SERABUT! Itulah yang dirasa kini. Sungguh berserabut saat ini. Setiap kali terbayang perlakuan Daniel, hatinya bagai disentap kuat untuk membalas dendam. Mahu saja dia upah pembunuh untuk membunuh perogol tu! Pernah dia mengekori Daniel secara senyap-senyap. Ke mana dan apa yang lelaki itu lakukan. Ternyata sukar untuknya mencari ruang untuk membalas dendam.
Astaghfirullahal azim.. Arissa beristighfar. Wajahnya diraup perlahan. Entah syaitan jahat mana yang menghasutnya tadi sehingga timbul niat jahat untuk membunuh Daniel.
Arissa..
Arissa menoleh. Wajah manis ibu sudah tersenyum di muka pintu bilik.
Ada apa omma
Kenapa ni Fatimah mendekati Arissa yang masih tunduk di birai katil.
Err..tak ada apa omma.. Sugul suara Arissa yang ternyata tidak mahu membuat ibunya kecewa.
Sudahlah...omma faham perasaan Arissa. Berilah peluang pada Daniel. Sekurang-kurangnya Daniel tu ingin bertanggungjawab. Dia sudah banyak berubah sekarang ni. Rajin belajar ilmu agama. Semalam, Ustaz Hakimi ada telefon omma. Alhamdulillah...Daniel mudah faham bila diajar dan insyaAllah..dia nak menunaikan umrah bersama Ustaz Hakimi nanti. Fatimah tersenyum.
Arissa diam. Baginya berita itu sekadar untuk menyenangkan hatinya sahaja. Tidak lebih dari itu. Padanya lelaki itu tetap akan dibenci. Masih segar di ruang fikirannya. Perlakuan Daniel pada malam kejadian pahit itu tidak dapat diterima! Tidak!
Oh ya, hari khamis malam jumaat nanti, Ustaz Hakimi ada buat majlis tahlil. Dia jemput kita sekali. Arissa pergi sekali ya nak Fatimah memujuk Arissa.
Err...siapa lagi yang dia jemputArissa pandang wajah ibunya yang tersenyum dari tadi.
Kenapa
Kalau dia pergi, Arissa tak nak pergi. Arissa muncung.
Fatimah faham maksud Arissa. Tentu dia yang dimaksudkan Arissa tadi ialah Daniel. Dia geleng.
Arissa...tak lama lagi Arissa akan bernikah dengan Daniel. Arissa bertuah kerana boleh menjadi seorang isteri. Besar pahala seorang isteri ni bila mana dia taat pada suami berbanding perempuan yang tidak bernikah. Perempuan ni, apabila dia menjaga solat, puasa di bulan ramadhan, taat pada suami dan jaga kemaluannya,maka masuklah dia ke syurga dari pintu mana-mana pun. Fatimah usap rambut Arissa yang masih sugul.
Perempuan ni, bila dia jaga solat lima waktu, berpuasa, jaga maruah dan taat pada suami, dia boleh pilih mana-mana pintu syurga yang disukai. Tambah Fatimah.
Arissa masih diam. Dia mendongak. Sejak tadi dia hanya tunduk membisu.
Omma...Arissa bukan hendak menderhaka pada suami. Apa yang Arissa rasa selama ni...Arissa tak dapat terima Daniel. Salahkah Arissa benci pada lelaki yang rosakkan hidup Arissa Arissa mula bergenang air mata.
Arissa...tak salah. Itu hak Arissa tapi apa yang omma cuba katakan ni, terimalah takdir yang telah ditetapkan oleh Allah untuk Arissa. Dalam hal ini, Arissa tak bersalah dan tak berdosa. Daniel juga tak berdosa. Fatimah pandang tepat ke wajah Arissa yang ternyata masih tidak boleh terima Daniel.
Dia tak berdosa Apa omma cakap ni Omma sedar tak Dia telah ragut kesucian Arissa!!! Arissa menangis di bahu ibu.
Omma tahu tapi Arissa kena ingat, Arissa dan Daniel dua-dua menjadi mangsa keadaan dan dua-dua tidak bersalah. Arissa dizalimi dan Daniel pula masa itu bukan muslim dan dia juga terlalu ikut perasaan dendamnya. Lainlah kalau masa kejadian tu, Daniel sudah memeluk Islam. Maka Daniel telah melakukan dosa besar. Walaupun Daniel boleh dihukum juga..Fatimah mengusap lembut rambut Arissa yang masih menangis di bahunya. Air matanya turut mengalir laju.
