Dude! I'm Getting Married - 53
BAB 53

KOCI mundar-mandir di perkarangan masjid. Tadi Jai ajak nak jumpa. Jam di pergelangan tangan dilihat sekilas. Sudah setengah jam dia menunggu di situ. Sesekali dia menjenguk ke tempat letak kereta.

Apa dia orang nak cerita kat aku ni Macam ada masalah besar je.. Koci duduk di bangku bawah pokok.

Semalam balik dari hospital, Salina hanya diam membisu. Sepatah yang ditanya, sepatah dia jawab. Entah apa yang tak kena. Masa di hospital, Salina lebih banyak diam. Jai dan Acik pulak asyik jeling je kat Salina. Ada apa-apa ke yang aku tak tahu Adoi! Pening!

Koci!!

Koci mendongak. Jai dan Acik dah menapak ke arahnya.

Dah lama kau sampai Jai dah mengah.

Lama la jugak.. Koci dah buat muka merajuk.

Sorry latadi kat hospital, aku dan Jai ni kena uruskan pemindahan wad Seri. Acik mencelah.

Seri macam mana Dah okey ke Cepat je Koci bertanya.

Jai jeling Koci. Koci niada apa-apa ke dengan Seri Masih ada hati dengan Seri ke

Dia dah sedar tapi lemah lagi Sugul suara Jai.

Ojie Koci pandang pula Acik.

Dia masih tak sedar..masih dalam wad ICU.. Lemah suara Acik. Rasa bersalah pada Ojie. Dulu beria dia nak putus dengan minah tu.

Oh.. Koci tunduk.

Kociaku dan Acik ada hal penting nak cakap dengan kau. Acik mula duduk sebelah kanan Koci.

Jai pula duduk sebelah kiri Koci. Koci diapit di tengah-tengah.

Hal apa Korang macam ada rahsia besar je aku tengok Koci berkerut kening.

Jai dan Acik saling berpandangan. Masih berfikir macam mana nak mulakan mukadimah. Takut Koci berkecil hati. Lagi parah takut Koci menuduh mereka yang bukan-bukan.

Kalau aku cakap, aku harap kau terima dengan hati terbuka. Aku harap sangat. Jai pegang bahu Koci.

Koci dah berkerut kening. Dia pandang Jai dan Acik yang dah mula serius.

Err..macam serius je. Apa dia Koci tak sabar.

Sebelum tuaku nak tanya kau. Sepanjang kau nikah dengan Salina tu, kau rasa macam mana Bahagia Jai mulakan mukadimah.

Koci pandang tepat ke muka Jai. Apa pelik sangat soalan mamat ni Baru sekarang nak tanya

Kenapa

Ni yang aku tak suka ni..soalan dijawab dengan soalan. Kau jawab je la..jujur please! Acik menyampuk.

Tak ada la..kenapa korang sibuk hal rumah tangga aku pulak. Tak ada kena mengena dengan cerita Seri dan Ojie. Koci dah mula geram.

Memang ada kena mengena! Jai dah tinggikan suara.

Hah Koci jeling Jai.

Kau tahu kenapa kau ditangkap basah dulu Acik mula buka cerita.

Eh! Apa hal cerita tu korang ungkit balik Koci tak puas hati. Macam ada yang tak kena.

Kau ingat pasal surat yang kau dan aku terima dulu tu Jai pula mencelah. Koci dipandang tak berkelip.

Koci diam sejenak. Masih berfikir. Kemudian dia angguk.

Surat yang aku terima dulu tu, sebenarnya Ojie yang tulis. Dia nak aku tahu siapa Salina sebenarnya. Salina tu.. Jai pandang Acik. Tak sanggup dia meneruskan kata-kata. Matanya beralih pula pada Koci.

Sebenarnya apa Koci dah tak sabar.

Dia pernah jadi GRO dan layan VIP sejak lepas SPM lagi.Jai cerita hal sebenar.

Mana kau tahu Koci menelan liur. Biar betul!

Kau baca ni.. Jai serahkan surat kedua yang ditulis Ojie padanya dulu.

Koci terus membaca surat tu.

JadiOjie ni satu sekolah dengan Salina Dengan kita Koci tercengang.

Jai angguk. Masa tu Ojie macam tomboi.

