TINGGAL tiga hari lagi Anis akan berangkat ke Perancis. Lega. Segala urusan pendaftaran dan pasport pelajar selesai dengan mudah. Dari semalam Puan Ainon sudah berada di Kuala Lumpur. Di rumah sewanya bersama Sarah dulu. Sarah masih tinggal di situ sementara menunggu hari pernikahannya dengan Zafran. Alhamdulillah, Sarah faham keadaannya sekarang. Lepas balik dari rumah Puan Zaharah malam tu, Anis mengemas kain bajunya dan bermalam di rumah sewanya dulu. Imran pula sejak itu tidak pernah tanya tentangnya. Mungkin dia masih tidak dapat terima apa yang telah berlaku.
Anis..di sana nanti, jaga diri baik-baik ya. Anis tu perempuan. Jaga solat, jaga pergaulan, jaga aurat.. Puan Ainon tidak henti-henti menasihati Anis. Tangannya ligat melipat baju yang akan dibawa nanti.
Ya mak. Anis tak akan lupa semua tu. Berkat didikan mak dan arwah ayah dan dengan izin Allah, Anis akan jaga semua tu mak. Mak janganlah risau. Anis senyum. Dia turut sama mengemas semua keperluan yang perlu dibawa bersama.
Mak bukan apa..Anis sorang sorang kat sana nanti. Kalau ada yang temankan Anis kat sana, mak tak risau sangat. Ajaklah suami pergi sekali.
Anis tergamam. Dia tatap wajah ibu tua itu yang penuh pengharapan.
Err..tapi mak..Imran sibuk. Dia ada syarikat nak uruskan. Lagipun dia tak perlukan Anis lagi.. Anis pula jadi bingung dengan cadangan ibunya. Dia faham. Ibu mana yang tak risau kalau anak gadisnya pergi seorang diri tanpa sesiapa di sisi.
Anis pasti ke Tak baik buruk sangka pada orang nak...
Bukan macam tu mak .Maksud Anis..Aniskan belajar, habis dia nak buat apa Takkan nak duduk rumah je Anis pandang lagi wajah Puan Ainon yang mula terpinga-pinga.Dia cuba mencari alasan sesuai.
Ya tak ya jugak. Hmm..suruhlah dia sambung belajar sekali. Puan Ainon mula senyum.
Mak..bukan senang mak. Negara orang ada undang-undang mereka sendiri. Biarlah mak. Lagipun Anis dah janji dengan dia. Anis belajar setahun je kat sana. Anis cuba memujuk hati ibunya.
Mak bukan apa..mak risau.
Mak..kat sana nanti, akan ada kawan sekelas yang sama-sama belajar. InsyaAllah Anis akan jaga apa yang mak pesan tu. Anis peluk ibunya semakin erat.
MALAM itu, Anis masih sibuk mengemas. Puan Ainon sudah lena dibuai mimpi. Album keluarga turut dibawa. Itulah satu-satunya kenangan yang ada bersama arwah kak Aiza dan arwah ayah. Komputer riba di atas meja dijeling. Hmm..aku perlu beritahu Jay. Perlahan Anis menapak ke arah meja belajar.
Mawar Putih > Assalamualaikum
Lama Anis menunggu balasan dari Jay. Masih tiada jawapan. Matanya beralih pula pada mesej Izara. Hmm..
Mawar Putih > Zaraaku sudah lama memaafkan kau. Maafkan Imran. Aku yang sepatutnya kena sedar dari dulu lagi. Aku dan keluarga kau tidak seiring. Tambah lagi dengan Imran yang jauh bezanya dengan aku. Aku sayang kau Zara. Aku doakan kau bahagia dengan Razif. Razif seorang yang baik.
Jagalah dia sebaiknya. Cintailah dia seadanya. Ingatlah..cintalah kepada Allah lebih dari segala-galanya. Tak salah kita mencintai lelaki tapi biarlah ia menghala ke arah keredaan Allah. Maafkan aku. Sampaikan salam aku pada Imran. Aku minta maaf atas segala salah dan silap aku selama ini.
Anis termenung seketika. Rasa bersalah tidak membalas mesej Izara yang sudah memenuhi peti mesejnya di laman muka buku itu. Imran juga tiada khabar berita. Sepi. Biarlah.
JS > Waalaikumussalam wahai Humaira!
