Abstrak Cinta Aku & Dia - 52
BAB 52

DITEMANI Jack Sparrow, Zack termenung jauh di beranda rumah. Hanif pula keluar entah ke mana.

Wajahnya diraup buat kesekian kali. Peristiwa yang berlaku di KLCC tadi benar-benar menyentap perasaannya. Selama ini, dia tahu Zareen ada menyembunyikan sesuatu. Tidak disangka, Zareen sebenarnya sudah berkahwin.

Zack mengeluh, sebal. Tak tahu bagaimana hendak diungkap perasaannya. Apa perlunya Zareen menyembunyikan status sebenar

Kenapa perlu Zareen memainkan perasaannya Atau sebenarnya, selama ini dia memang bertepuk sebelah tangan Sendirian memasang angan-angan

Tidak. Dia yakin, Zareen juga turut merasai apa yang dia rasa.

Dia bini oranglah! Otaknya menjerkah. Zack hembus nafas kasar. Terasa diperbodohkan.

Selama ini, dia memandang tinggi peribadi Zareen. Dia hormat pendirian Zareen. Kagum dengan sifat yang Zareen pamerkan. Kini, pandangan itu berubah seratus-peratus. Dia tidak mahu berburuk sangka pada Zareen tetapi dalam keadaan ini, mustahil untuk tidak memikirkan yang bukan-bukan.

Zareen. Akmal dan anak yang comel bernama Irfan itu muncul dalam fikiran. Mereka tampak seperti keluarga bahagia. Benarkah bahagia

Ah! Apa perlunya difikirkan tentang Zareen sekarang ini.

Walau cuba untuk tidak memikirkan Zareen, sungguh dia tak mampu menghalau senyuman Zareen dari bergentayangan depan mata.

Zack merengus. Selalunya, dia tenang dalam menangani masalah hati. Tapi hari ini, dia tak mampu menahan rasa. Bengang dan sakit hati meruap.

Telefon bimbit dicapai. Kate masih tidak membalas mesejnya. Zack mengeluh. Betapa saat ini, dia memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaan. Satu demi satu senarai nama dan nombor telefon ditelek. Akhirnya, mata tertancap pada satu nama.

Nombor didail.

AMY mendengar tekun. Sudah hampir 20 minit dia bercakap di telefon. Tidak menyampuk banyak. Hanya sesekali membalas Oh dan Iya ke, membiarkan empunya diri meluahkan perasaan. Betul-betul sakit hati nampaknya.

Bawa bertenanglah, Zack.Amy bersuara.

Zack sudah habis bercerita.

Bertenang kau cakap Dia bini orang, kau tahu tak Aku tak sangka selama ni, aku ada feeling pada bini orang.

Suara Zack kedengaran benar-benar bengang. Amy hampir terlepas tawa namun ditahan. Tak mahu bengang Zack bertambah.

Rilek Zack. Mungkin ada sebab Zareen rahsiakan status dia.

Entahlah kak. Aku rasa...macambodoh gila.

Amy tarik nafas panjang. Sabarlah, Zack. Kau pun tak tahu lagi hal sebenar. Macam aku cakap tadilah. Mungkin ada sebab kenapa dia buat macam tu.

Keluhan terdengar di hujung talian dan kemudian, senyap sahaja.

Zack..

Ya

Kau okey ke tak ni

Okey...kot. Entahlah.

Suara Zack kedengaran mendatar namun tidaklah setegang tadi. Amy senyum sumbing.

Kau memang betul-betul suka pada Zareen

Tiada jawapan yang diterima dari Zack.

Nasihat aku, kalau kau betul suka pada Zareen, pergi jumpa diaslow talk dengan dia. Tanya elok-elok kenapa dia rahsiakan hal perkahwinan dia dari kau. Jangan marah-marah. Kita tak tahu apa yang ada dalam hati orang, Zack... Kau pun tak tahu, apa yang ada dalam hati aku

Tengoklah kak, macam mana.

Cool down Zack. Kau tengah panas hati, sebab tu fikir bukan-bukan. Rileklah

Terdengar ketawa kecil meletus disebelah sana. Amy senyum.

Kau tengah buat apa, kak

Topik tentang Zareen tamat. Soalan lain dilontar Zack di hujung talian.

Makan. Jawab Amy.

La..ya ke Sorrylah kak, kacau kau makan pulak.

Its okay. Aku pun terkejut...tiba-tiba kau call. Ingat apa tadi

Welljust need somebody to talk to

Amy senyum lagi.

Kak, thanks sebab sudi dengar luahan hatiku ini.

Blahlah! Nak jiwang-jiwang pulak dengan aku

Zack gelak sakan di hujung talian. Amy senyum untuk kesekian kali.

Okeylah Zackaku nak sambung makan. Ada apa-apa, kau call ajelah.

Amylea

Errr.ya Amy terasa ada getaran dalam hati saat Zack memanggilnya dengan nama Amylea.

Thanks again for listening.

No problem.

Assalamualaikum.

Waalaikummusalam.

Talian dimatikan. Amy meletakkan telefon bimbit atas meja.

Kenapa dengan Zack

Amy angkat muka, memandang ke arah suara yang menegur.

Hanif tersenyum memandang Amy.

ZackAmy tarik nafas. Zack cerita, Zareen rupanya dah kahwin.

Amy ulang cerita secara ringkas, apa yang telah Zack luahkan kepadanya tadi.

Oh Hanif terangguk-angguk setelah bicara Amy tamat.

Mereka kemudiannya senyap. Awal tadi, mereka berbual rancak sehinggalah perbualan mereka diganggu dengan panggilan telefon dari Zack. Dan selepas perbualan dengan Zack tamat, Amy bertukar karektor...menjadi pendiam. Sepertinya, memikirkan sesuatu.

Hanif pandang wajah Amy agak lama sambil menafsir sikap Amy ketika ini.

Awakfikir apa, Amy Soal Hanif.

Hmm Tak ada apalah.

Awak fikir pasal Zack

Amy senyum nipis dan angguk sekali. Risau pulak kat dia

Nak risau apa Dah besar panjangBalas Hanif.

Amy tergelak.

Hanif balas dengan senyuman. Gelas berisi jus tembikai dicapai. Isinya disedut buat membasahkan tekak. Hati mengeluh sendiri sambil mencuri pandang wajah Amy. Mood hendak sambung bersembang telah hilang. Dia hembus nafas perlahan. Dalam diam, dia sudah mula menaruh hati. Tapi kini, perasannya berbelah bahagi. Adakah niatnya patut diteruskan...andainya pada Zack, Amy masih menyimpan harapan