KAU tak takut sinis bicara Darina dengan kayu yang bermain di sekitar wajahnya. Titisan darah yang mengalir di kepalanya, dibiarkan begitu sahaja. Sebaliknya, mata Afiqa tajam menikam pada mata Darina ketika itu.
Kau memang dah gila. Kenapa aku perlu takut dengan kau
Membulat mata Darina mendengar ayat kurang ajar Afiqa itu. Sangkanya, gadis itu akan menangis tanpa henti dan menyuruhnya untuk melepaskan dirinya pergi dari sini.
Kau hanya manusia yang tak berdaya. Aku tak pernah takutkan manusia yang tak guna seperti kau sebaliknya aku kasihankan kau!
Tak guna Kau kasihankan aku penuh perasaan Darina bertanya dengan bengangnya.
Afiqa hanya memandang dengan pandangan yang bersahaja. Melihat tingkah gila Darina yang memukul kepalanya sendiri sehingga berdarah membuatkan Afiqa yakin ada sesuatu yang dipendamkannya.
Selama kau hidup, aku tertanya-tanya. Apa kau pernah bahagia Aku tengok kau macam orang tak pernah rasai apa itu kasih sayang. Kau buat hidup kau tak ubah bagaikan kau hidup dalam neraka. Terseksa sendiri dengan dendam yang kau pendamkan. Berapa lama kau dah terseksa macam ni, Darina
Baik kau diam!
Kau tahu, Darina. Hidup dengan dendam dan benci membuatkan kau makin terseksa. Aku tak tahu apa yang kau pendamkan, tapi ia nampak sangat berat untuk kau. Mesti kau lalui masa yang terlalu sukar, kan
Darina terdiam. Dia bencikan kakak kembarnya, Dhia Anna. Kalau bukan kerana Dhia, Airish sudah pasti menjadi miliknya. Sejak kecil, dia menanggung rasa. Sakit yang menimpanya menyebabkan tubuhnya menjadi lemah. Oleh sebab itu, dia hanya banyak terdampar di katil berbanding Dhia yang dapat menikmati hidup dengan gembira.
Umurnya sepatutnya pendek, namun kemalangan ngeri yang menimpanya entah bagaimana telah menyembuhkan penyakit aneh yang menimpanya sejak kecil. Darina berasa dirahmati. Malangnya, kemalangan itu juga telah menyebabkan kepalanya mengalami tekanan yang kuat. Dia seakan tidak waras. Dendamnya menyalanyala.
Dia yakin, kalau bukan sebab Dhia yang menghalang jalannya sudah tentu hidupnya akan menjadi lebih bahagia.
Ah!
Darina kali ini tekad hendak menghempuk kayu itu pada kepala Afiqa. Dia mahu membunuh perempuan ini sekarang juga.
Afiqa melarikan wajahnya. Antara takdir dan ajalnya, dia kian pasrah.
Hayunan Darina terhenti apabila matanya terperasankan sesuatu. Matanya menangkap kelibat kereta yang memasuki ruangan bangunan usang lama di sini. Mata Darina kembali memanah tajam pada Afiqa. Giginya diketap sekali dengan kancingan rapat giginya. Tak guna! Dia pasti itu mungkin Airish. Macam mana mereka tahu tempat persembunyiannya Sial!
Abang...!
Mulut Afiqa ditekup Darina. Mengawal suara Afiqa daripada kedengaran. Mata Darina sedang tercari-cari sesuatu. Dia terpandang kayu yang meruncing tajam. Kayu besar di tangannya dicampak lalu, kayu runcing itu pula digenggam sebelum dihalakan tepat ke leher jenjang Afiqa. Tudung gadis itu entah ke mana.
Ternaik kepala Afiqa dibuatnya. Debarannya memuncak tinggi. Liurnya ditelan lagi. Tindakan Darina benar-benar menakutkannya. Sungguh jika ini adalah mimpi ngeri dia mahu segera bangkit dari tidur. Tidak tertahan rasanya berhadapan dengan situasi begini. Namun, sedar dirinya perlu bertahan, Afiqa tidak hentihenti berdoa kepada Allah SWT, memohon agar diberikan kekuatan padanya.
Mengucap, Darina. Ingat Allah... kau nak buat apa ni soal Afiqa dengan nada tertahan. Suaranya kedengaran agak tidak jelas dek debaran akibat pacuan kayu itu ke lehernya. Darina di sisi ketawa sinis sebelum matanya dijengilkan pada Afiqa.
Kau tak nampak ke Aku nak bawa kau ke syurga, leher Darina tidak henti-henti memanjang memandang jika ada orang yang menuju ke sini. Pasti, dua orang pengawalnya sedang menguruskan mereka.
