SEMBANG TEPI JALAN - 52
Dalam perjalanan kehidupan, kita inelalui takdir dan hijrah, musim demi musim, detik demi detik. Sebenarnya perjalanan hidup ni menarik dan perlu bersynkur dan selalu bertaubat.

Taubar itu perlu dilakukan berterusan. Tak susah; hanya ucapan astagfirullahalazim. Itu cara termudah. Bukan hanya sekali atau semusim. Sikap taubat berterusan bagus untuk kita dalam keadaan berserab dan sujud pada-Nya. Tak rugi pun kita buat macam tu. Bahkan banyak faedahnya untuk jasmani dan rohani.

Aku sebenarnya sudah kembali bekerja di Ipoh dan akan tinggal di sini. Tidak pasti sampai bila. Bekerja makan gaji seperd orang lain. Sebelum ini aku pernah menjadi pemuzik sepenuh masa; mengajar muzik, bermain muzik, busking di Pasar Seni.

Sewaktu aku bekerja menjadi pemuzik jalanan, aku pernah diangkut polis IPK (Ibu Pejabat Kontinjen). Pada masa tu ada operasi mungkin membenteras penagih najis dadab. Aku ditahan bukan pertama kali tetapi sudah tiga kali. Aku terpaksa melalui ujian air kencing.

Setiap kali ujian diambil, aku negatif. Aku tidak pernah ambil pun benda itu. Cuma keadaan fizikal aku kot - kurus, mata yang mcmpunyai ciri-ciri penagih. Cuma dalam operasi kali ini masa ujian rambang menggunakan alat yang diberikan, ujian aku posirif. Positif dadah jenis heroin! Terperuklah aku empat malam di penjara Pudu. Rakan yang satu sel dengan aku semuanya suspek. Mereka yang lainnya itu kebanyakannya memanglah penagih dan mereka enjoy dalam menerima takdir.

Tetapi aku susah sikit nak terima sebab aku bukan penagih. Kehidupan di dalam lokap sangat berbeza dengan dunia luar. Makanan yang disaji pada kami scdib sangat nak menjamah. Sesuai untuk diberi makan kucing. Itulah kata member satu sel bila aku tanya dia. Hari pertama dalam lokap aku susah sikit nak jamah. Tetapi masuk hari kedua, aku taruh je. Perut kena isi.

Melalui perjalanan itu, aku rasa tidak ada guna untuk menyalahkan sesiapa. Cuma setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Aku menerima apa yang terjadi dengan jiwa yang tenang walau pun emosi dari pemikiran kita memberontak. Kalau aku berfikiran negatif, aku bisa gila. Kerana ia berlaku dalam detik perjalanan hidup aku. la juga baik untuk penjanaan psikologi aku. Hidup ini lakonan. Jadi, kita kena menghargai makna lakonan itu untuk kesejahteraan jiwa kita.