Abstrak Cinta Aku & Dia - 53
BAB 53

JOE ZULKIFLI terkebil-kebil. Pandangan bertukar antara Zack dan Zareen. Tak pernah walau sekalipun dia melihat Zareen meninggikan suara kepada sesiapa. Hari ini, pecah rekod. Tiba-tiba saja perang meletus. Memang dia ada menjangka yang Zack dan Zareen bermasalah. Sudah dua hari Zack dan Zareen tidak bercakap sesama sendiri melainkan hal yang benar-benar penting.

Youve missed the deadline!Suara Zareen masih kekal tinggi.

Saya tahu. Suara Zack menekan.

Kalau tahu, kenapa awak tak siapkan Saya dah beritahu yang benda tu urgent.

Sorry. Saya betul-betul lupa.

Awak nak saya jawab macam tu dengan Mr. K

Zack senyap. Jelas kelihatan wajahnya yang bengang - bengang kena marah. Itu tak termasuk bengang kerana menyedari yang Zareen sudah berkahwin.

Awak sengaja buat macam nikanZareen menyoal.

Sengaja apa pulakSuara Zack mula meninggi.

Awak marah pada saya, sebab itu awak sengaja tak siapkan kerja Ujar Zareen lagi.

Zack menghembus nafas kasar.

Zack, jangan campur hal peribadi dengan hal kerja, boleh takNada suara Zareen kedengaran tegas.

ApaZack memandang Zareen, tajam. Siapa yang campurkan hal peribadi dengan hal kerja

Tanya diri awak sendiri.

Ketawa kecil terlepas dari mulut Zack tetapi kedengaran sinis sekali.

Okey. Saya tak akan campur hal peribadi dengan hal kerja. Sorry sebab saya tak hantar draft sebelum deadline. Saya memang terlupa. Maklumlah, ada masalah peribadi. You will get the draft in two hours. Is that okay, PUANZareen Tutur Zack, sangat-sangat sinis.

Untuk beberapa saat, tiada siapa yang bersuara.

In two hours.Balas Zareen dan terus berlalu.

Zack merengus. Pen di tangan dicampak kasar ke atas meja. Badannya disandarkan pada kerusi. Tangan kanannya mengurut tengkuk, cuba meredakan ketegangan yang dirasa. Dia langsung tak berniat untuk menangguhkan kerja. Diakui, kerja yang ditugaskan itu tak sempat disiapkan bukan kerana sibuk, tapi dek kerana fikiran yang bercelaru menyebabkan tumpuannya kurang.

Langsung terlupa.

Dalam diam, Zack membenarkan kata-kata Zareen. Dia sepatutnya lebih rasional dan professional, bukan Tapi, macam mana nak mengelak hal peribadi dan hal kerja dari bercampur kalau hal peribadi itu memang berkait rapat dengan hal kerja Sebab itulah agaknya kebanyakan syarikat tidak menggalakkan cinta pejabat. Inilah sebabnya. Bila bermasalah, kerja tak jalan.

Zack.

Teguran Joe Zulkifli mematikan lamunan.

Zack menoleh.

Teruk masalah kau ni.Sambung Joe Zulkifli.

Zack angkat bahu, tak bersuara dan tak mahu menjelaskan apa-apa. Dia tak ada mood untuk menerangkan apa-apa pada Joe Zulkifli.

Joe Zulkifli geleng. Memahami yang Zack tak mahu buka mulut untuk bercerita.

Anywaykenapa kau panggil Cik Reen, Puan Soal Joe Zulkifli.

Sebab dia dah kahwin. Anak satu.Balas Zack, dalam nada bengang.

Ohdia dah ada anak rupanya. Aku tahu dia janda tapi tak tahulah pulak...dah ada anak satu Joe Zulkifli bersuara dengan nada perlahan. Tak mahu perbincangan mereka menarik perhatian rakan sepejabat yang lain. Sudahlah tadi tempat kerja mereka jadi tumpuan gara-gara Zack dan Zareen berbahas.

