Abstrak Cinta Aku & Dia - 50
BAB 50

SUDAH empat hari Zack kembali bekerja setelah menghabiskan cuti sakit selama seminggu. Bengkak di kepalanya sudah tiada. Yang tinggal, parut bergarisan panjang lebih kurang seiinci di sebelah telinga kiri. Hasil buah tangan Farid. Harapnya, parut itu akan hilang juga ditelan masa.

Teringatkan Farid, sesekali hatinya menyeranah. Masih tertinggal sisa amarah. Membuat pukul curi, tindakan Farid benar-benar seperti pengecut. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia membalas perbuatan Farid. Syukurlah, akal warasnya masih dapat berfungsi elok walaupun kepalanya sakit tercedera. Tak kuasa hendak mencari Farid semata-mata mahu membalas gaduh. Lagipun, buang masa saja hendak pergi mencari Farid. Mamat psiko itu hilang entah ke mana. Mungkin panas punggung setelah tahu, laporan polis sudah dibuat ke atasnya.

Kate pula membebel panjang dalam emel. Tak cukup dengan emel, bersambung pula di WhatsApp. Zack tahu, Kate benar-benar risau. Tiada apa yang dia mampu buat, hanya tersenyum sendiri sahaja.

Cerita dia diserang juga hangat diperkatakan di tempat kerja. Cerita itu pula, punyai pelbagai versi.

Versi Satu Dia diserang ketika membantu seorang gadis yang diragut beg tangan. Ini versi biasa-biasa. Tidak keterlaluan dan boleh diterima.

Versi Dua Dia diserang oleh seorang lelaki gila. Yang ini, masih boleh diterima akal kerana Farid memang gila.

Versi Tiga - Ini versi paling hangat. Cerita bawaan mulut mengatakan dia diserang oleh seorang lelaki yang cemburu buta kerana isteri lelaki tersebut ada skandal dengannya. Hebat bukan Terasa seperti kasanova tersohor Malaya.

Itu versi yang dia tahu. Versi yang dia tak tahu mungkin lebih hebat lagi. Berapa versi cerita yang ada, dia kurang pasti. Mulut tempayan bolehlah ditutup. Mulut orang Memanglah si pembawa mulut tak ada kerja lain. Entah siapa agaknya.

Apabila ditanya cerita sebenar, Zack hanya memberi jawapan dengan senyum dan angkat bahu. Malas hendak bersembang kencang apatah lagi, menceritakannya berulang-ulang macam CD rosak. Kalau diberitahu hal sebenar sekalipun, tetap ceritanya terbalik-kuang. Jadi, suka hatilah mereka itu hendak percaya versi yang mana. Hatta versi dia berskandal dengan bini orang pun, lantaklah.

Tak peduli.

Yang tahu versi asal dan tulen, hanyalah Joe Zulkifli, Zareen dan orang-orang di Jabatan Sumber Manusia.

Zareen

Zack senyum sendiri. Terasa hati berbunga-bunga. Tak sangka Zareen sudi datang melawatnya di hospital tempoh hari. Dan sejak itu, dia perasan, cara Zareen bertutur padanya terdapat kelainan. Tidaklah terlalu ketara tetapi cukuplah untuk membuatkan dia terasa ada lebih perhatian.

Itu tak termasuk kesudian Zareen berbalas mesej dengannya. Menambah lagi rasa perasan dalam diri. Bukanlah tak pernah berbalas mesej tetapi sebelum ini, topik perbualan mereka semuanya menjurus kepada hal kerja. Tiada langsung yang berkait peribadi.

The way she looks at you, talk to you. Not to forget her reaction when she saw you and I so close. I can say that Im eighty percent sure.

Kata-kata Kate terngiang-ngiang di telinga. Zack senyum lagi. Mungkin, kata-kata Kate ada kebenarannya. Zareen memang ada sembunyi rasa. Adakah benar, dia tidak bertepuk sebelah tangan Kalaulah benar....

Nafas dihembus perlahan. Senyum Zareen bergentayangan depan mata.

Zack geleng, halau mimpi indah dari minda. Tak mahu berterusan berangan-angan. Kerja yang menimbun sedang menanti untuk disiapkan. Jarinya mencapai mug atas para. Mahu bancuh Nescafe. Candu biasa memulakan hari.

EhBagai terkena elektrik, jari ditarik kembali tatkala bersentuhan. Jarinya dan juga jemari runcing yang turut mahu mencapai mug yang sama.

