SAAT AKU BERPALING - 51
NADHIRAH masih lagi tidak dapat membiasakan diri dengan kedatangan Faliq. Lelaki ini ada di mana-mana sahaja berdekatan dengannya. Setiap langkah terasa seolah-olah diperhatikan. Tidak ada sekali pun Faliq berada jauh darinya. Lemas pula dirasakan kini. Di mana sahaja Nadhirah berada di situ juga lah Faliq akan muncul seperti bayang-bayang. Geram pula Nadhirah dengan keadaan ini.

Boleh tolong saya tak Nadhirah yang sedang mencuci tingkap menyoal Faliq yang sejak dari tadi berdiri dibelakangnya.

Tolong apa

Tolong berhenti merenung saya macam tu dan tolong pergi tempat lain. Nadhirah tidak senang dengan kehadiran Faliq.

Saya datang nak buat kerja amal. Tak ada kena mengena dengan awak pun. Faliq menyibukkan diri.

Tak mungkin dia pergi atas arahan Nadhirah. Sebenarnya, Faliq gusar. Dia risau jika Nadhirah melarikan diri darinya lagi.

Memerhati apa saya buat, asyik pandang saya

dari hujung sana sampai hujung sini, buat-buat tanya soalan masa saya mengajar. Itu mengganggu saya. Nadhirah meluahkan rasa tidak senangnya.

Baiklah. Lepas ni saya tak buat dah. Faliq mengiyakan sahaja arahan Nadhirah biarpun dia tahu yang dia tetap akan buat juga apa yang ditegah Nadhirah.

Tolonglah Faliq, saya tak nak jumpa sesiapa pun sekarang ni. Saya tak nak tengok muka sesiapa. Saya tak nak bercakap dengan sesiapa. Dengan kain buruk ni pun, saya rasa saya nak cari gaduh sekarang. Kain buruk yang ada di tangannya digenggam kuat.

Awak dah kenal saya lama, kan Awak tahu, kan mulut saya macam mana Sebelum saya cakap benda yang tak patut, sebelum saya hambur perkataanperkataan yang tak baik pada awak. Sebelum saya hilang sabar. Tolong lah balik Malaysia.

Jawapan saya senang. Saya tak nak balik. Faliq tahu yang Nadhirah sedang naik angin dengan gelagatnya yang sering mengganggu.

Awak ni tak faham bahasa ke apa hah

Ya saya tak faham bahasa. Awak cakaplah apa awak nak cakap sampai saya faham. Saya dengar semua sekali. Faliq turut berdegil.

Saya benci dan tak nak tengok muka awak. Sejauh ini saya lari sebab saya tak nak ingat langsung apa yang dah terjadi di Malaysia. Kehadiran awak buat saya sesak nafas, saya tak boleh nak lupakan apa yang saya nak lupakan. Saya meluat, saya menyampah. Jadi sebelum saya cakap lebih banyak benda mengarut. Tolonglah. Tolong saya, pergi dari sini. Nadhirah naik angin. Kesabarannya diuji oleh Faliq yang enggan pulang ke Malaysia.

Saya takkan balik. Awak nak mengamuk ke, awak nak maki hamun saya ke, awak nak pukul saya sekali pun. Awak buatlah. Saya terima semua. Faliq mendekati Nadhirah.

Kain buruk yang berada di genggaman Nadhirah diambil dan dia pula menyambung tugas mencuci tingkap yang berbaki.

Kenapa awak ambil kain buruk tu

Saya takut awak baling kain buruk ni ke muka saya.

Jawapan Faliq berjaya membuatkan Nadhirah terkesima. Lidahnya kelu mendengarkan jawapan Faliq. Satu helaan nafas panjang dilepaskan. Satu beban berat seolah-olah terlepas dari benaknya. Hatinya yang terasa sesak sedikit lapang setelah dia menghamburkan amarahnya. Sukarnya mahu menghalau Faliq pulang. Dia hampir berputus asa.

