Dude! I'm Getting Married - 52
BAB 52

SERI termenung di meja makan di restoran mamak di Amcorp Mall. Dia menopang dagu melihat sekitar tingkat bawah pusat beli-belah tu.

Ramai pengunjung yang datang. Hari minggu macam tu, penuh dengan jualan barang antik di setiap tingkat. Memang meriah. Tambah bulan puasa macam ni. Seri pandang jam di pergelangan tangannya. Dah hampir sebelas pagi. Nak makan dan minum pun dah tak boleh. Kalau tak dah lama aku lepak dan minum kat restoran mamak ni.

Mana Ojie ni Seri jenguk ke arah eskalator.

Seri!

Seri berpaling. Ojie dah melambai dari tangga eskalator. Hmm..sampai jugak kau ya!

Kau dah lama sampai Ojie melabuhkan punggung sebelah Seri.

Lama la jugak.. Seri sengih.

Ada apa kau nak jumpa aku niOjie menopang dagu.

Aku nak dinikahkan dengan Jai lepas raya nanti. Nikah gantung. Majlis ringkas je.. Seri muncung.

Wah! Baguslah tu! Akhirnya kau dapat jugak nikah dengan cinta hati kau tu! Tahniah!! Ojie ambil tangan Seri. Dihenjut-henjut kuat.

Hish! Tahniah apanya! Aku yang merana nanti tahu tak! Seri rentap tangannya dari genggaman tangan Ojie.

Apa hal kau ni Sentap semacam je ni Ojie garu kepala. Memang aku tak faham minah kalut ni! Orang dicintai selama ni dah nak jadi suami. Hampir dimiliki! Sepatutnya happylah!

Aku je yang cintakan dia. Dia Seri mengetap bibir.

Kan dia pun cintakan kau Ojie renung mata Seri. Tak ada sinar langsung!

Mana kau tahu

Aku agak jelah. Masa projek NHES dulu tu, aku perasan yang Jai tu selalu usik kau. Aku boleh agak la cara dia pandang kau! Ojie senyum nakal.

Kau bayangkan kalau aku nikah dengan Jai yang tak pernah sukakan aku. Aku dan dia nak melalui hari-hari dalam rumah tangga nanti. Dahlah kena duduk serumah. Lebih parah sebilik! Takkan aku yang terhegeh nak serah tubuh aku pada dia Nanti dia kata aku ni perempuan tak tahu malu! Seri meluahkan apa yang dirasa selama ni.

Ojie ketawa mengekek. Dia pandang Seri yang dah muncung.

Kau ni kenapa Gelakkan aku macamlah kelakar sangat! Seri cubit lengan Ojie.

Dulu aku pernah bayangkan Koci kejar kau tapi sekarang ni kau pulak kejar Jai! Hahahaha!!! Ojie dah gelak terbahak-bahak!

Seri luku kepala Ojie. Otak kuning betul minah ni! Ada ke aku nak kejar Jai semata-mata nak benda tu!!

Dahlah wei! Seri muncung lagi.

Seriaku rasa kau terima jelah Jai tu seadanya. Lambat laun dia akan terima dan cintakan kau lebih dari kau cintakan dia. Kau jugak cakap, sebelum Aku terima Nikahnya dilafazkan oleh bakal suami, kita kenalah ada ilmu rumah tangga. Taat pada suami tu wajib! Jaga harta suami, jaga aurat, berhias hanya untuk suami, senyum bila suami berbicara, pandang mata suami bila berdepan. Peluk suami bila menyambut suami pulang dari kerja. Kalau suami berhajat, kena bersedia. Itulah seorang isteri yang hebat di mata suami! Kau tak ingat Ojie jeling Seri.

Minah kalut ni pandai cakap je! Bila nak praktik..menggelabah tahap gaban!

Aku tahulah! Cakap memanglah senang! Aku yang nak mengadap muka dia 24 jam nanti! Mahunya aku tak menggelabah, tambah pulak bila bab bilik tidur ni! Eii!! Aku tak boleh bayangkan! Seri menggeliat geli.

Kau ikut je cakap mama dan papa kau tu. But wait! Ojie pandang Seri tak berkelip.

Seri angkat kening.

Kenapa kau tak jemput aku Ojie pegang tangan Seri.

Ceh! Aku ingat apa la tadi. Ingatkan kau nak beritahu jalan penyelesaian ke apa ke.. Seri sandar di kerusi.

Yalah..kau jugak kata aku ni bakal kakak ipar kau. Kenalah jemput aku! Ojie sengih. Namun jauh di sudut hati, dia merasakan Acik dah semakin jauh darinya. Aku sedar siapa aku

Jadi kau terimalah abang aku Seri pula teruja.

Ojie diam. Geleng tidak, angguk pun tidak.