Senyuman Anis semakin lebar. Jay menjawab salamnya.
Mawar Putih > Janganlah gelar saya macam tu. Diri saya sangat jauh bezanya dengan Sayyiditina Aisyah r.ha
JS > Apa salahnya saya gelar awak macam tu..tidak salah kita mempunyai cita-cita untuk menjadi seperti isteri Rasulullah s.a.w. Mencontohi Aisyah r.ha sangat-sangat digalakkan.
Mawar Putih > InsyaAllah
JS > Alhamdulillah..macam tulah sahabat saya..:
Mawar Putih > Saya sebenarnya ingin beritahu awak. Saya telah diterima belajar di Institut Paul Bocuse Lyon di Perancis. Alhamdulillahkeputusan exam semester saya di UiTM melayakkan saya untuk terpilih menjadi salah seorang pelajar di situ.
JS > Kenapa Perancis UiTM kan bagus juga
Mawar Putih > Saya tahu..tapi saya ingin berada jauh dari dia. Biarlah saya pujuk hati saya untuk melupakan dia.
JS > Oh..macam tu..
Mawar Putih > Dua hari lagi saya akan berangkat ke sana.
JS > Boleh saya hantar awak
Mawar Putih > Terpulangsebab mak dan abang ipar saya ada sekali nanti. Awak ok ke
JS > Itu yang sebaiknya. Ok..jumpa di sana..
Mawar Putih > InsyaAllah..
JS >Awak tunggu saya tau! Tak sabar nak jumpa awak lagi. Rindu!
Anis kaget. Rasa serba salah. Persahabatan yang dibina telah bertukar jadi benda lain. Komputer riba ditutup. Jam di atas meja sudah hampir pukul sebelas malam. Terus tutup lampu.
HARI ini Anis akan bertolak. Jualan somtamnya ke kedai dan gerai makcik Senah hanya dapat dibekalkan setakat itu saja.
Walaupun sambutan menggalakkan, dia terpaksa berkorban demi cita-citanya. Impian yang selama ini dinantikan.
Anis..dah kemas semua
Anis menoleh. Razman sibuk mengangkat begnya ke dalam kereta. Rasa sebak bila melihat bekas abang iparnya begitu mengambil berat tentangnya.
Anis..dah siap
Hah Err..ya bang. Dah siap. Anis mula tunduk. Lamunannya tadi dikejutkan dengan teguran Razman. Dia melihat Razman tersenyum kepadanya. Razman tidak pernah dendam atau bermasam muka padanya walaupun terang-terang dia menolak lamarannya dulu.
Man..terima kasih. Banyak sungguh Man tolong kami. Mak tak tahu nak balas macam mana.. Puan Ainon pegang bahu bekas menantunya yang sudah dianggap seperti anak sendiri.
Mak..siapa lagi yang boleh tolong Anis. Mak dan Anis saja yang Aira ada. Sudahlah..saya tak kisah semua tu. Razman senyum sambil memeriksa semula beg Anis.
Abangterima kasih. Anis rasa bersalah pada abang Wajah lelaki itu dipandang seketika. Tiada cacat celanya. Kacak dan jujur. Semuanya boleh dikatakan sempurna.
Tak apa..kan abang dah kata. Kita dah tak ada jodoh. Razman senyum kelat. Bohonglah jika dia tidak ada rasa kecewa. Namun hati orang tidak boleh dipaksa. Segala-galanya Allah telah tentukan.
Kat sana nanti jaga diri baik - baik.Tambah Razman lagi.
InsyaAllah bang. Anis juga doakan abang bertemu jodoh dengan wanita yang baik. Anis senyum. Perasaan bersalah masih bersarang di hati.
Sarah..maaf aku tak dapat hadir majlis pernikahan kau dengan Zafran. Sampaikan salam aku pada Zafran. Anis peluk pula teman serumahnya.
Tak apa..yang penting kau bahagia. Aku hanya harapkan kau bahagia. Hal yang lepas jangan difikirkan sangat. Mungkin jodoh kau dengan Imran hanya setakat ni. Sahabat Fb kau kan ada... Sarah senyum. Sempat kenyit mata.
Maksud kau
Jay! Aku pun nak kenal juga sahabat alam maya kau tu. Aku pasti tentu dia datang hantar kau nanti di airport.. Sarah sengih.
