangan kiri beliau, melewati jangkauan tumbukan
Shilton.
Bola melantun masuk ke dalam gawang.
Pengadil dari Tunisia mengesahkan jaringan tersebut, meskipun dari beberapa sudut situasi itu, jelas Maradona menggunakan tangan.
Para pemain England termasuk di bangku simpanan membantah gol tersebut. Para pemain Argentina pula, masih ramai yang bungkam, tidak kepastian samada gol atau tidak.
Maradona, menuju ke penjuru padang, mendepakan tangannya seolah-olah pinta rakan sepasukannya datang dan memeluk beliau untuk meraikan jaringannya.
Jaringan Maradona itu digelar tangan Tuhan.
Ketika para pemain England masih lagi bingung dengan gol Maradona yang menguis dengan tangan sebelum itu, pemain licik Argentina itu sekali lagi melakukan keajaiban.
Dari kawasan Argentina sendiri, Maradona menerima hantaran pendek dari Hctor Enrique. Dari situ, Maradona melakukan larian sejauh 60 kaki, berlari melarikan bola dan menggelecek melepasi empat pemain England.
Beliau berlari terus menuju ke penalti England. Peter Shilton sudah meluru ke arah Maradona, di belakang Maradona pula, beberapa pemain England sedang mengejar.
Serentak dengan terpaan
Shilton dan terjahan pemain England, Maradona berjaya menguis bola melepasi Shilton lalu bergolek ke dalam gawang England.
Maka Goal of the century pun terhasil!!!
Gol tersebut dilabel sebagai gol solo terbaik di dunia, sehingga kini juga barangkali.
Dua situasi hebat yang dicipta dek Maradona memang sangat menakjubkan.
Ketinggalan dua gol, memaksa England menggandakan serangan. Itu pun di penghujung permainan baharu lah England gol melalui Gary Lineker. Ia merupakan gol keenam Lineker di Mexico 86, seterusnya dinobat sebagai penjaring terbanyak kejohanan.
Argentina menang 2-1, untuk menempah pertemuan dengan Belgium.
Kemenangan Argentina ke atas England disambut bak pesta oleh rakyat Argentina.
Pada mereka, dendam kesumat selama ini telah terbalas, dan dilunas dengan cara penuh aib dan helah!
Sejak itu, nama Maradona sangat disanjung di Argentina. Hinggakan sampai satu tahap, ada rakyat Argentina memuja Maradona dan menganggap pemain tersebut umpama tuhan.