Bila dikenangkan semula, Arissa lebih bertuah sebenarnya kalau dibandingkan dengan dirinya dulu.
Cinta yang dikhianati dan ditinggalkan tanpa ada rasa tanggungjawab. Perlahan Fatimah menyapu air matanya yang tumpah. Bimbang Arissa melihat keadaan dirinya yang bersedih macam tu.
Arissa masih menangis di bahu ibunya. Perasaannya sudah bercelaru. Perasaan benci begitu kuat.
Omma...Arissa nak bersendiri..Arissa melepaskan pelukannya. Air mata yang tumpah disapu perlahan.
Yalah..jangan difikirkan sangat. Percayalah pada omma. Ibu mana yang inginkan anaknya menderita. Kedua pipi Arissa disentuh lembut.
Arissa hanya senyum hambar. Ibunya sudah menapak keluar dari bilik. Dia mula baring mengadap balkoni bilik yang terbuka sedikit.
Angin yang bertiup lembut di luar menerjah masuk ke bilik terasa sungguh nyaman. Lama Arissa berfikir kata-kata ibu tadi.
Ya Allah...apa harus aku lakukan Bolehkah aku hidup bersama Daniel yang aku masih benci Perlahan selimut ditariik hingga menutupi muka.
Astaghfirullahal azim.. Sekali lagi Arissa beristighfar. Betapa mudah syaitan menghasutnya lagi.
JAM sembilan pagi Arissa sudah berada di makmal. Projek terbaharu yang diberi Syed Faizal tentang penyakit kencing tikus masih belum diteliti lagi. Kaedah yang diperolehi untuk membuat analisis ke atas sampel air masih dalam proses mengemaskini data.
Arissa masih menatap skrin komputer. Telefon di atas meja mula berdering kuat.
Ya Ya saya. Siapa Arissa menelan liur. Daniel di hujung talian. Nak apa mamat ni hubungi aku kat makmal ni
Lama Arissa mendengar luahan Daniel. Dia sengaja jauhkan gagang dari telinga.
Dah habis Arissa mengetap bibir. Dia letak gagang. Perasaannya mula resah. Daniel mengharapkannya memberi kemaafan dan menerimanya dengan ikhlas.
Huh! Maaf konon! Lelaki macam dia tu patut kena pancung! Arissa sudah merah muka menahan rasa marah. Marahnya pada Daniel masih ketara. Ikutkan hatinya, senang saja dia nak bunuh lelaki itu. Ambil sahaja bakteria merbahaya yang ada dalam simpanan di makmal itu dan dibubuh dalam makanan atau minuman Daniel! Bukan susah pun! Bakteria mudah membiak, hanya dalam masa dua puluh minit, sudah berjuta bakteria boleh beranak! Itu baharu satu koloni (setitik kecil sebesar setitis dakwat mata pen). Kalau satu botol aku guna Mahunya lelaki tu mati keracunan!!
Arissa! Arissa!
Arissa cepat-cepat mendongak. Syed Faizal sudah tercegat di depannya.
Err..bi..bila awak ada kat sini Arissa menelan liur.
Tu la. Berangan lagi tempat kerja ni! Kalau sedang buat analisa, entah-entah awak makan bakteria tu! Syed Faizal sengih.
Arissa tunduk semula. Aku berangan ke tadi
Ada apa Arissa mendongak semula.
Ni...ada kerja sikit untuk awak. Syed Faizal tarik kerusi dan mula duduk di depan Arissa.
Arissa pandang satu fail di tangan bos mudanya. Sempat dia melihat tajuk di muka depan fail itu. CLOSED FILE
Projek apa ni
Awak baca dulu. Ini arahan dari Tan Sri sendiri. Dia nak awak baca dan tengok kalau makmal kita boleh buat. Fail tadi dihulur kepada Arissa.
Err...kenapa Closed File Muka Arissa sudah berkerut.
Syed Faizal jongket bahu.
Kalau dah closed file, nak buat apa buka balik Arissa sengih.
Kelakar juga awak ni kan Pasal fail ni saya pun tak tahu. Awak tengok dulu. Sebenarnya fail ni, Tan Sri yang suruh orang hantar ke makmal ni. Sebelum ni, fail ni ada kat pejabat Tan Sri. Syed Faizal menerangkan kedudukan sebenar.
Pelik...kalau ikut isi fail ni, ini projek harvest bakteria merbahaya. Untuk apa Arissa pandang Syed Faizal yang masih memandangnya dari tadi.