Dah la tuaku pasti jodoh kau dengan Acik. Seri pula pujuk Ojie yang dah sugul.

Aku tak layak untuk dia Seri. Tak layak Ojie tekup muka.

Berdoalah pada Allah. Kau pun dah banyak berubah aku tengok. Kau dah tak pakai ketat-ketat lagi dah. Tudung pun dah labuh menutupi dada. Alhamdulillah. Tak salah kita berdoa untuk jodoh kita. Seri pegang bahu Ojie.

Doakan untuk aku Seri. Aku tak ada sesiapa di dunia ni. Aku bimbang, kalau aku jadi nikah dengan abang kau, kisah hidup aku akan terbongkar sebab terpaksa guna wali hakim. Itu yang buat aku fikir dua kali nak terima Acik. Aku sedar siapa aku. Aku ni ibarat seorang yang berada di kaki rumput dan abang kau pulak berada di puncak gunung paling tinggi. Jauh jaraknya. Aku faham kalau dia tak nak kat aku.. Ojie tahan air mata yang dah bergenang.

Dah la tu! Aku sentiasa doakan kau hidup bahagia. Kau pun berhak hidup bahagia! Seri peluk Ojie.

Hari ni hari pertama kita puasa, buka puasa rumah aku nak Seri senyum.

Err..seganlah Seri. Lain kalilah!Ojie lepaskan pelukan Seri.

Baiklah..bila kau bersedia nanti, jangan segan datang rumah aku!Seri senyum lagi. Muka Ojie dah berseri semula. Tadi dah monyok.

Sekarang ni siapa nak tenangkan siapa sebenarnya Seri gelak.

Ojie cubit lengan Seri. Mereka berdua mula melangkah ke tempat kereta.

Ojiekau lalu jalan mana Seri buka pintu keretanya.

Jalan yang sama dengan kau la. Aku kan tinggal di Puchong dan kau pun nak ke arah tu jugak kan Ojie turut buka pintu kereta Viosnya.

Okey! Kalau macam tu kita saing la! Seri hidupkan enjin kereta Honda Accordnya.

Eh! Kenapa ni Tak nak hidup la pulak! Seri hidupkan beberapa kali. Tak berhasil. Dia keluar semula dari kereta.

Kenapa Seri Kau tertinggal barang ke Ojie turut keluar dari keretanya.

Kereta aku..entahlah tak nak hidup pulak.. Seri garu kepala.

Emm..kalau macam tu, aku hantar kau jelah! Ojie ajak Seri menaiki keretanya.

Seri terpaksa menumpang kereta Ojie. Keretanya dibiarkan di tempat letak kereta di Amcorp Mall sementara menunggu orang dari bengkel datang ambil. Dia dah awal-awal telefon bengkel yang selalu dikunjungi.

Ojieaku sentiasa doakan kau bahagia dan ada jodoh dengan abang aku kerana abang aku pun sebatang kara macam kau jugak. Seri pandang keluar tingkap.

Apa Kau ni merepek apa ni Ojie gelak. Matanya masih di jalan depan.

Yaaku pun baru tahu. Rupanya abang aku tu anak angkat mama dan papa aku. Ayah dan mak dia dah meninggal.. Suara Seri dah rendah.

Kau biar betul Seri! Aku tak percayalah! Ojie pandang sekilas ke arah Seri di sebelah penumpang.

Betul..mama dan papa aku yang buka rahsia tu. Jadi sekarang ni kau dan abang aku dah kira samalah. Yang berbeza sebab kau hidup sorang-sorang dan abang aku pulak, mama dan papa aku jaga. Seri jeling Ojie yang dah berkerut kening.

Kau fikir apaSeri pandang Ojie yang masih diam.

Tak ada apakesian jugak kat abang kau. Dapat isteri macam aku ni..dia dahlah anak pungut, aku pulak sebatang kara. Kalau aku meninggal pun tiada siapa yang nak uruskan... Ojie mengeluh.

Seri jeling Ojie yang dah mula bercakap hal kematian.

Ojie..kau ni merepek je kalau bercakap. Kau seorang wanita yang sangat beruntung..dan satu lagi, kau jangan sebut abang aku tu anak pungut eh!! Seri dah tinggi suara.

Okey! Okey! Aku minta maaf! Aku tersasul tadi..bukan itu maksud aku. Maksud akuaku dan dia sama-sama tak ada mak ayah..sorry la Seri..ek Ojie pandang Seri yang dah muncung.

Eh..bawa kereta tu mata tengok depan. Bukan tengok aku! Seri tuding ke arah depan jalan.

Ojie sengih. Dia tekan pedal minyak semakin kuat. Waktu berbuka hanya sejam je lagi.

Alamak!

Apa Kenapa Seri pandang Ojie yang dah cemas.

Brek kereta aku..macam rosak je.. Ojie tekan-tekan pedal brek.

