Sebenarnya, masa kecil aku boleh dikategorikan budak yang kurang cerdik. Pada usia lapan tahun baru boleh membaca. Begitulah keadaan di kampung, bukan aku sahaja tetapi ramai lagi. Ini bermakna semasa aku berada dalam darjah satu, aku bodoh gila. Aku tidak berapa ingat keadaan pada waktu itu, tetapi apa yang aku ingat ialah di belakang sekolah aku terdapat tebing tinggi di mana tempat aku bermain lompat-lompat. Semasa arwah bapa aku masih hidup, dia selalu hantar aku ke sekolah dengan basikal tua. Pada waktu itu, dia bertugas sebagai anggota polis. Duit belanja 15 sen. Jarak aku dari rumah ke sekolah ialah tiga kilometer. Memandangkan aku yang paling bongsu, abang dan kakak aku semuanya belajar di merata-rata. Jadi aku tidak ada pembimbing kecualilah salah sorang abang aku balik yang pulang bercuti dari sekolah Teknik di Pulau Pinang, dia mengambil masa untuk mengajar.
Pada suatu hari, ketika abang aku sedang mengajar aku membaca, tiba-tiba dia naik berang, mungkin sebab aku bengap sangat - sehingga patah kayu pembaris. Selepas itu, aku boleh membaca. Sejak dari itu taraf aku naik sedikit demi sedikit.
Dari darjah 1A aku turun ke 2B; kelas yang kurang cerdik. Di kelas itu, aku selalu mendapat tangga teratas kerana teman-teman sekelas yang lain masih buta huruf.
Tahun berikutnya aku di kelas 3A. memandangkan rakan-rakan yang setaraf, tangga pencapaian aku tidak memberangsangkan. Aku mendapat no 25 ke atas. Sekiranya terdapat 35 murid, aku akan berada di dalam lingkungan 25- 30. Begitulah ceritanya sehinggalah aku ke sekolah menengah. Di situ pula aku berada dalam kategori sederhana.
Secara kesimpulannya, dengan pengalamau daripada pencapaian aku, aku tidak mempercayai sangat pada teori sistem pendidikan itu berguna untuk kita mencari kerja. Teori sebegitu tidak relcven lagi di zaman ini.
Aku percaya pada sikap tekun individu dan daya kreatif dalam bersaing di zaman yang serba edan ini. Akademik pada dasarnya hanya menguntungkan kerajaan walau dari apa aspek sekali pun dan sepatutnya pendidikan diberikan percuma sebab itu sebahagian dari tanggungjawab kerajaan pada rakyat. Dan apa yang aku lihat perkcmbangan pada sistem pendidikan zaman ini, banyak yang membebankan rakyat - dari segi kos sehinggalah ke bab pembelajaran.
Contohnya, budak sekolah dibekalkan dengan buku sekolah yang bertimbun sampai senget badan. Bahasa Melayu di-Inggeriskan. Dalam satu subjek, terdapat 4-5 buah buku. Aku tidak pasti betapa bongok idea mereka-mereka yang di atas itu. Apa yang aku rahu tender untuk buku-buku semua kroni- kroni yang bekalkan. Kerajaan bukan berfikir untuk kesenangan mahupun kebajikan rakyat. Kerajaan hanya fikir perut-perut yang di atas yang sudah pun kenyang dengan wang haram milik rakyat.
Aku tidak mengharapkan apa-apa untuk sebarang perubahan sebab apalah yang boleh kita percaya pada yang menyalahgunakan kuasa, mcreka pun bukannya percaya sangat kepada yang berkuasa. Kalau percaya, perkara seperti ini tidak akan berlaku.
Manusia-manusia hari ini hanya mempermainkan nilai kekuasaan Tuhan, terutamanya golongan politik yang mempolitikkan bangsa untuk kepentingan peribadi. Tuhan dan agama hanyalah simbol untuk cerita-cerita baik dan lakonan tentang dunia. Akliirat belakang cerita.