AYAH EDY PUNYA CERITA - 50
Para ibu bapa dan guru yang saya cintai di mana pun anda berada, sebuah kenyataan yang dilontarkan oleh Collin Rose, pengamal pendidikan bidang Accelerated Learning, sungguh mengejutkan. Dia mengatakan bahawa ternyata anak bermula dari bayi hingga berusia enam tahun mempelajari dan menguasai lebih banyak daripada orang dewasa yang bersekolah hingga mencapai gelar doktor.

Pendapat ini berdasarkan kepada beberapa hasil penyelidikan terhadap cara kerja otak manusia yang metindak balass sistem pembelajaran. Namun, yang menarik untuk kita semak adalah mengapa had penguasaan maksimum pembelajaran anak adalah pada usia enam tahun dan mengapa dalam waktu yang lebih singkat anak dapat mempelajari lebih banyak.

Berdasarkan hasil penyelidikan Neuro Science atau ilmu yang meneliti tentang cara kerja otak manusia, dikatakan bahawa otak manusia mirip sebuah alat pemprosesan komputer yang pada awalnya atau pada waktu bayi baru dilahirkan masih kosong dan belum terisi program kerja. Ketika itu, sebahagian besar sistem kerja otak masih diatur oleh otak kecil yang masih sangat primitif, yang hanya terbatas untuk mengatur fungsi-fungsi dasar kehidupan, seperti mengatur fungsi pernafasan, degup jantung, suhu tubuh, dan yang serupa dengannya. Pada fasa ini, otak manusia belum boleh bekerja secara maksimum.

Namun demikian, secara semula jadi di dalam otak, Tuhan telah memasukkan atau meletakkan sebuah program atau software yang dikenali sebagai the instinct of learning. Software itu merupakan naluri belajar semula jadi yang biasanya ditunjukkan melalui rasa ingin tahu yang luar biasa terhadap pelbagai hal.

Oleh kerana itu, jika kita perhatikan baik-baik anak kita, terutama yang bawah lima tahun, dia selalu ingin mengetahui dengan segala daya upaya, apa sahaja yang dilihatnya, terutama benda-benda yang sedang dipegang oleh ibu bapanya.

Pada usia bawah lima tahun, the instinct of learning ini biasanya masih bekerja secara penuh atau in full capacity. Sejak bangun dari tidur, dia akan mula bergerak untuk mencari sesuatu yang menarik perhatiannya sehingga sering kali ibu bapa keletihan oleh rasa ingin tahu yang luar biasa ini.

Melalui rasa ingin tahu yang luar biasa inilah otak anak akan terus diisi oleh hal-hal baru, yang diibaratkan sebagai program-program kehidupan. Dia ingin tahu apa yang sedang dibaca ibu bapanya, ingin tahu benda-benda yang digunakan ibu bapanya, ingin tahu bagaimana membuka benda ini dan itu, yang akan terus berlangsung sepanjang hari.

Sesungguhnya, usia bawah lima tahun adalah fasa yang paling kritis ketika otak harus segera diisi oleh program-program pembelajaran. Oleh kerana itu, Tuhan juga telah melengkapi di dalam otak anak kita, sebuah energi yang besar, iaitu energi untuk memaksa dan pantang menyerah untuk mendapatkan apa yang diinginkannya, agar otaknya dapat terus diisi.

Energi inilah yang sering kali diterjemahkan oleh ibu bapa sebagai sikap anak yang keras kepala dan sukar diatur. Sesungguhnya, dia hanya menjalankan program yang sudah diletakkan Tuhan oleh dalam dirinya untuk kebaikan perkembangan otaknya. Ini jugalah yang Colling Rose sebut sebagai proses belajar yang sesungguhnya, iaitu memenuhi rasa ingin tahu yang terus-menerus sehingga pada akhirnya si anak menguasai satu persatu apa sahaja yang dipelajarinya itu.

Namun sayang sekali, kita ibu bapa umumnya tidak mengetahui apa yang sesungguhnya sedang terjadi pada mereka. Malah, sebahagian ibu bapa ada yang berasa bahawa anaknya terlalu ingin tahu, ada juga yang mengganggapnya hiperaktif, atau bahkan ada ibu bapa yang berasa terganggu dengan rasa ingin tahu anaknya ini hingga membuatkan dirinya tertekan.

Secara semula jadi, rasa ingin tahu anak semakin hari semakin bertambah besar dan semakin beraneka ragam caranya. Ada yang dengan terus menanyakan berbagai hal kepada ibu bapanya sehingga dia boleh dianggap terlalu cerewet. Ada yang mencuba-cuba sendiri, misalnya dengan memainkan alat-alat dapur, mencampurcampur bahan makanan sehingga rumah bersepah, ada pula yang membongkar-bongkar perabot hingga menjadi rosak, juga ada yang memanjat pagar, memanjat pokok, dan melompat ke sana-kemari.

