Satu petang Peng bagitau aku rumah dia baru masuk talian intenet. Aku jadi amat teruja sebab intenet masa tu kalau aku dapat sentuh, dah rasa macam dapat salam dengan James Hetfield. Kawan aku yang rumah dia ada intenet sorang saja masa tu, Padil Azim. Tapi rumah Padil Azim jauh di Teluk Intan. Itu pun aku ada hati nak tumpang dia balik pekena intenet sejam dua. Namun tak berhasil sebab masa tu Padil Azim kurang sporting dan agak skema. Masa tu juga kafe siber belum wujud di Tanjung Malim. Dah ada dalam rahim cuma dia belum lahir. Mungkin belum cukup bulan agaknya.
Aku cakap pada Peng, kalau dia tak bawa aku layan intenet rumah dia masa cuti hujung bulan ni memang siap aku terajang! Peng sambil bercakap dengan aku, mata pandang arah lain. Angguk kepala tanda setuju. Dia kata jangan bising-bising. Barang baik tak boleh bagitau ramai orang. Aku pun angguk tanda setuju sambil dalam kepala dah rancang nak ajak Ijok, Zakri dan Luca sekali.
Hari Sabtu menjelma. Perjalanan ke rumah Peng di Ipoh berjalan lancar. Lagi satu aku lupa cerita. Peti ais rumah Peng juga ajaib. Sebelum buka peti ais kau cuma niat dalam hati nak minum air apa, nak makan apa. Bila kau buka saja peti ais, benda yang kau niat mesti ada. Aku syak Peng ada bela Aladdin dalam peti ais dia. Rasa nak bawa balik asrama pun ada peti ais macam tu.
Tapi kedatangan aku kali ni bukan untuk bertemu peti ais ajaib Peng.
Aku nak bertemu intenet.
Masa kami sampai, kakak dan emak Peng juga ada. Macam tahu-tahu hajat kami. Komputer ada kat bilik belakang ye, kata kakak Peng bagitau aku usai aku melangkah ke dalam rumah. Aku, Ijok, Zakri dan Luca maju terus ke tempat yang diberitahu. Peng ajar aku cara nak masuk ke intenet. Dari on komputer sampailah ke muka surat yang nama dia Yahoo!
Ah, senang! Aku sampuk tak sabar-sabar.
Melihat keajaiban intenet, aku dengan Ijok dan Zakri jadi tak tentu hala. Aku nak baca hal band underground. Ijok pula galak nak tengok porno. Berebut serupa orang hutan baru jumpa motor kapcai. Luca saja kurang teruja sebab dia lagi suka menghabiskan masa dengan peti ais ajaib. Aku dan Ijok belasah intenet rumah Peng macam harta sendiri. Entah dengan siapa kami bersembang di MiRC. Peng kata MiRC ni tempat cari makwe. Oh ya. Orang intenet tak panggil sembang. Dia kena panggil chatting. Kami chatting dengan budak nama LilyComel. Ada nama AyuCun. Ada juga Ieda_Aimi, Tulip^Biru dan ramai lagi. Berselerak kepala aku nak klik nama yang pelbagai bentuk di channel yang nama dia Kampung. Oh, maafkan aku sekali lagi. Orang intenet bila chatting tak panggil nama itu nama. Kena panggil dia nickname. Jargon-jargon baru ni aku tak berapa biasa.
Tak cukup tangan aku nak handle nickname makwe di MiRC. Puas chatting, aku baca pula artikel-artikel hiburan. Masa tu semua dalam bahasa orang putih. Aku gagahkan juga. Tak nak kalah, aku suruh Peng buat email akaun bernama Hotmail untuk aku. Macam selalu-selalu orang cerita. Ada email, barulah canggih walaupun aku tak berapa paham. Yang penting bila chatting dengan makwe , ini email aku. Peh, kau orang dapat rasa tak macam mana dia punya cool masa tu
Internet Rumah Peng
Habislah cuti hujung bulan aku, Ijok, Zakri dan Luca kami penuhi dengan bertarung Intenet di rumah Peng. Aku tidur, Ijok berintenet. Luca berintenet, aku buka peti ais ajaib. Aku berintenet, Ijok tengok tv. Makan minum ditanggung. Bilik ditanggung. Ada pula peti ais ajaib. Memang cuti hujung bulan yang sempurna.
Minggu depan masa outing, aku bagitau Peng aku nak intenet lagi. Aku nak chatting lagi dengan makwe baru. Email Hotmail yang aku bagi pada Tulip^Biru dan makwe-makwe lain hari tu confirm ada hasil. Jadi, aku mesti balas.
Peng kata tak boleh dah. Intenet rumah mak dia dah potong.
Kenapa pulak woih
Aku tak reti nak clearkan history kau orang. Ujar Peng, lemah.
Clear History Apa jadah tu
Padil Azim yang juga ada ketika perbualan dah tergelak-gelak sampai nak terkencing. Macam bangsat!
p/s: Zaman sekarang kalau ada sapa-sapa yang tak tahu macam mana nak clear history, aku sarankan baik bunuh diri je lah.