kun(jadilah), kemudian jadilah ia.
Proses pengembangan ini dinamakan Big Bang. Kebanyakan orang mempunyai tanggapan yang salah berkenaan Big Bang. Big Bang bukan merujuk kepada suatu letupan yang besar. Sebaliknya merujuk kepada proses pengembangan yang berlaku pada alam semesta.
Sebelum mengembang, singulariti ini pada asalnya sangat padat dan sangat panas. Setelah alam berkembang ia mula menyejuk dan menjadi kurang tumpat. Dalam tempoh 300, 000 tahun suhu alam telah jatuh sebanyak 30000C. Suhu yang semakin menyejuk membolehkan zarah-zarah fermion seperti elektron dan proton terbentuk. Kemudian mereka bergabung menjadi atom-atom ringan seperti hydrogen, litium dan helium.
Atom hidrogen adalah atom yang paling ringan dalam jadual berkala (periodic table of elements) kerana hanya terdiri daripada sebiji proton dan sebiji elektron. Alam kemudian terus mengembang dan ia menjadi kurang padat berbanding di peringkat singulariti dulu. Dan keadaan ini berterusan selagi mana alam terus mengembang.
Kemudian galaksi proto mula terbentuk. Galaksi proto kemudian menjadi matang dan membentuk pula galaksi. Galaksi ibarat sebuah pulau yang kaya dengan gas-gas, habuk-habuk dan berbilion bintangbintang. Daya graviti telah menarik beberapa jenis bintang, batu-batu, ais dan lain-lain lalu membentuk sebuah planet.
Perkara ini dianggarkan berlaku selepas 11 bilion kejadian Big Bang. Setelah planet-planet terbentuk, ada pula makhluk yang hidup di atasnya. Planet itu contohnya Bumi sendiri. Bumi umpama sebuah pulau yang kaya dengan pelbagai jenis hidupan. Ada manusia yang berbilang bangsa, haiwan dan tumbuhan yang pelbagai spesis. Terdapat juga sumber air, bekalan gas, tanah, mineral dan pelbagai lagi keperluan untuk makhluk meneruskan hidup.
Pada hari ini alam didapati terus mengembang dan saintis mempunyai bukti berkenaanya. Antara bukti tersebut ialah kewujudan CMBR iaitu kependekan kepada Cosmic Microwave Background Radiation. Ia secara seragam bertebaran di seluruh alam semesta dan saintis mempercayai CMBR adalah gelombang yang terhasil akibat proses alam mengembang.
Selain dari CMBR, pada tahun 1929M seorang ahli astronomi bernama Edwin Hubble telah membuktikan alam ini sedang mengembang. Konklusi ini dikeluarkan apabila Hubble mengkaji spektrum cahaya yang dikeluarkan galaksi-galaksi. Hubble mendapati, cahaya galaksi yang melalui teleskopnya menghampiri jalur spektrum merah. Fenomena ini dikenali anjakan merah (redshift).
Jika galaksi semakin menghampiri kita tentu cahaya yang sampai kepada kita mempunyai warna cahaya yang sama. Tetapi perkara ini tidak berlaku. Jarak yang semakin menjauh antara galaksi dan bumi menyebabkan panjang gelombang menjadi panjang sehingga merubah warnanya dari yang asal. Dalam kes ini menjadi warna merah. Dan fenomena anjakan merah adalah bukti paling kuat yang menunjukkan alam ini sebenarnya sedang mengembang.
Kebanyakan ahli astronomi telah menerima bahawa alam ini sedang mengembang. Cuma apa yang berlaku selepas ini masih menjadi misteri. Selepas alam mengembang, kemudian apa
Terdapat tiga kemungkinan. Pertamanya, alam akan terus mengembang tanpa berhenti atau dikenali juga sebagai alam terbuka (open universe). Keduanya, alam akan mengembang dan akan berhenti apabila stabil. Ini dikenali sebagai alam datar (flat universe). Ketiganya, alam akan berkembang dan pada satu peringkat dia akan mengecut kembali sehigga menjadi singulariti semula. Ini dikenali sebagai alam tertutup (closed universe).