Sekali lagi, sebenarnya apa yang dilakukan anak kita itu hanyalah sebuah tuntutan dari dalam dirinya untuk senantiasa menambahkan program-program baru ke dalam otaknya. Tanpa kita sedari dalam waktu lima tahun sejak kelahirannya, anak kita sudah pandai dalam banyak hal yang sebelumnya sama sekali belum boleh dilakukannya. Jika ibu bapa dapat memahami hal ini dengan baik, tentunya ibu bapa dapat memberikan lebih peluang kepada anaknya untuk terus memelihara The Instinct of Learning itu dengan sesuai, agar kelak si anak akan dapat terus mengembangkan sendiri kemampuan otaknya yang dahsyat ini hingga dewasa.

Namun sayangnya, menurut hasil penyelidikan, didapati bahawa The Instinct of Learning pada anak sejak dilahirkan akan cenderung mengalami proses penurunan. Penurunan ini terutamanya disebabkan oleh tiga perkara berikut:

1. Disebabkan oleh ibu bapa dan guru yang terlalu banyak melarang anak untuk memenuhi rasa ingin tahunya. Di sekolah biasanya dinyatakan dengan cara jangan nakal dan duduk di elok-elok.

2. Disebabkan oleh ibu bapa dan guru yang sering merendahkan harga diri anak, baik dengan mentertawakan mahu pun melecehkan anak yang sedang berusaha mempelajari sesuatu. Misalnya, Begitu sahaja kamu tidak boleh, atau Anak seperti kamu sampai bila pun tidak mungkin boleh.

3. Disebabkan oleh sistem sekolah yang hanya mengehadkan anak untuk mempelajari perkara yang diwajibkan oleh kurikulum dan bukan mempelajari hal-hal yang menarik minatnya.

Dari ketiga hal tersebut ternyata yang paling dasyat merendahkan The Instinc of Learning atau kemampuan belajar semula jadi anakanak kita adalah perkara yang ketiga. Ya, di sekolah anak-anak hanya diajar perkara yang akan disoal dalam peperiksaan. Mereka dipaksa untuk mempelajari hal-hal yang tidak menarik minatnya.

Sekolah pada umumnya hanya berorientasikan pada soal-soal ujian dan kemampuan menjawab soalan, bukan untuk mengembangkan kemampuan berfikir si anak. Begitulah setidaknya apa yang pernah diucapkan oleh Kathy Hirsh Pasek dalam bukunya Einstein Never Use Flash Cards.

Ya, penurunan kemampuan belajar semula jadi anak yang dahsyat itu mulai berlaku ketika anak berusia 7 tahun, iaitu sejak anak kita mulai mengikuti pendidikan formal yang diselenggarakan oleh institusi pendidikan. Oleh kerana itu, Collin Rose dalam bukunya menyatakan hasil kajian membuktikan bahawa anak berusia 06 tahun ternyata mempelajari dan menguasai lebih banyak daripada orang yang bersekolah hingga mencapai gelaran doktor.

Cubalah kita perhatikan baik-baik. Sejak anak kita bersekolah, dia cenderung belajar jika ditugaskan oleh gurunya. Dia hanya akan mempelajari hal-hal yang ada dalam buku wajibnya, tidak pernah lagi mempelajari hal-hal yang menarik minatnya dan semenjak itu rasa ingin tahunya akan segala hal perl han-lahan mulai memudar. Hal ini ditandai dengan munculnya keengganan anak untuk pergi ke sekolah, keengganan anak untuk mengerjakan tugas-tugas dari gurunya, dan sebagainya.

Para ibu bapa yang berbahagia, cuba kita ingat-ingat lagi pengalaman kita dulu bersekolah. Apakah kita lebih banyak membaca buku yang diwajibkan oleh guru atau kita lebih banyak membaca buku yang menarik keinginan kita Jika dahulu ketika anda bersekolah ternyata lebih banyak membaca dan mengerjakan sesuatu yang menarik minat anda berbanding yang ditugaskan guru di sekolah, beruntunglah bahawa The Instinct of Learning milik anda masih terpelihara dengan baik. Pada umumnya, orang-orang inilah yang cenderung lebih berjaya dalam kehidupan nyata.

Mari kita renungkan kembali.

Sekolah pada umumnya hanya berorientasikan pada soal-soal ujian dan kemampuan menjawap soalan, bukan untuk mengembangkan kemampuan berfikirsi anak.