Sang isterinya juga pesakit tegar aku. Beliau seorang yang takut dengan jarum. Beliau juga tak tahan sakit. Jadi semasa kelahiran anak pertamanya, beliau trauma kerana asyik kena marah dengan nurse. Beliau pernah berjanji, kalau ditakdirkan kena bersalin kali kedua, beliau takkan ke hospital kerajaan. Bayar mahal pun takpa sebab beliau tak sanggup nak menghadapinya lagi.
Ditakdirkan beliau mengandung anak kedua. Beliau tak nak buat antenatal check up di kerajaan. Beliau nak suruh aku check dia setiap bulan. Jadi setiap bulan dia datang jumpa aku. Kandungannya alhamdulillah tidak bermasalah. Beliau pun takda masalah kesihatan tetapi berat badannya lebih 85 kg. Daripada awal mengandung hingga sekarang, berat badannya hampir statik. Berbeza cuma 2 kg sahaja. Jemu aku memujuknya supaya ke klinik kerajaan, tetapi beliau tetap tak nak. Sebulan yang lalu, aku berjanji nak merujuknya ke klinik kawan aku. Seorang pakar perbidanan swasta di JB. Beliau dan suaminya dah bersetuju dan mungkin akan bersalin di tempat yang sama.
Kelmarin beliau datang ditemani saudara perempuannya. Kelibat suaminya tak kelihatan. Mungkin ada di luar agaknya dan aku langsung tak menduga apa terjadi seterusnya.
Jadi kak bersalin di klinik kawan saya
Tak jadilah doktor. Takda duit.
Kenapa
Abang saya dah takdalah doktor.
Mana dia pergi
Dah meninggallah doktor.
Terkedu aku selama beberapa minit. Mata aku hampir berpeluh. Tapi aku tahan sedaya-upaya aku. Tak macolah menangis depan orang. Tak profesionallah menangis depan pesakit.
Dipendekkan cerita, suaminya meninggal dunia 10 hari yang lalu. Kemalangan di tempat kerja. Beliau terkena kejutan elektrik semasa bekerja di bengkel. Beliau ditemui oleh pekerjanya beberapa jam kemudian dengan elektrik masih di badannya.
Aku sedih bukan sahaja kerana kasihan. Aku sedih bukan kerana dia pesakit tegar aku. Aku sedih kerana tiba-tiba aku teringatkan anak-anak dan isteri aku. Bagaimana pula nasib mereka bila tiba-tiba aku tiada lagi