APA papa cakap Cuba papa ulang lagi
Keningnya terangkat tinggi sebaik sahaja bicara
Dato Sulaiman berakhir. Sungguh mereka tidak percaya. Dhia Anna menekup mulutnya, langsung dia tidak menduga begini pula kisahnya.
Nini Darina masih hidup!
Bergegar lutut Datin Anis sebaik sahaja mendengarnya. Rasanya dia bagaikan tidak mampu untuk berdiri dengan baik lagi. Matanya membulat. Kata-kata bekas suaminya bagaikan halilintar yang menggegarkan urat sarafnya. Terasa bagaikan dalam dunia fantasi pula. Anaknya yang disangka sudah mati itu masih hidup Matanya segera teralih pada Dhia. Apa yang diberitahu oleh bekas suaminya benar-benar tidak masuk akal.
Macam mana papa boleh jumpa Darina Apa yang berlaku sebenarnya gasak Dhia lagi.
Bagaikan mimpi dalam mimpi. Bagaimana mungkin kembarnya itu masih hidup selepas ditimpa kemalangan bersama Airish dulu. Dalam kemalangan itu, kereta Airish terjunam ke dalam gaung bersama jasad Nini Darina yang tidak dapat dikesan, sedangkan Airish yang berada di tempat pemandu sempat membuka pintu dan melompat keluar.
Lepas beberapa tahun kemalangan tu berlaku, papa terkejut bila Darina datang pada papa. Katanya, orang asli yang selamatkan dia. Dia hilang ingatan dan tinggal di perkampungan orang asli di sini.
Dhia tergamam. Tubuhnya kaku tidak bergerak. Begitu juga dengan lidahnya. Kelu tanpa suara. Sungguh, Dhia tidak percaya kisah itu benar-benar terjadi. Macam dalam drama atau filem sahaja.
Habis, kenapa abang tak bagitahu saya bila dia dah balik desak Datin Anis. Jiwanya berbaur antara gembira dan marah.
Dato Sulaiman gelak sinis bersama pandangan yang bagaikan menyindir bekas isterinya.
Macam mana abang nak bagitahu kamu kalau kamu berdua asyik mengelak daripada abang. Abang hanya ada Darina waktu tu, Dato Sulaiman separuh membentak.
Jadi disebabkan itu, abang sanggup tunangkan Airish dan Darina dengan menggunakan identiti Dhia Sanggup abang buat macam tu pada anak abang sendiri terjah Datin Anis penuh amarah dengan sikap bekas suaminya.
Dato Sulaiman terdiam. Di wajahnya terpancar riak serba salah.
Abang tak sedar ke, Darina dah mempergunakan abang! Dia pergunakan abang untuk dapatkan Airish! Selama ni dia memang cemburukan Dhia!
Dato Sulaiman terdiam. Kata-kata bekas isterinya sungguh berbekas dalam dirinya. Wajahnya menunduk. Perasaan serba salah menguasai dirinya.
Mama, semua ni bukannya salah papa seorang. Kalau kita tak mengelak daripada jumpa papa, mungkin benda tak jadi. Pa, Dhia minta maaf.
Tangan Dato Sulaiman dicapai Dhia perlahan sebelum kucupan hangat berlabuh di telapak tangannya. Sebak hati tuanya menerima kucupan halus itu. Sungguh lama dia tidak menemui anaknya. Dia rindukan anakanaknya. Lalu, tubuh Dhia dipeluk erat. Dhia turut membalas. Dia juga rindukan papanya. Penceraian mama dan papanya sungguh membuatnya kehilangan kasih sayang seorang ayah.
Sekarang Darina ada kat mana, pa soal Dhia terus.
Dia teringin benar berjumpa dengan kembarnya.
Jika benar kembarnya masih lagi hidup, dia sungguh teringin menatap wajah itu sekali lagi. Dia terlalu rindukan kembarnya.
Papa pun tak tahu. Darina hanya tinggalkan pesanan buat papa. Dia ambil dua orang pengawal papa. Katanya nak ke Terengganu.
Dhia dan Datin Anis berpandangan sesama sendiri. Apa yang mahu dibuatnya di sana bersama dua pengawal lagi
Papa, kenapa pertunangan tu, diputuskan Dhia bertanya. Ada rasa sangsi bertamu dalam jiwanya.
Dato Sulaiman terdiam. Mamanya pula terkaku sahaja. Seakan dapat menangkap akan apa sebenarnya yang difikirkan Dhia.
