Kurikulum tersebut mewajibkan bahawa untuk lulus dan mendapat ijazah, setiap pelajar harus lulus pada lima mata pelajaran utama dengan nilai minimum 8 pada setiap mata pelajaran. Adapun kelima-lima mata pelajaran utama tersebut adalah: Terbang, Berenang, Memanjat, Berlari, dan Menyelam. Mengingat bahawa sekolah ini berstatus sama dengan manusia, para binatang berharap mereka dapat hidup lebih baik dari binatang yang lain sehingga berbondong-bondonglah berbagai jenis binatang mendaftarkan diri untuk bersekolah di sana. Mulai dari burung helang, tupai, itik, rusa, hingga katak.
Para ibu bapa dan guru yang berbahagia, proses belajar-mengajar pun bermula, kelihatan beberapa jenis binatang sangat unggul dalam mata pelajaran tertentu.
Burung helang sangat unggul dalam pelajaran terbang, dia memiliki kemampuan melebihi binatang-binatang lainnya seperti melayang di udara, melayah turun, meliuk-liuk, menyambar, hinggalah bertengger di dahan sebuah pohon yang tertinggi.
Tupai sangat unggul dalam pelajaran memanjat, dia sangat pandai, lincah, dan cekatan dalam memanjat pohon, serta berpindah dari satu dahan ke dahan lainnya hingga mencapai puncak tertinggi pohon yang ada di hutan itu.
Sementara itik terlihat sangat unggul dan piawai dalam pelajaran berenang, dengan gayanya yang istimewa dia berhasil menyeberang dan mengitari kolam yang ada di dalam hutan tersebut. Rusa adalah murid yang luar biasa dalam pelajaran berlari. Kecepatan larinya tidak tertanding oleh binatang lain yang bersekolah di sana. Larinya tidak hanya cepat, tetapi juga sangat indah untuk dilihat.
Lain pula dengan katak, dia sangat unggul dalam pelajaran menyelam. Dengan gaya berenangnya yang istimewa, katak dengan cepatnya masuk ke dalam air dan kembali muncul di seberang kolam.
Begitulah pada mulanya, mereka adalah murid-murid yang sangat unggul dan luar biasa dalam mata pelajaran tertentu. Namun ternyata, kurikulum telah mewajibkan mereka harus meraih angka minimum lapan pada semua mata pelajaran untuk boleh lulus dan menerima ijazah. Inilah awal dari semua kekacauan itu. Para binatang satu demi satu mula mempelajari mata pelajaran lain yang tidak dikuasai dan bahkan tidak disukainya.
Burung helang mulai belajar cara memanjat dan berlari. Namun sayang sekali, untuk pelajaran berenang dan menyelam, walaupun telah berkali-kali dicubanya, tetap sahaja dia gagal. Bahkan, suatu hari burung helang pengsan kehabisan nafas ketika pelajaran menyelam.
Tupai pun demikian. Dia berkali-kali jatuh dari dahan yang tinggi ketika dia mencuba terbang. Alhasil, bukannya boleh terbang, tetapi tubuhnya penuh dengan luka dan patah di sana-sini.
Lain pula dengan itik, dia masih boleh mengikuti pelajaran berlari, walaupun sering ditertawakan kerana lucunya dan sedikit boleh terbang. Namun, dia kelihatan hampir putus asa ketika mengikuti pelajaran memanjat. Berkali-kali dicubanya dan berkali-kali juga dia terjatuh, luka patah di sana-sini dan bulu-bulunya mulai rontok satu demi satu.
Demikian juga dengan binatang lainnya. Meskipun semua telah berusaha dengan susah payah untuk mempelajari mata pelajaran yang tidak dikuasainya, dari pagi hingga malam, tetapi tidak juga menampakkan hasil yang lebih baik. Yang lebih menyedihkan adalah kerana mereka terlalu fokus untuk dapat berhasil pada mata pelajaran yang tidak dikuasainya, perlahan-lahan helang mulai hilang kemampuan terbangnya. Tupai sudah mulai lupa cara memanjat, itik sudah tidak dapat lagi berenang dengan baik, sebelah kakinya patah dan sirip kakinya robek-robek kerana terlalu banyak berlatih memanjat. Katak juga tidak kuat lagi menyelam kerana sering jatuh ketika mencuba terbang dari satu dahan ke dahan lainnya. Binatang yang paling malang adalah rusa, dia sudah tidak lagi dapat berlari kencang kerana paru-parunya sering dimasuki air sewaktu mengikuti pelajaran menyelam.
Akhirnya, tidak satu pun murid berhasil lulus dari sekolah itu. Satu hal yang sangat menyedihkan adalah mereka pun mulai kehilangan kemampuan asalnya setelah keluar dari sekolah. Mereka tidak boleh lagi hidup dalam lingkungan tempat mereka dahulu tinggal. Kemampuan semula jadi mereka telah habis tertutup oleh kurikulum sekolah tersebut. Satu demi satu binatang itu mati kelaparan kerana tidak boleh lagi mencari makan dengan kemampuan unggul yang mereka miliki.
Para ibu bapa dan guru yang berbahagia, tidakkah kita menyedari bahawa sistem persekolahan manusia yang ada pada masa ini pun tidak jauh berbeza dengan sistem persekolahan binatang dalam kisah ini. Kurikulum sekolah telah memaksa anak-anak kita untuk menguasai semua mata pelajaran dan melupakan kemampuan unggul masing-masing. Kurikulum dan sistem persekolahan telah memangkas kemampuan semula jadi anak-anak kita hanya untuk menjawab soalan-soalan ujian.
Akankah nasib anak-anak kita kelak mirip dengan nasib para binatang yang ada di sekolah tersebut Para ibu bapa dan guru yang berbahagia, mari kita putuskan. Masa depan anak-anak kita ditentukan oleh keputusan kita hari ini.
Kurikulum sekolah telah memaksa anak-anak untuk menguasai semua mata pelajaran dan melupakan kemampuan unggul masing-masing.