Lepas tahun 1994, aku masuk sekolah menengah. Dia punya perlembagaan sekolah sangat Islamik. Iaitu kena pakai kasut hitam. Aku balun pakai kasut kulit hitam yang sebenarnya PVC beli di Yik Fong harga tak boleh kurang. Seronok betul aku sebab tak payah terbongkok-bongkok cuci kasut hujung minggu macam masa aku sekolah rendah dulu. Kapur kasut naik harga pun aku bukannya peduli.
Lepas tahun 1999, aku dapat masuk university. Dia punya perlembagaan lebih liberal dan intelligent. Ikut suka kaki nak pakai kasut apa benda. Aku pun tak ada nak buang masa toleh kiri kanan dah. Terus balun pakai selipar. Selesai!
Tahun 2005 pula, aku masuk kerja. Dia punya perlembagaan sama macam sekolah menengah, kena pakai kasut hitam. Aku maju ke depan, kasut kulit hitam aku kali ni betul-betul kulit,.
Bukan kasut PVC yang cepat barai bila kena air lopak.
Sekarang ni tahun 2010, dah 16 tahun aku meninggalkan era cuci kasut. Tapi rasanya mulai minggu depan aku kena serius cuci kasut sekolah macam dulu-dulu balik.
Aku sudah rangka strategi, guna taktik aku yang lama. Lapik suratkhabar, terus sapu kapur sampai ke tapak, tak payah nak cuci pakai air sabun atau menggunakan apa-apa jenis teknik yang berteknologi tinggi. Senang, bersih, laju dan tak melanggar syariat.
Tapi bila aku fikir balik elok-elok masa makan nasi ayam tengahari tadi, hal cuci kasut start minggu depan ni boleh bikin hati panas juga sebenarnya.
Sekarang aku nak tanya, siapa yang pergi sekolah ni Aku ke siapa ni
Fateem boleh tolong jawab