Meor, 1997
la adalah lirik yang aku tulis pada 1997. Pada waktu itu musim mengawan untuk para jiwa yang kehausan akan kasih sayangnya. Aku menulis lagu mengikut musim. Kalau musimnya datang, banyak yang aku dapat hasitkan. Kalau ideanya tidak mendatang, seperti menunggu buah yang tak gugur.
Kalau difikir-fikirkan, aku bukannya cerdik sangat. Kadang-kadang ada rasa diri bijak. Ada beribu alasan mengapa aku tidak pandai-pandai. Naniun, aku
senaraikan hanya tujuh:
1. Sebab mass aku lahir aku tidak boleh ingat apa yang berlaku di sekeliling. Kalau Buddha, dia lahir sahaja mampu berjalan. Manakala aku darjah dua baru boleh membaca.
2. Aku ini blur - sukakan keindahan langit dan ceritanya. Orang seperti ini escapism seperti takutkan realiti.
3. Sombong - aku sangat berkepentingan untuk diri sendiri sebenarnya. Jangan ikut, tak bagus.
4. Kadang-kadang aku gunakan macam-macam alasan untuk satu-satu cerita. Selalunya takdirlah yang jadi mangsa. Jadi, jangan sesekali dekat dengan orang yang seolah-olah tahu tentang ketuhanan ni.
5. Mungkin sebab genetik membuatkan aku jadi sebegini. Adik-beradik aku semua bengap dan macam cerdik. Mereka bertuhankan duit. Aku tidak seperti itu. Memang aku dalam kerugian. Salah satu perkara yang paling malang ialah aku lahir dalam keluarga aku. Jadi, aku keluar dari wilayah benci dan aku jadi seperti lone ranger. Tapi masih tidak pandai-pandai juga. Aku mahu lahir dalam keluarga paria. Tapi tidak diizinkan Tuhan.
6. Aku tidak pandai mengambil kesentpatan terhadap sesuatu terutama yang melibatkan keduniaan. Bila difikir-fikir balik, bodoh betul aku ni. Mengapa aku tidak ikut sahaja mana-mana jalan yang boleh mendatangkan kejayaan dan kegemilangan dan terbilang Untuk ke belakang sudah terlewat. Apa boleh buat, taik kambing bulat-bulat.
7. Aku tak dapat apa yang aku nak. Sekiranya mampu, aku mahu kaut semua impian. Tetapi hanya mampu memiliki sepertiga sahaja. Memang tidak patut. Aku pernah maki Tuhan; mengapa buat aku jadi macam ni
8. Aku mengakui aku sememangnya bodoh. Sebab itulah aku masih lagi belajar, belajar dan belajar. Belajar dari orang gila, dari budak kecil, dari sesiapa yang aku kenal dan kenal aku, dari alam ni. Tidak tahu sampai bila, mungkin sampai mati.