Dia apa JandaKali ini, Zack berpaling terus kepada Joe Zulkifli.

Joe Zulkifli mengangguk.

Mana kau tahu dia janda

Mastura pernah cakap dulu.Jawab Joe Zulkifli, masih bernada perlahan.

Zack kerut kening. Mastura bekerja di bahagian Sumber Manusia. Jadi, sumber maklumat tersebut boleh dipercayai. Kalau betul Zareen janda, siapa Akmal Bekas suami Teman lelaki

Tiga minit kemudian, Zack pantas bangkit dari duduk. Terus menuju ke arah bilik pejabat Zareen.

Zareen.

Dari arah pintu, terdengar namanya dipanggil. Zareen menoleh. Keningnya terangkat melihat Zack berdiri di situ.

Tanpa meminta kebenaran, Zack terus masuk. Pintu bilik Zareen ditutup dan terus dikunci dari dalam. Tirai cermin yang terbuka, pantas ditarik supaya tertutup dari pandangan luar walau tidak sepenuhnya. Kini, hanya mereka berdua saja dalam bilik.

Zareen yang tergamam hanya memerhatikan tindak-tanduk Zack tanpa mampu bersuara.

Zack berdiri depan Zareen dan mereka saling berpandangan.

Zack. Awak nak apaZareen sedikit cuak.

Zack tarik kerusi depan Zareen lalu duduk.

Zack Zareen semakin tak selesa dengan keadaan itu.

Saya nak dengar cerita sebenar dari mulut awak. Sekarang. Zack berkata, tegas. Wajah Zareen direnung tajam.

SOFIAH terjengah-jengah. Kemudian, dia pantas berjalan menghampiri Joe Zulkifli.

Joe Bahu Joe Zulkifli dicuit. Kenapa tu Soal Sofiah sambil muncung mulutnya dihala ke pejabat Zareen.

Joe Zulkifli angkat kening dan angkat bahu.

Tirai cermin hampir tertutup sepenuhnya, jadi Zack dan Zareen tak dapat dilihat jelas. Namun Sofiah perasan, Zack berwajah tegang manakala Zareen kelihatan serba salah. Reaksi kedua-duanya mengundang pelbagai spekulasi. Bermula dengan kes Zareen meninggi suara sebentar tadi sehinggalah ke peristiwa Zack menerjah masuk ke pejabat Zareen.

Alaceritalah Joe. Sofiah cuba mengorek cerita.

Cerita apa Tak ada apalah. Biasalah tuhal rumahtangga

Hal rumahtangga Jadi, gosip Zack dengan Zareen bercinta tu, betullah

Joe Zulkifli pamer senyum teka-teki.

Ala..Joe. Cakaplah Gesa Sofiah. Matanya tetap mengintai pejabat Zareen dari jauh.

Tak tahuuuuuJoe Zulkifli jawab dengan nada berlagu.

I like it if both of them are really couple. They looks good together, you know

Sofiah dan Joe Zulkifli menoleh ke arah empunya suara. Angeline sudah berada di antara mereka. Matanya juga turut memandang ke pejabat Zareen.

I hope they are fine. Tak sukalah kalau mereka break-off Sambung Angeline.

Dia orang tak bercintalah. Ujar Joe Zulkifli walaupun kurang pasti status sebenar hubungan Zack dan Zareen.

Alamemang dia orang ada affairkan Kau tak payah sorok-sorok dengan mak, nyah. Mak tahu

AduyaaiiiJoe Zulkifli tepuk dahi. Dari mana datangnya si Jamal ni

Tapikan, mak dengarbos kau tu janda. Betul ke, nyahJay menyambung soalan.

Joe Zulkifli geleng.

Tugaduhlah tu.Mulut Jay terjuih-juih tatkala bercakap. Kesian Zack. Mesti Mak Jan tu yang buat hal

Eiishhhhhdiamlah. Aku tampar jugak kau ni. Cerita hujung pangkal pun kau tak tahu, suka hati aje nak main tuduh-tuduh.

