SERI mundar-mandir di bilik. Dia jeling jam di atas meja studi. 11.45 pagi. Pukul dua belas nanti, keluarga Jai akan sampai. Apa aku nak buat ni Hish! Bingung la aku! Dia menapak ke arah tingkap. Langsir berwarna hijau muda diselak perlahan. Keluarga Jai masih belum tiba.
Boleh abang masuk
Seri menoleh. Acik dah tersengih di muka pintu yang terbuka luas. Nak masuk apa ke bendanya, pintu dah ternganga luas tu!
Masuk jelah!
Acik menapak perlahan ke arah Seri yang dah gelisah macam ibu kucing kehilangan anaknya.
Ni kenapa gelisah semacam je ni Acik pegang bahu Seri. Seri masih dengan kain batik sarung dan baju kemeja T kuning dengan rambut diikat dengan riben merah.
Ucu rasa macam Ucu ni terhegeh kat Jai tu bang. Kenapa dia orang terima pelawaan ma dan pa makan tengah hari di rumah kita Seri duduk di birai katil.
Laakan ayah Jai tu kawan baik pa. Acik turut duduk di sebelah Seri.
Itu Ucu tahu la tapi dia bekas tunang Ucu. Dia yang putuskan pertunangan tu dulu. Nampak sangat dia tak suka Ucu! Buat apa lagi dia nak sambung semula! Ma pun sama! Seri dah merajuk.
Acik senyum. Seri memang keras kepala. Jai pun satu! Kenapa tak nak mengaku depan Seri yang dia juga cintakan Seri!
Ucusebenarnya Jai tu..
Laa..kat sini rupanya anak-anak ma. Dah! Tetamu dah sampai!
Seri dan Acik berpaling serentak. Mama dah tercegat di muka pintu.
Dah sampaiSeri menelan liur.
Acik senyum. Tak sempat dia nak menghabiskan kata-katanya tadi.
Ya! Ni kenapa tak siap lagi ni Mama pandang Seri yang masih berserabai dengan kain batik sarung dan baju kemeja T.
Ucu, siap cepat!Acik cuit lengan Seri.
Pakai cantik-cantik! Mama senyum sebelum berlalu pergi.
Acik hanya senyum.
Abang nak duduk sini ke Seri jeling Acik yang masih melangut di situ.
Errabang keluar dulu. Acik sengih. Faham kata-kata Seri tadi. Takkan aku nak tengok Seri tu tukar pakaian.
ACIK menapak ke arah laman. Keluarga Jai sudah sampai. Jai segak dengan kemeja T coklat dan seluar jeans hitam. Rambut pun dah dipotong pendek. Kemas.
Wah! Makin handsome nampak! Acik tepuk bahu Jai sebaik Jai menapak ke ruang tamu.
Biasa je la! Jai turut senyum.
Pakcik! Makcik! Acik bersalam pula dengan kedua orang tua Jai.
Muzaffar! Datuk Kamaruddin memeluk kawan lamanya yang jarang sekali bertemu.
Mama pula peluk Puan Aishah yang tercegat di sebelah Muzaffar.
Mereka sekeluarga mula bersembang di ruang tamu. Perbualan mereka diselang seli dengan gelak ketawa.
Lama kita tak jumpa. Last sekali rasanya masa perbincangan pasal masalah anak kita dulu. Datuk Kamaruddin senyum.
Muzaffar angguk. Sempat dia jeling Datin Rubiha. Masih manis seperti dulu.
Err..ni Acik kan Puan Aishah pandang Acik yang hanya jadi pendengar setia dari tadi. Wajah Acik memang ada iras wajah ibu kandungnya.
Acik angguk.
Aishah pandang Datin Rubiha. Tersenyum. Datin Rubiha turut senyum. Faham pandangan Aishah. Selama ni rahsia tu tetap tersimpan kemas.
Dah nikah Muzaffar pula mencelah.
Acik sengih. Dia jeling Jai di sebelah. Dah rasa macam anak dara pulak!
Belum pakcik.. Acik tunduk.
Jai sengih. Eii! Dah terlebih dari anak dara aku tengok Acik ni! Hehehe..
Anak yang sulung perempuan, dah nikah dua tahun lepas. Dah ada anak pun. Tinggal Acik dan Seri je lagi yang belum nikah. Datin Rubiha turut mencelah.
Ha..sebut pasal Seri ni..mana tuan badannya Tak nampak dari tadi. Puan Aishah jeling sekitar ruang tamu.
Dia ada kat bilik. Sekejap lagi dia turun.. Datin Rubiha jeling Acik.
Dengar khabar..Jai nak sambung belajar ke UK, betul ke Datin Rubiha pandang ke arah Jai di sebelah Acik.
Ya makcik. Lepas raya nanti saya akan berangkat. Jai menutur sopan.
Oh..dalam bidang apa Datuk Kamaruddin pula menyampuk.
Mikrobiologi.. Sepatah Jai jawab.
Mikrobiologi Bidang apa tu Datin Rubiha senyum. Wajah Jai seiras Muzaffar. Lama wajah kacak Jai direnung.