Bagi la balik. Saya takkan baling awak guna benda ni. Nadhirah mengendurkan nada suaranya.

Tak apa lah. Tingkap ini semua tinggi. Biar saya buat. Awak duduklah dulu. Faliq terus mencuci tingkap-tingkap yang masih lagi berhabuk dan kotor.

Tugas Nadhirah segera diambil alih oleh Faliq. Nadhirah pula hanya mampu duduk melihat apa yang dilakukan Faliq. Sesungguhnya, dia sudah tidak tahu apa lagi yang harus dibuat bagi memujuk Faliq pulang. Pada Nadhirah, tempat ini bukan tempat yang sesuai untuk Faliq. Seorang lelaki gila kerja seperti Faliq tidak seharusnya berada di sini.

Kenapa buang masa cari saya lagi Nadhirah menyoal sebaik sahaja Faliq selesai melakukan kerjakerjanya. Dia hanya memandang Faliq dari belakang.

Sebab saya ada banyak masa lapang. Jawab Faliq selamba.

Kenapa awak lari Giliran dia pula menyoal Faliq.

Entah. Saya cuma kemaskan bagasi, keluar dari rumah dan tiba-tiba sampai Mongolia. Apa yang saya fikirkan masa tu, saya sendiri tak ingat.

Saya sukakan awak. Sebab tu saya cari awak. Faliq memilih untuk berterus terang. Dia tidak mahu membuang masa dengan berteka teki mahupun menjual mahal hanya kerana mahu menjaga air muka sendiri.

Balik lah. Tak ada apa-apa yang terjalin antara kita dan saya tak ada niat nak mulakan apa-apa pun.

Awak tahu saya cintakan awak dan saya dah tahu rupa awak yang sebenarnya. Tapi saya rasa ada lagi yang belum saya dengar. Saya rasa saya cuma dengar tak sampai separuh pun daripada semua cerita yang awak sembunyikan dan hari ni saya nak dengar semua. Faliq mengulang lagi soalan yang sama.

Dia tidak berpuas hati selagi jawapan yang dimahukannya tidak diberi. Selagi dia tidak mendengar jawapan Nadhirah, soalan berkenaan akan diulang lagi.

Cakaplah apa sahaja, kalau awak nak tipu saya pun saya tak kisah. Apa sahaja yang awak beritahu pada saya hari ni, saya akan percaya semua sebab saya betul-betul rindukan awak. I think I need you more than anything else.

Miss Johan, here you are. The headmaster is looking for you and so are the kids. Belum pun sempat Nadhirah menghalau Faliq pergi, mereka disapa oleh Derek.

Derek adalah salah seorang sukarelawan yang bertugas bersama-sama Nadhirah di sekolah ini. Bahunya ditepuk oleh Derek dengan santai.

Sorry. I didnt see him standing beside you. Just continue your conversation. Sorry again and Ill tell headmaster that you will meet him later. Derek yang baru sahaja tersedar akan kehadiran seorang lelaki bersama Nadhirah segera meminta maaf.

No, youre not disturbing. I am just about to leave. Nadhirah bersyukur apabila Derek muncul. Dia sudah ada alasan kini untuk lari daripada Faliq.

Who said so We are just about to start the conversation and I am not going to let you go this time. By the way, I am Faliq, her fianc. Faliq secara spontan memintas percakapan Nadhirah. Berbulu mata Faliq melihat tangan Derek yang singgah sebentar di bahu Nadhirah tadi.

Dia bertegas enggan membiarkan Nadhirah berlalu dan dia juga merasa terancam dengan kehadiran Derek. Disebabkan hal itu, tanpa dia sedari, dia telah melantik diri sendiri sebagai tunang Nadhirah. Dia sudah tidak mahu membuang masa lagi. Cukup lama dia menunggu saat ini dan tak mungkin dia biarkan Nadhirah lari lagi.