Jay mencebik setelah diherdik Joe Zulkifli tanpa membalas apa-apa.

Niapa hal ni

Perhatian empat pasang mata yang mengintai bilik Zareen terganggu. Wajah garang Encik Khalid ataupun Mr. K muncul depan mata.

Joe Zulkifli tepuk dahi sekali lagi. Sofiah gigit bibir. Angeline senyum sumbing manakala Jay senyum terkebil-kebil.

Apa masalahnyaSekali lagi Encik Khalid menyoal, garang.

ErrrEncik Khalid.Sofiah bersuara. Matanya kembali mengarah ke bilik Zareen.

MATA Zack tetap tak beralih. Hari ini, saat ini, dia mahu cerita sebenar dari Zareen.

Betul ke, apa yang Joe cakapZack melontar soalan. Yang awak sebenarnya

Apa yang awak dengar dari Joe tubetul. Tutur Zareen. Saya janda.

Kenapa awak rahsiakan hal ni Soal Zack.

Saya bukan berahsia. Saya memilih untuk tak bercerita tentang hal peribadi saya dengan sesiapa. Jawab Zareen.

Kenapa

Saya ada sebab saya sendiri. Jawab Zareen.

Jadi, Akmal tu bekas suami awak

Bukan.

Zack angkat kening.

Abang ipar saya. Bekasabang ipar saya.

Zack tak menyahut namun riak wajahnya jelas memberitahu yang dia mahukan lebih penjelasan. Dia tak akan berganjak selagi Zareen tak bercerita hal sebenar.

Zareen menarik nafas panjang. Ada senyum tawar terukir di bibir. Mungkin, ini masanya yang tepat untuk dia berterus-terang.

Nama suami saya, Asyraf. Dia dah meninggallima tahun dulu.Zareen membuka cerita.

Wajah Zack bertukar riak, tergamam.

Asyraf meninggal secara mengejut. Doktor sahkan sebab sakit jantung. Masa tu, saya dah.mengandung tujuh bulan.Zareen sambung bicara. Ada getar dalam suaranya.

Lepas Asyraf meninggal, saya jadi tak tentu arah. Asyraf tinggalkan sayamacam tu aje. Tak ada pesan, tak ada tanda. Bila Irfan lahirZareen telan air liur. Saya bertambah murung. Irfan nyaris terabai.

Nak uruskan diri sendiri pun saya tak mampu, apatah lagi nak uruskan anak.

Saya berkeras nak tinggal di Terengganu. Kononnya sebab tak mahu jauh dengan arwah Asyraf. Keadaan saya betul-betul macam orang sakit jiwa. Saya tak peduli keadaan sekeliling. Saya rasa dunia saya jadi gelap. Hari-hari saya meratap, menangis. Saya sedihsaya marah. Saya salahkan takdir. Saya selalu persoalkan, kenapa Asyraf pergi dari saya

Lebih kurang setahun saya hidup tak tentu arah. Saya langsung tak kerja. Mak dengan ayah saya nak rujuk saya pada pakar psikologi tapi Akmal tak bagi.

Zack cuba mengatakan sesuatu tetapi tiada perkataan yang keluar dari mulut. Simpati terbit dalam hati. Selama ini, Zareen bersikap tenang. Tak sangka Zareen ada menyimpan kisah tersendiri.

Lama-lama, saya mula tersedar yang saya terlalu ikut perasaan. Asyraf dah meninggal. Dia tak akan balik pada saya. Itu ujian untuk saya dan saya tak patut persoalkan qada dan qadar Tuhan.

Jadi, saya teruskan hidup. Saya kena kuatkan semangat untuk anak saya. Irfan dah kehilangan ayah sebenar dia. Saya tak mahu dia hilang mama dia juga

Akmaldia abang pada Asyraf. Dalam keadaan saya yang tak terurus tu, keluarga Akmal yang banyak tolong saya. Walaupun saya ni cuma bekas menantu, tapi mereka jaga sayajaga Irfan. Sebab itu Irfan panggil Akmalayah. Akmal yang jaga Irfan sejak dia kecil lagi.

