Tengah hari ni masak apa Puan Hanim duduk di kerusi yang selalu diduduki oleh Encik Razali. Lama dia memandang pinggan makan suaminya.
Terpinga-pinga Mak Cik Ruhaya mendengar soalan Puan Hanim.
Arissa dah bagi menu untuk saya masak. Hati Mak Cik Ruhaya mula rasa tidak sedap dengan soalan Puan Hanim.
Wah, dah jadi mem besar pula dia dalam rumah ni ya Puan Hanim meneguk air kopi yang masih suam-suam kuku.
Menu tu, untuk Tuan juga Puan, jelas Mak Cik Ruhaya.
Puan Hanim memandang Mak Cik Ruhaya yang berdiri tidak jauh darinya.
Habis kalau untuk dia Saya tak boleh nak makan
apa yang saya teringin jelingnya.
Bukan begitu... tak salah untuk kita beralah.
Lagipun ini salah satu sokongan kita untuk tuan juga.
Bulat mata Puan Hanim dengan patah-patah ayat Mak Cik Ruhaya. Wanita itu sudah seperti Arissa pula. Tiba-tiba hatinya hangat.
Lagipun menu-menu tu makanan sihat. Kita pun elok makan!
Tidak faham dia dengan sikap wanita ini yang langsung tidak hirau tentang kesihatan suaminya. Mujurlah ada menantu yang begitu baik, penyayang dan begitu prihatin dalam menjaga kesihatan mentuanya.
Hai... semua sayang sangat dengan Arissa ni kenapa Kata-kata Mak Cik Ruhaya sebentar tadi benar-benar membuat dia geram dan rasa seperti hendak marah.
Orang baik-baik kita kena sayang Puan. Eee... ke manalah perasaan perempuan ni sebagai seorang ibu. Mentang-mentanglah kaya raya. Sekali Allah tarik semua ni, baru terduduk kau nanti! Sombong, angkuh!
Cemuhnya sendiri.
Dia tu nak kikis duit Kimi je kak! Puan pasti ke soal Mak Cik Ruhaya.
Terkedu dia dengan soalan Mak Cik Ruhaya.
Tak baik tuduh-tuduh. Puan kata Arissa seperti Puan mengata saya tau! Saya ni pun bukan dari orang kaya-kaya. Dah Allah tetapkan kami miskin begini dan Arissa tak punya ibu dan Ayah. Bukan salah dia. Puan dah menyalahkan Allah.
Terkulat-kulat Puan Hanim memandang Mak Cik Ruhaya yang memandangnya.
Puan orang bersolat dan mengaji... tentu Puan tahu perkara-perkara macam ni kan Rasa kesal dengan sikap wanita itu yang suka buruk sangka terhadap Arissa. Rasanya dia tidak boleh mendiamkan diri. Biarlah dia bersuara. Kalau dia kena buang kerja pun, dia puas hati dapat menegur sikap tidak elok wanita itu. Rezekinya ada di mana-mana. Insya-Allah dia boleh mencari kerja di tempat lain.
Terasa seperti pipinya ditampar-tampar dengan setiap ayat yang keluar dari mulut Mak Cik Ruhaya. Hendak menangkis dia rasa malu. Ya, tiba-tiba dia malu terhadap wanita yang lebih tua darinya. Puan Hanim berdehem beberapa kali.
Ada apa-apa lagi, Puan Saya nak masak ni.
Err... tak ada. Puan Hanim menggeleng kepalanya tanpa memandang Mak Cik Ruhaya. Segan.
Mak Cik Ruhaya mula mengemas meja makan dan seketika dia masuk ke dapur bersama pingganpinggan kotor.
Lama Puan Hanim merenung air kopi di dalam cawan yang masih berbaki. Nampaknya ramai yang sayang dengan Arissa. Apa yang Arissa buat sampai semua orang ikut cakap gadis itu, ya Hatinya bersoal sendiri.
Entah-entah diguna-gunakan laki aku dengan Kimi Mana tahukan Dia mula membuat andaian sendiri. Matanya merenung siling putih di atas sana.
Puan Hanim bangun selepas menolak kerusi makan yang didudukinya sebentar tadi. Dia memandang ke dapur. Tidak kelihatan bayang Mak Cik Ruhaya. Dia mula melangkah menuju ke tangga untuk ke bilik Hakimi dan Arissa. Mahu meninjau kalau benar Arissa mengguna-gunakan suami dan anaknya.
Satu demi satu anak tangga dipijak dan akhirnya sampai juga dia di hadapan pintu bilik Hakimi dan Arissa. Dia memandang sekeliling.
Amboi, ada CCTV!
Terkejut dia sebaik melihat kamera kecil di sudut siling di atas sana. Maknanya kalau apa-apa berlaku memang boleh tahulah. Atau kamera itu hanya hiasan sahaja
Harap-harap tak berkunci. Melampaulah kalau dikunci.
Lama dia memandang pemegang pintu itu. Ada rasa was-was namun akhirnya dia menekan pemegang pintu itu dan perlahan-lahan dia melebarkan daun pintu kayu yang agak berat seperti pintu biliknya di tingkat bawah.
Puan Hanim melangkah masuk dengan hati-hati. Lama dia berdiri memandang sekeliling bilik yang agak luas daripada biliknya. Perlahan-lahan dia mengitari sekeliling bilik itu dari satu sudut ke satu sudut.
Habis buku-buku di rak setinggi siling dibelek satu per satu. Mencari sesuatu kalau benar Arissa gunaguna Hakimi. Namun tiada apa yang dijumpainya. Kemudian dia beralih ke bilik persalinan pula. Terkejut dia melihat ada sebuah tilam terdiri di situ.
