AKMAL menjeling Zareen di sebelah. Zareen lebih banyak membuang pandang keluar tingkap. Berdiam diri sepanjang perjalanan pulang. Ketika makan malam tadi pun, Zareen banyak bermenung. Wajahnya muram. Kalau bercakap, hanya sekadar melayan keletah Irfan. Zareen berubah pendiam semenjak terserempak dengan Zack tadi.
Akmal jeling Irfan melalui cermin pandang belakang. Irfan telah tertidur culas di tempat duduk belakang.Tangan kiri mengulit plastik berisi buku mewarna manakala sebelah lagi memeluk erat patung mainan Spiderman.
Banyak sudah dia berhabis untuk anak arwah Asyraf itu. Banyak kali juga Zareen menegur yang dia terlalu memanjakan Irfan. Tapi, dia tak kisah.Dia ikhlas. Dia sayangkan Irfan seperti anak sendiri.
Entah bila Irfan boleh benar-benar dijadikan anaknya sendiri
Akmal tarik nafas perlahan. Zareen dijeling lagi. Masih muram seperti tadi. Dia memperlahankan bunyi radio.
Reen
Zareen menoleh ke arah Akmal. Ya
Boleh abang tanya
"Hmm. Tanyalah.
Siapa Zack tu
Kawan satu ofis
Akmal tarik nafas lagi. Ya, dia tahu yang Zack itu rakan sekerja Zareen. Jawapan itu tak perlu diulang. Dia mahu tahu perkara lain.
Reaksi Zareen tadi memberi gambaran, Zack bukan sekadar kawan, mungkin lebih dari itu. Ada sesuatu yang disembunyikan, dia tahu. Riak terkejut Zack dan wajah bersalah Zareen seolah-olah memberitahu, mereka berdua punya rahsia.
Rahsia apa Akmal perlukan jawapan.
Kenapa Zack macam terkejut bila nampak kita
Terkejut Tak adalah.Sekali lagi, Zareen memberi jawapan kurang meyakinkan. Acuh tak acuh.
Akmal tetap bersabar dengan jawapan itu. Dengan Zareen, dia perlu banyak berlembut dan berdiplomasi. Tak boleh berkasar.
Bimbang kelak perasaan Zareen terganggu. Zareen pernah mengalami kemurungan dahulu dan dia tak mahu perkara itu berulang.
Betul ke ni
Ya...
Reen sembunyikan sesuatu dari abang ke
Tak adalah. Mana adaSuara Zareen meninggi sedikit, merasa terganggu dengan soalan Akmal.
Kalau tak ada, kenapa Reen muram aje lepas kita terjumpa Zack tadi
Zareen merengus. Soalan Akmal tak dijawab.
Reen ada masalah
Zareen geleng.
Kalau Reen ada masalah, Reen boleh cakap dengan abang. Reen tahukan
Abang. Reen tak ada masalah pun. Reen cumaZareen melepas nafas kasar. Ayat termati. Dia tak ada masalah, cuma rasa bersalah dengan Zack. Namun, untuk meluahkan perasaannya pada Akmal, tak mungkin.
Abang tengok, Reen macam rapat aje dengan Zack
Tak rapat. Biasa aje
Betul
Abang. Berapa kali Reen nak cakap, Zack tu cuma kawan satu ofis.Suara Zareen kembali meninggi.
Abang tanya aje
Cara abang tanya, macamlah Reen ni ada affair dengan Zack.
Tak. Abang tak tuduh Reen macam tu. Abang kenal Reen. Abang tahu, Reen baik. Dengan siapa Reen nak berkawan, itu hak Reen.
Abang tak ada hak nak masuk campurAkmal cuba menenangkan Zareen. Reen tak perlu nak marah-marah, okey
Zareen tarik nafas dalam-dalam. Mula tersedar, dia telah berkasar dengan Akmal. Sorry. Ucapan maaf diluahkan.
Akmal diam. Mata kembali fokus pada pemanduan. Hari ini, sepatutnya dia gembira kerana dapat meluangkan masa dengan Irfan danZareen pastinya. Namun, harinya jadi kurang gembira gara-gara lelaki bernama Zack.
