Memang dia terkejut sungguh tadi. Hakimi pula kelihatan begitu gembira dan teruja dengan berita yang disampaikan oleh doktor wanita yang memeriksanya tadi. Hasil pemeriksaan tadi Arissa didapati mengandung 6 minggu.
Abang jangan bagi tahu Walid dulu, tau! keras pesanan Arissa.
Ya. Lepas majlis resepsi kita nanti abang bagi tahu. Hakimi memandang Arissa. Mereka kini sudah melangkah keluar dari klinik yang terletak bersebelahan hotel sahaja.
Sayang nak makan ke
Tak.
Abang belanja. Jangan risau. Mereka sudah melangkah naik menuju ke ruang legar hotel.
Arissa memandang Hakimi. Betul ke tidak Hakimi ni. Dia kan Pengarah Urusan hotel ini Dia tidak perlu membayar pun kalau masuk ke mana-mana restoran atau kafe hotel itu.
Sayang makan sikit. Tadi sayang tak makan sangat.
Ketika di meja makan tadi, Puan Hanim asyik mencemuh masakan yang dimasak oleh isterinya. Walhal wanita itu tetap makan juga apa yang dimasak oleh Arissa. Bingung dia dengan sikap wanita itu.
Tak apalah. Nak naik. Ada kerja. Laju Arissa melangkah menyangi suaminya melewati ruang legar menuju ke lobi lif.
Kalau macam tu abang belanja cium sikit. Sengaja hendak menyakat isterinya.
Apa abang ni! Berkerut dahi Arissa. Patutpatutlah kalau nak bergurau pun. Semakin hari semakin nampak belang miang Hakimi. Kalau dahulu bukan main lagi garang dan seriusnya lelaki itu. Sikitsikit nak memetir.
Hakimi ketawa.
Contoh kad nanti Kak Nita hantar tau. Sayang pilihlah nanti.
Tangan Arissa diambilnya lalu ditaut kemas. Dia tahu Arissa seperti tidak mahu melayannya. Benarlah seperti yang dipesan oleh doktor tadi. Dalam masa begitu dia kena banyak-banyak bersabar kerana mood Arissa sering berubah-ubah disebabkan perubahan hormon di dalam tubuh isterinya.
Arissa mengangguk. Kasihan pula dia dengan suaminya. Semua Hakimi kena buat walhal ini kerja yang sepatutnya mereka lakukan bersama.
Pasal menu tu... nanti abang bincang dengan Chef Shakir dan Chef Dira. Diletak tangan Arissa di pipinya kemudian diciumnya.
Cuba tanya Umi. Jangan ketepikan dia. Tentu dia pun ada pendapat dia sendiri.
Arissa memberi pendapatnya. Ya, Puan Hanim tidak boleh diketepikan. Wanita itu adalah orang penting dalam keluarga selepas Encik Razali.
Lama dia memandang Arissa. Dalam keadaan tidak menentu hubungan isteri dan Uminya, Arissa masih ingat dengan wanita itu. Besar sungguh kasih sayang isterinya terhadap Uminya.
Yalah! Akhirnya Hakimi mengangguk tanda setuju.
Lepas ni tak payahlah nak masak-masak itu ini untuk Walid, ya. Mak Cik ada. Dia dah boleh masak apa yang patut Walid makan. Hakimi masih memandang Arissa.
Takkan nak suruh Mak Cik datang awal. Dia pun ada komitmen lain.
Kasihan pula dia dengan Mak Cik Ruhaya. Apa yang dibuat oleh wanita itu selama ini pun sudah cukup besar untuk dia dan kedua orang tua Hakimi.
Kita tanya dulu macam mana Boleh ke tidak dia datang awal. Nanti abang naikkan gaji dia. Arissa menghela nafasnya.
Apa yang penting... sayang kena jaga kesihatan. Hakimi mengingatkan Arissa.
Seketika lif terbuka, kedua mereka masuk ke dalam.
Abang tak beritahulagi pada Walid pasal Penthouse, Encik Naim dan Wafa ke Entah kenapa tiba-tiba dia teringat pula perkara itu.
Hakimi memandang Arissa.
Patut ke abang bagi tahu Walid Dia pula bertanya kepada Arissa.
Arissa menjungkit bahu tanda tidak tahu. Walhal perkara itu sudah pun diketahui oleh Encik Razali cuma belum masa untuk memaklumkan kepada
Hakimi sahaja.
