SAAT AKU BERPALING - 50
NADHIRAH mencedok air telaga untuk dijerang dan disimpan sebagai bekalan air minuman.

Seperti selalu, dia dan rakan-rakannya akan bangun awal bagi menyediakan sarapan untuk anakanak murid yang bakal memulakan sesi persekolahan. sebentar sahaja lagi.

Memandangkan keadaan mereka yang mempunyai bekalan sayur-sayuran dan rempah ratus yang amat terhad, mereka yang bertugas menyediakan makanan bercadang mahu menyediakan bubur daging dan susu segar sebagai sajian sarapan mereka pada pagi ini. Mujurlah ada hamba Allah yang bermurah hati sudi untuk membekalkan susu segar dari ladang miliknya setiap hari sejak dua tahun lepas. Rezeki anak-anak mungkin.

Tiada istilah bekalan gas, tong gas mahupun dapur gas di sini. Yang ada hanyalah longgokan kayu api yang membukit tingginya serta gelung getah dari tayar motor ataupun selipar jepun terpakai. Mereka perlu menghidupkan unggun api dan menggunakan dapur kayu bagi tujuan memasak. Dek kerana sudah terbiasa, memasak menggunakan dapur kayu bukan lagi sesuatu yang sukar buat Nadhirah. Dia sudah pakar.

Nadhirah, someone is looking for you. Laung Rattana yang sedang menyalakan unggun api di luar. Dek kerana suhu yang terlalu rendah, unggun api di kawasan kediaman mereka perlu dinyalakan sepanjang masa.

Coming. Jawab Nadhirah sambil tangannya sibuk mengacau susu yang sedang dipanaskannya.

Pagi-pagi macam ni takkanlah pula dia dah datang Nadhirah mengerutkan keningnya sebaik sahaja dia mendengar laungan Rattana. Dia seakanakan sudah dapat mengagak gerangan tetamu yang datang menjenguknya pada pagi yang berbahagia ini.

Dah tahu sejuk, kenapa keluar awal-awal buta ni Soal Nadhirah pada Faliq yang sedang meringkuk kesejukan. Mujurlah ada beberapa longgok unggun api yang sedang marak menyala dikawasan kediaman Nadhirah.

Saya nak bagi awak benda ni. Faliq menghulurkan satu bungkusan plastik berisi sesuatu kepada Nadhirah.

Dia yang sedang duduk di atas sebuah bangku kayu bangun sebaik sahaja mendengar suara Nadhirah menegurnya. Dia kemudiannya menghulurkan sesuatu. Sepasang sarung tangan tebal yang dibelinya di Nalaikh diserahkan pada Nadhirah.

Apa ni

Sarung tangan.

Saya tak perlukan benda ni. Saya dah ada sarung tangan sendiri. Nadhirah cuba memulangkan pemberian Faliq. Plastik berisi sarung tangan berwarna cokelat itu dihulurkan kembali.

Saya bukan bagi intan berlian pun. Ambil ajalah. Kalau awak tak nak tak apa. Saya buang dalam unggun api ni. Ugut Faliq. Dia enggan menerima kembali sarung tangan yang diperbuat secara tradisional daripada bulu kambing berkenaan.

Awak ni, kan... Gumam Nadhirah sambil menggigit bibir bawahnya. Dia geram melihat kedegilan Faliq.

Sejuk macam ni awak boleh keluar tak pakai sarung tangan. Kalau beku semua jari-jari ni, saya pakaikan cincin kahwin kita dekat mana nanti Soal Faliq sambil tangannya sibuk menyarungkan sarung tangan yang dibawa pada tangan Nadhirah secara paksa. Sukar benar mahu melembutkan hati kering buah hatinya ini.

Sejak bila awak suka merepek Tangan saya takkan beku. Dan saya takkan pakai cincin dari sesiapa.

Awak yakin ke

Saya takkan pakai. Jawab Nadhirah yakin.

Saya akan pastikan awak pakai. Saya akan beli yang paling berat, paling ketat, paling besar. Supaya awak dah tak boleh nak tanggalkan cincin tu lepas saya sarungkan nanti. Bantah Faliq.

Faliq juga tetap berdegil. Dia sedikit marah sebenarnya apabila mendengar nada yakin yang diluahkan Nadhirah. Dia benar-benar tidak suka dengan apa yang didengarnya.

Kita tak payah cakap pasal benda ni, boleh tak

Boleh. Kalau macam tu, tolong ke tepi. Saya nak potong kayu-kayu ni. Bahaya kalau awak duduk dekat. Arah Faliq tanpa berbasa basi lagi. Memang itulah tujuan kedatangan Faliq pada pagi ini.

Tak payah. Sekejap lagi ada orang lain datang tolong saya potong kayu-kayu ni. Nadhirah tidak mahu Faliq untuk terus berada di sini. Dia merasa seolaholah diperhatikan sepanjang masa.

Hah, sayalah tu. Sangkal Faliq.

What

Eddie tak dapat datang. Dia kena keluar ke pekan untuk ambil bekalan ubat-ubatan. Saya ganti tempat dia uruskan keperluan penghuni rumah ni.

Awak cakap apa ni Macam mana awak boleh kenal Eddie Nadhirah jadi pelik apabila Faliq mengenali ketua program mereka. Mustahil juga jika Eddie sesuka hati melepaskan tanggungjawabnya pada orang lain.

Eddie yang ajak saya tinggal dekat sini. Semalam pun saya tidur dekat rumah sebelah. Mulai hari ni, saya akan tinggal dengan awak di sini. Jawab Faliq dengan selamba.

Nadhirah benar-benar terkejut. Dia langsung tidak menyangka yang Faliq sebenarnya menginap di rumah sebelah.

Yup. Mulai hari ni, saya dah jadi a part of this family. World Care dah terima permohonan saya untuk berkhidmat dekat sini. Faliq mengukir senyuman paling menawan buat Nadhirah. Dia benar-benar gembira.

Its lame, Faliq! Tak kelakar langsung.

Saya tak bergurau pun. Saya tak peduli kalau apa yang saya cakap tadi hambar pada pendengaran awak. Faliq tidak menghiraukan kata-kata Nadhirah.

Dia mula meletakkan satu demi satu bongkah kayu untuk dibelah kepada bahagian yang lebih kecil manakala Nadhirah pula hanya mampu mendengus kasar dan berlalu pergi meninggalkan Faliq di luar. Semua benda sudah berada di luar jangkaannya. Faliq memang sukar untuk diramal.