Darina pantas membuka ikatan di kerusi Afiqa sambil sebelah tangannya mencengkam bahu Afiqa. Bimbang gadis itu akan larikan diri pula.
Fiqa... Fiqa!
Afiqa tergamam mendengar suara itu. Itu suara suaminya.
Abang! Fiqa dekat si..., mulut Afiqa pantas ditekup.
Darina cemas. Nampaknya, Airish pasti sudah dapat melepasi dua orang pengawalnya tadi. Hebat. Menyedari kemungkinan Airish akan sampai ke sini bila-bila masa sahaja, lengan Afiqa ditarik. Memaksa gadis itu untuk berdiri tegak. Afiqa cuba untuk meronta namun akibat tenaganya yang kian berkurangan ditambah dengan tubuhnya yang sedia lemah, Afiqa menurut sahaja. Kayu tajam itu tadi kembali dihunus ke leher Afiqa.
Fiqa....
Mata Airish membulat memandang pada Afiqa yang kini dipeluk Darina pada ketika itu. Darina senyum sinis dengan kayu tajam itu sengaja dihunuskan lebih dalam lagi ke leher Afiqa. Hujung yang tajam itu menggores leher jinjang itu sehingga berdarah sedikit. Wajah Afiqa pucat. Namun, gadis itu tidak pula menangis sebaliknya keadaan itu membuatkan darah Airish mendidih.
Kau buat apa ni, Darina
You tahu nama I, Airish Sekarang baru you kenal I ke ujar Darina bersama senyuman tersungging di bibirnya.
Perempuan tak guna macam kau ni, mudah sangat untuk aku kenal!
Berubah wajah Nini Darina jadinya. Perasaannya hancur tatkala seulas bibir yang dicintainya itu mengucapkan ayat sekasar itu.
Kau memang dah gila, Darina. Baik kau lepaskan Afiqa. Dia tak bersalah.
Kau kata aku gila Memang! Aku jadi macam sebab ni sebab kau! Kau tak nampak yang aku sayangkan kau Cintakan kau Huh! mata Darina dialihkan seketika dari menatap Airish. Muka Afiqa yang rapat dengannya dijeling sekilas.
Perempuan inilah yang menjadi puncanya!
Airish kini betul-betul cemas sebaik sahaja terpandangkan keadaan Darina yang semakin tidak terkawal itu. Kakinya seakan-akan teragak-agak untuk mendekati Darina. Dengan penuh hati-hati, dia menyusun langkah kakinya ke arah mereka.
Darina yang perasan akan langkah Airish mengundurkan langkahnya beberapa tapak ke belakang.
Kau jangan dekat! Nanti aku bunuh isteri kau ni!
Airish mengangkat tangannya ke atas, tanda menyerah. Melihat tubuh Afiqa yang agak mengigil ketakutan membuatnya semakin diburu bimbang. Afiqa semakin lemah. Rasanya kakinya bagaikan tidak mampu untuk berdiri tegak lagi.
Menyusahkan betullah betina ni! Bangun! Aku kata bangun! bengang Darina apabila tubuh Afiqa melorot jatuh ke lantai.
Kau jangan dekat aku kata! Baik kau berundur sekarang! Undur! arah Darina geram.
Mulutnya lantang menjerit kepada Airish. Airish tidak mampu berbuat apa-apa. Terus, kakinya diundurkan ke belakang. Darina mula menapak ke depan. Tubuh Afiqa ditolaknya sekuat hati untuk turut mara ke hadapan.
Namun, Darina dikejutkan dengan kehadiran beberapa orang di situ. Mencerlung tajam mata Darina memandang Airish.
Kak long! jerit Bella.
Melihat tubuh Afiqa yang lemah dalam dakapan Darina semakin membuatkan hatinya meruntun pilu. Afiqa mengangkat sedikit wajahnya. Satu persatu wajah di situ diperhatikannya.
Ramainya orang yang kau ajak, Airish. Kita nak jalankan upacara pengubumian sekali ke Bagus jugak kalau macam ni. Biar semua orang jadi saksi kematian bersejarah perempuan sial ni! kepala Afiqa ditunjalnya geram.
Sudahlah, Darina. Mari kita balik, sayang..., Dato Sulaiman muncul di sebalik kerumunan mereka ketika itu.
Pada wajah tua itu terpamer kerutan. Hatinya dilanda gundah melihat tingkah anaknya begitu. Darina jelas terperanjat dengan kemunculan papanya di situ. Sudah pasti dua orang pengawal itu yang membocorkan rahsia di mana dia bersembunyi. Tak guna! Sial betul!