Sorry. Sayatak sengaja.Ucap Zack, serba salah. Tapinak diikutkan, bukan salahnya. Siapa suruh Zareen muncul tiba-tiba

Itsokay.Perlahan-lahan Zareen menjawab. Senyum manis terukir dibibir, sedikit kekok.

Lain kali, bagilah salam. Tutur Zack.

Saya dah bagi salam tapi awak tak jawab pun Sahut Zareen.

Oh...iya keZack menolak rambut ke atas. Apakah teruk sangat lamunannya tadi

Awak berangan apa, sampai saya bagi salam pun tak dengar Zareen menyoal.

Berangan pasal awaklahZack jawab selamba. Wajah Zareen yang tak keruan direnung. Dia senyum senget. Reaksi Zareen mencuit rasa.

Zareen kemudiannya menggeleng.

Cik Reen nak buat air ke

Zareen angguk dua kali.

Milo Zack pantas meneka. Dia tahu, Zareen tak minum kopi. Dan yang ada di dalam pantri hanyalah Nescafe 3 dalam 1, Milo 3 dalam 1 dan uncang teh. Jadi, sama ada teh atau Milo sahaja pilihan Zareen.

YaMilo.Zareen angguk lagi.

Zack senyum lantas peket Milo 3 dalam 1 dikeluarkan dari balang. Peket dicarik lalu isinya dituangkan dalam mug.

Eh...Zack.Tak apalah.Saya boleh buat sendiriZareen cuba halang.

Zack tak bersuara. Air panas dituang hampir penuh. Dikacau hingga larut dengan sudu.

Untuk awakMug dihulur kepada Zareen bersama senyuman.

Zareen senyum, rasa sedikit segan. Susahkan awak aje Mug di sambut.

Setakat tuang air panas, tak adalah susah sangat pun.Balas Zack. Nampak tak ciri-ciri suami mithali dan penyayang di situ Nampak

Zareen balas senyum, hilang bicara.

See yaZareen minta diri kemudiannya. Tak mahu berlama-lama. Sukar untuk menutup rasa tak keruan kalau berdekatan.

Zack angguk dan senyum. Zareen dipandang sehingga kelibatnya hilang.

ZACK kembali ke tempat duduk. Mata menghadap skrin komputer. E-mel dibaca satu persatu. Mencari sekiranya ada perkara penting yang perlu diberi perhatian terlebih dahulu. Tiada. Nescafe 3 dalam 1 dihirup. Rutin kerja harian bermula.

Baru saja hendak memulakan kerja, e-mel baru melayang masuk. Zack angkat kening. Sudah pasti dia kenal siapa pengirim e-mel.

Oleh itu, tak ada yang luar biasa. Yang luar biasa adalah subjek e-mel itu. Terima Kasih

Jari pantas menekan tetikus. Isi kandungan e-mel dibaca.

From:Zareen Hakim [mailto:zareen.hakim@mayangsari.com.my]

Sent: Tue, 20 May, 2014 09:30 AM

Nicki Lee Abstrak Cinta Aku dan Dia

~ 564 ~

To:Zack Iskandar

Subject: Terima Kasih

Saya lupa nak ucap terima kasih kat awak tadi. So, thanks.

Zack senyum lebar. Jari pantas menaip balasan.

From:Zack Iskandar [mailto:zack.iskandar@mayangsari.com.my]

Sent: Tue,208 May, 2014 09:33 AM

To:Zareen Hakim

Subject: Re:Terima Kasih

Sedap ke

From:Zareen Hakim [mailto:zareen.hakim@mayangsari.com.my]

Sent: Tue, 20 May, 2014 09:35 AM

To:Zack Iskandar

Subject: Re:Terima Kasih

Milo 3 dalam 1 Rasa macam biasa je. Nothing specialI guess. Tuang air panas aje pun kan

From:Zack Iskandar [mailto:zack.iskandar@mayangsari.com.my]

Sent: Tue,208 May, 2014 09:37 AM

To:Zareen Hakim

Subject: Re:Terima Kasih

Well, ada yang special...walaupun sekadar tuang air panas.

From:Zareen Hakim [mailto:zareen.hakim@mayangsari.com.my]

Sent: Tue, 20 May, 2014 09:39 AM

To:Zack Iskandar

Subject: Re:Terima Kasih

Ohreally

From:Zack Iskandar [mailto:zack.iskandar@mayangsari.com.my]

Sent: Tue,208 May, 2014 09:41 AM

To:Zareen Hakim

Subject: Re:Terima Kasih

Yup. Specially made for someone special.like you.