Buang tabiat agaknya orang tua ni! Nadhirah yang terkejut mengerutkan dahi. Sejak bila pula mereka bertunang

Sure, if she wants to. I never knew that youve fianc Nad. By the way, I am Derek, her colleague and I hope its not too late for me to congratulate both of you on the engagement. Derek jadi keliru. Seorang mahu berlalu dan seorang lagi mahu terus berbual.

Derek sememangnya salah seorang sukarelawan World Care yang bertugas di sekolah ini. Namun dia dan Faliq masih belum sempat berkenalan kerana dia pulang ke Kanada sejak dari bulan lepas. Inilah kali pertama mereka bertemu setelah dia kembali menyambung tugasannya selaku sukarelawan World Care.

Wait, your face look very familiar. Have you been here before

I dont think so because this is my first time visiting this country.

Nadhirah yang sekadar menjadi pemerhati mula berfikir, bila pula Derek bertemu Faliq. Pelanduk dua serupa mungkin.

Oh yeah, wallet. Derek seakan-akan teringatkan sesuatu.

What wallet Nadhirah mengecilkan matanya.

Now I remember. Hey, you are the man in her wallet! I saw your photo in her wallet. Now I remember. Lucky man! Derek menepuk bahu Faliq sebelum berlalu pergi.

Nadhirah mengalihkan pandangannya kepada sekumpulan kambing-kambing yang dilepaskan oleh penduduk kampung. Malu dia mahu memandang Faliq yang kelihatan sedang merenungnya.

Kenapa gambar saya ada dalam wallet awak Faliq menyoal sebaik sahaja Derek menjauh pergi.

Derek salah tengok. Gambar awak tak ada dalam wallet saya. Nadhirah berpaling. Dia perlu berlalu sebelum Faliq mula mengorek rahsia. Jangan nak berdalih boleh tak

Mana ada saya berdalih. Nafi Nadhirah.

Nad, saya nak kita berhenti main tarik tali macam ni Saya takkan berganjak dari sini dan saya akan pastikan yang awak juga takkan berganjak. Awak tahu kan macam mana perangai saya. Kalau awak boleh buat perangai degil macam ni, saya pun boleh buat. Faliq geram dengan kerenah Nadhirah.

Kan saya dah cakap, kita tak ada apa-apa nak dibincangkan lagi. Apa yang awak nak tahu Saya tak ada apa-apa nak dicakapkan lagi. Saya penat membela diri dan sekarang ini lah saya.

Saya nak dengar semua. Jujur dengan saya Nad. Sejauh ni saya datang dan saya takkan pergi selagi saya tak tahu semua yang terjadi. Apa sebenarnya yang dah jadi

Saya tak nak jawab soalan awak. Saya dah cukup malu dengan diri sendiri, saya tak nak malukan diri depan awak. Cuba awak tengok saya betul-betul. Saya ni layak ke

Awak tahu kan, layak atau tidak bukan satu isu pada saya.

Senang sangat awak cakap kan Puas saya cuba untuk terangkan semua. Awak langsung tak nak dengar apa yang saya nak cakap. Awak tak percayakan saya. Nadhirah masih lagi ingat bagaimana Faliq melabelnya sebagai pelakon, penipu di saat mereka bergaduh besar dahulu.

Saya minta maaf Nad. Saya yang silap. Hanya itu yang mampu dilafazkan Faliq.

Tak mungkin dia lupa apa yang dia katakannya pada Nadhirah dahulu. Mana mungkin dia lupa segala tuduhan dan tohmahan membuta tuli yang dibuatnya dahulu.

Awak tak percayakan saya. Orang yang paling saya sayang tak percayakan saya. Awak tinggalkan saya. Kata-kata awak cukup menyakitkan. Cukup perit hingga membuatkan saya tinggalkan Malaysia. Tinggalkan awak.

Its my fault. Semuanya dah salah sejak dari awal lagi. Saya minta maaf. Faliq sudah kematian kata.

Setiap yang keluar dari mulut Nadhirah sememangnya benar belaka. Sikap terburu-burunya menyebabkan Nadhirah berjauh hati.