Walid mengamuk tak
Entahlah. Lebih baik abang bagi tahu daripada orang lain beritahu pada Walid.
Betul juga apa yang Arissa cakap.
Yalah. Nanti abang bagi tahu Walid. Namun ada rasa tidak pasti dengan perkara itu. Aib orang. Kalau dibuka, satu hari pasti Allah membuka aibnya pula. Hmm... lebih baik senyap. Kalau Walid tanya barulah diberitahu, bisiknya sendiri.
Okeylah... abang tak payah hantar. Pergilah naik. Sempat Arissa menekan butang tingkat pejabat Hakimi sebelum dia keluar dari lif.
Okey. Love you, sayang. Sempat dia bersuara sebelum pintu lif ditutup.
Arissa mengangkat tangannya dan melangkah selepas pintu lif ditutup.
Dia mengusap perutnya. Rasa tak percaya yang dia sedang mengandung anak Hakimi, Pengarah Urusan Hotel Sweet Arena, Pulau Pinang. Tidak pernah terlintas yang dia akan bernikah dengan lelaki itu dan kini mengandungkan anak Hakimi. Inikah yang dinamakan rezeki
Gembirakah dia Entah. Rasa itu tiada. Kenapa Kenapa dia tidak merasa gembira
Lama Arissa berdiri di hadapan pintu bilik seminar yang menjadi pejabat sementara Sweet Arena Langkawi Resort.
Akhirnya dia berpatah balik menuju ke bilik solat yang terletak di hujung bangunan itu sebab mahu bersendirian sebentar.
TERKEJUT Encik Razali sebaik Puan Hanim masuk ke dalam biliknya secara tiba-tiba.
Apa hal ni Dia yang baru hendak berbaring dan menarik selimut bangun semula.
Apa ni Puan Hanim menunjuk bingkai gambar kepunyaan Arissa yang diambil dari bilik menantu dan anaknya pagi tadi.
Kaget Encik Razali. Disambar bingkai itu. Bimbang wanita itu mencampak atau merosakkan bingkai gambar itu. Kasihan menantunya. Itu sahajalah kenangan Arissa bersama kedua orang tuanya. Dia tidak mahu merosakkan kenangan anak itu.
Apa ni bang! pekik Puan Hanim.
Kenapa Dipandang wajah isterinya.
Gamam Puan Hanim dengan soalan suaminya. Maknanya suaminya sudah tahu. Begitu pun dia mahukan kepastian.
Apa maksud abang dengan kenapa Apa masalahnya soal Encik Razali.
Puan Hanim menarik nafasnya dalam-dalam. Rasa tercabar dengan soalan suaminya.
Abang dah tahukan Kenapa tak bagi tahu saya
Kalau saya bagi tahu awak, apa awak nak buat dengan Arissa soal balas Encik Razali.
Puan Hanim berdengus kasar dengan jelingan. Abang sengaja nak sakitkan hati sayakan! keras suaranya.
Kenapa pula awak rasa nak sakit hati Arissa tu ada buat dosa pada awak ke Marini tu ada buat salah pada awak ke Tiba-tiba dia rasa hendak menjerit dengan sikap isteri yang tidak pernah melihat silap sendiri. Tidak pernah melihat yang orang lain sudah terlalu banyak berkorban untuknya.
Terasa hangat tubuhnya dengan soalan Encik Razali.
Jadi benarlah Arissa tu anak Marini
Ya! Kenapa kalau anak Marini Soal balas Encik Razali pula.
Puan Hanim senyap. Dadanya berdegup laju. Awak nak buat apa dengan Arissa Puan Hanim tidak bersuara.
Awak jangan cuba-cuba nak pisahkan anak kita dan Arissa. Cukuplah apa yang awak dah buat kat Marini dan arwah Mak dan Ayah awak dulu. Encik Razali memandang tajam isterinya. Dia tidak boleh beralah lagi dengan sikap isterinya kali ini. Tambahan ia sudah melibatkan anak dan menantu mereka.
Apa yang saya dah buat kat Marini Geram bila dia dituduh begitu. Macamlah dia tiada hati dan perasaan.
Awak ingat saya tak tahu Awak suruh dia keluar dari rumah orang tua awak sebelum kita nikah.
Encik Razali mengingatkan apa yang dibuat oleh Puan Hanim dahulu. Arwah bapa mentuanya yang bercerita tentang perkara itu. Lelaki itu begitu sedih dengan tindakan Puan Hanim. Dan dia tidak mampu untuk melakukan apa-apa ketika itu.