From:Zareen Hakim [mailto:zareen.hakim@mayangsari.com.my]

Sent: Tue, 20 May, 2014 09:43 AM

To:Zack Iskandar

Subject: Re:Terima Kasih

Its so nice of you, Zack. Thanks sebab buatkan air untuk saya.

Senyum Zack makin lebar.

From:Zack Iskandar [mailto:zack.iskandar@mayangsari.com.my]

Sent: Tue,20 May, 2014 09:45 AM

To:Zareen Hakim

Subject: Re:Terima Kasih

Saya lupalah nak bagi tau. Masa saya buat air tu tadisaya

From:Zareen Hakim [mailto:zareen.hakim@mayangsari.com.my]

Nicki Lee Abstrak Cinta Aku dan Dia

~ 566 ~

Sent: Tue, 20 May, 2014 09:47 AM

To:Zack Iskandar

Subject: Re:Terima Kasih

Sayaapa

From:Zack Iskandar [mailto:zack.iskandar@mayangsari.com.my]

Sent: Tue,208 May, 2014 09:48 AM

To:Zareen Hakim

Subject: Re:Terima Kasih

Saya jampi. Lepas tu, saya letak ubat pengasih

From:Zareen Hakim [mailto:zareen.hakim@mayangsari.com.my]

Sent: Tue, 20 May, 2014 09:50 AM

To:Zack Iskandar

Subject: Re:Terima Kasih

So, kalau saya minumapa jadi

From:Zack Iskandar [mailto:zack.iskandar@mayangsari.com.my]

Sent: Tue,20 May, 2014 09:52 AM

To:Zareen Hakim

Subject: Re:Terima Kasih

Awak jadi jatuh hati pada saya.

From:Zareen Hakim [mailto:zareen.hakim@mayangsari.com.my]

Sent: Tue, 20 May, 2014 09:54 AM

To:Zack Iskandar

Subject: Re:Terima Kasih

Iya

From:Zack Iskandar [mailto:zack.iskandar@mayangsari.com.my]

Sent: Tue,20 May, 2014 09:56 AM

To:Zareen Hakim

Subject: Re:Terima Kasih

Iya. Awak tunggu aje kesannya tak lama lagi

Tiada lagi balasan. Bicara di emel terhenti. Zack angkat kepala. Zareen sedang senyum di hadapan komputer. Mungkin terasa dirinya diperhati, Zareen pandang ke depan. Mata bertentangan. Kemudian, sekali lagi Zareen hadiah senyum manis lalu terus mengalih pandang.

From:Zareen Hakim [mailto:zareen.hakim@mayangsari.com.my]

Sent: Tue, 20 May, 2014 10:00 AM

To:Zack Iskandar

Subject: Re:Terima Kasih

Cukuplah senyum untuk hari ini. Please get back to work

Zack ketawa sendiri membaca emel terbaru.

WAKTU kerja sudah tamat. Zack bangun dari kerusi usai mengemaskan mejanya serba sedikit. Sesekali matanya menjeling pandang ke arah bilik bos tersayang.

Bos tersayang sedang bercakap di telefon bimbit. Bibir menguntum senyum. Entah dengan siapa agaknya

Zackkau tak nak balik keJoe Zulkifli menegur.

Zack kalih pandang. Nak baliklah ni

Jomlah sekali. Pelawa Joe Zulkifli.

Tak apa. Kau jalan duluZack menolak dengan baik.

Joe Zulkifli angkat kening. Pandangan bertukar di antara Zack, bilik Zareen dan kemudian, kembali ke Zack yang pura-pura sibuk dengan telefon bimbit. Dia senyum, memahami. Angau si Zack tak dapat disorokkan lagi. Terlebih-lebih pula semenjak dua menjak ini.

Aku doakan, kau cepat-cepat buat kenduri nasi minyak.Bahu Zack ditepuk dua tiga kali.

Amin. Jawab Zack sambil sengih kerang.

Jalan dulu. Assalamualaikum

Waalaikummusalam

Joe Zulkifli beredar.

Zack masih pura-pura membelek telefon bimbit. Zareen dijeling pandang lagi. Hajatnya, mahu berjalan seiring dengan pujaan hati.

Zareen tak akan menerima ajakan untuk keluar selepas waktu kerja. Sekali pun tak pernah dia setuju. Untuk itu, dia akur dan kagum.

Pendirian Zareen yang satu itu sukar diubah, apatah lagi disanggah. Jadi, tak dapat ajak keluar, dapat jalan bersama pun cukuplah.

Tak balik lagi, ZackZareen menegur. Tangannya masih memegang telefon bimbit dengan tas tangan tersangkut di bahu.

