Pada mulanya Filman ada mengajaknya untuk membeli pakaian yang lebih sesuai, tapi pada saat-saat akhir Danira menukar fikiran. Dia tidak mahu lelaki itu menghabiskan wang untuknya. Lagipun dia hanya bersetuju mahu menemani Melia, bukannya untuk turut sama berseronok di dalam air.
Melihat suasana pantai yang dipenuhi pengunjung yang bukan sahaja datang dari Kuala Lumpur tapi juga dari luar Kuala Lumpur, hati Danira tiba-tiba merasa damai. Sudah lama dia tidak menghidu bau air laut dan merasai nyaman angin begini. Malah dia sudah lupa, bilakah kali terakhir dia bersiar-siar di kawasan pantai seperti sekarang.
Sepasang suami isteri tiba-tiba melintas berhampiran tempat duduknya sambil memimpin tangan seorang anak kecil. Danira menoleh. Pandangannya tumpah pada pasangan itu serta anak perempuan mereka yang comel. Menyedari Danira memerhatikan mereka, si ibu tiba-tiba menoleh lalu tersenyum. Mahu tak mahu Danira turut sama tersenyum.
Asyiknya termenung, ingatkan siapa Tiba-tiba Filman muncul lalu melabuhkan diri di sampingnya. Dia terkejut besar, malah gugup disapa lelaki itu.
Melly mana Dia mencari-cari wajah Melia. Sengaja untuk menutup rasa kekok yang ketara di wajahnya. Filman menunjukkan ke suatu arah. Melia sedang seronok bermain-main di beting pasir tidak jauh dari tempat duduk mereka. Danira bingkas bangun, berhasrat mahu mendapatkan Melia.
Danira, jangan pergi dulu. Duduk sini. Pinta Filman secara tiba-tiba.
Danira menoleh. Permintaan Filman membuatkan dia terkedu. Wajah Filman serius menatap ke arahnya. Mahu tak mahu, Danira tidak jadi menuju ke arah gadis kecil yang masih asyik membina istana pasir itu.
Duduk bersama-sama lelaki itu, entah kenapa reaksinya jadi kaku. Dia sedar mata Filman tidak berganjak dari wajahnya. Hatinya berdebar-debar tidak keruan. Renungan Filman terlalu berani kali ini. Dia mulai resah. Perlahan-lahan dia memberanikan diri memandang lelaki itu.
Encik Filman nak makan apa-apa Nanti saya hidangkan. Dia pura-pura membuka penutup makanan di hadapan mereka. Namun belum sempat dia mahu mencapai pinggan plastik yang mereka bawa, Filman terlebih dahulu membawa lari pinggan plastik tersebut.
Saya belum lapar. Ujar Filman.
Danira terkedu. Filman tiba-tiba ketawa kecil sebelum melarikan anak matanya. Danira tergaman. Dia segera melemparkan pandangan ke arah lelaki itu. Dahinya berkerut. Kenapa lelaki itu ketawa Apa yang lucu
Maaf, saya tak berniat nak buat Danira rasa malu atau segan pada saya. Kalau boleh panggil saja saya Filman atau Fil. Jangan berencik-encik lagi. Formal sangat, saya tak berapa suka. Ujar Filman.
Err..tak elok macam tu Encik Filman. Saya tak biasa. Danira tergagap-gagap menjawab.
Tak biasa lah maka kena biasakan. Ujar Filman.
Tapi Lynn dan Umaira tak panggil Encik Filman dengan panggilan nama aje. Seganlah saya nak panggil macam tu. Sahut Danira lurus bendul.
Filman tersengih sendiri. Hendak tergelak pula dia mendengar kata-kata gadis itu. Diam-diam Danira mengenakannya.
Lynn dan Umaira tak berapa rapat dengan saya.
Saya pun. Pantas Danira mencelah.
Filman ketawa lebih besar kali ini. Aduh Danira! Dia menoleh ke arah Danira yang terkelip-kelip memandangnya. Jika diikutkan hatinya, ingin rasanya dia mencuit hidung kecil yang terletak elok di wajah manis itu.
Tapi saya nak rapat dengan Danira. Sebab tu Danira kena panggil saya Filman atau Fil saja. Filman nekad berterus-terang.
Wajah Danira berubah sedikit. Dahinya berkerut mendengar kata-kata Filman. Nak rapat dengan aku Biar betul! Apa sebenarnya maksud lelaki itu
Saya tahu saya mungkin bertindak agak cepat. Tapi saya bukan jenis lelaki yang pandai bermain kata. Saya benar-benar sukakan Danira. Filman memberanikan diri mengaku.
Wajah Danira merah padam. Dia benar-benar tidak menduga akan mendengar pengakuan itu dari mulut Filman hari ini.
Encik Filman, saya bukan seperti yang encik sangkakan. Encik Filman belum cukup mengenali saya. Balas Danira rungsing.
Jadi berikan saya peluang untuk kenal Danira lebih rapat. Pintas Filman. Wajah gadis itu ditatap tidak berkelip.
Saya..saya.. Danira tidak mampu meluahkan apa yang berada di fikirannya. Dia benar-benar malu mahu mengaku di hadapan Filman bahawa dia seorang bekas banduan. Tak mungkin seorang bekas banduan, layak untuk seorang lelaki bergelar peguam seperti Filman. Yang membesar di dalam keluarga yang dihormati.
Maaf, saya tak patut berterus-terang begini. Gadis secantik Danira, pasti sudah ada teman istimewa. Ujar Filman lalu bingkas bangun. Dia mahu mendapatkan Melia yang masih bermain-main dengan pasir. Kekecewaan yang melanda hatinya saat ini terasa membekam jiwa. Dia harus mengalihkan perhatiannya sebelum rasa kecewa ini bertukar lebih parah.
bersambung
Bab akan datang:
Adakah Danira akan menceritakan sejarah hidupnya Mahukah Filman menerimanya lagi