Bukan itu sebabnya. Saya..saya juga suka pada Encik Filman. Danira tunduk malu. Wajahnya sudah merona merah. Alamak! Apa kena dengan aku kali ini Kenapa mulut ini begitu berani mengatakannya di hadapan Filman
Kata-kata Danira membuatkan Filman tidak jadi beredar. Sepasang matanya terus meratah wajah si gadis yang kelihatan malu-malu. Betulkah apa yang didengarinya Betulkah Danira juga menyukainya
Kak Nira, jomlah mandi. Laung Melia dari suatu arah.
Danira berpaling. Melihat Melia melambai-lambai ke arahnya, dia hanya mampu tersenyum hambar. Kepalanya digeleng pantas. Apabila anak matanya beredar ke wajah Filman, lelaki itu masih menatap wajahnya. Danira merasa tubuhnya tiba-tiba kaku. Renungan lelaki itu terus menikam wajahnya, sekaligus membuatkan dia terbuai-buai di awangan.
******
Gerak-geri wanita berusia awal 30an itu menimbulkan tanda tanya Kamila yang kebetulan mahu ke taska. Wanita berbangsa Cina yang nampak elegan dengan pakaian yang membalut tubuhnya yang langsing itu, kelihatan termangu-mangu di hadapan pintu pagar taska.
Menyedari kehadiran Kamila, wanita itu segera membuka kaca mata hitamnya.
Ya, puan nak cari siapa Tegur Kamila dengan nada suara ramah.
Wanita itu tidak terus menjawab. Sebaliknya dia memandang Kamila dari atas ke bawah sehinggakan Kamila mula merasa tidak senang. Siapa sebenarnya perempuan ni Apa mahunya
Saya mencari Danira. Dia ada di sini Soal wanita itu. Wajahnya dingin. Ton suaranya juga kedengaran tegas.
Kamila mengerutkan dahinya. Apa urusan wanita itu dengan Danira Sudahlah datang ke mari tak diundang, airmuka wanita itu juga tidak sedap dipandang.
Awak ni siapa Soal Kamila dengan meninggalkan panggilan puan. Dia sudah tidak berminat mahu berlagak sopan terhadap wanita itu lagi. Meluat lagi ada dengan sikap wanita itu yang kelihatan sombong.
Tanpa menjawab pertanyaannya, wanita itu segera mengeluarkan sekeping kad dari dalam tas tangannya. Kad tersebut segera dihulurkan ke arahnya. Mahu tak mahu, dia terpaksa menyambutnya.
Saya Evelyn Tan dari Firma Evy & Co. Saya datang atas permintaan seorang teman saya yang merupakan peguam bela kepada Cik Danira Quratul Adnan. Sekarang boleh saya tahu Danira di mana Sekali lagi wanita itu bertanya.
Danira tak ada sekarang. Kalau ada hal penting, awak boleh beritahu saya. Saya akan sampaikan pada Danira sendiri. Balas Kamila serius.
Evelyn tersenyum sinis. Wajah Kamila ditatap dengan pandangan acuh tak acuh. Puan ni siapa Evelyn mengembalikan pertanyaan.
Saya pengetua di taska ni. Danira sekarang ini di bawah tanggungjawab saya. Apa saja hal berkaitan dia, beritahu saja pada saya. Balas Kamila tidak mahu mengalah.
Begini sajalah Puan
Kamila. Nama saya Kamila.
Begini sajalah Puan Kamila. Kalau Danira balik nanti, beritahu dia yang peguamnya Joshua Lee mahu bertemu dengannya. Minta dia hubungi nombor di kad saya itu secepat yang mungkin. Ujar wanita itu seraya memakai kembali kaca mata hitamnya.
Kamila tidak bersuara. Matanya asyik memerhatikan tubuh ramping itu melenggang-lenggok di hadapannya, sebelum memasuki perut sebuah kereta Mercedez Benz yang diparkir di pinggir jalan.
Usai kereta itu meninggalkan kawasan perumahan itu, matanya kembali ke arah kad nama yang dipegangnya. Nama yang terpapar pada kad itu dibaca sepintas lalu. Joshua Lee Menurut wanita itu, lelaki itu peguam bela Danira. Tapi apa halnya sampaikan menghantar wakil untuk mencari Danira di sini
Kamila segera menyimpan kad tersebut baik-baik di dalam poket bajunya. Dia segera beredar masuk ke dalam taska yang kosong pada setiap hujung minggu. Tanpa disedari Kamila, gerak gerinya menjadi intipan sebuah kenderaan berwarna biru metalik yang diparkir di seberang jalan.
Hari sudah beransur petang apabila Danira dihantar pulang dengan kereta Filman. Dia hendak keluar dari perut kereta namun suara Filman menghalang tindakannya. Perlahan-lahan dia berpaling.
Senyuman Filman bertemu di bibir. Pandangan mata lelaki itu menyorot tepat ke wajahnya.
Terima kasih sebab temankan Melly hari ni. Belum pernah saya tengok dia gembira seperti ini. Ujar Filman sejujurnya.
Danira hanya tersenyum. Matanya sempat melirik ke arah Melia yang tertidur kepenatan di tempat duduk belakang. Dia juga menyenangi gelagat anak manis yang manja dan keletah itu.
Danira, soal tadi, saya
Encik Filman.. pintas Danira seraya mengalihkan pandangan ke arah lelaki itu. Filman terpisat-pisat. Dia sabar menanti Danira meneruskan kata-katanya.
Boleh tak kalau kita lupakan sahaja hal tadi Pinta Danira sedikit resah.
Filman terdiam sejenak. Maksud Danira, lupakan sahaja seperti tak ada apa-apa yang berlaku Begitu Teka Filman.
Danira terus tunduk. Sepanjang perjalanan tadi, dia menyesali dirinya sendiri kerana menunjukkan di hadapan Filman apa yang dirasainya saat ini. Untuk sejenak, pengakuan Filman membuatkan dia hampir terlupa siapa dirinya di hadapan lelaki itu.
bersambung
Bab akan datang :
Adakah Danira mempunyai perasaan yang sama terhadap Filman