Balik dah ni..Balas Zack.

Zareen senyum.

Pantas Zack mengatur langkah, mengambil kesempatan untuk berjalan sama menuju ke arah lif.

Dalam lif, mereka berbual santai. Sapaan beberapa pekerja hotel disambut mesra. Mungkin, telah ada yang perasan, di antara Zack dan Zareen bagai ada tarikan. Sofiah senyum dengan kening terangkat sambil bertukar jeling penuh makna dengan Jessy.

Ting!

Lif mencecah Ground Floor. Zack sopan membiarkan para wanita dahulu untuk keluar sebelum menghayun langkah. Zareen dirapati dari arah kiri.

Awak tak drive ke hari niZack menyoal.

Tak. Saya tak drive hari ini. Jawab Zareen.

Ada yang datang ambil ke

Zareen angguk.

Zack senyum. Dia tahu, ada ketikanya, adik Zareen akan hantar dan ambil Zareen dari kerja.

Saya pergi dulu ya. Dia dah sampai. Zareen pantas meminta diri.

Okey. Jumpa esok.

Bye Zack

Bye.Balas Zack.

Zareen pantas melangkah pergi.

Zack.Lengannya dicuit. Zack toleh. Sofiah dan Jessy senyum.

"Apa dia" Soalan dilontar pada Sofiah apabila Sofiah masih memandangnya dengan senyuman penuh teka-teki.

Jadi, gosip you dengan Zareen tu, betullah Sofiah menembak soalan. Saja nak bergosip sementara menanti suami datang menjemput.

Gosip apa pulak, SofiZack angkat kening. Sudahlah gosip dia berskandal dengan bini orang masih bertebaran. Ini, tambah pula lagi satu gosip. Terasa artis pula.

You tanya gosip apa Gosip you dengan Zareenlah.

Gosip I dengan Zareen Gosip apa Ada ke

SeeJessy. Ive told you already. He wont admit Sofiah pandang Jessy lalu ketawa.

I know him one. He is shy-shy cat typelah. You tanya, dia tak mahu jawab punya Jessy sahut ketawa.

Zack geleng. Lucu pula menjadi bahan gosip di petang hari.

Mak Jemah sangatlah korang ni.Zack membalas namun bibir kekal senyum. Kepala kembali memandang ke depan. Zareen baru saja masuk ke dalam sebuah Toyota Caldina berwarna biru. Dia kerut kening lagi. Seingatnya, kereta adik Zareen adalah Alza berwarna merah. Dia cuba mengingati jika itu adalah salah satu kereta milik adik Zareen namun gagal.

Kereta lain, mungkin. Zareen ada ramai adik-beradik.

Okay ladies, I balik dulu.Zack minta diri apabila Toyota Caldina biru telah hilang dari pandangan.

Okay Zack, see you tomorrow. Balas Jessy.

Zack senyum dan mula berjalan menuju ke tempat parkir motorsikalnya.

Kinokuniya, KLCC

SATU demi satu celahan kabinet dilalui. Perhatian terbahagi dua di antara tajuk-tajuk buku yang terdapat di rak dengan telefon bimbit. Malas untuk pulang awal, lalu Zack ke sini dahulu menghabiskan masa terluang dan mengenang seseorang. Sejak Kate tiada, dia jarang ke sini.

(Zack Iskandar)

Im at Kino!

(Kate Banham)

Is it What are you doing there Alone

(Zack Iskandar)

Yupalone. I rindu kat youlah. Sebab tu datang sini.

(Kate Banham)

Ha-ha-ha. You ni sangat mengada!

Balasan WhatsApp dari Kate membuatkan Zack tergelak. Pelat Kate tak hilang.

(Kate Banham)

Its already 8pm there, right

(Zack Iskandar)

Iya. Dah pukul lapan. You kat Caf ke

(Kate Banham)

Iya. I penat sangat hari ni.

(Zack Iskandar)

Hey, dont work too hard, alright You need to take care of yourself. I tak nak you jatuh sakit.

(Kate Banham)

Dont worry, darl. Im fine. Di sini ada orang jaga.

Zack senyum.

(Kate Banham)

Tell me more about Zareen.

(Zack Iskandar)

Thats all lah sayang. Tak ada apa lagi I nak beritahu.

(Kate Banham)

So, you think that she likes you too

(Zack Iskandar)

Maybe

(Kate Banham)

I think she is. She just dont want to make it so obvious. What are you waiting for then Pergilah cakap dengan dia yang you suka pada dia.