Sebab saya tak mahu dia ganggu hidup kita. Abang faham tak! Hampir terpekik Puan Hanim apabila kisah-kisah dahulu diungkit oleh Encik Razali. Dia tidak suka kisah-kisah menyakitkan hati dan mengugat kebahagiaannya diceritakan semula.
Awak ni dari dulu lagi memang sentiasa buruk sangka pada orang. Tak tahu apa yang hendak dikatakan lagi dengan sikap Puan Hanim yang sering membuat dia pening dan tidak senang duduk.
Sekali lagi Puan Hanim berdengus kasar.
Setahu saya Marini tak pernah buruk sangka terhadap awak. Tak pernah bercerita yang burukburuk tentang awak!
Nampaknya abang masih ingat dan sayangkan dia, kan ejek Puan Hanim mengisyarat pembuka kata sambil ketawa.
Kenapa dengan awak ni Tak hilang lagi rasa cemburu tu Kita dah ada anak.. dua orang tau tak! Siap bercucu lagi. Tak habis-habis lagi dengan cemburu awak tu! Eee... ikutkan mahu sahaja dia bertempik. Tetapi dia bukanlah jenis orang yang begitu.
Salah ke saya cemburu. Tambah-tambah anak bekas kekasih abang tu kahwin dengan anak kita. Mula lah terbayang-bayangkan dia bila tengok muka si Arissa tu kan! Pang!
Tergamam Puan Hanim.
A w a k s e m a k i n m e l a m p a u H a n i m .
Memperlekehkan saya sebagai suami. Tak hormat saya sebagai suami. Kalau ikutkan, nak je saya ceraikan awak tau tak! Tapi saya fikirkan anak-anak dah besar. Dah bercucu. Nak hidup bahagia dan jadi contoh pada anak-anak dan menantu kita! tekan Encik Razali geram. Sabarnya sudah tidak dapat ditahan lagi.
Senyap wanita itu sambil memegang pipinya.
Apa lagi yang awak tak puas hati Umur awak dah hampir 60 tahun, Puan Hanim... tak rasa ke nak dekatkan diri tu dengan Allah. Marini dah lama pergi tahu. Dah lama mengadap Allah. Yang tinggal itulah... Arissa. Dia pun nak hidup bahagia. Salahkah kita orang tuanya cuba beri dia bahagia
Tegak mata Puan Hanim. Marini dah tak ada Desisnya. Entah kenapa jantungnya bagai terhenti.
Anak saudara awak yang awak kata macammacam. Yang awak perlekeh selalu. Yang awak hina tu... dia tu anak adik awak tahu tak. Dia tak ada sesiapa selepas Marini dan suami dia terlibat dalam kemalangan masa nak jenguk emak awak meninggal dulu, cerita Encik Razali. Dadanya kembali sebak namun ditahannya.
Puan Hanim terus senyap.
Tak payahlah nak cemburu pada orang dah tak ada. Kalau saya ni jenis tak sabar... memang dah lama saya tinggalkan awak dan kahwin dengan Marini. Kalau bukan disebabkan dia yang minta saya terima awak sebab bapak awak. Dah lama saya kahwin dengan dia tahu!
Berteguk air liur ditelan oleh wanita itu.
Dahlah... saya penat. Nak tidur. Esok banyak kerja nak buat dengan Ariff dan Kamarul. Tolong keluar dari bilik saya! suruhnya.
Bingkai gambar tadi diperosok jauh ke bawah bantal. Bimbang Puan Hanim merembatnya kembali.
Puan Hanim akur lalu menuju ke pintu. Encik Razali menarik nafas lega sebaik pintu bertutup kemas. Ditutup suis lampu. Alhamdulillah dadanya tidak sakit setelah bertekak dengan isterinya. Ada rasa kesal mengeluarkan kata-kata tadi. Dia menggelenggeleng sendiri sambil merebahkan tubuhnya di atas tilam empuk
Umi, sapanya sebaik melihat Puan Hanim melangkah dan terus masuk ke dalam bilik
tanpa menegurnya.
Terkelip-kelip mata Hakimi memandang pintu bilik yang sudah bertutup. Dia turun ke dapur untuk mengambil sebotol air mineral untuk Arissa. Doktor menasihatkan agar banyak minum air. Panjang langkahnya menuju ke tingkat atas dan terus masuk ke dalam bilik.
Bang...
Hmm... Hakimi yang baru masuk ke dalam bilik menoleh memandang Arissa yang berada di tepi katil.