Kau pasti semua ni angkara Salina Koci bingkas bangun. Kedua tangannya dah melekat di kepala. Mundar-mandir di depan Jai dan Acik.

Ojie dah cerita semuanya pada aku. Sekarang ni, aku nak tahu, macam mana Salina boleh berada kat rumah tu Jai pandang Koci yang masih mundar-mandir.

Maksud kau

Aku rasa Salina sengaja pergi rumah kau dan buat-buat pengsan. Lisa yang berada di hotel tu sebenarnya dia datang bersama abangnya nak minta maaf pada Salina pasal dia pernah tolak Salina masa di pejabat aku dulu. Lisa sendiri mengaku. Lisa pun dah berubah sekarang ni. Jai menambah.

Habis tu, macam mana Lisa tahu Salina tu GRO Masih terngiang di cuping telinganya kata-kata Lisa pada malam tu.

Dia sengaja tuduh macam tu sebab dia sakit hati pada Salina tapi di sebalik semua pertemuan dan kejadian tu ada kaitan dengan Ojie. Ojie tulis surat kat aku semata-mata nak tunjuk bukti kat aku yang Salina tu masih buat kerja tu. Dia nak aku putus tunang dengan Salina. Tak sangka Salina tulis surat kat kau nak jumpa kat situ jugak.

Koci diam. Lama dia merenung Jai dan Acik. Acik dari tadi hanya jadi pendengar setia.

Sekarang ni, aku nak tahu macam mana Salina boleh ada kat depan rumah tu malam tuJai dongak. Koci masih terpacak di situ.

Jadi kau tuduh Salina la yang rancang tangkap basah tu Koci beliakkan mata.

Kau rasa Acik menyampuk.

Salina mengaku depan aku yang dia cintakan kau. Mungkin dia tak nak kegiatannya terbongkar, dia sengaja pergi rumah tu supaya dia dan kau kena tangkap basah. Jai dah mula serius.

Kalau betul dia GRO..bermakna tekaan aku selama ni betul la Koci duduk semula di kerusi. Mukanya ditekup rapat.

Maksud kau Jai tercengang.

Selama ni aku pendamkan saja. Yalah..dah kena tangkap basah dan kena nikah. Aku ingat dia seorang yang baik. Betullah luaran kadangkala tak menggambarkan yang dalam. Aku terpedaya. Koci mengeluh.

Apa kau cakap ni Jai dah berkerut kening.

Malam pertama aku... Koci tunduk. Malu pada Jai dan Acik.

Err..maksud kau Acik sengih. Koci ni dah buka cerita dalam kelambu la pulak.

Aku rasa dia dah tak ada dara lagi. Lain macam je dia layan aku.. Koci cerita hal sebenar yang selama ni disimpan kukuh sejak hari pertama nikah.

Kau pasti Jai cuba korek rahsia Salina. Bukan cerita kelambu Koci yang jadi minatnya.

Sejak tuaku tak pernah sentuh dia. Dia macam tak puas hati. Dia desak aku kenapa aku treat dia macam tu. Aku terpaksa tanya dia pasal malam pertama tu. Aku ugut dia yang aku akan ceraikan dia kalau dia tak cerita hal sebenar. Dia mengaku. Koci tunduk. Terpaksa luahkan semua tu. Dia sendiri pun dah buntu.

Ya Allah Jai tekup muka.

Acik turut tunduk. Tak sangka Salina yang selama ni aku tengok sopan rupanya lebih teruk dari tu!

Dia kata dia dirogol masa jadi GRO dulu. Dia nak bunuh diri tapi sempat diselamatkan oleh teman serumahnya. Lepas tu, dia tinggalkan kerja GRO dan layan VIP tu dan kerja dengan syarikat batik kau Jai. Koci meluahkan apa yang telah Salina mengaku.

Kau percaya Acik mencebik.

Entahlah..tapi dari kata-kata dia tu, aku rasa dia berkata benar.. Sekali Koci menekup muka. Malu pada Jai dan Acik.

Tapi dalam hal ni dah jelas Salina tu bersalah! Acik tak puas hati.

Jadi Ojie yang menjadi mangsa sebenarnya.. Jai mula teringat Ojie yang masih tak sedarkan diri di hospital. Kesian budak tu. Dah la dibuang keluarga, terdampar sorang-sorang kat KL menempuh hidup dan sekarang ni..terlantar tak sedarkan diri di katil hospital.