Anis turut senyum. Dia tahu dari dulu Sarah lebih suka dia memilih Imran namun semua yang berlaku banyak liku dari lurus.
Jumpa kat KLIA nanti. Aku dan Zafran akan ikut belakang kereta kau. Sarah senyum lagi. Kali ini semakin lebar.
Zafran dah sampai ke Anis jenguk ke laman.
Tu! Sarah tuding ke arah sebuah kereta di bawah pokok di hadapan rumah sewa.
Mereka mula berangkat ke KLIA. Tidak banyak mereka bualkan sepanjang perjalanan ke lapangan terbang. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Hanya Aira saja yang becok mulut bercerita itu ini.
TIBA di KLIA, Anis mula melaporkan diri di kaunter tiket. Setelah semua pasport dan dokumen perjalanan diperiksa, dia kembali semula ke tempat menunggu.
Mak..janganlah mak macam ni. Anis pergi sekejap saja. Kalau ada duit lebih, Anis akan balik pada hari raya. Kita sambut raya bersama.. Anis cuba memujuk ibunya yang kelihatan sugul.
Makcu! Makcu nak pergi mana Aira rangkul pinggang Anis.
Makcu nak pergi belajar. Aira jaga nenek tau. Hiburkan hati nenek. Boleh Anis senyum. Hidung kecil Aira ditarik lembut.
Boleh! Nenek duduk dengan Aira nak Aira pegang pula tangan Puan Ainon yang masih sugul.
Puan Ainon senyum hambar. Dia pandang Anis yang tersenyum kepadanya.
Anis..jangan bimbang. Abang akan jaga mak dengan baik. Razman pula mencelah.
Terima kasih bang. Anis tak ada sesiapa lagi.
Assalamualaikum..
Masing-masing berpaling ke arah suara yang memberi salam. Seorang lelaki berjambang dan berkaca mata hitam menghampiri mereka. Segak dengan T-shirt hitam dan seluar jeans biru. Topi masih melekat di atas kepalanya.
Jay..awak datang juga Anis bersuara tergagap-gagap.
Kan saya dah janji.. Jay senyum. Dia mula bersalam dengan Razman dan Zafran.
Zafran memandang Jay tidak berkelip. Lama wajah lelaki yang pertama kali dia jumpa itu ditatap. Diamati seketika. Dia pandang pula Sarah di sebelah. Mukanya berkerut.
Err..ni mak saya, abang ipar saya Razman dan ini kawan saya, Sarah dan Zafran. Anis mula perkenalkan semua yang hadir di situ.
Jay hanya mengangguk sambil tersenyum. Dia betulkan topi yang mula melurut jatuh. Topi itu ditarik sehingga menutupi dahi.
Kaca mata hitam dibetulkan sekali sambil berdehem kecil.
Err..maafkan saya, kita pernah bertemu ke sebelum ni Zafran beranikan diri bertanya pada Jay.
Err..tak rasanya. Sekali lagi Jay betulkan topinya.
Zafran senyum. Dia mengangguk perlahan bila ada isyarat dari Jay.
Sarah dan Anis saling berpandangan.
Err..awak kenal ke Jay ni Anis mula bertanya. Dia lihat Zafran senyum penuh makna. Seperti ada sesuatu rahsia.
Awak jaga diri elok-elok di sana ya. Jay senyum pula ke arah Anis.
Jadi..inilah Jay Puan Ainon yang dari tadi hanya melihat mula mencelah.
Jay angguk. Dia melemparkan senyuman kepada Puan Ainon. Tangan Puan Ainon dicium lembut.
Ya makcik. Saya Jay. Makcik jangan risau, saya akan jaga anak makcik dengan baik. InsyaAllah, kalau saya ada masa, saya akan jenguk anak makcik di sana. Jay mula memujuk Puan Ainon yang masih sugul.
Anis cepat-cepat mendongak ke arah Jay. Jenguk aku Dia mula keliru. Siapa Jay sebenarnya
Pengumuman penerbangan ke Paris mula kedengaran. Anis mula bersalam dengan Sarah. Dia peluk ibunya dengan erat. Terasa berat hendak melepaskan ibu seorang diri. Itulah kali pertama dia berpisah jauh dari ibu tersayang. Aira turut dipeluk erat.
Jay dan Razman membantu Anis mengangkat beg.
