CINTAI AKU DENGAN RESTU-NYA - 50
BUAT apa kamu datang ke sini Sinis pertanyaan Dato Arshad ketika melihat Idlan.

Entah kenapa hatinya sakit memandang wajah bekas menantu. Lebih bertambah sakit apabila isteri Idlan turut sama ada di situ.

Kedatangan mereka seolah-olah menyindir arwah anak perempuannya. Masih terbayang-bayang bagaimana dia merayu pada Ika supaya tinggalkan Idlan. Tapi, semua sia-sia apabila Ika tak mematuhi permintaannya.

Idlan dan Ika terkejut dengan layanan Dato Arshad. Datin Zabedah lekas-lekas berdiri untuk tenangkan suaminya.

Sabarlah, bang. Jangan marah-marah begini. Malu orang tengok. Lagikan, tak baik kalau abang berkelakuan macam ni depan jenazah anak kita. Pujuk Datin Zabedah sambil mengusap perlahan belakang suaminya.

Dato Arshad seakan tak peduli dengan kata-kata isterinya. Malah, langkahnya makin maju menghampiri Idlan yang tak berganjak.

Papa tak sangka kamu balas begini pada Papa sekeluarga. Tak cukup dengan apa yang Papa dah bagi pada kamu selama ni Papa layan kamu macam anak sendiri. Papa berikan kamu jawatan tinggi dalam syarikat ketika kamu bekerja dengan Papa. Tapi, tak boleh ke kamu balas walau sedikit Susah sangat ke kamu nak bernikah semula dengan Ir masa dia sakit dulu Besar sangat ke permintaan Papa tu

Idlan tunduk dengan wajah kesal. Bukan kesal kerana tak menurut kehendak bekas mentua. Tapi, kesal dengan penerimaan dan kata-kata Dato Arshad terhadap dirinya. Macam dia pula yang bersalah atas kematian Irdiana.

Abang, janganlah cakap macam tu pada Lan. Abang kan tahu apa yang Ir dah buat. Kenapa abang nak ungkit soal kebaikan kita pada Lan pula Dia tak salahlah, bang. Dia pun ada pendirian sendiri, ada kehidupan sendiri. Takkan disebabkan dia tak dapat penuhi permintaan abang, macam ni pula abang cakap pada dia Arwah anak kita yang bersalah. Kenapa abang nak letakkan kesalahan arwah Ir pada Lan Bukankah tak adil namanya Panjang lebar Datin Zabedah memberi nasihat. Alangkah malu dia sekeluarga saat ini apabila suaminya memarahi Idlan di hadapan umum.

Ika tekun mendengar. Sedikit sebanyak dia rasa bersalah kerana permintaan dan rayuan Dato Arshad dulu, dia seakan-akan tak ambil kisah sedangkan pada awalnya, dia memang jatuh kasihan.

Maafkan saya, Dato... tolonglah jangan salahkan suami saya. Dia tak bersalah langsung dalam hal itu. Tapi, saya yang salah. Sepatutnya saya pergi jauh dan tak perlu jumpa suami saya lagi sampai bila-bila. Tapi,

Allah adalah sebaik-baik perancang. Siapa saya nak melawan takdir Tuhan.

Kamu bercakap memang cukup mudah. Tak kena pada diri kamu, memanglah kamu boleh cakap macam-macam. Sekarang anak aku dah tak ada. Dah tak ada! Bentak Dato Arshad. Kedua-dua matanya merah. Mungkin akibat menangis terlalu lama atas kehilangan Irdiana.

Idlan mati akal nak berkata-kata tapi, kemarahan Dato Arshad perlu dibendung segera. Kalau dibiarkan, makin melarat-larat pula.

Papa... bahu Dato Arshad disentuh perlahan. Harap-harap Dato Arshad tak menepis.

Saya minta maaf kalau Papa marahkan saya. Tapi, macam apa yang Mama kata, saya ada pendirian dan kehidupan sendiri lepas berpisah dengan Ir. Sekarang Ika adalah isteri saya. Seorang isteri yang perlu saya jaga hati dan perasaannya. Tak mungkin saya akan lukakan hati seorang perempuan yang dah berusaha untuk bahagiakan saya. Menjaga sakit pening saya, makan dan pakai saya yang selama ni tak pernah saya dapat dari Ir.

Idlan menarik nafas sebentar sebelum menyambung luahannya semula. Maafkan saya.

Bukan niat nak lukakan hati Papa. Jauh sekali nak buat Papa kecewa. Saya tahu, banyak jasa Papa pada saya selama tempoh saya jadi menantu. Saya hargai semua tu. Saya kenangkan semuanya. Tak ada satu pun dalam dunia ni yang boleh saya berikan pada Papa sebagai membalas budi. Apa yang masih tinggal hanya kasih sayang saya terhadap Papa dan Mama. Selama saya jauh dari keluarga, Mama dan Papalah tempat saya menumpang kasih dan ceritakan masalah yang ada. Saya takkan lupa jasa baik dan pengorbanan keluarga ni. Selamanya saya takkan lupa.

Idlan menarik perlahan tangan Ika. Bersedia untuk beredar. Buat apa nak berlama-lama kalau orang tak sudi terima kedatangan mereka.

Lan... Panggil Dato Arshad dengan suara perlahan.

Tersentuh hatinya apabila mendengar luahan Idlan. Entah kenapa tadi dia begitu benci melihat wajah Idlan dan Ika. Entah apalah yang merasuknya hingga hilang kewarasan sebentar. Memang tak patut dia cakap begitu depan Idlan. Apatah lagi depan semua orang yang datang menziarah.

Langkah Idlan terhenti saat itu. Lambat-lambat dia berpaling ke arah Dato Arshad. Menanti penuh tanda tanya kenapa Dato Arshad memanggilnya. Bersedia untuk hadapi sebarang kemungkinan. Mana tahu kalau Dato Arshad nak lepaskan tumbukan pula. Apa-apa pun boleh berlaku.

Maafkan Papa. Maafkan Papa, Lan! Dato Arshad menerpa ke arah Idlan lalu tubuh bekas menantunya didakap penuh erat. Air mata jatuh berkali-kali atas bahu Idlan yang dilapisi baju Melayu.

Idlan senyum nipis. Lega rasa hati apabila Dato Arshad menerima baik kata-katanya sebentar tadi.