DIAGNOSIS: PRESKRIPSI - 52
Ada satu keluarga golongan sederhana. Sang suaminya bekerja sebagai Senior Technician di sebuah kilang yang panel dengan klinik aku. Sang isteri pula tak bekerja. Suri rumah sepenuh masa. Anaknya ada 5 orang dan kelima-limanya masih bersekolah.

Sang suaminya ada kencing manis. Makan beberapa jenis ubat. Sebelum bekerja di kilang sekarang, dia bekerja di sebuah kilang lain. Masa tu kos perubatan adalah tanpa had. Ubat kencing manisnya diambil di klinik pakar swasta. Jadi makan ubatubat original takda masalah. Sebulan beratus-ratus ringgit pun takda masalah, tetapi bila kilang tu bankrap, dan dia berpindah ke kilang sekarang, kos perubatan untuk dia dan keluarga ada hadnya. Hanya seribu setahun untuk sekeluarga. Jadi ambil ubat kencing manis sahaja dah nak habis limit. Selain masalah kencing manis, doktor dah sahkan dia mengalami slipped disc. Beberapa kali appointment untuk operate ditangguhkan. Takut dan belum bersedia katanya. Jadi selain makan ubat kencing manis, dia juga kena bergantung pada painkiller.

Untuk menampung kos sara hidup yang semakin bertambah, apatah lagi sejak kilang lamanya bankrap, sang isterinya terpaksa bekerja. Dia mengasuh beberapa orang anak jiran-jirannya. Malangnya nasibnya kurang baik apabila budak-budak yang dijaganya menambah masalah. Jadi tekanan darahnya semakin naik. Nak tak nak kena makan ubat juga. Dengan ubat-ubatan, tekanan darahnya boleh turun. Tetapi kalau dia tak makan ubat, dia mula sakit kepala.

Dah lebih 3 bulan rupanya dia tak ke klinik. Petang semalam dia datang tanpa membawa surat daripada kilang. Dah kata kena bayar sendiri sebab dah over limit. Mengadu sakit pinggang sangat. Dia dah ada tarikh untuk pembedahan. Pertengahan bulan depan katanya. Sementara itu dia perlukan painkiller. Lalu aku bertanya pasal kesihatannya. Aku juga bertanya pasal isteri dan anak-anaknya. Kenapa dah lama tak datang ke klinik

Isterinya dah lama berhenti makan ubat darah tinggi. Ubat kencing manisnya pun dia makan selang-selang. Kalau gulanya naik, dia makan ubat lebih. Kalau gulanya normal, dia bercuti makan ubat. Sebabnya Kos perubatannya dah over limit. Gajinya dah kena potong. Jadi dia terpaksa berjimat untuk hidup dan kerana nak berjimat kesihatannya terpaksa dikorbankan.

Aku pernah suruh dia ke hospital kerajaan. Aku boleh tulis surat rujukan tetapi dia kata takda masa nak menunggu berjam-jam. Dia kena kerja sepanjang hari dan isterinya pula tak pandai memandu kereta.

Sebagai doktor aku sepatutnya menyekolahkannya. Boleh membebel dan berceramah mengingatkannya pasal penyakitpenyakitnya yang dia sendiri dah sedia maklum. Tapi sebagai manusia, aku tahu kesukaran hidupnya. Kos sara hidup semakin bertambah. Gula dah naik harga, minyak dah naik harga. Tol juga dijangka naik lagi tahun depan. Tarif elektrik naik harga juga tahun depan. GST lagi. Gaji takkan naik punya, kecuali gaji menteri besar, bapak-bapak menteri dan ahli-ahli Exco.

Jadi bagaimanakah penyelesaiannya