SUASANA di meja makan berlangsung meriah dengan gelak tawa mereka. Masing-masing terpancar riak keceriaan dan kebahagian. Lauk pauk yang tersedia dijamu enak. Tidak henti-henti perbualan demi perbualan diutarakan sehinggakan menjadi bahan lawak oleh mereka.
Sayang, cedokkan abang sikit udang tu, pintaan Airish dituruti Afiqa sahaja.
Mengada! Tangan ada! Bella mula bersuara.
Airish mencebik kecil. Katrina menjeling geram pada Afiqa. Gadis itu sengaja mahu menunjukkan romantiknya dirinya bersama Airish. Lalu, tubuh Aidil di sebelahnya dijeling.
Awak nak udang Nah!
Eh! baru ingin Aidil menghalangnya udang itu sudahpun terperosok masuk ke dalam pinggannya. Wajah Katrina dijeling.
Saya tak makan udanglah. Alahan! Nanti gatal-gatal...!
Katrina menjeling tajam pada Aidil sebelum pukulannya berlabuh di bahu lelaki itu.
Baik awak telan! Kalau tak, mati awak saya kerjakan nant!. Katrina merungut geram. Buat penat saja dia masak lauk udang, alih-alih Aidil tidak mahu menjamahnya. Huh! Geram. Aidil buat selamba sahaja dengan rungutan Katrina itu.
Kak long ke yang masak semua ni
Hello! Tangan ni ada sekali membantu, okey! marah Katrina.
Semua yang hadir di situ tergelak dengan rungutan tidak puas hati Katrina itu. Nampak sungguh comel gadis itu. Tidak henti-henti bersuara itu dan ini.
Sedaplah lauk ni semua. Pandai kak long dan kak Rina masak, kali ini Bella membetulkan kata-katanya.
Katrina menjeling sahaja pada adik Airish itu. Ini menyindir ke
Kalau macam tu, belajarlah masak dengan kak long kamu. Cakap nak berlaki. Pandailah masak dulu. Baru lulus jadi calon isteri, Datin Fariza membuka mulutnya.
Sayur labu ni betul sedap. Siapa yang masak Datin Fariza menyoal. Sungguh dia berkenankan lauk itu. Rasanya cukup sempurna sekali.
Siapa lagi kalau bukan sayang Airish, mama!
Masing-masing di situ menggeleng sahaja dengan suara Airish yang secara tiba-tiba itu. Airish menaikkan keningnya. Kenapa Kepalanya dialihkan pada Afiqa pula. Afiqa tersenyum.
Abang makan comel sangatlah. Macam budakbudak.
Nasi di tepi bibir suaminya dilap Afiqa. Bella tersenyum penuh makna. Katrina pula berdehem-
dehem beberapa kali sambil menyiku lengan Aidil. Aidil menjeling Katrina di sebelah. Gadis jenis apa ni, sungguh tak tahu malu. Aduhai. Apalah nasibnya. Harap muka saja cantik. Perangai Tidak terluah bicaranya.
Namun, dalam pada itu Aidil tetap tercuit dengan keletah Katrina. Gadis itu bagai garang-garang manja dengannya. Sangat cantik pada pandangannya.
Kak long! Esok kita masak lauk ketam pulak, nak
Bella teringinlah nak makan ketam.
Afiqa mengangguk setuju.
AFIQA merengus kecil. Barang-barang dapur yang dibimbitnya tadi dihempaskan di atas meja dapur.
Mulutnya laju membebel itu dan ini tanpa mengeluarkan suara. Kenapa semua orang asyik tinggalkan dirinya Ada suami entah ke mana, ada mak mentua pulak dah melencong dengan adik iparnya. Katrina dah dikebas kekasih pergi jalan-jalan Habis dia Aduhai.
Afiqa mengeluh.
Malas mahu melayani fikirannya semata-mata, Afiqa pantas menyusun segala barang-barang dapur yang baru dibelinya. Sibuk sahaja tangan Afiqa menyimpan itu dan ini. Lincah sekali pergerakannya.
Baru sahaja kakinya ingin ingin melangkah menuju ke arah peti ais, matanya terpaku kemas pada sehelai nota kecil yang melekat di pintu atas peti ais tersebut. Bekas tomato di tangannya dimasukkan terus ke dalam peti ais sebelum tangannya menarik nota tersebut.
