DARI KLCC KE TANJUNG MALIM - 51
1992

Suatu hari masa darjah empat, aku berasa sangat bosan dengan diri aku sendiri. Walaupun hari yang sama cikgu Salmiah bagitau periksa hujung tahun aku dapat nombor satu, tapi aku takde feeling langsung! Rasa seronok nak dapat hadiah Brickgame pun dah tak berapa nak melekat kat hati. Sampai di rumah, basikal pun aku main lepas saja biar jatuh tersembam atas tanah. Aku tak mahu tongkat-tongkat. Malas.

Hati aku terguris dan terhiris. Baju sekolah aku biar keluar separuh. Semangat hero yang aku bina hilang lari entah ke mana. Aku betulbetul lemah. Otak jadi kecut. Jati diri jadi longgar. Keyakinan jiwa pun dah kopak habis. Kasut Pallas Jazz yang tali dia aku anyam jadi bentuk dam pada mulanya lawa. Tapi hari itu aku tengok serupa gampang. Tiada nilai tambah pada diri aku.

Pedih betul hari tu aku rasa. Pedih.

Dengan baju sekolah tak bersalin, aku baring atas tikar getah. Tangan aku letak atas dahi. Hati rasa nak marah tapi marah tak dapat nak keluar. Makan nasi lauk ayam goreng pun dia punya sedap tak lepas tekak. Memang keadaan yang amat jahanam pada aku ketika itu.

Cik Intan tak balas salam kau. Dia kata kau tak hensem. Cik Intan kata dia suka tengok Chaon sebab Chaon hensem.

Kata-kata Mazniati masa rehat siang tadi memang serupa lahanat. Aku tengah makan laksa masa tu. Aku tinggal terus laksa yang masih ada separuh. Kuah laksa yang melekat-lekat di sekeliling mulut pun aku malas basuh.

Darah panas yang mula nak suam, sekarang kembali menyirap apabila teringatkan muka kerang selamba Mazniati tadi. Apa yang hebat Chaon Memanglah muka dia hensem. Tapi dia periksa dapat nombor berapa Semua nombor belakang-belakang. Sudahlah rambut jenis sikat tepi, takde gaya langsung! Itu belum masuk bab Chaon kaki bangku lagi. Lagu Fiona pun dia tak tahu lirik. Kenapalah Cik Intan suka tengok Chaon Kalau ya pun aku kurang hensem, ambil kira lah faktor-faktor lain yang aku handal, aku ulang soalan yang entah berapa ratus kali aku tanya pada diri sendiri.

Naluri hero yang aku simpan jadi longlai. Lemah sangat perasaan aku bila orang yang aku berusaha nak ngorat dengan cara yang macammacam, akhirnya tidak menghargai hasil usaha aku. Siap dia kata aku tak hensem lagi. Aku betul-betul tak boleh terima. Lepas ni aku pakai smart pergi sekolah nak suruh sapa tengok pula Ni talipinggang kepala besi dengan seluar straight cut ni dekat sapa pula aku nak menunjuk Itu belum kira rambut sikat belakang, handal main bola, hafal lagu rock kapak, tengok berita dunia, suka buli budak.

Kau nak aku buat macam mana lagi Cek Intan Aku cool. Aku terkenal. Aku ketua darjah. Aku sportsman. Cikgu Besar baik dengan aku. Aku pergi sekolah naik basikal BMX. Budak darjah satu gerun dengan aku. Budak darjah enam hormat sama aku. Aku terer Matematik. Aku ikut trend semasa. Aku up to date. Cikgu Penolong Kanan, cikgu Nordin selalu lepak dengan aku minum teh masa rehat. Aku wakil sekolah main bola, main sepak takraw, main bola baling, wakil kuiz pun aku. Wakil tilawah pun aku. Ahli pengakap pun aku juga. Kesimpulannya, kalau Sekolah Kebangsaan Matang Gedu tu takde murid bernama aku,

Cerita Sentimental Masa Darjah 4

memang lumpuh la aktiviti ko kurikulum dia. Aku legend la, legend tau tak

Namun,se legend mana pun aku, tak dapat jugak nak menarik perhatian Cek Intan. Alangkah pedihnya hakikat macam tu.

Entah bila aku tak sedar. Aku tertidur ketika menyesali kenyataan yang Cik Intan tak minat sama aku walaupun aku seorang hero. Ianya ibarat kau pergi kedai sudu mencari sudu nak hirup sup, sudu kau tak jumpa. Yang kau jumpa cuma garpu. Apahal Aku kena telan makna LOSER bulat-bulat masuk dalam perut. Terbakar betul!

Cerita kecewa masa darjah empat, sebenarnya berulang lagi semasa aku di sekolah menengah. Membawa pula ke universiti. Cuma watak Cek Intan tu jadi watak orang lain lah. Alasan yang sama juga aku dapat iaitu aku tak kacak! Aku masih lagi hero yang LOSER seperti darjah empat dahulu. Malas aku nak cerita panjang-panjang hal yang menyakit perasaan.

Bini aku baca draft entri ni semalam.

Huh! Mujur ada orang macam aku! Kata beliau kepada aku tanpa belas kasihan. Agak-agak aku kecil hati tak