Rupa Zack dapat diingat dengan jelas. Agak tinggi orangnya. Kurus namun tidaklah terlalu melidi. Berambut lurus, dipotong kemas gaya terkini. Agak bergaya. Muka bersih tanpa sebarang janggut dan kumis. Dia mengagak, umur Zack lebih kurang pertengahan dua puluhan.
Hatinya kuat mengatakan, Zack dan Zareen punya hubungan lebih dari sekadar kawan pejabat. Rasa cemburu menggamit hati. Zack jumpa Zareen setiap hari sedangkan dia, hanya apabila ada masa terluang. Tak mustahil seandainya Zack dan Zareen boleh berpacaran.
Zareen dijeling lagi. Akmal menghembus nafas resah.
Sepuluh minit kemudian, mereka sampai di hadapan rumah Zareen. Jam menunjukkan hampir pukul sepuluh malam. Akmal berpaling ke belakang, memandang Irfan yang masih lena. Setelah itu, pandangan beralih pula pada Zareen.
Reen
Ya
Reen tahukanabang sayangkan Reen
Zareen diam.
Abang cintakan Reen, abang sayangkan Irfan. Apa selama ni, Reen tak nampakAkmal bersungguh-sungguh kali ini. Reen sengaja buat-buat tak faham
Reen tak nak cakap pasal ni.Zareen menjawab.
Abang dah lama tunggu jawapan Reen.
Jangan paksa Reen, boleh takZareen meninggikan suara lagi.
Abang tak paksa Reen. Abang cuma mahukan jawapan. Ya atau tidak, itu saja.
Reen tak tahu.
Atau hati Reen sebenarnya, berbelah bagi
Abang, ReenZareen mengeluh lalu memejamkan mata. Mereka terdiam seketika.
ReenAkmal memanggil lembut. Reen sayangkan abang
Zareen tetap diam. Soalan itu bergema dalam benak. Sayangkah dia pada Akmal
Setelah arwah Asyraf pergi, keluarga Akmal yang menjaga dia dan Irfan. Akmal yang banyak memujuk dan memberi nasihat. Di saat asanya semakin pupus, Akmal yang banyak memberi semangat untuk dia terus hidup. Akmal ada di sisi tatkala dia memerlukan seseorang. Akmal jaga Irfan sepenuh hati. Malah Akmal yang mengazankan Irfan setelah Irfan lahir. Budi dan jasa Akmal sekeluarga tak mungkin dapat dia balas walau dengan segunung emas.
Jadi, jawapan kepada soalan itu adalah Ya. Dia sayangkan Akmal.
Bagaimana dengan Zack
Dengan Zack, hati wanitanya sering terusik. Ada debar setiap kali berdekatan. Sering teringat bila berjauhan. Dia sudah lama tidak berperasaan begini, semenjak Asyraf pergi. Rasa itu cukup istimewa sehingga dia tak mampu untuk menolak walau dicuba berkali-kali.
Suara di kepala bertingkah. Suara dalam hati menyanggah. Satu lagi suara menuduh dia sengaja mahu melupakan Asyraf membuatkan dia rasa bersalah.
Reen tak tahu.Air matanya turun perlahan-lahan tanpa dapat ditahan. Fikiran bercelaru.
Reen Melihat air mata yang turun, Akmal dipalu rasa bersalah. Tak sepatutnya dia mengasak Zareen dengan pelbagai soalan. Dia hanya terikut-ikut dengan perasaan. Dia lepas nafas kasar.
Zareen sapu air mata dengan tapak tangan. Sangkanya, hati sudah tabah. Sangkanya, dia sudah kuat tapi nyata, dia salah. Jiwanya masih mudah goyah.
Reen, tarik nafas.Suruh Akmal.
Zareen menurut. Nafas ditarik beberapa kali.
Cuba istighfar banyak-banyak. Suruh Akmal lagi dan Zareen tetap menurut.
Tak berapa lama kemudian, Zareen kembali tenang. Mereka berdiam diri. Hanya lagu di radio menjadi peneman.
Akmal menoleh ke arah Zareen lagi yang kini duduk menyandarkan kepala dengan mata terpejam. Keluhan dilepaskan.
Apa yang Reen fikirkanAkmal memecah sunyi.
Zareen buka mata, lalu dia menoleh ke arah Akmal. Wajah Akmal yang seiras Asyraf itu membuatkan dia rindukan arwah secara tiba-tiba.
