MAJLIS tahlil sudah pun bermula. Ustaz Hakimi mengetuai majlis itu sehingga selesai. Ramai yang datang termasuk jiran tetangga dan saudara mara.
Sila! Ustaz Hakimi pelawa tetamu untuk menjamu selera.
Arissa, makcik, jemputlah makan. Ustazah Waddah turut pelawa mereka berdua menjamah juadah.
Terima kasih kak. Arissa senyum. Dia ambil pinggan nasi dan mencapai lauk kurma ayam dengan sambal belacan di sudut kiri. Lauk itu dibubuh ke dalam pinggan ibunya.
Err..Zaki dan Daniel tak datang keUstazah Waddah mula bertanya Arissa.
Arissa diam. Malas nak layan kalau berkenaan hal Daniel.
Datang agaknya. Tadi kat ruang tamu, macam nampak dia orang tu.Fatimah senyum. Sempat jeling Arissa yang sudah mencuka.
Oh..err..macam mana persiapan nikah Tanya Ustazah Waddah lagi.
Alhamdulillah...banyak yang dah siap. Fatimah jeling lagi Arissa. Hish! Budak ni, buat dek je kat ustazah tu.
Makanlah ya. Saya nak jumpa tetamu kat luar sebentar. Ustazah Waddah minta diri.
Kenapa ni Arissa..tak baik layan ustazah macam tu.. Fatimah tegur Arissa.
Malaslah omma kalau cerita pasal nikah ni. Arissa muncung lagi.
Fatimah geleng. Entah apa la nanti kehidupan rumahtangga Arissa nanti kalau dah degil macam ni.
TETAMU mula beransur pulang. Arissa dan ibunya masih bersembang dengan Ustazah Waddah di ruang dapur. Sempat menolong ustazah mencuci pinggan mangkuk.
Dah la tu Arissa. Biarkan saja dulu kat singki tu. Mari kita berbual di ruang tamu. Ustazah Waddah mengajak Arissa dan makcik Fatimah ke ruang tamu. Di tangannya sudah ada hidangan manisan dan kopi panas.
Arissa bersama ibunya menapak ke ruang tamu. Langkah Arissa terhenti sebaik terpandang Daniel. Daniel segak dengan baju melayu kuning siap bersamping dan memakai songkok.
Jomlah.. Ustazah Waddah berpaling. Arissa dilihat tercegat di muka pintu dapur.
Perlahan Arissa melabuhkan punggung sebelah ibunya yang duduk di sebelah Ustazah Waddah.
Daniel hanya memerhati tingkah Arissa yang dari tadi sudah mencuka wajahnya. Hilang rasa rindunya pada gadis itu. Terkesima melihat keayuan Arissa dengan jubah warna firus dan shawl pelangi yang dililit melepasi dada.
Zaki pula hanya senyum melihat gelagat Arissa.
Daniel..dah pergi kursus perkahwinan Ustaz Hakimi mula bersuara.
Kursus perkahwinan Daniel menoleh pada Ustaz Hakimi.
Ustaz Hakimi mengangguk.
Bos...kursus tu wajib bagi sesiapa yang nak nikah. Zaki tersenyum.
Kalau belum, ustaz boleh tolong daftarkan. Kalau boleh pergi sekali dengan Arissa. Nanti makcik boleh temankan Arissa sekali. Ustaz Hakimi pandang pula ke arah Arissa.
Arissa menelan liur. Pergi sekali
Err...kena pergi sekali ke Perlu ke hadir kursus tu pada masa yang sama Arissa pandang Ustaz Hakimi dan kemudian beralih pada Ustazah Waddah.
Arissa..tak semestinya. Nak pergi pada masa berlainan pun boleh. Janji kena hadir kursus dulu. Ustazah Waddah senyum melihat wajah Arissa yang sudah terang-terang tidak suka pada Daniel.
Arissa lega. Dia tunduk semula. Sedikitpun dia tidak pandang pada Daniel.
Daniel senyum. Nampak sangat Arissa tidak suka padanya.
Daniel macam mana Ustaz Hakimi pandang lagi pada Daniel.
Saya okey je.
Hmm...ustaz harap Daniel dan Arissa hidup bahagia nanti. Alhamdulillah, Daniel pun sudah banyak yang dia belajar. Rajin mencari ilmu. Ustaz kagum dengan Daniel. Bukan mudah untuk seorang saudara baru macam Daniel mendalami agama macam ni. Tak sangka, Daniel sudah boleh hafal surah-surah pendek dan boleh sebut setiap huruf dengan makhraj yang betul dan baca quran dengan tajwid yang betul. Alhamdulillah.. Ustaz Hakimi tepuk-tepuk bahu Daniel.
