Sepanjang tempoh berada di kampung, Idlan mengambil keputusan untuk berhenti kerja di Johor Bharu. Dia ingin membuka syarikat sendiri di negeri kelahirannya. Disamping itu, bolehlah dia tunaikan cita-cita Ika yang ingin mempunyai kedai jahit sendiri. Kata Ika, kalau dia buka kedai jahit di Johor Bharu, persaingannya tentu hebat-hebat belaka. Tapi, kalau di kampung, masih ada peluang besarnya untuk meraih ramai pelanggan.
Idlan tersenyum apabila mengenang reaksi isterinya apabila meluah hajat begitu. Ika adalah isteri yang taat, tak pernah engkar suruhan agama, selalu penuhi keinginannya sebagai suami, sering patuh dengan kata-katanya dan jarang sekali Ika berkata tak. Apatah lagi sepanjang tempoh perkahwinan, Ika sering hadirkan bahagia dan tak pernah dirasakan kasih sayang Ika berkurangan. Malah, makin bertambah hari demi hari.
Sebagai balasan, dia akan penuhi keinginan Ika selagi kemahuan itu mampu ditunaikan. Asalkan isterinya tak berlebih-lebih, sudahlah. Dibuatnya Ika jadi macam Irdiana dahulu, takkah nanti pisang berbuah dua kali
Idlan menggeleng. Cuba dihambat rasa yang tak sepatutnya hadir. Lagipun, Irdiana dah lama pergi. Untuk apa dikenang-kenang sikap yang tak baik pada arwah bekas isterinya itu.
Abang...
Idlan berpaling. Dia melebarkan senyum ketika Ika berdiri di hadapan. Perut Ika yang makin membesar dari hari ke hari, diperhatikan tak berkelip. Bahagia sungguh dia rasa apabila tak lama lagi dia bakal jadi seorang ayah!
Dia menarik perlahan tangan Ika supaya duduk.
Sebelah tangan mengusap perlahan perut Ika.
Doktor cakap apa
Ika pandang sekeliling. Ramai para ibu, kanakkanak dan jururawat ada berhampiran dengan mereka. Tingkah Idlan menjamah perutnya, buat dia rasa segan.
Abang, janganlah buat macam ni. Orang nampak, malulah.
Idlan tersengih. Langsung tak sedar kelakuannya tadi menimbulkan rasa tak selesa pada Ika.
Ika tarik muka masam. Sengaja tunjuk aksi tak suka tapi, dalam hati bukan main berbunga-bunga apabila Idlan menunjukkan sifat prihatin sebagai suami.
Doktor kata kandungan Ika sihat. Ika pun tak ada masalah apa-apa. Jomlah abang kita balik. Ika dah penatlah. Ika sakit pinggang... Lengan baju Idlan ditarik perlahan.
Idlan tersenyum mendengar rungutan isterinya dan rasa kasihan mula hadir saat itu. Besar pengorbanan seorang isteri ketika mengandungkan zuriat suami, menerbitkan rasa simpati.
Kesian isteri abang ni. Erm, balik nanti Ika nak makan apa Biar abang masak. Selama dua tahun perkahwinan mereka, tak pernah sekalipun Ika biarkan dia gunakan dapur. Tapi, kali ni, biar dia berkeras sedikit untuk lakukan tugasan itu. Alah, bukan susah. Main campak-campak saja.
Kedua-dua kening Ika bertaut. Ralat mendengar tawaran Idlan. Suaminya mahu sediakan makanan Huh, tak payah. Habis tunggang langgang dapur mereka nanti. Bukan dia tak tahu orang lelaki kalau masak memang pandai tapi, lepas tu apa jadi Satu ruang dapur akan bersepah! Lebih baik dia lakukan sendiri. Selagi dia boleh bangun, selagi keduadua tangan berfungsi dengan baik, untuk apa dia menyusahkan Idlan Tak perlulah.