Kajian mikroorganisma makcik. Kaji tentang bakteria dan virus.
Datin Rubiha angguk.
Acik ambik bidang apa dulu Puan Aishah pula beralih pada Acik.
Sains Komputer. Acik sengih.
Kerja kat mana
MIMOS..
Hmm..anak-anak kita ni semuanya nak berdikari. Tak mahunya kerja dengan kita ni. Ikutkan kat pejabat saya tu, ada je jawatan kosong untuk system analyst tu. Datuk Kamaruddin senyum. Dia jeling Acik yang dah tunduk.
Betul tu..Jai ni pun sibuk nak kerja kat makmal. Alhamdulillah, dia nak jugak kerja di syarikat saya di Mutiara Damansara tu. Sekarang ni, dah nak sambung belajar la pulak. Habis belajar nanti, dia bercadang nak jadi pensyarah. Encik Muzaffar jeling pula Jai.
Acik dan Jai hanya senyum kelat.
Ha! Turun pun anak dara ma ni!
Semua mata menala ke arah anak tangga. Seri cantik dengan blaus berona ungu muda dan skirt kembang bercorak bunga halus warna ungu tua sedang melangkah turun menuju ke ruang tamu.
Langkah Seri terhenti. Jai melopong memandangnya. Eii! Kalau rumah aku ni ada lalat, dah lama lalat tu masuk mulut mamat tu! Macam tak pernah nampak aku!
Ucu pun dah ada..bolehlah menjamu selera. Datin Rubiha mula bangun diikuti yang lain.
Jai bangun perlahan. Semua yang lain sudah ke ruang dapur. Acik pula hanya senyum melihat gelagat Jai memandang Seri tak berkelip. Dah angau la tu
Seri mengatur langkah perlahan. Skirt labuh kembangnya diangkat sedikit. Eii..apa hal dia ni tenung aku macam nak telan aku ni Ada yang tak kena ke pada baju aku ni Koyak ke apa Seri belek skirt dan baju yang dipakai sambil melangkah ke ruang dapur.
Maaaaaaaakkk!!!
Belum sempat dia melangkah anak tangga terakhir, kakinya dah terpijak hujung skirt.
Tergolek jatuh atas badan Jai. Acik yang dah hampir ke ruang dapur pantas menoleh.
Hahahahah!!!
Apa yang kecoh ni Datin Rubiha jenguk ke arah ruang tamu.
Ni haanak dara ma dan bakal menantu ma nidah tak sabar nak nikah agaknya! Acik masih ketawa.
Seri mendongak. Semua mata memandang ke arah mereka. Matanya menala pula ke arah Jai yang dah dihempap tadi. Sempat jeling tangan Jai yang dah merangkul pinggangnya.
Err..awak Seri tunjuk pada tangan Jai di pinggangnya.
Oh..maafmacam mana saya nak bangun kalau awak masih kat atas badan saya Jai pun dah merah muka. Dahlah semua mata tepat memandang aku dan Seri yang dah berpeluk sakan macam ni. Adoi
Seri cepat-cepat bangun. Tudung yang terselak dibetulkan segera.
Dah! Mari makan! Datin Rubiha geleng sambil ketawa.
Seri tergesa-gesa membuntuti mama ke ruang dapur. Ya Allah! Malunya aku!! Kenapalah aku ni kalut semacam
Jai betulkan bajunya yang dah berkedut. Alamakmalunya aku. Apa hal minah tu kalut semacam Tak ada tempat lain ke dia nak landing Badan aku jugak yang jadi mangsa! Dah la badan dia berat macam balak!
DI MEJA MAKAN, Seri hanya diam membisu. Dia jeling Jai dan Acik yang berbual mesra di depannya. Papa dan mama pulak bersembang sakan dengan orang tua Jai. Aku, dah macam orang asing kat sini!
Ucu..kenapa tak makan Mama pandang Seri yang hanya kuis nasi dalam pinggan. Muka pun dah muncung.
Seri diam. Masih tunduk.
Jai..tu ada kerabu jantung pisang. Seri yang masak tu. Acik hulur pinggan kerabu kepada Jai.
Jai ni memang suka sangat kerabu jantung pisang. Kalau balik kampung, mesti ada menu tu. Tak sangka Seri pandai masak kerabu kesukaan Jai ni. Puan Aishah pula mencelah. Dia jeling anak bujangnya di sebelah Acik.
Eloklah tu! Esok bila dah nikah, tak payah nak belajar memasak lagi. Beruntunglah Jai dapat isteri yang dah tahu makanan kegemaran Jai. Encik Muzaffar turut menyokong kata-kata isterinya.
Seri diam membisu. Puji melambung tu nak suruh aku nikah dengan Jai la tu! Tak nak!
Kenapa tak makan nasi tu..tak berusik pun nasi tu.. Datuk Kamaruddin jeling Seri yang muncung dari tadi. Apa kena dengan anak aku sorang ni Dulu beria kata cintakan Jai tu.
Dah kenyang. Seri bingkas bangun dan mula basuh tangan di singki. Dia menapak ke ruang tamu.