Awak tak percayakan saya. Nadhirah mengelenggelengkan kepalanya pada Faliq. Perkara yang paling mengecewakannya adalah apabila Faliq enggan mempercayainya.

Saya minta maaf. Saya sedar saya salah.

Kalau lah perkataan maaf tu boleh selesaikan semua, hidup saya takkan jadi macam ni Faliq. Saya tak perlu balas dendam, saya tak perlu lari sejauh ni. Perkataan maaf tu tak lah susah sangat nak diungkap tapi saya bukan pemurah. Saya tak boleh maafkan awak. Kekecewaan Nadhirah masih lagi beraja dihatinya.

It seems like I have made a huge mistake. Faliq sedar, sukar untuk dia menagih kemaafan dari Nadhirah. Siapa suruh cari pasal dulu

Tak ada apa-apa yang boleh saya banggakan pun Faliq. Tak mungkin mudah untuk kita teruskan apa yang awak rancangkan tu. Status saya, taraf saya, hidup saya akan terus dihakimi orang dan saya tak nak nama awak terpalit sama. Saya bukan pilihan terbaik untuk awak. Nadhirah menundukkan wajahnya.

Saya dah tak cintakan awak. Baliklah. Nadhirah memilih untuk tegar dengan keputusannya. Di kala dia sedang berusaha bersungguh-sungguh memadamkan memorinya bersama Faliq, lelaki ini muncul lagi.

Saya takkan balik selagi awak tak ikut saya balik.

Tak guna awak nak tunggu. Saya takkan balik! Tegas Nadhirah.

So do I! Fine, kalau awak suka sangat tinggal dekat sini, kita tukar kerakyatan, kita tinggal dekat sini. Awak tak nak kahwin dengan saya pun tak apa. Biar kita tua kerepot sama-sama dekat sini.

Kenapa awak nak menyusahkan diri sampai macam ni sekali Baliklah Faliq, awak masih ada Mama dan Abah. Tentang saya ni, tolonglah jangan mendesak. Saya lemas!

Nad, saya ingatkan kita betul-betul dah tamat. Tapi, semuanya tak semudah tu. Hidup saya tersiksa berbulan-bulan. Saya asyik pandang pintu rumah awak, saya boleh duduk berjam-jam dengan hanya memandang pasu-pasu kaktus awak di balkoni. Saya rindukan awak, suara awak, senyuman awak, nyanyian sumbang awak dan semuanya berkaitan awak. SEMUANYA! Faliq jujur dengan pengakuannya.

Awak tahukan yang memang niat saya tinggalkan awak. Buat apa lagi awak datang sini

Bukan saya tak cuba, tapi setiap kali saya tekad untuk teruskan hidup tanpa awak, awak muncul disetiap ruang hidup saya. Macam mana awak boleh pergi tanpa satu patah kata pun Kalaupun dah memang takdir kita tak boleh bercinta, sekurangkurangnya ucap lah selamat tinggal dulu. Faliq terkilan.

Hidup saya terseksa Nadhirah. Boleh tak kita berhenti Saya tak minta banyak, cuma bagi saya peluang betulkan semuanya balik. Bagi saya peluang untuk baiki apa yang patut. Bagi saya peluang untuk dengar penjelasan dari awak. Sukarnya memujuk Nadhirah. Kerasnya hati gadis ini sekarang. Faliq sebak. Air mata lelakinya jatuh di hadapan Nadhirah manakala Nadhirah pula terkejut dengan kata-kata dan reaksi Faliq yang begitu emosional.

Pertama kali dalam hidupnya memandang sisi Faliq yang sensitif. Hatinya berkocak dan matanya turut berkaca. Nadhirah hanya mampu mengetap bibir memerhati tingkah Faliq.

No, lupakan saya. Saya dah tak nak ada kaitan dengan awak lagi. Hubungan kita dah tamat lama dulu. Saya tak nak sambung apa-apa. Kita kena bawa haluan masing-masing. Nadhirah mahu berlalu.