Aku pun tak sangka..Salina sanggup tuduh Ojie macam tu. Rupanya Ojie lebih banyak menanggung derita Koci masih menundukkan muka. Surat tu ditatap lagi.

Itu baru cerita tangkap basah kau. Kami ajak kau jumpa ni sebenarnya ada hal lain lagi. Acik pandang Koci yang dah terdongak kepadanya.

Koci berkerut kening. Acik dipandang tak berkelip. Hal lain

Hasil siasatan polis, kemalangan Seri dan Ojie sebenarnya ada dalang di sebalik tu. Brek kereta Ojie sengaja dipotong. Nampaknya orang tu nak Ojie mati. Hmmkau rasa siapa musuh dia Acik tenung Koci. Riak Koci dah berubah rona. Pucat!

Jadikau rasa Salina pun terlibat dalam kes ni Koci menelan liur.

Pasal tupolis masih menyiasat. Dalam laporan polis hanya menyatakan brek kereta Ojie sengaja dipotong. Polis masih menyiasat siapa dalangnya.Jai menambah.

Ya Allahkalau betullah Salina yang buat semua tu..aku dah tak tahu nak buat apa. Koci mengeluh panjang.

Kau..nak ceraikan dia ke Jai jeling Koci yang dah kusut masai rambut.

Kalau dah terpaksa. Memang aku cintakan dia tapi ikut hati, aku memang nak ceraikan dia. Aku jamah dia sekali je. Aku dah tak ada selera!

Serius! Koci tunduk. Habis semua cerita kelambunya jadi bahan tadahan telinga Jai dan Acik. Biarlah!

Sekarang ni kita serahkan pada pihak polis. Allah akan tunjukkan juga kebenarannya nanti. Jai pegang bahu Koci.

Kau fikirlah mana yang terbaik untuk kau. Berdoa pada Allah supaya kita diberi petunjuk ke arah jalan yang diredhai. Mungkin semua ni ada hikmahnya. Tambah Jai.

Dah azan tu..jom solat dulu. Aku dan Jai nak ke hospital pulak lepas ni. Acik bingkas bangun.

Jai dan Koci membuntuti Acik ke tempat wudhuk.

DI HOSPITAL, Datin Rubiha setia menemani Seri di wad tingkat lima. Termengguk dia di tepi katil. Acik dan Jai merapati katil Seri. Bilik untuk seorang saja. Yalah..dah anak datuk.

Err..ma.. Acik pegang bahu mama.

Datin Rubiha berpisat-pisat memandang Acik. Dia genyeh mata. Cepat-cepat dia tutup rambut Seri dengan tudung.

Jai senyum. Aku pun satu..bukan nak pandang lain. Minah tu beria nak cover rambut, alih-alih aku free je tengok. Tapi cantik! Ah! Setan mana hasut aku ni!

Macam mana Ucu ma Acik tarik kerusi dan duduk sebelah mama. Jai duduk di kerusi di hujung katil dekat dengan tingkap.

Macam nilah..masih tak boleh bercakap. Datin Rubiha usap pipi Seri.

Sabar la ma. Sekurang-kurangnya Seri dah sedar lepas pembedahan tu. Acik pujuk mama.

Err..Ojie macam mana Acik pandang mama. Ada riak lain di wajah mama.

Datin Rubiha bangun dan tarik tangan Acik ke tepi tingkap dekat dengan Jai. Dia serba salah. Sesekali dia lihat Seri. Seri sedang tidur lena.

Acik..doktor baru beritahu tadiOjie tak dapat diselamatkan. Dia menghembuskan nafas terakhir sejam tadi. Sekarang ni, pihak hospital menunggu waris Ojie untuk tuntut jenazah dia. Acik ada kenal sesiapa tak Datin Rubiha kesat air mata yang makin laju menitis.

Ya Allah.. Acik terduduk. Lemah seluruh badan. Jai cepat-cepat papah Acik ke kerusi semula.

Innalillahi wainna ilaihi raajiun.. Jai pegang bahu Acik.

Matolong jangan beritahu Seri tentang hal ni. Biarlah tunggu Seri sembuh sepenuhnya. Acik dan Jai nak uruskan jenazah Ojie kejap. Acik gagahkan diri berdiri semula. Rasa janggal menyebut perkataan jenazah. Sebak!