Apa kena dengan Ucu tu Datin Rubiha pandang Acik. Sempat jeling Seri yang dah keluar dari dapur.
Entah..malu agaknya tu. Tadikan dah terpeluk bakal suami dia ni.. Acik jeling Jai. Kenyit mata.
Semua yang ada di situ mula ketawa.
ACIK dan Jai mula duduk di sofa panjang di ruang tamu. Acik sengaja suruh Jai duduk di sebelah Seri.
Jai..kau nak berangkat ke sana bila Acik senyum.
Kenapa
Yalah..sebelum kau berangkat tu, mama dan papa tu nak ikat korang berdua ni. Acik jeling Seri.
Apa bang Seri mendongak.
Jai tunduk. Nampak sangat Seri masih marah pada aku. Teruk sangat ke aku ni
Ya betul tu! Datuk Kamaruddin pula mencelah. Dia melabuhkan punggung di sebelah Datin Rubiha.
Encik Muzaffar dan Puan Aishah turut senyum.
Kali ni tak ada bertunang lagi dah tapi terus nikah. Jadi tak adalah Jai tu seorang diri kat sana nanti. Ucu pun boleh sambung belajar sekali. Datuk Kamaruddin pandang Muzaffar.
Seri mendongak. Membuntang mendengar kata papa. Dia menelan liur. Nikah
Pakcik..saya rasa elok saya dan Seri berbincang dulu. Jai mencelah. Dia jeling Seri yang dah muncung. Memang Seri tak suka aku!
Kenapa Datin Rubiha berkerut kening.
Err..saya rasa..Seri mungkin dah ada pilihan sendiri. Saya pun tak suka memaksa orang yang tak suka saya. Jai berterus terang.
Acik siku lengan Jai. Apa kau merepek ni
Ucu ni sejak dulu lagi sukakan Jai. Foto Jai masa bertunang dulu, dia masih simpan sampai sekarang. Sekarang ni pulak, lagilah! Acik menambah. Sempat kenyit mata pada Seri di hujung sofa.
Abang ni! Seri lempar bantal kecil ke arah Acik. Dia jeling Jai. Aku yang tak suka ke atau kau yang tak suka aku
Dahlah tu! Tengoklah tu. Dari kecik sampai besar panjang macam ni pun tak habis-habis nak bergaduh! Datin Rubiha ambil bantal yang dah tercampak ke lantai.
Macam nilah kak Ruby...saya dan abang Muzaffar dah sepakat nak sambung semula apa yang dah terputus dulu. Lagipun, Jai dan Seri masing-masing dah putus tunang sekarang ni. Kami ingat nak satukan mereka berdua ni sebelum Jai berangkat ke UK. Puan Aishah mula menyatakan hajat.
Eloklah tu. Kami pun bercadang nak satukan mereka ni. Datuk Kamaruddin jeling isterinya yang tersenyum manis. Matanya beralih pada Seri yang dah tunduk.
Apa kata..kita buat majlis nikah hari raya ke tiga Datin Rubiha pandang Puan Aishah.
Okey jugak tu. Dua minggu lepas tu, mereka boleh sama-sama ke UK. Tak adalah Jai ni sunyi kat sana nanti. Puan Aishah senyum sambil mata melirik ke arah Jai dan Seri.
ErrUcu macam mana Datin Rubiha pandang Seri yang dari tadi hanya tunduk membisu.
Hah Ma tanya apa tadi Seri mendongak. Dia garu kepala.
Tu la! Berangan! Tak sabar la tu nak nikah!Acik mengusik.
Ucu dah sedia ke Datin Rubiha tanya lagi.
Sedia apa ma Seri menelan liur. Apa yang mama aku tanya tadi ek Sekali lagi Seri garu kepala.
Jai senyum hambar. Nampak sangat Seri tak ambil kisah pun tentang hal nikah mereka.
Hish! Budak ni! Main-main pulak! Jadi isteri Jai la! Acik baling bantal sekali lagi ke arah Seri.
Seri pandang Jai dan kemudian tunduk semula. Jadi isteri dia Entah-entah esok lusa dia ceraikan aku! Dah tak suka kat aku, buat apa nak nikah bagai!
Kalau dah tunduk tu, maknanya suka la tu. Kalau macam tu, kami akan buat persediaan untuk majlis tu nanti. Tak payah besar-besar, kita buat majlis ringkas saja. Lagipun, Jai ni dah nak ke UK. Bila cuti nanti, baru kita fikir nak buat majlis besar. Encik Muzaffar pandang Datuk Kamaruddin.
Datuk Kamaruddin mengangguk setuju.
Errma, pa..Ucu minta diri dulu. Seri bingkas bangun. Dia jeling Jai yang selamba je senyum dari tadi. Seronoklah tu! Sempat Seri cium tangan Puan Aishah dan mama. Terus melangkah ke bilik.
Malu la tu agaknya.. Datin Rubiha senyum.
Malu tapi mahu tu.. Acik turut senyum.
Semua yang ada di situ mula ketawa. Keluarga Jai mula minta diri.