Dia tidak mahu lagi berbincang soal ini. Benteng ego yang dibinanya sedikit demi sedikit runtuh mendengarkan kata-kata Faliq sebentar tadi.

Awak takut sebenarnya kan Faliq cuba mendesak.

Takut apa Nadhirah melenting.

Takut saya tinggalkan awak. Takut saya sisihkan awak. Takut saya layan awak macam mana yang pernah orang lain buat. Jawab Faliq.

Berhentilah Nadhirah! Tengok saya ni. Saya tunggu lama sangat, saya datang cari awak sampai ke sini. Takkan sepuluh minit pun awak tak boleh nak bagi Faliq sudah mati akal. Dia kematian idea mahu memujuk Nadhirah.

Nadhirah yang sudahpun sedikit menjauh terpaku mendengar kata-kata Faliq. Langkah yakin yang diatur olehnya sebentar tadi terhenti sendiri. Telahan lelaki ini tepat mengenai batang hidungnya.

Saya akan dengar semua. Saya akan temani awak seumur hidup kalau awak izinkan saya dekati awak. Jangan seksa diri hanya kerana awak takut ditinggalkan lagi. Saya takkan tinggalkan awak. Faliq mahu Nadhirah tahu tentang semua itu.

Dia dapat melihat yang Nadhirah sedang berperang dengan perasaannya sendiri. Kegelisahan yang bertamu diwajah Nadhirah jelas terukir. Faliq enggan lagi membiarkan dirinya terlepas peluang kedua.

I know. Sebahagian dari masalah ni adalah kerana keputusan saya yang terlalu terburu-buru. Saya marah. Saya marah bila awak terus berdegil masa tu dan sekarang saya rasa kena berlaku adil. Saya tak bagi awak cukup masa dan peluang untuk bela diri. Saya minta maaf. Faliq mengakui semuanya.

Hidup saya banyak sangat drama. Langsung tak ada skrip lucu. Saya bosan. Tan Sri Malik bukan seperti apa yang saya bayangkan dan saya bukan seperti apa yang awak bayangkan. Saya tak tahu sama ada saya patut berterus terang atau lebih baik saya berdiam. Nadhirah mengalihkan badannya menghadap Faliq yang sejak tadi berdiri dibelakangnya.

Lets make it clear about everything. Saya akan dengar apa yang awak nak cakapkan, lepas tu baru kita decide sama ada nak teruskan ataupun kalau awak tetap tak nak terima saya, saya akan ikut cakap awak. Kita bawa haluan masing-masing. Faliq cuba berdiplomasi.

My life, tak ada yang seronok nak diceritakan pun. Not as fun as yours. Nadhirah akhirnya mengalah. Mengalah dengan kata-kata Faliq.

Siapa cakap hidup saya fun

Sekurang-kurangnya Mama dan Abah sayang awak, keluarga awak nampak bahagia di mata saya. Ujar Nadhirah. Dia akui yang dia kagum melihat keakraban yang wujud di dalam keluarga Faliq.

Macam mana dengan parents awak pula Apa yang buat awak sanggup layan keluarga awak macam tu Saya nak tahu. Desakan Faliq tak kunjung habis. Lelaki ini tidak kenal erti putus asa.

Mama saya dirogol. Tan Sri Malik rogol Mama kandung saya sebab tu saya buat semua tu dulu. Sebab tu saya hancurkan keluarga dia. Benteng akhir yang Nadhirah cuba pertahankan sejak dari hari pertama Faliq muncul, akhirnya runtuh umpama tembok Berlin.

What Faliq nyata terkejut.

Cita-cita saya hanya untuk jadi anak Tan Sri Malik yang sah. Saya nak dia panggil nama saya dengan yakin. Itu sahaja. Dalam hidup saya, saya sayangkan dia, saya teringin nak jadi anak dia yang sah, saya teringin dengar dia panggil nama saya tanpa perlu memandang kiri kanan sebab takut ada yang mendengar. Tapi, itu pun Papa saya tak boleh nak bagi. Dia akhirnya membuka mulut. Kisah yang enggan dibukanya terkuak juga dek kerana air mata Faliq.