Tapi..mengapa Acik yang kena uruskan Datin Rubiha dah berkerut kening.

Mapanjang ceritanya ma. Nanti Acik beritahu kemudian. Yang penting sekarang ni, kita kena uruskan pengkebumian jenazah Ojie secepat mungkin. Acik segera tarik tangan Jai menuju ke bilik mayat.

Dalam perjalanan menuju ke bilik mayat, Jai tak putus-putus tenangkan Acik yang dah menangis. Itulah pertama kali aku tengok Acik menangis tersedu-sedu macam tu.

Jai..aku rasa sangat bersalah pada Ojie. Aku yang nak putus dengan dia. Aku dah salah sangka Jai. Aku tak tahu sepedih tu penderitaan yang dia tanggung. Sekarang ni..dia dah pergi buat selama-lamanya. Acik tunduk.

Sabarlah Acik. Allah lebih menyayangi dia. Dia pun mungkin dah maafkan kau. Bukan salah kau jugak. Sudahlah.. Jai kuak pintu bilik mayat.

Acik terhenti langkahnya di muka pintu. Tak sanggup menapak ke dalam. Tak sanggup melihat tubuh Ojie terbujur kaku di situ. Tak sanggup!!

Acik..kau okey ke Kalau kau rasa tak okey..biar aku je yang uruskan. Kau rehatlah. Jai usap bahu Acik.

Aku okey.. Acik kesat sisa air mata.

Jai dan Acik kenalkan diri kepada penjaga bilik mayat di situ. Mereka terus menandatangani borang yang membenarkan mayat dibawa keluar selepas dimandi dan dikafankan.

Jai..kita bawa jenazah ni ke masjid, boleh tak Kita minta ihsan jemaah untuk solatkan jenazah ni.. Acik pandang Jai.

Jai hanya angguk.

BALIK dari pengebumian, Jai dan Acik terus menuju ke hospital semula. Mereka menghampiri Datin Rubiha dan Along yang masih menunggu di bilik Seri.

Ma..kalau ma penat, ma baliklah dulu. Biar Acik dan Jai yang temankan. Along pun sama. Siapa yang jaga Iman Acik usap bahu mama.

Abang Saiful. Ma, marilah kita balik dulu. Along cuba ujuk mama.

Ma tak sanggup tinggalkan Ucu macam ni Mama pegang lembut tangan Seri yang masih bernafas menggunakan tiub oksigen. Masih lemah.

Mabetul kata Acik tu. Pagi tadi pun ma tak sahur. Along pujuk mama.

Baiklah..

Along pegang tangan mama dan beriringan keluar dari bilik Seri. Hanya Acik dan Jai saja yang masih berada di situ.

Jai hanya perhati tingkah Acik yang mengusap lembut tangan Seri. Memang dia cukup cemburu dengan Acik dan Seri. Mereka memang mesra dan rapat. Kalau dilihat betul-betul, macam bukan adik-beradik.

Apa yang kau menung panjang tu Acik jeling Jai yang dari tadi duk menopang dagu. Tak berkelip memandang ke arahnya.

Tak ada apa.. Jai senyum hambar. Dalam hati, nak saja belai Seri.

Aku tahu..kau nak buat macam aku buat ni kan Acik sempat usik Jai.

Jai menelan liur. Acik ni macam tahu je apa yang aku tengah fikir! Bahaya ni! Buatnya aku fikir benda tak senonoh tadi, macam mana Mahunya dia hempuk aku dengan palang besi air tu!

Kau ni, masa macam gini pun kau nak bergurau. Seri tu sedang sakit. Agak-agak la sikit bila bercakap tu! Jai ketap bibir. Rasa nak luku je kepala senget Acik. Dari dulu, asyik nak sakat aku je dengan Seri.

Acik senyum. Dia jeling Jai yang dah mula pandang ke arah lain. Alahmalu tapi mahu la tu! Banyak cekadak punya alasan!

Assalamualaikum..

Jai dan Acik serentak berpaling. Serentak juga mereka saling berpandangan. Berkerut kening.

Err..maaf. Encik nak cari siapa Jai mula bangun dan mendekati lelaki yang memberi salam tadi.