Sekali lagi Syed Faizal jongket bahu. Dia manalah tahu semua hal bakteria ni.
Alah..awak buat je. Nanti esok lusa Tan Sri tanya, macam mana Awak bukan tak tahu perangai Tan Sri tu, nak semua perfect dan lengkap. Kalau boleh nak cepat! Syed Faizal sedikit mengeluh. Faham sangat dengan sikap Tan Sri yang inginkan semua kerja dilakukan dengan betul tanpa ada satu pun silap.
Hmm...Tan Sri nak buat apa dengan patogenik bakteria ni Dia nak buat bisnes jual bakteria pula ke Arissa sengih.
Entah!
Arissa masih menatap isi kandungan dalam fail yang diberi Syed Faizal tadi.
Hmm...awak tengoklah dulu. Saya pun ada kerja ni. Syed Faizal bingkas bangun. Dia beredar dari makmal mikrobiologi.
BALIK dari makmal tadi, Arissa memandu ke Mid Valley. Niat di hati ingin singgah di kedai buku di situ. Sudah lama dia tidak membeli majalah dan buku. Sejak kejadian pahit yang menimpanya dulu, terasa hidup sudah berakhir. Sudah rasa tidak peduli keadaan sekeliling.
Arissa melangkah perlahan ke kedai buku MPH sebaik tiba di Mid Valley. Dia berjalan ke arah rak buku motivasi dan agama. Banyak juga buku yang dijual di situ. Satu persatu buku dibelek. Langkahnya diatur pula ke rak novel-novel.
Hmm..aku dah lama tak baca novel. Arissa sengih. Dengan wajah manis, Arissa menapak ke kaunter bayaran bersama dua buah buku, motivasi dan novel.
Eh, itu macam abang Zaki.. Arissa pandang seseorang yang pada hemahnya mungkin Zaki.
Selesai membayar, Arissa melangkah laju meninggalkan kedai buku. Laju dia menuju ke arah lelaki yang berbaju kemeja polo dan seluar jeans biru.
Abang! Abang! Laung Arissa setelah pasti tubuh itu milik Zaki.
Zaki berpaling.Arissa! Buat apa kat sini
Arissa termengah-mengah. Dia merapati Zaki yang sudah tersenyum dari jauh. Matanya melirik pada seorang lelaki yang sudah berusia bersama seorang perempuan yang pada hemahnya mungkin dalam lingkungan tiga puluhan. Seorang kanak-kanak perempuan turut bersama mereka.
Saya dari kedai buku tadi. Abang apa khabar Arissa senyum. Tangan Zaki dicium.
Baik alhamdulillah. Zaki senyum.
Siapa ni Arissa pandang lelaki dan perempuan di sebelah Zaki.
Oh ya..mari abang kenalkan. Ini ayah abang, Johan dan ini mak tiri abang, ummi Hidayah dan si comel ni, Adrina. Zaki cubit hidung adiknya yang masih bersekolah rendah.
Arissa tercengang. Berkerut kening. Dia kemudian bersalam dengan Puan Hidayah.
Err....ayah Arissa pandang sekeluarga itu tidak berkelip. Terlopong.
Zaki angguk. Alhamdulillah...dengan izin Allah, abang dapat berjumpa semula dengan ayah kandung abang. Zaki senyum. Ada rasa lega dan tenang.
Oh..alhamdulillah. Arissa gembira untuk abang. Err..jomlah datang rumah. Omma tentu gembira! Arissa senyum lebar.
Oh ya..ayah, Arissa inilah anak kandung makcik Fatimah. Zaki berpaling pula kepada ayahnya yang masih diam membisu dari tadi.
Err...anak Lee Dae Hae Johan menelan liur.
Zaki senyum. Ya..kenalkan ini Arissa Lee Badlisha Abdullah.
Johan tergamam. Wajah Arissa saling tak tumpah Lee Dae Hae!
Apa khabar pakcik Arissa mengukir senyum.
Ba..baik, alhamdulillah. Itu saja kata-kata terkeluar dari bibir Johan. Terkesima. Lama wajah Arissa diperhatikan.
Abang! Jomlah balik rumah. Jumpa omma. Boleh kenalkan keluarga baru abang pada omma! Beria Arissa mengajak. Tangan Zaki dipegang seketika.
Ayah..macam mana Zaki jeling ayahnya di sebelah.
Johan mengangguk. Itulah peluangnya untuk berjumpa semula Lee Dae Hae dan bertanyakan kisah arwah isterinya dulu yang ditinggalkan sekian lama.