Ya, Faliq menitiskan air mata lelakinya.

Itu sahaja yang saya minta dari dia, dan saya cuma dapat semua tu, selepas saya berikan sebahagian hati saya pada dia. Semua tu tidak adil, tapi sebab dia Papa saya, saya sanggup. Masa tu, saya amat yakin yang saya takkan menyesal dengan apa yang saya buat, tapi semua tunggang terbalik. Saya betul-betul menyesal sebab tolong manusia yang macam tu. Nadhirah menarik nafasnya dalam-dalam.

Faliq diam dan memberikan sepenuh perhatiannya.

Selepas 4 tahun terkurung dalam rumah agam itu, selepas bertahun-tahun saya bazirkan hidup saya dengan dia dan keluarganya, selepas bertahun saya hidup terseksa, dihina, dicerca, didera, selepas semua yang saya buat untuk dia, dia masih gagal untuk jawab semua soalan saya. Nadhirah menggelengkan kepalanya dalam kemarahan yang ditahan.

Jemari Nadhira digenggam erat.

Tatkala semuanya dah terlewat, saat dia hampir mati baru dia berani mengaku yang dia rogol Mama saya. Orang tua tak guna tu rogol Mama dan saya adalah jawapan kepada perbuatan terkutuk dia. Saya cuma seorang anak haram Faliq. Suara Nadhirah kedengaran bergetar. Selama 14 tahun dibenci Mama sendiri, saya habiskan seumur hidup mempersoalkan takdir hidup saya dan saya benci Mama saya untuk satu tempoh yang amat panjang. Berpuluh tahun saya bazirkan dengan membenci dia walaupun hakikatnya sayalah penyebab kebencian itu. Nadhirah cuba menarik nafas dalam-dalam.

Tangan Faliq mengusap belakang tubuh Nadhirah. Cuba membantu gadis itu untuk menenangkan dirinya.

Dulu saya selalu bertanya pada diri sendiri, apa salah saya Kenapa lahirkan saya kalau setakat nak buat saya macam bola Tapi, bila saya tahu semua tu memang salah saya. Saya mula faham yang selama ni, saya tak pernah fikirkan betapa peritnya hidup Mama untuk besarkan saya dan hadap muka saya yang menjijikkan ni setiap hari. It must hurt her so much, right Hidup dibuang keluarga, merempat ditempat orang. Kehadiran saya cuma sekadar satu bala.

Nad...

Faliq, Mama saya bukan mati disebabkan kemalangan, dia dibunuh. Ayah tiri saya bunuh dia di depan mata saya. Disebabkan Tan Sri Malik takut nak mengaku saya anak, sebab dia takut reputasi dia tercalar, sampai hari ni, saya masih lagi guna nama pembunuh Mama saya sebagai nama akhir saya. Nadhirah Binti Johan. Itu nama penuh saya, nama sebenar saya. Yang saya akan bawa sampai mati. Wajah Faliq ditatapnya.

Apa yang awak cakap tadi memang semuanya betul. Ya, saya takut dengan hidup saya sendiri. Ayah sendiri buang saya, Mama sendiri bencikan saya, Mak Cik dan ayah tiri buat saya macam punching bag, adik beradik lain anggap saya macam sampah, sekelip mata selepas 8 tahun bersama, Imran khianati saya dan awak juga pernah cakap yang awak akan tinggalkan saya. Selama saya hidup, saya tak pernah jadi seseorang yang penting untuk sesiapa. Helaan nafas yang agak panjang dilepaskan Nadhirah.

Faliq terdiam. Berat emosi yang ditanggung Nadhirah selama ini.

Bukan saya tak boleh nak percaya dengan apa yang awak cakapkan, bukan saya tak faham Faliq. Tapi, saya tak akan sesekali mengulang kesilapan saya lagi dengan menggantungkan harapan tinggi. I would never hurt myself again, Faliq! Nadhirah menggelengkan kepalanya.