Saya nak cari adik saya..Wati..

Sekali lagi Jai dan Acik tercengang. Bingung.

Err..rasanya encik ni dah salah bilik. Nama pesakit bilik ni, Seri. Acik pula mencelah seraya berdiri.

Jadi betullah ni bilik Seri Seorang perempuan yang agak berumur pula menyampuk dari belakang lelaki tadi.

Acik dan Jai saling berpandangan.

Maaf, sebenarnya encik nak cari siapa Seri ke Wati Acik garu kepala.

Kami dapat berita dari Salina. Adik saya kemalangan. Dia dimasukkan ke hospital ni. Kami diberitahu, Seri ni bersama adik saya masa kemalangan tu. Suara sebak lelaki tu jelas kedengaran.

Acik semakin bingung. Wati Adik

Err..maaf. Setahu saya yang kemalangan bersama Seri ni Ojie..Rozilawati. Jai menerangkan keadaan sebenar.

Ya..tulah adik saya. Nama dia Rozilawati! Lelaki tu bersuara dengan nada penuh mengharap. Ada riak agak ceria.

Acik pandang lelaki yang agak berumur tu dengan riak curiga. Betul ke ni abang Ojie Mengapa baru sekarang nak cari Ojie Acik mengajak lelaki tu keluar dari bilik Seri. Jai disuruh jaga Seri di dalam bilik.

Maaf, abang ni betul ke abang Ojie Maksud saya, Rozilawati binti OsmanAcik masih berdiri di sebelah lelaki tadi di luar bilik Seri.

Ya saya! Saya abang Wati. Ni mak Wati. Macam mana dia Lelaki tadi pandang Acik tak berkelip.

Acik pandang lelaki tu atas bawah. Masih curiga. Matanya menala pula ke arah perempuan tua di sebelah lelaki tu.

Kenapa baru sekarang cari Ojie..err..maksud saya, Wati Acik berpeluk tubuh. Lelaki tu dipandang tak berkelip.

Sebenarnya sudah lama kami cari dia. Masa arwah ayah kami sakit dulu lagi. Arwah ayah nak sangat jumpa dan minta maaf dengan Wati. Tapi kami gagal mencari Wati sehinggalah ayah menghembuskan nafas terakhir. Kami tahu, kami yang bersalah menuduh Wati tanpa usul periksa. Tak sangka dia bawa diri sampai melupakan kami semua. Sekarang ni kami nak tahu, macam mana dia sekarang

Dia dah pergi selama-lamanya. Saya baru balik dari pengebumian dia tadi.. Acik ketap bibir. Mahu saja dia bagi sebiji penumbuk ke muka lelaki tu.

Apa Encik jangan nak bergurau!

Saya tak akan bergurau dalam hal macam ni. Saya dan kawan saya tadi yang uruskan jenazah Ojie. Acik dah mula geram.

Watimaafkan mak nak!!!

Acik dan lelaki tu terpaksa papah perempuan tu yang dah meraung menangis di lantai.

Mak..sabarlah. Wati dah tak ada mak..

Acik hanya melihat drama dua beranak tu saling berpelukan. Dulu tak nak minta maaf. Sekarang ni dah terlambat!

Boleh kami tahu di mana kubur dia Lelaki tu bangun dan mendekati Acik yang masih berdiri di situ.

Acik diam. Masih berfikir. Riak lelaki tadi sudah terlalu sugul. Matanya beralih pada mak Ojie. Perempuan tu juga dah bengkak mata.

Baiklah..saya akan tunjukkan di mana Ojie dikebumikan. Sekejap. Acik masuk semula ke dalam bilik Seri. Dia beritahu sesuatu kepada Jai.

Jai, jaga Seri baik-baik. Aku nak keluar sekejap je. Acik mula menapak keluar dari bilik Seri.

Jai dah berkerut kening. Dah terlambat bagi keluarga Ojie. Ojie dah pergi buat selama-lamanya. Matanya menala ke arah Seri yang masih kaku di katil. Hanya jari jemari saja yang kadangkala boleh bergerak.

Seriaku akan tunggu kau sampai bila-bila pun.. Jai tatap wajah Seri yang agak pucat. Teringin nak belai pipi dan usap tangan Seri tapi batas dan hukum yang menghalang semua tu.