semua dah siap ke El
Dah Kak Lisa. Kotak first aid pun El dah masukkan dalam beg ni. Ada apa-apa lagi nak bawa ke Kak Lisa
Tak ada dah. Dah bolehlah semua berkumpul ikut kumpulan masing-masing.
Ketua ekspedisi memberikan taklimat sebelum mereka memulakan ekspedisi jungle trekking. Setelah selesai taklimat, semua ahli kumpulan diberikan tag nama, bendera dan juga sebatang pen setiap seorang untuk mereka melaksanakan tugasan di setiap checkpoint nanti.
Hai El. Nyenyak tidur malam tadi
Hai. Alhamdulillah nyenyak juga. Awak pun nampak happy je pagi ni. Seronok bersembang dengan tunang ke malam tadi Tebak Elzaara.
Brian tersenyum. Mood Elzaara baik pada pagi itu. Ekspedisi mereka pada pagi itu pastinya akan menjadi sebuah memori yang terindah buatnya. Ekspedisi mereka diketuai oleh ketua ekspedisi iaitu Encik Ahmad Jamil. Brian langsung tidak berganjak mahupun menjarakkan dirinya dengan Elzaara.
Elzaara juga tidak berkata apa-apa apabila Brian cuba mendekatkan diri dia dengannya. Sepanjang perjalanan penuh gelak tawa dan gurau senda di antara mereka berdua. Lisa dan juga Zahar tidak kelihatan di mana-mana. Mungkin saja mereka sudah berada di barisan hadapan dan meninggalkan mereka berdua di bahagian belakang.
Sampai saja di checkpoint pertama, riuh dan sibuk Elzaara dan Brian cuba untuk menyelesaikan soalan sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka. Agak kecoh apabila mereka berdua tidak sependapat untuk menyelesaikan soalan. Bagi Brian, ini adalah saat yang paling mengembirakan dirinya kerana buat pertama kali tiada sebarang benteng mahu pun tembok pemisah antara mereka berdua. Melihat Elzaara yang kini, menyebabkan rasa sayang dan cintanya terhadap gadis itu terus melimpah ruah.
Mereka meneruskan perjalanan sehingga ke checkpoint ke tiga. Sebaik sahaja tugasan di checkpoint ke tiga diselesaikan, mereka semua berhenti rehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan. Masingmasing sudah kepenatan dan keletihan. Maklum saja laluan yang mereka gunakan adalah agak curam dan berliku. Elzaara berehat di sebatang pokok besar. Brian tiba di sebelah Elzaara dan menghulurkan sebotol air mineral.
Terima kasih.
Sama-sama. So, enjoy tak dapat join Jungle Trekking macam ni
Enjoy sangat-sangat. Saya dah lama sangat tak join aktiviti macam ni. Dah gantung aktiviti macam ni dekat dinding.
Tak apa, lepas ni you boleh join lagi. Lagi pun you
pun dah join kelab Jungle Extreme ni. Kelab ni buat macam-macam event. Memang aktif kelab ni since kami dekat London dulu.
Oh, macam tu. Baguslah sebab saya dan Kak Lisa pun memang gila aktiviti macam ni.
Lisa tu memang. Kelab ni pun idea dia juga sebenarnya. Tapi, mujur jugalah kelab ni dapat sambutan yang menggalakkan dulu, kalau tak segan juga kalau ahli cuma kami bertiga je.
Elzaara tersenyum mendengar cerita Brian.
El... Kalau I nak tanya perkara peribadi boleh
Elzaara terdiam. Dia teragak-agak untuk memberikan jawapan. Elzaara sebenarnya agak keberatan untuk orang menyelongkar kisah peribadinya kerana itu adalah hak peribadi dan dia tak ingin mengongsikannya dengan sesiapa pun juga. Tetapi, melihat wajah Brian yang penuh pengharapan, dia mengangguk juga.
Apa dia
You tak teringin ke nak tau pasal tunang you
Elzaara terkejut! Mana awak tau yang saya dah bertunang
Dari mana I tau itu tak penting. Yang penting soalan I tadi. Senyum Brian menjawab soalan Elzaara.
Tak!
Kenapa
Apa hak awak nak persoalkan saya ambil tau ataupun tak soal tunang saya kedengaran sinis Elzaara menyoal Brian.
Dia pelik bagaimana Brian boleh mengetahui soal dia sudah bertunang kerana seingatnya dia tidak pernah bercerita soal statusnya kepada lelaki itu. Kemudian wajah Lisa terbayang di tubir matanya
El, tolonglah. I dah tak sanggup nak bermain dengan teka-teki lagi. Ini bukan masanya untuk kita main sorok-sorok lagi. You tak sepatutnya pendamkan perasaan you terhadap I lagi. Tak ada gunanya sebab kita berdua sememangnya dah pun terikat.
