Siapa yang tidak kenal Rudi Choirudin Hampir setiap stesen televisyen menayangkan program masakannya. Siapa pula yang tidak kenal dengan Rudi Hartono, legenda badminton yang meraih kejuaraan All England sebanyak 8 kali berturut-turut. Rudi Hadisuwarno pula tidak kalah terkenal dan berjaya. Outletnya hampir selalu ada di tempat-tempat terkenal yang pernah anda kunjungi. Atau mungkin anda adalah salah seorang pelanggan setianya.
Demikianlah kehidupan selalu memberikan pelajaran kepada kita bahawa sesungguhnya setiap orang memiliki potensi keunggulan yang berbeza-beza, dan jika setiap keunggulan ini berhasil ditemukan serta diasah dengan baik, pasti akan membawa seseorang ke puncak kejayaan.
Para ibu bapa dan guru yang berbahagia, siapa sangka jika awalnya seseorang yang hanya tertarik pada bidang masak memasak ternyata boleh menjadi orang yang berjaya dan terkenal. Siapa pula yang menyangka, jika seorang yang awalnya hanya tertarik pada bidang potong-memotong rambut kini menjadi orang yang sukses dan sangat terkenal.
Saya yakin bahawa setiap anak yang lahir di dunia ini sesungguhnya membawa misi hidupnya masing-masing, yang satu sama lain berbeza-beza, begitu kata Gardner, seorang ahli pendidikan, pencetus Multiple Intelligence. Katanya lagi, Ternyata setelah saya melakukan penyelidikan selama lebih dari 20 tahun, saya menemukan bahawa di dalam otak setiap anak terdapat potensi kecerdasan yang berbeza-beza, yang sedia untuk dikembangkan menjadi manusia yang unggul.
Itu ertinya bahawa setiap anak kita berpotensi untuk menjadi orang yang unggul dan berjaya. Namun sayangnya, potensi unggul ini sering kali tidak boleh berkembang dengan baik kerana pandangan masyarakat dan ibu bapa yang menganggap bahawa kejayaan hanya boleh ditempuh melalui jalur-jalur tertentu di institut pendidikan tinggi atau hanya terbatas pada jurusan-jurusan yang dianggap terkemuka.
Kita tidak rela jika anak kita ternyata lebih menyukai masakmemasak daripada belajar. Kita juga tidak rela jika ternyata anak kita lebih tertarik pada bidang potong-memotong rambut daripada mengambil jurusan yang berwibawa.
Padahal kehidupan telah jelas memberikan pengajaran berharga bagi kita, bahawa kejayaan itu diraih jika kita berjaya menekuni bidang yang menjadi keunggulan kita. Apakah kita akan terus memiliki pandangan seperti ini Mengapa kita terus memasung kecerdasan anak-anak kita hanya untuk nama atau kerisauan akan masa depannya, yang sesungguhnya tidak beralasan.
Para ibu bapa dan guru yang berbahagia yang saya cintai, mari kita bebaskan anak kita dari penjara-penjara yang selama ini telah kita pasungkan kepada mereka. Mari kita bantu anak-anak untuk menggali potensi terbaik yang mereka miliki, apa pun bidangnya, kerana dunia lebih memerlukan dan menghargai orang-orang yang terbaik dalam bidangnya.
Kejayaan itu diraih apabila kita berjaya menekuni bidang yang menjadi keunggulan kita.