Sayang, maaf sebab tinggalkan sayang hari ni. Malam ni abang bawak sayang keluar. Abang jemput sayang lapan malam nanti! Love you. XD
Afiqa merenung agak lama sehelai kertas kecil berwarna kuning itu. Bibirnya tersungging seulas senyuman gembira. Keluar Apa yang mahu dia pakai nanti, ya Afiqa tidak sabar, meskipun jam di dinding rumahnya baru sahaja menginjak ke arah 10 pagi, hatinya sudah tidak sabar-sabar mahu mengira detik waktu yang tinggal untuknya berangkat pergi bersama Airish nanti.
Segera, kakinya melangkah anak tangga ingin menuju ke arah kamarnya. Dia perlu mencari baju yang sesuai untuknya dipakai malam nanti.
Ting tong!
Afiqa berhenti. Siapa pula yang datang Segera dia turun kembali menuju ke arah pintu utama sambil tangannya sempat membetulkan tudung yang tersarung di kepalanya. Nafas pendek ditarik seketika sebelum digantikan dengan yang baru. Daun pintu diselak Afiqa. Matanya hampir membuntang memandang segenap tubuh yang berdiri tegak menghadapnya. Afiqa terus menutup pintu.
Tunggu!
Mata Afiqa terhala kemas pada Rayhan.
Saya nak cakap sikit dengan awak.
Afiqa mengeluh.
Kita cakap dekat luarlah, Afiqa mencapai selipar yang terdampar di situ.
Rayhan menarik nafasnya sebelum berbicara.
Belum sempat bibirnya menuturkan kata, sebuah kereta BMW berhenti tepat di hadapan rumah Afiqa. Afiqa yang berpeluk tubuh menjeling pada Rayhan.
Siapa tu
Rayhan menjungkitkan keningnya. Dia juga tidak tahu. Ketika itu, muncul dua orang lelaki bertubuh sasa yang lengkap dengan sut serba hitam di tubuh mereka dari perut kereta itu. Afiqa menelan liurnya. Ada apa ni Sudah berupa lagak FBI. Rayhan sempat mengintai cermin gelap kereta tersebut. Ada seseorang di dalam
itu. Tapi, dia kurang pasti siapakah orang itu. Nampak macam perempuan.
Maaf, puan. Sila ikut kami.
Kamu semua ni siapa Afiqa bertanya.
Rayhan juga turut bingung dengan kehadiran lelaki itu. Kedua-dua lelaki tersebut berpandangan sesama mereka, sambil mengangguk. Tiba-tiba, seorang daripada lelaki tersebut menerpa menarik tangan Afiqa. Afiqa cemas. Tangannya berkeras cuba untuk meleraikan.
Rayhan terus melepaskan tumbukan pada lelaki yang tidak semena-menanya memegang tangan Afiqa. Namun, tumbukan itu hanya memberi kesan sedikit pada lelaki itu. Afiqa tidak keruan. Kuatnya. Rayhan tidak berputus asa. Tubuh Afiqa disembunyikan di belakangnya dengan tangannya didepakan sedikit bagi menghalang perbuatan lelaki itu seterusnya. Lari, Fiqa!
Nak lari ke mana Afiqa bersuara cemas.
Lari aje! Selamatkan diri! tempik Rayhan dengan dirinya hangat sedang bergelut. Bertumbuk sana dan sini.
Beberapa serangan berjaya dielak Rayhan oleh kedua-dua lelaki itu. Tapi, melihatkan Rayhan itu yang berseorangan, Afiqa tidak yakin lelaki itu akan memenangi pergaduhan itu apatah lagi dengan kesan luka akibat pergelutan antaranya dan Airish masih lagi meninggalkan kesan merah di situ. Pasti, lelaki itu belum sembuh lukanya. Lantas, Afiqa turut ingin menolong sama. Serpihan kayu di atas rumput sana diambilnya tanpa ragu-ragu. Kayu itu dilayangkan tinggi mengenai tubuh salah seorang lelaki itu. Namun, layangannya tidak mengenai sasaran apabila lelaki itu mengelak. Afiqa menelan liur.
Habislah dirinya. Lelaki itu kelihatan mendekat. Rayhan melepaskan tumbukan pada lelaki yang sedang dihadapinya sebelum berlari mendapatkan seorang lagi lelaki yang mendekati Afiqa. Terus, ditendang lelaki yang sedang merapati Afiqa.
Cepat lari!
Afiqa tidak punya pilihan selain untuk melarikan dirinya. Tidak tahu di mana dia harus berlari, Afiqa pantas meluru masuk kembali ke dalam rumah. Keduadua lelaki tersebut dihadapi Rayhan.