Kenapa tak cakap dengan saya Kenapa awak biar saya salah faham sampai macam ni Awak sangat kejam pada saya. Awak tahu tak Hati lelaki Faliq benar-benar sakit mendengarkan apa yang diperkatakan Nadhirah.

All this while, saya sibuk tanya awak kenapa awak berubah Awak membisu, awak ubah tajuk, awak berdalih. Macam mana saya nak faham situasi awak Selepas hubungan kita hancur, selepas semuanya jadi sebegini teruk, kenapa baru sekarang awak nak mengaku. Teruk sangat ke saya sebagai kekasih awak sampai awak tak nak kongsi langsung masalah dengan saya Faliq jadi marah.

Dia marah pada diri sendiri kerana memilih untuk meninggalkan Nadhirah di saat dia paling memerlukan seseorang untuk berkongsi rasa. Faliq menyesal dengan tindakan terburu-buru yang diambilnya.

Saya pernah cakap pada awak berkali-kali, saya dah cukup malu dengan diri sendiri, saya tak nak malukan diri saya lagi di depan awak. Saya anak haram. Kita tak sepadan. Nadhirah gagal menahan air matanya kini.

Buat apa nak malu Bukan awak minta semuanya ni jadi macam ni. Saya tak kisah status awak sebab saya cintakan awak bukan kerana status awak. You are who you are and all those things dont matter to me.

Tak semudah tu Faliq. Your family, your parent, saudara mara awak. Macam mana Kalau kita teruskan hubungan ni, taraf saya akan dibangkitkan juga. Mesti ada yang bertanya, mesti ada yang nak tahu. Takkanlah awak nak kahwini orang macam saya

Awak ada keluarga yang cukup bahagia. Awak ada orang tua yang cukup penyayang. Saya tak ada apa-apa. Saya pernah hancurkan keluarga Papa saya dan saya takut kalau kehadiran saya nanti buatkan keluarga awak berantakan. Saya tak nak nanti, saya jadi punca awak bergaduh dengan dia orang.

Dia terduduk di atas tanah. Kakinya sudah tidak dapat menampung tubuhnya. Lelaki ini terlalu dirinduinya, lelaki ini sering muncul di sekelilingnya.

Biarpun sudah berbulan mereka terpisah, Faliq tetap ada disegenap ruang hati Nadhirah. Walaupun puas dinafikan oleh Nadhirah, namun di matanya Faliq ada di mana-mana sahaja.

Ibu bapa saya bukan orang macam tu. Your background is not their priority. Dia orang akan faham juga nanti. Saudara mara Dia orang tak perlu campur. Kalau ada yang bertanya, Ill handle it for you.

Saya tak nak nanti kalau saya jadi penyebab untuk awak kecewakan Mama dan Abah awak. Ramai lagi yang layak. Saya tak nak. Saya dah penat dibenci orang Faliq. Saya sayang Mama dan Abah awak. Dia orang layan saya macam anak sendiri. Saya tak nak dia orang bencikan saya nanti. Rayu Nadhirah.

Tak. Dia orang takkan benci awak. Saya akan jelaskan semuanya pada mereka nanti. Jangan nangis macam ni. Semua ni salah saya, saya patut bagi awak masa untuk jelaskan semua. Saya tak patut tinggalkan awak sendiri. Saya minta maaf Nad.

Tangan Nadhirah diraih dan digenggam kemas. Mereka berdua menangis semahunya di atas padang rumput yang begitu luas terbentang. Segalanya terlerai begitu sahaja.

Kita balik ya, Nad Pujuk Faliq.

Saya takkan balik ke sana lagi. Saya tak nak.

Fine. Ill find a way supaya kita tak perlu balik ke sana. Faliq masih lagi memujuk. Keras benar hati Nadhirah. Sukar bagi Faliq terus memujuk.