Terima kasih ustaz kerana sudi mengajar dan bersabar dengan karenah saya. Insya Allah, saya ingin menjadi seorang muslim yang baik. Daniel tunduk.
Arissa masih diam. Sempat dia jeling Daniel. Masih tak percaya kata-kata lelaki itu. Padanya, Daniel tidak ubah seperti lelaki lain yang hanya pandai berkata-kata. Manis di bibir tapi sebaliknya hanya tuhan yang tahu!
Allah telah memilih Daniel menjadi hambaNya yang taat. Ustaz sangat bersyukur. Bukan senang untuk mendidik hati yang telah lama dipenuhi karat. Karat tu cukup susah untuk ditenyeh seandainya dibiarkan lama tidak bergosok. Hati yang berkarat boleh disinarkan dengan ilmu dan semua itu adalah atas kehendak Allah. Allah memilih siapa saja yang dikehendakiNya. Sabda Rasululullah s.a.w yang diriawayatkan oleh Imam Bukhari : Sesiapa yang dikehendaki Allah kebaikan, nescaya dia akan diberikan kefahaman dalam ilmu agama. Sesungguhnya memperolehi ilmu itu hanya dengan belajar. Ustaz tahu bukan senang juga untuk Daniel berubah menjadi seperti sekarang ni. Apa yang Zaki beritahu dulu, ustaz rasa Daniel sanggup menghadapinya dengan sabar. Ustaz Hakimi pandang Daniel dengan penuh kasih. Kasih seorang saudara seagama.
Dari cerita Zaki dulu, Daniel sanggup berendam dalam air berjam-jam semata-mata untuk menghilangkan rasa ketagihnya pada arak yang sudah sebati dalam hidupnya sebelum ini. Daniel juga sering berpuasa bila keinginan nafsunya pada perempuan mula menguasai diri. Alhamdulillah, berkat usaha yang tidak pernah serik dan jemu, Daniel dapat mengatasi semua itu dengan izin Allah.
Alhamdulillah ustaz. Sayalah manusia yang paling gembira. Saya selalu berdoa semoga Allah bukakan pintu hati bos saya untuk mengenal Islam dan menganut agama suci ini. Zaki turut mengiakan kata-kata Ustaz Hakimi.
Islam melihat perkahwinan itu sebagai satu ikatan suci yang menyatukan antara dua hati. Tujuan perkahwinan adalah untuk memenuhi keperluan syariat yang yang telah ditetapkan kepada semua pasangan lelaki dan wanita yang sepakat untuk hidup bersama. Firman Allah swt dalam surah Rum ayat 21; dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa Dia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. Jadi ustaz harap Daniel dan Arissa sama-sama menempuh alam rumahtangga dengan penuh kesyukuran dan sentiasa diredhai Allah. Ustaz Hakimi melihat Daniel dan Arissa silih berganti.
Arissa tunduk membisu.
Allah telah temukan jodoh untuk kamu berdua dan setakat ini Allah telah permudahkan jalan ke arah itu. Bila ada seorang yang berakhlak dan baik agamanya, maka elok bernikah. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi yang bermaksud: Apabila datang kepada mu seorang yang yang kamu sukai agamanya dan kejujurannya, maka kahwinkanlah dia, sebab seandainya kamu tidak melakukannya, melainkan akan timbullah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar. Begitu juga dalam memilih isteri, sabda Rasululullah s.a.w hadis riwayat Muslim yang menerangkan:wanita dikahwini kerana empat sebab iaitu :kerana harta kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah pilih yang beragama agar berkat kedua tangan mu.
InsyaAllah ustaz, saya tidak akan sia-siakan Arissa. Dia amanah Allah untuk saya jaga. Akhirnya Daniel melontar kata-kata. Terasa tembus ke hati mendengar nasihat Ustaz Hakimi.
Dan kita kena ingat membina rumahtangga itu adalah semata-mata ingin mencari keredhaan Allah SWT, bukan disebabkan faktor atau dorongan yang lain. Tetapi berapa ramai yang menjadikan matlamat hidup ini untuk mencari keredhaan Allah SWT Di mana letaknya keberkatan dalam berumahtangga Apakah pasangan itu sekufu dan apakah neraca yang digunapakai dalam penentuan sekufu atau tidak Ustazah Waddah menambah.