Kau pergi ambil perempuan tu. Biar aku uruskan
lelaki ni.
Ujar lelaki bersut hitam itu kepada rakannya. Langkah Afiqa disainginya laju. Afiqa berlari masuk ke dalam rumah. Pintu ditutupinya laju. Baru hendak dikunci pintu itu sudahpun ditolak dari luar.
Berdetum bunyinya apabila pintu tersebut bertembung pada dinding rumah. Afiqa mengundurkan satu langkah demi satu langkah ke belakang. Lelaki itu mendekatinya. Tangannya direntap. Afiqa kini berada kemas dalam pelukan lelaki itu. Lelaki itu pantas mengeluarkan sarung tangan yang sudah dibasahkan
sedikit bersama klorofom itu sebelum ditekup mulut Afiqa.
Rontaan Afiqa mulai lemah sendiri. Pandangan yang jelas dan terang menjadi kabur sebelum bertukar gelap. Wajah Airish menjelma dalam kotak fikirannya. Abang. Mana abang Rintih hatinya sendiri.
Tubuh Afiqa dicempung lelaki itu keluar. Rayhan juga semakin lemah. Matanya memandang kelibat Afiqa yang sudah berada dalam cempungan lelaki itu. Rayhan diburu perasaan bimbang dan takut. Kerja siapakah semua ini Lalu, tanpa sedar satu tumbukan mengenai mukanya dan Rayhan jatuh tersungkur menyembah bumi.
Matanya dipaksa juga dibuka memandang keduadua lelaki itu yang bergerak ke arah kereta mereka kembali. Pintu di belakang dibuka oleh seseorang dari dalam. Mata Rayhan mengecil, ingin mengecam wajah itu. Dhia! Rayhan langsung rebah tidak sedarkan diri.
SEMUA mata-mata tertumpu pada Rayhan yang sedang kesakitan.
Aku tanya kau, mana Fiqalah
Airish bangun ingin menerpa ke arah Rayhan. Ingin dilepaskan sekali lagi tumbukannya pada wajah itu. Namun, terpaannya hanya sia-sia apabila Aidil bertindak menghalangnya. Alasan Rayhan yang datang kerana ingin memohon maaf daripada Afiqa dan dirinya bagaikan susah untuk dia percaya.
Sudahlah, Airish! Kau tak nampak ke keadaan Rayhan tu! Dia dah cakap dia tak tahu, Aidil mencuba menenangkan Airish.
Ah, ini semua mesti rancangan dia! dada Airish ditahan Aidil dari terus mara ke hadapan. Sementara Katrina menghadang jalan Airish dengan berdiri di hadapan Rayhan.
Kau tak nampak apa-apa ke, Rayhan tanpa mempedulikan emosi Airish yang sedang bergolak itu, Katrina bertanya tenang pada Rayhan. Dia sedar kini semuanya sedang tertekan. Kata-kata Katrina itu hanya dibalas dengan gelengan sahaja olehnya.
Airish merengus kasar. Wajahnya diraupkan. Rambutnya disisir dengan jarinya ke belakang. Perasaannya sedang berkecamuk ketika ini. Pelbagai rasa wujud ketika ini. Dia bimbangkan isterinya. Sia-sia sahaja parti yang sedang dirancangnya jika beginilah ceritanya. Kalau dia sudah tahu begini kisahnya, dia tidak akan tinggalkan Afiqa sama sekali.
Bella resah sendiri. Rasa bersalah menghimpun dirinya. Di mana kak longnya Bagaimana jika sesuatu terjadi pada kakak iparnya
Airish didudukkan Aidil di sisi Datin Fariza. Tubuh belakang Airish diusap mamanya. Airish semakin sebak. Dia lebih risaukan keadaan Afiqa.
Kau tak nampak nombor pendaftaran kereta tu
Rayhan menggeleng lagi. Akalnya dipaksa untuk mengingati insiden tadi. Semuanya datang silih berganti. Kesakitan menyebabkan dia buntu.
Diorang belasah aku teruk... tapi, aku rasa aku ada nampak seseorang....
Kata-kata Rayhan menarik perhatian mereka.
Siapa yang kau nampak Aidil menyoal dengan keningnya terangkat sebelah.
Dhia.
Semuanya kelihatan terkedu, tergamam dan terkelu dari bersuara. Airish terdiam di situ dengan tangannya erat menggengam sesama sendiri. Tubuhnya yang membongkok dinaikkan sedikit.
Dhia