TORA DATANG LAGI - 50
Permainan mengasuh yang dimainkan sama sahaja seperti permainan mengasuh anak patung bayi. Apa yang membezakannya adalah tidak menggunakan anak patung berbentuk bayi tetapi dibuat dengan menggunakan kain lampin. Ada juga yang menggunakan kain batik. Permainan ini asalnya direka oleh ibu bapa yang tidak mampu atau mungkin buat-buat tak mampu membelikan anak patung kepada anak-anak. Ianya juga disebut anak katak di sesetengah tempat.

Kain akan dilipat mengikut aturannya dan membentuk seperti seakan-akan seorang bayi yang berbentuk seperti huruf I. Silang pada bahagian atas menjadi tangan dan silang pada bahagian bawah menjadi kaki. Tanpa berkepala, tapi okey.

Seperti mana permainan anak patung yang biasa dimainkan, anak patung lampin akan diasuh, dibelai dan dimanjai seperti seorang ibu menjaga seorang bayi. Walaupun nampak bosan nak mampus, ia pernah melalui zaman kegemilangannya yang tersendiri. Percayalah.