Ada nampak bingkai gambar Ris kat sini tak Arissa menuding jarinya ke meja sisi bersebelahan katil mereka.
Tak ada. Pagi tadi ada kan Pagi tadi dia ada melihat bingkai gambar itu di situ.
Tulah. Arissa sudah bercekak pinggang. Habis semua tempat diselongkarnya tetapi gambar orang tuanya masih tidak jumpa.
Ada tu.
Hakimi meletak botol mineral di tangan di atas meja sisi katil bersebelahan Arissa. Kedua-dua tangan isteri diambilnya lalu dirantaikan ke pinggangnya.
Apa kata, sayang letak gambar abang yang handsome dalam wallet sayang tu. Bila buka wallet nampak abang kat situ. Sejuk hati sayang nanti kan Hakimi sudah sengih-sengih seperti kerang busuk.
Arissa sengih.
Buat apa nak letak gambar abang. Abang dah ada depan mata.
Terangkat kening Hakimi. Spontan dia meletak ciuman di bibir Arissa.
Ini yang buat abang tambah-tambah sayang. Sekali lagi Hakimi mencium bibir Arissa.
Hmm... sekali lagi. Dan untuk kali ketiga dia mencium bibir isteri. Seketika dia memandang isterinya. Wah, dah tak terkejut ya dia ketawa.
Dah biasa. Arissa berusaha menarik tangannya.
Lebar senyum Hakimi.
Kalau macam tu boleh cium lagi, hmm... abang belanja, jangan risau. Hakimi terus mengusik isterianya.
Dahlah... Sekuat hati Arissa menarik tangannya dan akhirnya Hakimi melepas tangan isterinya.
Abang tak puas, rengek Hakimi sambil melepaskan tangan Arissa.
Arissa menggeleng-gelengkan kepalanya.
Sayang ada mengidam apa-apa tak Nak abang cari apa-apa ke Daging unta Daging kijang Rusa Jangan daging Rimau, singa sudahlah. Hakimi ketawa dengan kata-katanya sendiri.
Arissa senyap. Tidak memberi sebarang reaksi di wajahnya.
Sayang... Hakimi kembali mengambil tangan isterinya.
Abang tak rasa ke anak ni terlalu awal sangat Dia memandang suaminya.
Lama Hakimi merenung mata Arissa yang menentang matanya. Tiba-tiba dia merasa tidak faham dengan isterinya.
Kenapa sayang cakap macam tu Sayang tak nak anak ni ke
Bukan tak nak. Tak sangka secepat ni. Silap dia juga, tidak mengambil pil perancang sebelumnya. Sekarang dah tak boleh nak buat apa-apa.
Anak tu rezeki. Rezeki! Tiba-tiba dia rasa hendak marah dengan Arissa.
Ya, Ris tahu. Perlahan suaranya.
Habis tu!
Arissa senyap bila mendengar suara keras Hakimi. Perlahan-lahan Arissa naik ke atas katil. Rasanya tidak perlulah dia melayan kemarahan Hakimi. Nanti pasti panjang pula bahasa keras antara mereka. Lagipun dia penat.
Arissa, sebut Hakimi sambil menghampiri isteri yang sudah berbaring di atas katil. Kenapa ni Sayang ada masalah ke Melihat wajah isterinya tadi dia mula terfikir, adakah Arissa punya masalah kesihatan.
Arissa memandang Hakimi.
Kalau satu hari Ris meninggal, abang akan terus jaga anak kita atau abang akan hantar dia pada orang lain
Gamam dia dengan soalan Arissa.
Kenapa sayang cakap macam tu Takut dia mendengarnya.
Ris tak mahu anak ni hidup macam Ris dulu. Arissa menarik selimut dan sengaja mengiring membelakangi Hakimi.
Barulah dia faham dengan maksud Arissa tadi. Diusap lembut bahu isterinya.
Jangan fikir semua tu, hmm... kesian dia dalam tu. Ibu dia fikir macam tu. Kita berdoa sama-sama, supaya kita boleh tengok dia membesar jadi anak yang baik, soleh dan solehah. Ajal maut tu memang Allah dah tetapkan. Insya-Allah, Allah akan pelihara dia nanti, sebagaimana Allah dah pelihara sayang dulu kan Hakimi mengingatkan Arissa. Allah kan ada.
Arissa menoleh memandang Hakimi. Air matanya sudah berjurai di pipi lantas Hakimi menarik Arissa dan memeluknya dengan erat.