Sekufu tu macam mana ustazah Zaki pula mencelah.
Sekufu di sisi Islam adalah sekiranya pasangan suami isteri mempunyai kefahaman Islam dan matlamat hidup yang jelas, tahu akan tanggungjawab masing-masing bahawa membina rumahtangga muslim itu adalah suatu ibadah, saling merindui rumahtangga yang dirahmati dan diberkati Allah SWT, suami isteri yang saling nasihat menasihati antara satu sama lain dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah SWT, cuba mewujudkan suasana rumahtangga yang harmoni, suami yang memberikan didikan agama kepada isteri dan ingatlah isteri yang solehah boleh membawa suami ke syurga. Ustazah Waddah jeling pula ke arah Arissa yang menundukkan mukanya dari tadi.
Daniel turut menjeling ke arah Arissa yang masih tunduk. Semoga apa yang dikatakan oleh Ustazah Waddah dan Ustaz Hakimi tadi memberi kesan di hati Arissa dan juga dirinya sendiri.
Bos, saya sentiasa doakan bos dan Arissa hidup bahagia nanti dan rumahtangga diberkati Allah. Saya pun teringin memiliki isteri yang solehah, yang boleh sama-sama belajar dan mencari redha Allah. Zaki senyum lebar. Dia pandang Daniel yang dari tadi asyik merenung Arissa. Lengan kiri Daniel dicuit.
Erghh... Muka Daniel berkerut. Tindakan Zaki tadi telah terkena luka di lengannya. Masih terasa sengal dan pedih.
Kenapa bos Zaki pandang lengan kiri Daniel. Segera dia selak lengan baju melayu Daniel.
Eh, kenapa ni bos Zaki belek pembalut di lengan Daniel.
Err...tak..kena pisau sikit je.. Daniel senyum kelat.
Sikit apa macam ni bos Ada kesan darah lagi ni. Apa yang telah terjadi sebenarnya Zaki mula rasa bersalah.
Arissa cepat-cepat mendongak. Memang ada kesan darah di pembalut lengan kiri Daniel. Bergaduh ke
Daniel pandang Arissa yang mula memandang ke arahnya. Dia mengukir senyum.
Tak ada apa... Daniel jatuhkan semula lengan bajunya.
Err...ustazah, ustaz, saya minta diri dulu. Dah nak pukul sebelas ni. Arissa mendongak melihat jam di dinding.
Ya la..dah nak tengah malam rupanya. Kami minta diri dulu ya. Fatimah turut senyum sambil bersalam dengan Ustazah Waddah.
Daniel dan Zaki turut minta diri untuk pulang.
DALAM perjalanan pulang ke Bangsar, Daniel lebih banyak diam. Masih terngiang-ngiang kata-kata Ustaz Hakimi dan Ustazah Waddah tadi. Benarlah rumahtangga akan diberkati seandainya disandarkan pada redha Allah. Contoh jelas di depan mata.
Kehidupan suami isteri Ustaz Hakimi dan Ustazah Waddah jelas bahagia dan tenang.
Bos...boleh saya tanya sikit Zaki beranikan diri bertanya.
Apa dia Daniel menoleh pada Zaki yang sedang memandu.
Bos yakin boleh bahagia dengan Arissa Zaki pandang sekilas pada Daniel. Dia tahu setakat hari ini Arissa seperti masih tidak dapat menerima Daniel dengan hati yang ikhlas.
Entahlah Zaki. I dont know. I hope, one fine day, dia akan terima saya seadanya. Daniel tunduk.
Zaki jeling lagi Daniel di sebelah. Ada riak sugul di wajah lelaki itu.
BMW hitam dipandu laju menghala ke Bangsar.
DANIEL menapak malas ke bilik. Zaki pula sudah pulang ke rumah ayahnya di Kelana Jaya. Dia berehat di atas katil. Quran terjemahan dari atas meja kerja dicapai perlahan. Halaman yang telah ditanda dibaca lagi. Ayat yang menyatakan dosa zina dan hukumannya di akhirat kelak.
Quran diletak semula ke tempat asal. Mata Daniel meniti pula pada foto Arissa.
Arissa...maafkan aku..maafkan aku.... Daniel menekup muka.
Telefon bimbit berdering kuat.
Hello. Yes Gagak. Hmm..okay. Okay, good job! Jumpa esok pagi. Tempat biasa! Daniel lempar telefon bimbitnya atas katil.
Maklumat dari Gagak tadi cukup membuatnya terkesima.
Mukanya sudah merah padam.Bibir diketap kuat.