MY DARLING ANGEL - 50
ELisa dengan dahi berkerut dan suara L, OKEY tak ni Nak panadol tak tegur

kedengaran risau.

Hm, tak apa Kak. El okey je, cuma sakit kepala sikit je. Lepas habis aktiviti riddle tadi El terus masuk bilik nak rehat kejap. Sekarang dah pukul berapa

Dah Maghrib El. El pergilah mandi dulu, lepas ni kita ada acara barbeku.

Err, Kak Lisa...

Ya El

Kalau El tak nak join BBQ boleh tak

Kenapa pula Ni antara acara penting. Jomlah, lagi pun malam ni ada penyampaian hadiah, ada sesi persembahan. Rugi kalau El tak ikut.

Err...

Tak apalah, kalau El tak larat, El pergi kejap je. Sekadar nak tunjuk muka. Takut nanti yang lain cakap apa pula. Okey pujuk Lisa.

Hm, okeylah Kak. El nak mandi dan solat dulu.

Akhirnya Elzaara menyatakan persetujuannya.

Lisa menjongketkan keningnya ke atas.

Lisa dan Elzaara bergandingan menuju ke arah kawasan lapang yang telah dijadikan sebagai tempat untuk mereka mengadakan unggun api. Kelihatan kesemua peserta sibuk dengan aktiviti masing-masing.

Acara pada malam itu adalah acara santai. Dari jauh Lisa sudah melambaikan tangannya ke arah dua orang jejaka yang sedang menunggu mereka di salah sebuah tempat pembakar barbeku.

Hai ladies.

Hai. So, dah lama tunggu ke

As usual.

Okey, sorry. Acara dah start ke Zahar mengangguk lembut.

Okey, jom kita duduk dekat sana. Senang nak ambil makanan nanti.

Mereka berempat mengisi tempat duduk dan Brian segera bangun semula untuk mengambil makanan untuk mereka semua. Tiga empat kali dia berulang alik dari meja makanan ke meja mereka.

Okey, jom makan. Kejap lagi kalau nak tambah baru kita ambil lagi.

Masing-masing mula menjamah makanan dengan mood yang senyap. Lebih menarik lagi ada juga yang sedang menyumbangkan suara sebagai halwa telinga mereka pada waktu itu. Lisa dan Zahar sedang rancak bersembang manakala Brian terus merenung Elzaara yang sedang khusyuk menjamah makanan.

Wajah Elzaara yang agak mendung dan serius terus mengasak tangkai hati Brian. Apakah yang sedang difikirkan oleh tunangnya itu. Hatinya resah kerana melihat Elzaara yang gelisah.

Brian bingkas bangun dan menuju ke atas pentas. Elzaara terkejut apabila melihat Brian bangun secara mendadak dan matanya menyoroti langkah Brian tanpa diketahui oleh Brian. Hatinya berdegup kencang kembali dan kini getarannya lebih hebat.

Testing, testing... hello, hello...

El, Brian nak menyanyilah. Mesti dia nak nyanyikan untuk El. Usik Lisa.

Elzaara hanya mencebik. Hai, Kak Lisa ni, sejak bila bertukar kerja jadi agen pencari jodoh pula ni sampai nak kenan-kenankan aku dengan dia tu Bukan kami masing-masing tu dah bertunang ke Takkanlah Kak Lisa tak tau hal ni kot. Pelik!

Dia tidak berani menyuarakan persoalannya kepada Lisa kerana takut Lisa akan mengandaikan bahawa dia menyukai kawan baiknya itu.

Saya nak mendendangkan sebuah lagu khas untuk seseorang yang paling saya sayang, paling saya cintai. Dialah My Angel dalam hidup saya, iaitu tunang tercinta saya. Terimalah...

Phewwiitt!! Cayalah!

Zahar mengangkat ibu jarinya tinggi-tinggi menandakan terbaik manakala Lisa menepuk tangan sebagai tanda sokongan. Hanya Elzaara saja yang tidak memberikan sebarang reaksi.

Brian mula mengalunkan sebuah lagu jiwang dan ternyata suaranya mampu memikat kesemua ahli kumpulan Jungle Extreme. Elzaara juga bagaikan terbuai-buai mendengarkan bait-bait yang dialunkan oleh Brian. Lagu Hanya Padamu betul-betul menyentuh dan mengusik hati Elzaara sehinggakan dia terlupa sebentar status dirinya dan juga status diri Brian.

Sebaik saja lagu sudah berakhir, bergema kawasan unggun api mereka dengan sorakan dan juga tepukan sehingga ada yang meminta Brian untuk menyanyi lagi. Brian menolak dan dia duduk semula bersebelahan Elzaara. Senyuman yang paling manis diberikan kepada Elzaara. Melihatkan wajah Elzaara yang sedari tadi mendung kini sudah mekar ibarat bunga yang sedang berkembang. Senyuman manis Elzaara menghiasi bibirnya dan itu sangat melegakan hati Brian yang resah.

Sedap suara awak. Tak sangka pandai awak nyanyi lagu Melayu. Ingatkan awak tau nyanyi lagu Korea je. Komen Elzaara.

Brian terkejut! Dia seakan-akan tidak mempercayai bahawa komen yang baru saja dia dengar adalah dari mulut tunangnya, Elzaara Natasya! Dia mengandaikan Elzaara akan merasa tidak peduli dengan apa yang dia lakukan sebentar tadi. Kini dirinya terasa bagaikan di awang-awangan kerana Elzaara mula bersikap positif terhadapnya. Belum sempat dia bertanyakan pendapat Elzaara soal nyanyiannya tadi, dengan pantas Elzaara menuturkan dahulu.

Ini perkembangan positif ni. Alhamdulillah! Brian mengucapkan syukur.

Terima kasih. Harap you sukalah ya lagu tu.

Elzaara menggeleng, Yang patut suka lagu tu tunang awak, bukannya saya. Saya bukan tunang awak. Tapi, apa yang saya boleh cakap... terbaik! Elzaara mengangkat ibu jarinya kepada Brian tanda bagus.

Mana you tau lagu Korea tu I yang nyanyi teka Brian.

Saya agak je. Tengok daripada cebisan kertas yang awak selit dalam kotak tu. Tapi, lagu tu awak yang

nyanyi ke bukan

I yang nyanyi. Khas untuk you.

Terima kasih. Susahkan awak je.

Sama-sama. Tapi, pandai you teka tu suara I. Tak sangka pula yang you masih ingat lagu tu lagi. Masih simpan ke CD tu

Senyuman Brian semakin melebar. Berita yang dia terima sudah mampu melonjakkan dirinya sehingga ke bulan. Seronoknya sungguh tak terkata.

Simpan.

Aktiviti barbeku pada malam itu berlangsung sehingga lewat tengah malam. Sehingga aktiviti berakhir pun masih lagi ada yang rancak bersembang dan juga sibuk berkaraoke. Elzaara, Lisa, Brian dan Zahar masih lagi rancak bersembang. Pelbagai topik dibincangkan oleh mereka berempat. Sesekali perbincangan mereka diselangi dengan gelak tawa, gurau senda.

Elzaara yang pendiam, yang serius sudah menghilang. Elzaara Natasya yang lama sudah pun kembali! Lisa tersenyum senang apabila melihat Elzaara sudah boleh bergelak ketawa seperti dulu dan bukan gelak yang dibuat-buat.

Alhamdulillah Ya Allah! Terima kasih Engkau telah mengembalikan Elzaara yang dulu kepada kami. Syukur Ya Allah! Moga El akan terus bahagia macam ni. Aamiin! Doa Lisa dalam hati.