Kenapa tengok abang macam tu, sayang
Dah, abang jangan bercita-cita nak gunakan dapur ek. Ika tak benarkan.
Idlan faham maksud Ika. Faham sangat! Tapi, biar kali ni dia berkeras. Takkan sampai bila-bila pun dia langsung tak boleh membantu urusan di dapur Sesekali biar dia mencuba. Samada Ika benarkan atau tak, abang tetap nak masak untuk Ika hari ni. Tak boleh. Ika berkeras.
Idlan mengeluh perlahan dengan kedegilan Ika. Kalau di rumah, harus diciumnya bibir Ika yang merah itu sekarang juga. Biar Ika mengalah dengan kesungguhannya yang ingin membantu. Dalam tak sedar, timbul juga rasa geram.
Abang kata, boleh. Maka bolehlah. Kali ni Ika rehat cukup-cukup. Abang nak Ika betul-betul jaga keselamatan baby dan diri sendiri. Apa gunanya abang sebagai suami kalau tak boleh langsung nak membantu
Malas nak bertekak ala-ala manja dengan Idlan, Ika mengajak Idlan pulang segera. Buat malu pada orang saja kalau ada yang terdengar mereka bertekak fasal urusan dapur. Hal masak memasak pun nak gaduh Nanti apa orang akan fikir.
Idlan hanya mengekor langkah Ika yang maju ke depan. Merajuklah tu. Dia mengusap dahi. Sabar dengan karenah Ika yang pelbagai rencah dan ragam sejak akhir-akhir ini. Kadang-kadang macam budak-budak. Tapi, disabarkan juga hati apabila mengingatkan kata-kata ibunya. Kata Che Jah, biasalah orang mengandung memang begitu perangainya.
IDLAN menutup kedua-dua mata isterinya. Ada kejutan buat Ika di mana selama ni semua orang tak tahu. Hanya dia saja yang usahakan segala-
galanya. Sebidang tanah di pinggir bandar Kota Bharu dibelikan sejak beberapa bulan dahulu. Kemudian, didirikannya sebuah kedai yang cukup dengan kelengkapan peralatan menjahit. Kalau Ika lihat semua ni depan mata, tentu Ika melonjak gembira.
Bila abang lepaskan tangan, Ika perlahan-lahan buka mata, tau. Bisik Idlan di tepi telinga Ika yang sedang tersenyum.
Abang ni kan, ada-ada ajelah. Suka sangat mainmain. Entah apalah yang abang nak buat agaknya ni Soal Ika separuh merungut.
Nanti Ika akan tahu.
Lambat lagi ke Ika risaukan Irsyad kat rumah
tu. Nanti menangis pula dia bila sedar kita tak ada.
Alah sayang ni, nak buat apa bimbang fasal Irsyad Mak kan ada. Tahulah mak tu pujuk Irsyad kalau cucunya menangis. Takkan dia nak biarkan Irsyad macam tu saja.
Ika bungkam mendengar alasan Idlan. Ikutkan sajalah kehendak Idlan jawabnya. Makin dia banyak soal, makin lama mereka akan berada di tempat ini. Satu lokasi yang dia sendiri tak tahu. Maklum saja, dari dalam kereta lagi matanya dah ditutup dengan kain.
Sebaik saja Idlan lepaskan kedua-dua tangan, Ika tercengang. Tak berkelip matanya memandang ke depan. Dia terpinga sebentar dan kedua-dua tangan menutup mulut. Reaksi tak percaya dipamerkan pada Idlan. Lebih mengejutkan apabila mata menyinggah ke arah papan iklan. Kedai Jahit Ika Alia. Sedia Menerima Tempahan Baju Kurung, Baju Kebaya, Baju Melayu Dan Jubah.
Abang...
Ye, sayang...
Kedai jahit ni, Ika punya Soalnya masih lagi tak percaya.
Ya, Ika punya.