Zareen menarik nafas beberapa kali. Bercerita tentang kisah lama mengundang sebak dalam jiwa namun ditahan sedaya-upaya agar tidak mengalirkan air mata.

Awak nak cerita sebenarkan Ini kisah saya yang sebenar..Zareen mengakhiri penjelasan.

Zack kekal tak bersuara. Otaknya mula mencerna segala cerita. Kemudian, dia melepaskan nafas perlahan. Kesal, tapi tak tahu atas sebab apa.

Awak tak adil. Zack berkata setelah terdiam agak lama.

Tak adilKening Zareen berkerut. Apa maksud awak, saya tak adil

Awak tak adil sebab sembunyikan perkara ni dari saya.

Saya nak cerita apa dengan awak Takkan tiba-tiba saya nak buka cerita yang saya ni janda anak satu. Takkan tiba-tiba saya nak cerita dengan awak yang dulu...saya pernah sakit jiwaSuara Zareen meninggi sedikit.

Kenapa tak boleh Soal Zack.

Apa perlunya saya cerita semua ni pada awak Zareen turut menjawab dengan soalan.

Awak kena cerita. Awak patut terangkan semua ni awal-awal pada saya sebab

Sebab apa

Sebab.Zack tarik nafas panjang. Sebab saya sukakan awak.

Kali ini, Zack berterus-terang. Tak mahu lagi menyembunyikan perasaan sebenar.

Zareen tunduk, tak mampu bertentang mata dengan Zack saat ini.

Zack. Awak sepatutnya cari orang yang lebih sesuai

Saya tak nak. Saya suka awak

Zareen geleng. Awak sanggup ke terima orang macam saya

Sanggup.

Walaupun saya janda anak satu Walaupun saya pernah sakit jiwa

Itu masa silam awak, Zareen. Saya tak kisah tentang semua tu.

Zareen senyum sumbing.

Zareen. Saya dah terus-terang perasaan saya. Sekarang ni, saya nak tahu apa perasaan awak pada saya

Zareen tak menjawab. Hanya membatukan diri. Satu nama muncul dalam minda Akmal.

Zacksaya rasa, lebih baik kita lupakan hal ni Tutur Zareen, perlahan.

Kenapa kita kena lupakan hal ni Awak tak yakin yang saya betul-betul sukakan awak

Bukan macam tu

Habis, sebab apa

SebabAkmal.

Kening Zack terangkat. Kenapa dengan Akmal

Akmal ajak saya kahwinZareen berterus-terang. Segalanya telah diluahkan.Tak ada gunanya jika perkara tentang Akmal kekal disembunyikan.

Oh Zack melepaskan keluhan. Jadi, awak dah terima Akmal

Belum. Saya tak buat keputusan lagi.

Kenapa

Sebab sayasayaAyat Zareen tersekat-sekat.

Kenapa Zack mendesak kali ini.

Sayatak boleh. AwakAkmalsaya Zareen mati kata. Mata Zack direnung lama. Dia tak dapat berterus-terang namun mengharapkan Zack mengerti akan sesuatu. Dia mahu Zack mengerti bahawa dia memang punyai rasa yang sama. Tapi, rasa itu telah terbahagi di antara dua nama Akmal dan Zack.

Mereka akhirnya terdiam tak bersuara.

Zack mengeluh. Nampaknya, ada persaingan. Lelaki yang bernama Akmal itu telah mengecilkan harapannya. Hampir-hampir dia mahu mengalah.

If you love somebody, you should not let them go so easily. You should fight for it. Ayat yang pernah Kate ucapkan dahulu terngiang-ngiang di telinga. Zack pandang Zareen.

Berapa banyak peluang yang saya ada Soal Zack, tiba-tiba.

Zareen mengangkat kening.

Antara saya dengan Akmal, berapa banyak peluang yang saya ada

Maksud awak

Saya sayangkan awak Zareen. Jadi, sebelum awak buat keputusantolong beri saya peluang tu.