Reen teringatkan Asyraf.Zareen menjawab jujur. Air mata jatuh lagi.
Akmal menoleh ke depan.
Reen...Nafas ditarik perlahan. Abang bukan Asyraf. Sampai bila-bila pun, abang tak mungkin boleh jadi Asyraf. Abang tak mampu jadi Asyraf...
Zareen menahan esak.
Tapi abang nak Reen tahu yang abang betul-betul sayangkan Reen. Abang cintakan Reen. Selagi ada hayat abang...abang akan berusaha untuk membahagiakan Reen dengan Irfan.
Air mata Zareen turun semakin laju.
Kalau Reen dah ada orang lain...Reen cintakan orang lain, abang redha.Akmal menyambung kata, sayu.
Dan kalau betul Reen dah ada orang yang Reen sayang, mengakulah dengan abang. Abang boleh terima. Reen diam diri macam ni, abang takkan tahu.
Abang...Reen...Ayat Zareen termati lagi. "Reen...
Abang tak akan paksa Reen untuk terima abang. Yang abang minta dengan Reencuma... Akmal tarik nafas. Tolong jangan seksa abang, Reen. Jangan dera perasaan abang.
Reen minta maaf. Reen tak ada niat pun nak sakitkan hati abang... Balas Zareen dalam tangisan.
Mama...Irfan memanggil. Kenapa mama nangis
Irfan...Zareen pantas menyapu air mata di pipi lantas berpaling. Senyum diukir pada bibir.
Irfan dah bangun, sayang
Dah...Irfan menggosok-gosok matanya. Ayah...kenapa ayah dengan mama gaduh
Tak adalah. Mana ada ayah gaduh dengan mamaAkmal menjawab.
Tu...mama nangis.
Mata mama masuk habuk, sayang...Zareen berdalih. Kemudian, dia memandang Akmal. Memberi isyarat bahawa dia ingin masuk ke dalam rumah.
Akmal mengangguk faham. Enjin kereta dimatikan.
Jom...kita masuk.Ajak Zareen. Irfan angguk. Mereka semua keluar dari kereta.
Salam ayah, sayang.Suruh Zareen.
Irfan akur. Tangan dihulur kepada Akmal. Akmal melutut ke bawah agar dia sama tinggi dengan Irfan.
Sayang ayah tak Soal Akmal.
Sayang.
Tak mahu nakal tau Dengar cakap mama... Nasihat ringkas Akmal beri.
Irfan angguk lagi. Bila ayah nak datang sini lagi
Bila ayah cuti, ayah datang sini lagi. Jawab Akmal. Wajah comel Irfan yang masih mengantuk ditatap. Setiap kali saat perpisahan, sayu menggamit jiwa. Lantas, tubuh Irfan dirangkul dan dipeluk erat.
Ayah sayang Irfan...
Irfan pun sayang ayah... Balas Irfan.
Jadi good boy tau...Akmal berkata saat pelukan dilepaskan. Rambut Irfan diusap seketika.
Akmal bangun. Kali ini, matanya memandang tepat pada Zareen. Jaga diri, Reen.
Zareen angguk. Abang pun. Esok, drive elok-elok balik sana nanti...
Reen..
Ya
Abang sayangkan Reen.
Zareen senyum...tawar.
Reen masuk dulu. Assalamualaikum.
Waalaikummussalam.
Zareen dan Irfan melangkah masuk, meninggalkan Akmal yang masih termangu di luar pagar.
Tiga minit berlalu. Akmal masih bersandar di keretanya. Nafas ditarik dalam-dalam. Jauh di sudut hati, dia tak mahu kehilangan Zareen dan Irfan. Sepatutnya, dia mencurahkan perasaan pada Zareen awal-awal dahulu ketika Zareen masih di Terengganu. Dia sepatutnya melamar Zareen sejak dulu lagi. Tapi ketika itu, dia tidak sedar perasaannya sehinggalah Zareen pergi.
Akmal nekad. Dia perlu buat sesuatu. Ini jalan terakhir untuk dia memastikan, Zareen dan Irfan tidak akan pergi lagi darinya.
Andainya rancangan terakhirnya ini tak berjaya dan sekiranya sudah tertulis jodohnya dengan Zareen memang tiada, maka dia pasrah.
Akmal masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan. Toyota Caldina berlalu meninggalkan kawasan itu.