Apa hal tilam ni di sini
Ditilik pula tilam yang ada di situ. Tetapi tiada apa pun di tilam itu. Kemudian dibuka pula satu persatu pintu almari yang ada di situ dan termasuklah almari yang menyimpan barang-barang Arissa. Habis semua barang Arissa diselongkar dan barulah dia melihat segala isi fail sijil dan dokumen peribadi gadis itu.
Tak ada apa pun.
Akhirnya dia keluar dari bilik persalinan itu. Kemudian menuju ke bilik mandi pula. Tak ada apa yang pelik dijumpainya.
Sebaik dia menghampiri katil terlihat ada sebuah bingkai gambar yang terletak di atas meja sisi. Bergegar jantungnya melihat gambar di dalam bingkai berbunga-bunga itu. Sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak perempuan kecil dalam usia 4 ke 5 tahun. Dia kenal dengan perempuan di dalam gambar itu. Kenal sangat-sangat.
Marini Jantungnya laju sebaik nama itu disebut. Adakah Arissa anak Marini
SUDAH tiga hari kisah itu berlalu, namun dadanya sentiasa berdebar-debar setiap kali dia meraba perutnya. Alat ujian kehamilan sudah dibelinya semalam tanpa pengetahuan Hakimi. Namun takut hendak melakukannya.
Kenapa muka pucat je ni soal Hakimi.
Berpusing Arissa memandang lelaki itu yang sudah berada di dalam pejabat sementara Sweet Arena Langkawi Resort.
Tak ada apa-apa. Arissa menepuk pipinya beberapa kali.
Esok make up kena tebal-tebal... nanti tak naik seri, sampuk Encik Johan dengan tawa kuat.
Arissa menjeling dengan senyuman. Kemudian memandang Hakimi yang sudah duduk di bangku di sebelahnya.
Encik Johan tak nak beritahu saya apa-apa ke Sengaja hendak mengusik lelaki itu.
Belum masanya. Kalau dah confirm nanti baru saya beritahu ya. Buat masa ni... dia meletak jari telunjuknya di bibir. Berharap Arissa faham.
Okey! Arissa sengih. Nampaknya dia ada bahan nak usik Shima nanti.
Apa rahsia ni Hakimi memandang kedua mereka silih berganti. Ini yang buat dia cemburu ni. Ada rahsia pula antara Encik Johan dan isterinya.
Secret. Arissa memandang Hakimi selaku hendak mengusik suaminya.
Betul ke Johan!
Encik Johan ketawa kuat.
Melihat tawa Encik Johan sukar untuk dia percaya. Mungkin tentang tugasan mereka.
Ni... Dihulur beberapa jenis menu untuk majlis resepsi mereka.
Abang pilihlah. Begitu pun tangan Arissa menyambut menu-menu dari tangan Hakimi.
Abang tak pandai. Bab-bab makan ni sayang yang pandai kan Hakimi sudah menyandar tubuhnya di badan kerusi.
Arissa senyap dan hanya membelek menu-menu yang ada di situ. Sebenarnya dia tidak berminat hendak melihat semua itu.
Walidlah yang pilih. Dia menghulur pula menumenu tadi kepada Encik Razali.
Encik Razali menyambutnya dengan tawa.
Nak, oi! Walid ni sakit jantung. Karang Walid bedal semua karang!
Arissa sengih. Terlupa pula dia yang lelaki itu perlu berpantang.
Abanglah pilih. Kembali menu itu dihulurkan kepada Hakimi setelah Encik Razali tidak menyambutnya.
Laa... abang tak tahulah sayang. Hakimi membelek kembali menu di tangannya.
Apa-apa yang abang sukalah. Dia sudah tidak boleh hendak berfikir. Rasa senak fikirannya.
Apa-apa yang abang suka ya Hakimi memandang Arissa.
Ya. Lemah suara Arissa.
Hakimi memandang Arissa. Tiba-tiba dia bangun dan menarik tangan Arissa keluar dari bilik itu. Encik Johan dan Encik Razali hanya memandang kedua mereka.
Kenapa ni Sihat ke tidak Bimbang dia melihat isterinya seperti orang hilang semangat sejak dia masuk ke pejabat sementara Sweet Arena Langkawi Resort sekejap tadi.
Sihat
Sayang ni mengandung ke Hakimi merenung tepat ke mata Arissa.
Kaget dia mendengar tekaan Hakimi.
Err... mana ada. Hakimi sengih. Betul ke Arissa senyap.
Jom kita pergi klinik kat sebelah ni. Dia menarik tangan Arissa menuju ke lobi lif yang terletak di tengah-tengah bangunan hotel itu. Tak adalah, bang... Hakimi menoleh.
Ada atau tak, kita confirm dengan doktor, hmm...
Memang dia tidak puas hati sejak beberapa hari itu. Mood Arissa sekejap okey, sekejap lagi macam entah apa-apa. Mungkinkah disebabkan kehadiran Puan Hanim Mungkin juga. Kasihan dia dengan Arissa yang serba tidak kena apabila berada di rumah.
Tak payahlah. Sengaja dia memberatkan tubuhnya apabila Hakimi menarik tangannya.
Sekali lagi Hakimi menoleh dengan senyum.
Karang abang cium kat sini karang! ugutnya.
Besar kecil, besar kecil dia melihat suaminya.
Jom...
Nanti, nak bagi tahu Walid dengan Encik Johan. Arissa melepaskan tangannya lalu membuka pintu dan memberitahu kedua lelaki itu.
Jom... kembali Hakimi menarik tangan Arissa.
Hendak tak hendak dia memaksa diri mengikut langkah Hakimi menuju ke lobi lif. Jantungnya sudah bergetar tidak menentu. Tidak tahu mengapa Tiada rasa teruja tetapi rasa yang tidak tentu rasa.