Tinggal.
Beredar.
Tak mahu campur.
Takut.
Menyusahkan.
Keluar. Tinggal. Keluar. Tinggal. Tak mahu menyusahkan.
Dan last-last, anak-anak kecil, dalam perut maknya, meninggal.
Kerana alasannya.
Seperti kamu, aku, kita dan semua.
Tak mahu menyusahkan kedua ibu bapanya.
Bila dia besar nanti, bakal menyusahkan orang tuanya.
Ini adalah zaman Tak Mahu Menyusahkan.
Dan kemudian tinggal.
Bahkan meninggalkan itu sebenarnya lebih menyusahkan dari segala yang menyusahkan. Termasuk perkataan, perbuatan, yang kau rasa menyusahkan orang itu.
Jadi aku memilih untuk menyusahkan orang dengan bahasa begini panjang.
Dari meninggalkan ruang ini. Dan biar tergantung.
De-activate.