(Zack Iskandar)

I takutlah. Hehehe..

(Kate Banham)

OH. MY. GOD. You takut apa

(Zack Iskandar)

Kalau dia reject I, macam mana

(Kate Banham)

But you said she likes you too

(Zack Iskandar)

Correction! I said maybe

(Kate Banham)

Duh! Such a loser. So what if she reject you

(Zack Iskandar)

Malulah I. Nanti I makan hati, macam mana You pun duduk jauh. Siapa nak pujuk I

(Kate Banham)

Sangat mengadakan

Zack hampir terlepas ketawa namun sempat ditahan. Tak mahu pengunjung di sini menyangka dia gila pula kerana ketawa seorang diri.

Duk!!

Dia dilanggar sesuatu. Lebih tepat, seseorang. Zack pandang bawah. Seorang kanak-kanak berumur lebih kurang empat atau lima tahun jatuh terduduk dengan buku berterabur. Pantas telefon bimbit dimasukkan ke dalam poket seluar. Dia duduk melutut.

SakitZack bertanya.

Si kanak-kanak angguk laju. Kelihatan takut-takut.

Zack membantu kanak-kanak itu berdiri. Seluar kanak-kanak ditepuk perlahan, mahu membuang habuk yang terlekat. Wajah si kanak-kanak dipandang. Comel sekali. Buku-buku mewarna yang berterabur, dia tolong kutip.

Adik suka colour bukuZack menyoal ramah.

Si kanak-kanak angguk. Masih takut-takut. Pandangan ditebar ke sekeliling, mencari seseorang.

Mana mama dengan papaZack menyoal lagi, memberikan senyuman.

Tadimama dengan ayah ada kat sana.Si kanak-kanak menjawab petah. Ketakutannya berkurangan melihat Zack bersikap prihatin.

Jom, kita cari mama dengan ayah...nak Ajak Zack.

Si kanak-kanak angguk percaya. Mula senyum sedikit.

Irfan. Kan mama kata jangan lari-lari.

Satu suara menegur. Suara itu cukup dikenali. Zack angkat muka. Riak wajah berubah, penuh tanda soal. Mama

Zareen tergamam.

Ayahayah. Nak buku niIrfan pantas berlari mendapatkan Akmal.

Akmal senyum tetapi pandangan matanya bertukar antara Zareen dan Zack.

Zareen

Zack Suara Zareen terlalu perlahan.

Zack bangun perlahan dari melutut. Mama Ayah Sedang berusaha untuk menghadam fakta yang baru diterima.

ReenTegur Akmal. Kawan Reen ke Senyuman diberi kepada Zack walau timbul rasa kurang senang. Reaksi Zareen seperti memberi gambaran sesuatu.

Ehmmmabang. Zareen telan liur. Abang, ini Zack. Satu tempat kerja dengan Reen.

Abang. Pedih rasa hati. Zack melepaskan keluhan dalam diam.

SayaAkmal.Akmal memperkenalkan diri. Tangan dihulur.

Untuk tidak dikatakan biadap, Zack sambut. Kali ini, bibir ditampal dengan senyum plastik.

Zack. Tutur Zack, turut perkenalkan diri.

Mamanak buku ni.Irfan bersuara lagi. Tiga orang dewasa yang sedang saling memandang penuh curiga antara satu sama lain tidak memberikan hal kepadanya.

MamaIrfan mennggoncang tangan Zareen.

Iya sayang. Nanti kita bayar dulu yaZareen memandang Irfan.

Yeay. Irfan sambut suka.

Reen nak berbual dulu keMahu mengalih janggal, Akmal bersuara. Irfan didukung.

Abang pergi bayarkan buku Irfan dulu. Kami tunggu di kaunter.Akmal berlalu sambil mendukung Irfan. Walau sangsi dan rasa kurang senang, dia tidak mahu terburu-buru masuk campur hal Zareen.

Kini, tinggal Zareen dan Zack saling bertentangan.

Ituanak Cik ReenZack menyoal perlahan.

Zareen tarik nafas dan angguk.

Jadi, Cik Reen dah kahwin

Zareen angguk lagi.

Zack hembus nafas kasar. Hampir-hampir tak percaya. Selama ini, dia menyimpan perasaan pada isteri orang

ZacksayaZareen cuba untuk menerangkan sesuatu tetapi ayatnya timbul-tenggelam. Wajah Zack yang berubah riak mengundang rasa bersalah.

Saya pergi dulu.Zack angkat kaki, bawa diri. Langsung tidak menoleh lagi.