Kau jangan tekan minyak tu. Nanti makin laju..susah kita nanti. Seri dah pegang pemegang di atas.

Aku tak boleh kawal la Seri. Aku baru periksa kereta aku ni kat Puspakom. Ojie dah pucat.

Ojieee!!!!

Kriiikk!!!! Dumm!

SUASANA di wad kecemasan kelam kabut. Datuk Kamaruddin pujuk isterinya yang dah menangis teresak-esak. Matanya menala ke arah Acik dan Jai yang mundar-mandir di bahagian kaunter.

Err..doktor, macam mana anak saya dan kawan dia Datuk Kamaruddin bingkas bangun bila melihat doktor keluar dari bilik kecemasan. Tadi Seri dan Ojie terus disorong masuk ke bilik. Mereka cedera parah.

Macam mana adik saya doktor Acik pegang tangan doktor muda di sebelahnya.

Keduanya terpaksa dimasukkan ke dalam ICU. Nampaknya kecederaan mereka tu parah sangat. Maaf.. Doktor itu berlalu pergi.

Datuk Kamaruddin menekup muka. Terduduk di kerusi sebelah isterinya yang dah pengsan.

Macam mana boleh jadi macam ni Jai pegang rambutnya yang dah kusut masai.

Acik angkat bahu. Dia juga bingung.

Kereta tu..Ojie punya kan Jai tanya lagi.

Acik angguk. Terbayang di ruang mata, kereta Vios milik Ojie remuk teruk. Kalau ikutkan keadaan kereta tu, mereka berdua mungkin tak boleh hidup.

Ya..menurut saksi, kereta Ojie merempuh lori treler yang diparkir di tepi jalan. Acik menundukkan wajah. Sugul.

Kereta Seri mana

Entah..

Jai!

Acik dan Jai segera berpaling. Kedua orang tua Jai sedang menuju ke arah mereka.

Macam mana Seri Puan Aishah terus meluru ke arah Datin Rubiha yang dah terlentuk di bahu Datuk Kamaruddin.

Entahlahteruk Datin Rubiha mengesat air mata yang masih tumpah.

Jai..kenapa boleh jadi macam ni

Jai berpaling ke arah ayahnya. Entahlah ayahsaya pun tak pasti apa yang berlaku. Masih menunggu laporan polis.

Masing-masing diam membisu. Melayan perasaan sendiri.

Ma, Acik..macam mana Ucu Along muncul bersama suaminya. Muka Along dah merah. Mata pun bengkak.

AlongUcu masih dalam ICU, tak sedarkan diri lagi..Acik peluk kakak sulungnya.

Hari tu mereka sekeluarga berbuka di hospital. Selepas berbuka, hanya Jai dan Acik yang masih menunggu di hospital.

ACIK genyeh mata. Jai dah siap solat subuh. Kau dah solat

Yakesian pulak aku nak kejutkan kau. Dah pergi ambil wudhuk. Sejadah ada kat situ. Jai lipat sejadah dan disangkut pada kerusi.

Jai sandar di dinding. Malam tadi dia dan Acik tidur di kerusi menunggu di depan wad kecemasan.

Maaflah..aku pun tertidur tadi. Tak sempat nak sahur. Jai pandang Acik yang masih mamai.

Acik segera ke bilik air.

Jai pandang ke arah bilik kecemasan. Ingatannya masih kuat berlegar pada kenangannya bersama Seri masa projek NHES dulu. Sejak itulah hati dan perasaannya untuk Seri mula bercambah. Sampai sekarang disimpan kukuh dalam hati. Ah..tak tahulah apa aku nak buat kalau apa-apa jadi pada kau Seri. Jai menekup muka.

Selesai Acik solat, mereka masih melangut di situ. Acik sekali lagi mundar-mandir dari hujung koridor ke hujung koridor.

Jai jeling jam. Hampir lapan pagi. Sudah sejam lebih Acik macam tu.

Acik..duduklah dulu. Berdoalah Seri dan Ojie tu selamat.. Jai pandang Acik yang dah tak keruan.

Tu..mama dan papa kau sampai. Jai muncungkan mulut ke arah pintu masuk wad.

Macam mana Seri dan kawan dia Datuk Kamaruddin duduk sebelah Jai.

Masih tak sedarkan diri pakcik.. Jai tunduk.

Acik turut duduk sebelah Jai. Dia tenangkan mama yang dah bengkak mata. Agaknya semalaman menangis.

Ma..sudahlah..ma kena jaga kesihatan jugak.. Acik peluk mama.

Maaf..siapa saudara mangsa kemalangan

Serentak mereka mendongak. Seorang pegawai polis berpangkat Koperal sedang merenung ke arah mereka.

Saya ayah dia..kenapa encik Datuk Kamaruddin bingkas bangun.