Awak..belajar rajin-rajin. Saya tunggu awak. Jangan lupa pasang internet! Jay senyum lagi. Wajah manis gadis itu ditatap lembut. Pipi kemerahan milik Anis begitu mempesona. Tidak ralat rasanya dia menggelarkan gadis itu Humaira.
Terima kasih awak. Segaris senyuman terukir cantik di bibirnya untuk sahabat yang memahami.
Razman hanya melihat gelagat dua insan itu. Dulu dia terlepas dengan Imran dan kali ini dengan Jay pula.
Tunggu! Tunggu!
Semua berpaling. Anis terkedu. Izara dari jauh melambai ke arahnya. Mana Zara tahu aku bertolak hari ni Seingatnya dia tak pernah beritahu Izara tentang itu. Dia jenguk lagi. Ada seseorang di belakang Izara. Razif
Zara! Anis letak semula begnya di lantai. Dia pandang Izara yang tercungap-cungap mendekatinya.
Sampai hati kau! Kenapa kau tak beritahu aku yang kau nak berangkat hari ni Izara peluk Anis sambil menangis.
Aku..aku tak nak menyusahkan kau.. Anis senyum kelat.
Maafkan aku pasal hari tu. Aku tak sangka sampai macam ni sekali kau bawa diri. Abang aku tak datang ke
Anis geleng.
Eii! Abang pun satu! Masih nak pertahankan egonya tu! Anyway, mama dan kak Dina kirim salam sayang. Mereka tak dapat datang. Izara sapu air mata di pipinya.
Zara..aku dah lama maafkan dia. Aku bukannya bawa diri tapi aku ingin capai impian aku. Anis mula senyum..
Oh..
Err..kau dan Razif jadi ke bertunang Anis pandang pula ke arah Razif yang tersenyum dari tadi.
Izara angguk. Dia tertunduk malu. Aku bersalah menuduh kau melulu..
Dahlah..aku dah lambat ni. Dah dua kali pengumuman tu. Aku pergi dulu. Aku doakan kau dan Razif bahagia selalu. Cepat nikah agar terhindar dari maksiat. Anis peluk sekali lagi sahabat baiknya.
Izara jeling Jay di sebelah Anis. Err..awak pun ada juga
Jay angguk. Dia senyum kelat. Kaca mata hitam dibetulkan sedikit. Tidak senang dengan renungan gadis itu.
Jadi..kau dan dia Izara menoleh semula ke arah Anis.
Anis senyum. Jangan salah faham. Dia hanya sahabat aku. Mana tahu dia boleh rawat luka aku yang dalam ni..
Iman Fadia Aku, Dia & Somtam
~ 639 ~
Izara faham kata-kata Anis. Dia pandang lagi Jay yang mula tunduk.
Tapi..kau tak kenal sangat dia ni. Kau sanggup korbankan cinta kau pada abang aku kerana lelaki ni Izara pegang bahu Anis.
Anis hanya diam. Mungkin jodoh aku yang sebenar dengan Jay. Imran tidak pernah mengerti perasaan aku. Macam sekarang ni..dia tak datang. Aku kena belajar buang rasa itu perlahan-lahan Zara. Aku juga perlu rawat hati aku. Hanya satu yang aku minta, aku harap Imran boleh lepaskan aku dan dia bebas cari gadis idamannya.
Izara diam. Memang benar. Imran tidak pernah bertanya hal Anis sejak Anis berhenti kerja. Imran dilihatnya bersikap seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Malah dia sudah beritahu Imran yang Anis akan bertolak ke luar negara hari ini namun tidak diendahkannya. Dia mula mengeluh.
Dahlah Zara. Aku pergi dulu. Aku doakan Imran berjumpa dengan gadis idamannya walau siapa pun pilihannya dan semoga dia berbahagia nanti. Aku tak pernah dendam padanya atau sesiapa pun. Anis senyum. Dia lepaskan pelukan Izara dan mula berlalu pergi.
Izara diam. Kata-kata Anis tadi cukup mendalam maknanya. Mungkin dia tujukan padanya sendiri. Dia hanya mampu melihat Anis pergi membawa hati luka. Ternyata abangnya tidak hiraukan semua itu. Ego Imran mengatasi segala-galanya! Anis, maafkan aku..aku tak mampu menjernihkan hati abang aku untuk terima kau.