Zack

Zareen. Kalau awak rasaapa yang saya rasa, tolonglah. Bagi saya peluang tu

Peluang apa

Peluang untuk kenal siapa awak. Peluang untuk saya sayangkan Irfan. Peluang untuk awak kenal siapa saya. Peluang untukkita

Awak tak perlu buat semua ni. Jangan sia-siakan masa awak untuk saya.

Awak belum buat keputusan lagi kan Jadi, bagi saya peluang tu sebelum awak buat pilihan

Zareen memandang Zack dengan mata mula berkaca.

DI hadapan pintu bilik pejabat Zareen, tujuh orang sedang berkumpul terhendap-hendap. Semuanya menyibuk mahu mengambil tahu apa yang berlaku.

Senyap aje. Tak ada bunyi dahJay bersuara. Telinganya dilekat pada pintu.

Kau pekak kot Joe Zulkifli menyoal.

Eeeaku cili mulut kau nyah. Tadi adalah bunyi orang bercakap, sekarang dah tak ada.

Hopefully, both of them are okay.Sahut Angeline.

Tulah. Tak naklah dia orang gaduh... Sofiah menyampuk.

Kalau tak ada jodoh, nak buat macam mana Encik Khalid turut bersuara.

Pintu bilik pejabat Zareen terbuka secara tiba-tiba.

Bulat biji mata Zack melihat kelompok manusia yang sedang berkumpul depan pintu. Angeline, Sofiah, Jay, Joe Zulkifli dan Jessy. Lebih mengejutkan, Encik Khalid pun ada sama. Masing-masing memandangnya tanpa suara dengan wajah kelat.

Ehem Encik Khalid batuk. Tiba-tiba pula sakit tekaknya datang.

Ill bring you some water, Mr. KJessy cepat-cepat menawarkan diri.

Good. Bring it to my room Arah Encik Khalid dan terus berlalu ke bilik pejabatnya.

Papa Btunggu...Jay memanggil Mr. Balraj atau pun Papa B yang kebetulan lalu di situ. Dia pantas berjalan ke arah Papa B.

Tinggallah Angeline, Sofiah dan Joe Zulkifli tanpa ada sebarang alasan untuk melepaskan diri. Zack memandang tajam, seorang demi seorang.

Korang dah tak ada kerja lain, keZack menjerkah. Masing-masing sengih segan sebelum bertempiaran ke tempat kerja masing-masing.

Zack geleng lalu kembali ke tempat kerjanya. Dia melabuh duduk pada kerusi dan termenung. Hampir seminit dia begitu sebelum dengan tiba-tiba, bibirnya mengukir senyuman.

WAKTU sudah menunjukkan pukul sembilan malam. 15 minit telah berlalu dan Amy masih berbalas mesej dengan Zack.

(Amy Alwi)

So, dia jandalahrupanya

(Zack Isakandar)

Yup.

(Amy Alwi)

Kau tak kisah status dia tu

(Zack Isakandar)

Tak. Janda ke, tak janda ketak penting pun pada aku. Yang penting, hati budi.

(Amy Alwi)

Good for you then.

(Zack Isakandar)

Masalah aku sekarang, Akmal.

(Amy Alwi)

Zareen belum buat keputusan kan Maknanyakau ada peluang.

(Zack Isakandar)

Hopefully.

(Amy Alwi)

All the best to you, Zack.

(Zack Isakandar)

Thanks.

Bicara di laman WhatsApp terhenti. Amy memandang skrin telefon yang kini bertukar gelap. Perasaannya jadi tak menentu. Gembira dan kecewa bergaul satu.

Gembira untuk Zack, kerana masih berpeluang untuk bersama Zareen.

Sedih dan simpati kepada diri sendiri yang masih berdegil menyimpan harapan walaupun dia tahu, peluang untuk dia bersama Zack tak akan ada.

Kenapa masih berharap

Amy menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. Diarinya dicapai dan dibuka. Jarinya mula menari, mencoretkan kisah hati di lembaran kosong.