Acik dan Jai turut bangun mendekati pegawai polis tadi.

Kami dah terima laporan siasatan. Boleh ikut kami ke balai

Datuk Kamaruddin angguk.

Acik..kau temankan papa kau. Biar aku dan mama kau kat sini jaga Seri dan Ojie. Jai pegang bahu Acik.

Jai..kenapa polis datang Datin Rubiha pandang Jai tak berkelip.

Mereka dah terima laporan pasal kemalangan Seri tu. Jai cuba mengukir senyum.

Oh Datin Rubiha tunduk semula.

Jai!!

Jai mendongak. Koci dan Salina sedang menuju ke arahnya.

Jai..maaf. Aku baru tahu pasal Seri dan Ojie. Macam mana mereka Koci duduk sebelah Jai.

Salina bersalam dengan Datin Rubiha.

Entahlahmasih dalam ICU. Tak sedarkan diri lagi. Jai tekup muka.

Ya Allahmacam mana boleh jadi macam ni Koci tunduk.

Jai hanya geleng.

Seri dengan Ojie kan Koci pegang bahu Jai.

Jai angguk. Dia jeling Salina yang tidak sedikit pun bersedih. Koci di sebelah dilihat sekilas. Ada air mata keluar dari pelupuk mata. Mungkin Koci masih ada rasa sayang pada Seri.

Makciksabar ya makcik. Koci pandang Datin Rubiha yang masih sugul di sebelah Jai. Bengkak mata orang tua tu.

Acik mana Koci pandang sekitar. Dari tadi dia tak nampak.

Dia ke balai, temankan papa dia.. Jai berkata malas. Sebak.

Oh.

Masing-masing diam seketika. Melayan perasaan sendiri. Sesekali Jai pandang ke arah bilik ICU. Menurut doktor, pukul sebelas nanti, Seri akan dibedah. Ojie pula masih tidak sedarkan diri. Seri..aku tetap akan terima kau sekiranya kau tidak seperti dulu. Aku cintakan kau Seri..

Koci menopang dagu. Segala kenangan bersama Seri bagai masih baru terjadi. Kejadian Seri menghempap badannya dua kali. Semuanya masih segar. Seriaku doakan kau selamat. Dia jeling Jai yang masih menekup muka.

Jaisabarlah. Ini mungkin dugaan dari Allah. Berdoalah semoga Seri selamat. Koci sekali lagi pegang bahu Jai.

Jai hanya mengangguk lemah.

ACIK melangkah lemah menuju ke wad ICU. Sejak dari balai polis tadi lagi, fikirannya berserabut. Bingung. Apa yang berlaku memang mengejutkannya! Papa pula mengucap panjang. Kenyataan pegawai polis tadi cukup membuatnya terkesima. Memang tak pernah terfikir dalam benaknya tentang semua tu.

Jai pandang Acik yang dah lemah melangkah. Riak Acik macam ada sesuatu yang aneh berlaku.

Acik..mana papa kau Jai bingkas bangun.

Dia masih kat balai polis. Dia suruh aku datang sini dulu. Acik duduk di kerusi sebelah mama. Terus dia menekup muka.

Jai menelan liur. Apa yang dah berlaku Muka Acik dah lain macam.

Err..masalah besar ke Jai beranikan diri bertanya. Takut jugak kalau Acik mengamuk karang. Mahunya dia lempang aku!

Acik angguk.

Apa dia

Acik mendongak. Lama Jai dipandang tak berkelip. Kesian Jai kalau Seri tak dapat diselamatkan.

Acikmaafkan aku. Aku baru tahu pasal Seri dan Ojie.. Koci bangun dan duduk pula sebelah Acik.

Tak apakau pun ada kehidupan sendiri.. Acik jeling Salina yang duduk sebelah mama. Selamba je muka minah tu. Tak ada riak sedih. Acik berkerut kening. Mungkin Salina suka agaknya bila mendengar Ojie kemalangan macam tu.

Jai..aku nak cakap sikit. Acik ajak Jai keluar dari situ.

Koci hanya pandang gelagat Acik dan Jai yang nyata menyisihkannya. Apa dia orang rahsiakan dari aku

Salina hanya pandang Jai dan Acik berlalu pergi dengan perasaan curiga. Dari tadi Acik asyik pandangnya dengan riak pelik. Kenapa dia tengok aku macam tu

Koci pandang Jai dan Acik yang sudah menapak ke arahnya semula. Sikap mereka berdua semakin mencurigakan.

Korang ni ada apa-apa ke Koci beranikan diri bertanya.

Nantilah aku cerita Acik tepuk bahu Koci. Faham apa yang Koci fikirkan.

Jai turut mengiakan kata Acik. Dia beri isyarat pada Koci. Koci masih terpinga-pinga.