Papa! Macam mana papa boleh bersubahat dengan mereka Papa tahu tak mereka ni yang buat jahat pada Darina. Mereka tak sukakan Darina, papa!
Jangan nak keruhkan keadaan, dik. Lepaskan Fiqa... kita balik sama-sama, ye
Mata Darina membulat memandang munculnya pula kakaknya bersama mamanya. Wajarlah Airish sudah tahu tentang dirinya. Pasti ini semua kerja kakaknya. Makin marak api kebencian pada kakaknya ketika itu.
Kakak tak guna! Kaulah punca semuanya ni! maki Darina.
Tolonglah, Darina. Lepaskanlah Afiqa. Aku merayu..., Airish semakin hilang punca. Risaunya semakin menggila.
Huh! Rayuan kau tu buat aku bertambah lagi rasa nak bunuh perempuan ni. Bodoh! herdik Darina. Terbakar rasa hatinya mendengar rayuan Airish.
Dalam kepala Darina saat ini, hanyalah dendam! Dia perlu laksanakan dendamnya terhadap Afiqa supaya semua orang merana.
Airish tidak betah lagi memandang isterinya dalam keadaan lemah begitu. Lalu, tanpa mempedulikan amaran daripada Darina tadi, kakinya bergerak pantas mengorak langkah ke arah Darina. Darina bergerak ke arah belakang. Kayu tajam di tangannya dibenamkan semakin dalam sambil kakinya mengundur ke belakang. Airish tahu Darina pasti teragak-agak untuk melakukannya.
Kau jangan dekat, Airish! Aku bagi amaran, ni. Sekali lagi, kau cuba dekati aku, aku bunuh perempuan ni! amaran berbaur ugutan itu langsung tidak berbekas dalam hati Airish. Selamba sahaja kakinya melangkah dengan panahan tajam matanya pada Darina.
Darina mengetap giginya. Tak guna! Lantas, kayu runcing itu dilayangkan ke udara. Leher Afiqa dijadikannya sasaran. Afiqa memejamkan matanya. Mulutnya tidak henti-henti menyebut nama Allah.
Belum sempat kayu itu singgah di leher Afiqa, tangan Darina digengam seseorang dari belakang. Tangannya dipulas sekuat mungkin. Darina menjerit kesakitan. Pelukannya pada tubuh Afiqa terlerai. Darina menjerit menahan kesakitan yang amat. Kedua-dua tangannya dipaut ke belakang tubuhnya. Rayhan menggengam kemas kedua-dua tangan Darina itu. Darina meronta-ronta ingin dilepaskan dari gengaman itu namun dirasakannya tidak mampu, menahan kekuatan seorang lelaki. Tak guna!
Woi! Lepaskan akulah! Darina menggila. Tubuhnya meniarap di atas lantai di situ dengan Rayhan tidak melepaskan langsung gengaman tangannya di kedua-dua belah tangan Darina.
Airish terus menerpa ke arah Afiqa. Gadis itu terlantar lesu, pengsan akibat terlalu terkejut. Airish pantas merangkul isterinya. Tangannya menampar halus pipi Afiqa ketika itu. Cemas melihat reaksi isterinya.
Bangun, sayang. Fiqa...! panggil Airish tanpa henti.
Afiqa membuka matanya sedikit. Lemah dirasakannya ketika ini. Saat matanya terbuka begitu indah pandangan yang muncul di hadapan matanya. Wajah Airish yang dirinduinya begitu dekat dengannya. Afiqa nampak mata suaminya berkaca-kaca. Pasti suaminya bimbangkan akan keadaan dirinya. Ya, dia nampak semua itu. Tangan Afiqa perlahan-lahan naik mengusap wajah itu.
Abang, lemah suara Afiqa ketika menuturkannya.
Airish mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga pada Allah SWT. Tubuh isterinya dipeluk terus, dibenamkan dalam pelukannya. Kucupan penuh dengan rasa cinta dan kasih sayang dilepaskan di dahi Afiqa.
Abang takkan tinggalkan Fiqa lagi. Abang janji, sayang. Abang cintakan Fiqa.
Penuh syahdu suara itu berbisik di telinga Afiqa. Sungguh indah suara itu mengalunkan ayat-ayat cinta bersulamkan memori indah di dada. Ya, Allah, bisik Airish. Hatinya sudah beransur tenang. Rasa cemasnya mulai pudar. Melihat Afiqa yang berada dalam dakapannya memberikan sejuta nafas gembira buatnya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana rasanya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Alhamdulillah...!