Baiklah. Arissa datang dengan apa
Arissa bawa kereta. Tak apa, kita jumpa kat rumah. Abang tahu kan rumah Arissa Takkan dah lupa kut..sejak jumpa ayah kandung ni, takkan dah lupa kat omma.. Arissa sengih.
Zaki turut senyum.
Mereka semua mula beredar dari situ.
MASING-MASING diam seketika. Arissa pula sibuk menyediakan juadah makan malam sementara mereka yang lain bersembang di ruang tamu.
Johan terpaku melihat perempuan yang duduk di depannya. Wajah perempuan itu masih manis walaupun sudah dimamah usia. Wajah yang pernah dikenali dulu. Wajah yang terpaksa melalui liku-liku hidup sendiri.
Dae Hae...awak..awak apa khabar Tersekat-sekat suara Johan.
Alhamdulillah...awak apa khabar Fatimah turut tergamam. Bayangkan setelah hampir dua puluh tahun, dia bertemu kembali dengan Johan. Dan Johan masih memanggilnya dengan nama itu.
Alhamdulillah..err..kenalkan, isteri saya Hidayah dan anak perempuan kami, Adrina. Johan segera kenalkan ahli keluarga barunya.
Fatimah senyum kelat. Tak sangka, Johan begitu tega menikah lain sedangkan Siti Salmiah bersusah payah menempuh hidup seorang diri setelah ditinggalkan begitu saja oleh Johan tanpa khabar berita.
Sampai hati awak buat kat Siti macam ni. Awak tahu tak selama ni Siti hidup menderita. Awak tinggalkan dia tanpa khabar berita. Awak tinggalkan Zaki yang masih perlukan kasih sayang seorang ayah. Manusia jenis apa awak ni Keras nada Fatimah walaupun tuturnya tidak dengan nada tinggi.
Johan tunduk. Dia melepaskan keluhan.
Dae Hae..saya mengaku..saya tinggalkan Siti dulu tapi bukan saya sengaja nak biarkan dia hidup menderita. Saya bawa diri kerana ingin membina semula apa yang telah berkubur. Awak tahu kan macam mana saya ditipu abang kandung sendiri Saya tak nak Siti hidup melarat macam saya. Siti saya titipkan pada awak. Johan mula menjelaskan perkara sebenarnya.
Awak tahu tak, Siti sanggup susah senang bersama awak. Awak yang tinggalkan dia senyap-senyap. Puas Siti mencari awak. Sampai makan minum Zaki pun tidak diendahkan. Siti akhirnya hilang entah ke mana selepas dia suruh saya jaga Zaki pada hari dia hilang tu. Fatimah tunduk. Air mata yang tumpah diseka perlahan.
Johan turut tunduk. Tak sangka isterinya begitu menderita. Jadi betullah apa yang Zaki beritahu, isterinya mencarinya merata-rata.
Maafkan saya Dae Hae...maafkan saya. Saya tak ada niat sedikitpun untuk tinggalkan Siti begitu saja. Saya ingin membina semula apa yang hilang dan bila sudah selesa, saya berniat untuk kembali kepada Siti dan anak saya. Sepuluh tahun saya mencari Siti. Saya putus asa. Akhirnya, Zaki yang jumpa saya. Johan juga pertahankan dirinya.
Omma...betul apa yang ayah kata. Ayah bina syarikat kecil dan lepas tu ayah cari arwah mak. Ayah dah putus asa..lepas tu dengan semangat yang diberikan oleh mendiang Datuk JB, ayah bina hidup baru bersama ummi Hidayah. Zaki terpaksa ceritakan perkara sebenar.
Datuk JB Fatimah tercengang.
Ya..selama ni Datuk JB yang tolong saya walaupun dia tahu saya ni adik kepada orang yang telah mengkhianatinya selama ini.
Datuk JB tak pernah nak berdendam. Dialah yang tolong syarikat saya yang baru nak bermula sehinggalah ke tahap sekarang ini.
Terkilan bila tak dapat jumpa dia masa dia meninggal. Johan melepaskan keluhan panjang.
Fatimah turut terkesima. Tak sangka Datuk JB begitu mulia hatinya. Dan sifat itu jatuh pula pada Daniel.
Err..Dae Hae..boleh saya tahu tentang Arissa..anak awak. Betul ke dia anak kandung awak Johan memandang tepat ke anak mata Fatimah.
Fatimah mendongak. Serba salah hendak ceritakan perkara sebenar.