Eh, kejap-kejap. Apa benda yang awak merepek ni Kita berdua terikat Saya ada perasaan dekat awak Awak jangan nak fitnah saya yang bukan-bukan boleh tak Jangan sebab saya bersembang, bergurau senda dengan awak semalam dan tadi awak boleh anggap yang saya ni suka dekat awak. Tolong tarik balik katakata awak tu tadi. Dengus Elzaara. Nadanya sinis sekali menghiris cuping telinga Brian.
Brian memegang kejap kedua belah lengan
Elzaara.
Lepaslah!
El, dengar. You suka atau pun tak you kena terima hakikat ni. Soal status you yang dah bertunang tu tak perlu I korek daripada Lisa sebabnya I ni tunang you. I, Ahmad Bunyamin bin Muhammad Wafri Thomas adalah tunang you yang sah! You tu dah bertunang dengan I! Brian meninggikan suaranya.
Yang lain kedengaran terkejut apabila mendengar Elzaara dan juga Brian bertengkar di tengah-tengah hutan itu. Ada juga yang berbisik sesama sendiri apabila mereka terdengar pengakuan Brian secara terbuka di tengah hutan belantara itu.
Elzaara betul-betul terkedu dengan apa yang baru saja dia dengar.
Tak! Tak! Saya bukan tunang awak! Bukan! Awak jangan nak merepek dekat sini! Mana mungkin saya bertunang dengan awak! Tak! jerit Elzaara sekuat hati.
Dia cuba untuk melepaskan diri daripada cengkaman Brian tetapi kudratnya tidak mampu mengalahkan kekuatan Brian.
You nak bukti ke Puan Faridah yang datang sarungkan cincin di jari manis you ni adalah Mummy
I. I yang hantar rombongan meminang ke rumah you sebelum ni. I tau segala-galanya, apa yang berlaku di rumah you sewaktu majlis pertunangan tu berlangsung. I ada di depan rumah you, tapi I tak masuk sebab I tak nak you terkejut tengok I. I tau dan I hormati permintaan you sebab you tak nak ambil tau langsung siapa yang bakal jadi tunang you.
Elzaara menggeleng-gelengkan kepalanya. Tak masuk akal, fikirnya. Dirasakan seperti Brian sengaja hendak menyakiti hatinya.
Elzaara, tolong. I minta satu je. Tolong, terima hakikat pasal hubungan kita ni. Hubungan kita bukan sekadar kawan biasa ataupun sebab I ni kawan Kakak sepupu you, ikatan hubungan kita lebih kuat dari itu. You tak boleh nak menafikannya walau apa pun yang terjadi. Hubungan kita bukan sekadar terikat sebagai tunang aje, tapi hubungan ni akan lebih kukuh selepas I berjabat tangan dengan ayah you di hari pernikahan kita nanti. Lepas tu hanya maut je yang dapat memisahkan kita El. Brian mengendurkan nada suaranya dan cuba memujuk tunangnya.
No!
Mata Elzaara masih lagi menyala api kemarahan. Dia langsung tidak mempercayai dengan apa yang baru saja diperkatakan oleh Brian. Brian mengeluh dan merenggangkan cengkamannya di pergelangan lengan Elzaara.
Hei, apa ni gaduh-gaduh Dari jauh boleh dengar suara kau orang bergegak gempita. Ada masalah ke El Brian Celah Lisa.
Masing-masing tak memberi jawapan. Elzaara dengan airmatanya dan Brian dengan wajah tegangnya.
Eh, El Kenapa ni Kenapa El nangis Brian, kenapa ni Dahinya berkerut sebaik saja melihat ekspresi wajah mereka berdua.
Elzaara merenung tajam ke arah Lisa.
Lisa menggelabah apabila raut wajah Elzaara yang begitu garang sedang merenungnya bagaikan singa lapar yang menunggu masa untuk menerkam mangsanya.
Bro, apasal ni Kita dah nak gerak kejap lagi tibatiba Saiful datang cakap kau orang tengah bertekak dekat sini, soal Zahar pula.
Brian akhirnya melepaskan lengan Elzaara. Dia menghela nafas sebelum menyambung bicaranya.
Dia dah tau perkara yang sebenar. Lisa, tolong jelaskan dekat dia perkara sebenar. Dia langsung tak percaya apa yang I cakap, keluh Brian. Nadanya yang sayu menandakan dia betul-betul sedih.