Tapi, bila abang buat semua ni Kenapa Ika tak tahu langsung
Idlan tersenyum nipis mendengar soalan demi soalan yang melantun dari dua ulas bibir isterinya. Dia tahu Ika terperanjat. Sememangnya inilah reaksi Ika yang dia mahu lihat.
Dah berbulan-bulan abang usahakan semua ni. Memang sengaja abang tak beritahu Ika. Kalau Ika tahu, tak ada kejutan lagilah.
Jadi, selain dari abang buka syarikat sendiri kat sini, abang buat keputusan berhenti kerja dulu... sebab nilah
Idlan menyentuh hidung dan dahi isterinya. Pandai isteri abang.
Ika tersenyum kepuasan. Tapi, dalam hati timbul sedikit rasa ralat. Tentu Idlan terpaksa keluarkan modal yang banyak. Kenapa Idlan buat semua ni untuk dia. Kenapa Idlan sanggup berhabis untuk dia. Kenapa suaminya sanggup menyusahkan diri.
Melihat perubahan di wajah Ika, Idlan menyoal, Kenapa Abang tengok Ika macam tak suka.
Bukan tak suka, bang. Tapi, Ika rasa gembira sangat. Yelah, memang dari dulu lagi Ika bercita-cita nak ada kedai jahit sendiri, nak ada peralatan menjahit sendiri, nak ambil upah jahit baju dan macam-macam lagilah Ika nak. Tapi, Ika tak sangka kemahuan dan cita-cita Ika secepat ni boleh tertunai.
Anggap saja ia rezeki yang tak disangka-sangka. Kata Idlan. Menjawab kemusykilan di hati Ika sambil merangkul perlahan kedua-dua bahu isterinya.
Ika mendongak, memandang Idlan cukup lama. Terdetik rasa syukur tak terhingga kerana Allah menganugerahkan dia suami sebaik Idlan. Saat itu air matanya jatuh setitis dua. Segera disekanya perlahan.
Ika rasa terharu abang buat semua ni Soal Idlan apabila melihat Ika menangis dan menyembam wajah ke dadanya.
Ika mengangguk sambil belakangnya digosok Idlan secara berulang-ulang. Tentu duit abang banyak habis untuk semua ni, kan
Untuk sayang, abang rela gadai diri sendiri.
Secara spontan Ika menampar perlahan sisi mulut Idlan. Cakap main lepas saja. Nak gadai diri sendiri
Ish, sangat tak patut.
Aduh...
Idlan ketawa. Makin kuat rangkulannya di bahu
Ika saat itu. Seakan-akan tak mahu lepas dan seolaholah tak benarkan Ika berganjak walau selangkah.
Abang tak pernah rasa sebahagia ini. Kehadiran Ika dan Irsyad dalam hidup abang, menambahkan lagi kekuatan dalam diri. Kalau dulu abang lemah dalam menguruskan rumah tangga hingga kepala sendiri dipijak-pijak, tapi kali ni tak lagi. Sejak Ika jadi isteri abang, Ika lengkapkan semua kekurangan yang ada pada abang. Sebenarnya, tak ada hadiah lebih besar abang boleh berikan pada Ika sebagai balasan. Hanya sebuah kedai jahit ni saja yang mampu abang bagi. Gunalah sebaiknya. Buatlah rezeki halal dengan membantu abang untuk kita tambah pendapatan.
Ika merangkul kemas pinggang Idlan. Panjang lebar suaminya berkata-kata. Setiap bicara yang diluah, menambah lagi rasa terharu dan sayu di hati. Bukan saja Idlan merasai kebahagiaan ini. Bahkan, dia turut sama merasainya.
Mari kita balik, abang. Dah nak maghrib...
Idlan tunduk memerhati setiap inci wajah Ika yang disimbah mentari petang hampir terbenam. Hanya wajah ini sajalah akan jadi peneman hingga ke akhir hayat.