Manakala hadiah yang aku terima pula, masyaAllah! Punyalah banyak dan macam-macam. Periuk nasi sahaja entah berapa biji pelbagai aneka jenama, pinggan Arkopal, set sudu, pemanas air, lampu picit yang pakai bateri saiz penumbuk, bekas kuih raya, dapur gas, jam dinding Ah Chong, album gambar, sarung kusyen, pasu bunga, cerek elektrik 240V, pembancuh kopi, 3 biji seterika dan paling malaun aku juga mendapat hadiah kahwin berupa lesung batu.
Hadiah yang aku terima selamat berada dalam kotak bungkusan masing-masing sebab barang-barang macam periuk nasi, seterika, sudu-sudu dan jam dinding Ah Chong yang sedia ada di rumah ibu bapa aku masih ada kudrat. Tidak uzur dan tak perlu mengada-ngada nak tukar baru. Aku dan Cikgu Kuala Kubu yang pada waktu itu belum jadi cikgu lagi, mengambil langkah bijak dengan tinggal di rumah ibu bapa aku secara konsep sewaan anak beranak. Masa tu kami belum ada simpanan tetap. Duit potong EPF aku pula cuma cukup buat beli batu bata rumah dan simpanan insuran untuk kegunaan masa depan. Aku rancang akan beli rumah pada masa depan sahaja.
Ok macam ni. Aku nak cerita panjang-panjang pun tak berapa berfaedah. Lebih baik aku terus kepada isi penting.
Tiga tahun lepas, aku, Cikgu Kuala Kubu dan Fateem yang baru ada tiga batang gigi pindah duduk rumah sendiri. Semua hadiah kahwin yang masih solid dalam kotak kami bawak angkut sekali dan simpan dalam stor. Belum sampai masa nak pakai. Kunci stor pula aku simpan elok-elok di lokasi rahsia.
Tadi, Cikgu Kuala Kubu sms aku minta kunci stor. Dia teringat nak guna pemanas baru air sebab pemanas air yang lama tibatiba rosak.
Aku jawab sms beliau tanpa berlengah.
Seketika kemudian, sedang aku bancuh air Milo pakai Mak Apan (yang selalu kena rembat masuk emel dan blog orang lain), datang lagi satu sms dari Cikgu Kuala Kubu.
Hadiah kita tinggal sikit, tak sampai sepuluh kotak. Mana pergi yang lain
Aku terhenti bancuh air Milo.
Setelah berfikir secara objektif dan rasional, rasanya lebih baik aku memberi penjelasan melalui telefon daripada main tulis sms. Lalu aku dail nombor handphone Cikgu Kuala Kubu. Errawak jangan lupa esok malam kenduri Bard pula di Ipoh.
Saya sempat beli pembalut hadiah je ni.
Hadiah Kahwin
NOTA KAKI:
Sehingga entry ini siap ditulis, Cikgu Kuala Kubu masih tak berhenti-henti membebel macam-macam pada aku. Keh keh keh.
Lantaklah!