Kenapa
Err..saya keliru. Jadi masa awak susukan anak saya, Zaki dulu, awak sudah hamil Sekali lagi Johan bertanya. Dia perlu kepastian.
Fatimah diam seketika. Untuk apa dia berterus terang yang dia hamil ketika itu. Sudah jelas dia sudah dibuang dan tidak diperlukan lagi. Semua itu ditanggung seorang diri.
Siapa AbdullahJohan masih tidak puas hati.
Dia ayah Arissa... Fatimah menjawab tanpa nada perasaan.
Awak bernikah dengan Abdullah Setahu saya..awak... Johan cuba mengingati kisah silam yang masih segar di benaknya.
Abdullah lelaki paling mulia pada saya. Dialah yang menyara kami anak beranak dan juga Zaki sehinggalah saya bawa diri ke Korea bersama Zaki. Perlahan Fatimah menutur. Cepat-cepat memotong kata-kata Johan.
Err..omma, jadi arwah pakcik Abdullah tu...bukan ayah kandung Arissa Zaki mula mencelah. Dari tadi dia hanya diam. Tidak sopan rasanya menyampuk perbualan orang tua.
Fatimah mengangguk lemah. Ada titis jernih mengalir di pipinya.
Kenapa awak bawa diri ke Korea Johan masih tidak faham. Bingung atas semua yang terjadi.
Saya tidak sanggup dihina. Biarlah saya bawa diri ke negara asal saya. Abdullah pula tidak mahu mengikut saya menetap di Korea.
Dia berkeras hendak tinggal di Malaysia.. Arissa pula dia tak benarkan saya bawa sekali. Saya menderita. Berhari-hari saya menangis. Sekali lagi air matanya disapu.
Jadi..selama ni awak berpisah dengan anak kandung awak Johan menelan liur.
Ya ayah...omma bawa Zaki sekali. Di sana, kami bina hidup baru, juga dengan pertolongan Datuk JB. Datuk JB sediakan rumah dan pendidikan saya di sana sehinggalah saya bekerja. Saya diberi kepercayaan untuk menguruskan syarikat Datuk JB di sana. Dan sekarang, semua itu disambung oleh Daniel..maksud Zaki, Adam..anak lelaki Datuk JB. Zaki mula tunduk. Sebak bila mengingati semula kisah hidup yang penuh kesedihan.
Johan menekup muka. Lama dia menundukkan wajah. Ada titis jernih mula mengalir ke pipi.
Hidayah sentuh lembut bahu suaminya yang sudah sugul. Cuba menenangkan Johan.
Err..Arissa tahu ke siapa ayah kandung sebenar dia Johan mendongak semula.
Fatimah geleng.
Tolong rahsiakan dari Arissa. Saya tak nak dia tahu hal ni. Fatimah mula merayu. Sesekali dia jeling ke arah dapur. Bimbang Arissa muncul di muka pintu.
Tapi kenapa Johan sudah bingung.
Biarlah dia tak tahu. Untuk pengetahuan awak, Arissa sudah pun bertunang dengan Daniel. Fatimah pandang Johan tidak berkelip.
Johan terdiam. Terasa susur galur kehidupan mereka semua sudah berselirat!
Maaf, makanan dah siap! Jemput makan! Arissa muncul di pintu dapur.
Jemput semua! Arissa sudah siap masak. Lepas ni bolehlah kita berjemaah maghrib sekali. Fatimah mula bangun dan menuju ke ruang dapur.
ARISSA bersandar di sofa. Masih terbayang renungan ayah abang Zaki tadi.
Kenapa dia tengok aku macam tu Arissa garu kepala.
Arissa fikir apa Fatimah melabuhkan punggung sebelah Arissa.
Oh tak ada...Arissa pelik la. Ayah abang Zaki tadi tu, macam pelik je tengok Arissa... Arissa senyum.
Ya la...kan dah lama tak jumpa. Ayah abang Zaki tu kawan baik omma.
Oh...
Jadi tak kita pergi rumah Ustaz Hakimi
Arissa pandang ibunya yang kelihatan ceria. Agaknya teruja berjumpa kawan lama sendiri. Tadi masa di meja makan, banyak kisah lucu dibualkan bersama.
Insya Allah omma..
Hmm...dah tengah malam ni. Omma masuk tidur dulu.. Satu ciuman singgah di dahi Arissa.
Arissa masih di sofa mengingati semula perbualan sewaktu menjamu selera tadi. Pelik dengan renungan pakcik Johan.