Lisa dan juga Zahar saling berpandangan sesama sendiri. Masing-masing melopong kerana Elzaara sudah pun mengetahui perkara sebenar itu. Elzaara juga masih lagi berada dalam posisi yang sama cuma kini kedua belah tangannya di silang. Dia menunggu salah seorang antara Lisa mahu pun Zahar membuka mulut kerana dia yakin bahawa Zahar juga mengetahui akan hal ini.
El, kita gerak balik ke chalet kita dulu lepas tu baru kita selesaikan hal ni ya sayang. Jom kita gerak balik, pujuk Lisa cuba melengahkan masa.
Tapi, malangnya Elzaara langsung tidak bergerak dari situ. Zahar terpaksa berbincang dengan ketua ekspedisi untuk membawa pulang ahli kumpulan mereka terlebih dahulu sementara mereka berempat menyelesaikan kemelut yang melanda.
S
EBAIK saja ahli kumpulan mereka bergerak meninggalkan kawasan rehat mereka, Lisa dan Zahar cuba beriak tenang sebelum membongkarkan rahsia yang selama ni tersimpan kemas dari pengetahuan Elzaara.
El, El dengar dulu apa yang Akak nak cakap sampai habis ya sayang Lisa teragak-agak untuk membuka mulut. Hatinya berat untuk membuka rahsia itu kerana dia tidak yakin apakah penerimaan Elzaara sama ada baik mahu pun buruk.
Niat di hatinya ingin menyelesaikan kemelut yang melanda antara Elzaara dan juga Brian sebaik sahaja mereka pulang ke chalet, memandangkan raut wajah Elzaara yang sudah mencuka, di hutan belantara itu jugalah menjadi saksi di mana segala-galanya terbongkar!
El nak tanya satu je dekat Akak. Betul ke apa yang dia cakap tadi Elzaara menunjuk ke arah Brian yang berdiri tidak jauh daripada mereka. Jelingan matanya masih tepat pada wajah Lisa.
Err, El...
Akak! Jawablah! Betul ke tak! tempik Elzaara.
Hutan bergema dengan suara tempikan Elzaara.
Lisa mengangguk. Elzaara sudah teresak-esak.
Sampai hati Akak buat El macam ni! El percayakan Akak, El tak pernah sangsi dengan Akak, tapi kenapa Akak buat El macam ni! Sanggup Akak khianati El!
Elzaara membuka langkah seribu dan dia berlari sekuat hati. Dia tidak sanggup lagi untuk mendengar alasan demi alasan lagi. Lebih lama lagi dia berada di situ, hatinya bagaikan dirobek-robek. Namanya dilaungkan juga tidak dia pedulikan. Mutiara jernih yang menitik sejak status dirinya diungkit tadi dikesat kasar.
Mereka bertiga cuba untuk mengejar Elzaara tetapi Elzaara semakin melajukan langkahnya. Tibatiba, tanpa sempat Elzaara menghentikan lariannya, dia tersadung akan akar kayu hingga menyebabkan dia terjelepok jatuh, dahinya berdarah dan juga kakinya tertusuk batang kayu yang tajam.
Elzaara!
Call renjer cepat Zahar! Suruh mereka call ambulans! Arah Brian.
El, bangun sayang. El jangan takutkan Akak. El... Lisa sudah teresak-esak melihat darah pekat mulai menitik turun dari dahi Elzaara.
Mata Elzaara yang terpejam rapat tak ingin dibukanya. Dia tidak sudi melihat wajah-wajah yang mengkhianatinya. Suara-suara yang memanggil dirinya kini sudah semakin sayup di pendengaran.
Sayang, bangun sayang. Elzaara, My Angel
sayang, please hold on. Brian terus memangku Elzaara.
Lisa kelam kabut cuba mencari kotak first aid dalam beg Elzaara dan mula memberikan bantuan segera bagi menghentikan darah yang mengalir dari dahi adik sepupunya itu dan Zahar cuba untuk mencabut batang kayu yang tertusuk di kaki Elzaara. Sebotol air mineral juga dibuka lalu disuakan ke mulut Elzaara bagi mengurangkan rasa kering tekak. Setelah selesai, Brian mula mendukung Elzaara dan mula berjalan mencari jalan keluar.
Zahar dan juga Lisa tergopoh-gapah membuntuti langkah Brian.
Brian, kita keluar nanti van ambulans dah tunggu dekat luar. I dah call ambulans tadi. Insya-Allah Elzaara
takkan apa-apa tu. Sabar ya