MY SWEET ARISSA - 53
SELEPAS membayar duit tambang teksi, Puan Hanim keluar. Mujurlah Mak Cik Ruhaya punya nombor telefon lelaki yang digelar Pak Mat. Arissa selalu memanggil pemandu teksi itu jika mahu ke mana-mana suatu ketika dahulu.

Harap-harap Hakimi tidak melihatnya ke situ. Mujurlah Encik Razali, Arissa dan Badrul ke Langkawi bersama tiga lagi kakitangan Sweet Arena Langkawi Resort. Berkemungkinan mereka akan berada di sana untuk beberapa hari. Arissa pula akan pulang petang itu juga. Biasalah, tak boleh berenggang dengan Hakimi.

Liar matanya memandang ke sana ke mari. Orang yang keluar dan masuk membuat dia berasa sedikit pening. Kemudian melangkah menuju ke lif yang akan membawanya ke tingkat 6 di mana Wafa menginap.

Kalau ikutkan memang dia tidak mahu berjumpa dengan gadis itu tetapi apabila Wafa mendesaknya, hendak tak hendak dia memaksa juga dirinya datang ke situ. Dia melangkah keluar sebaik lif berhenti di tingkat 6 dan segera mencari bilik Wafa menginap. Umi! Wafa terus memeluk Puan Hanim selepas beberapa kali wanita itu mengetuk pintu biliknya.

Acuh tak acuh dia memeluk tubuh Wafa.

Ada apa nak jumpa Umi ni

Masuk dulu.

Datang seorang Bimbang dia kalau gadis itu datang bersama Puan Talha.

Aah... Wafa meluaskan pintu mengajak wanita itu masuk.

Puan Hanim masuk lalu duduk di salah sebuah sofa yang ada di situ.

Umi nak minum Wafa masih berdiri memandang wanita itu yang langsung tidak senyum seperti sebelumnya.

Tak payah. Umi nak cepat... Apa yang Wafa nak cakap dengan Umi Dia sudah tidak sabar hendak beredar dari situ. Bimbang Hakimi tahu dia ke situ.

Wafa tidak segera menjawab. Dia melangkah dan duduk berhampiran Puan Hanim.

Umi tolong pujuk Naim, Umi. Dia tidak pasti sama ada Hakimi ada memberitahu wanita itu ataupun tidak.

Pujuk Naim!

Terkejut dia dengan permintaan gadis itu. Barulah dia teringat yang Wafa pernah meminta Hakimi memujuk Naim. Hmm... padan dengan muka, bisik hatinya. Beria-ia sangat nak bercinta dengan Naim. Dah adalah tu, hatinya terus menggumam sendiri.

Untuk apa Sengaja dia menyoal sebagai tidak tahu apa-apa.

Wafa menarik nafasnya dalam-dalam. Ada rasa sedikit lega. Nampaknya Hakimi tidak memberitahu tujuan kedatangannya dahulu ke rumah wanita itu di Shah Alam.

Wafa dah mengandung anak dia.

Apa! Spontan wanita itu berdiri memandang Wafa. Walaupun dia dapat mengagak tetapi pengakuan Wafa sendiri benar-benar membuat dia terkejut.

Wafa senyap.

Berapa bulan bergetar suaranya.

Dua bulan

Apa! Bagai hendak tercabut jantungnya. Dua bulan, ini bermakna ia sudah terjadi sebelum mereka balik ke Malaysia. Fikirannya mula menyingkap beberapa kenangan di Doha tidak lama dulu. Dadanya kembali berdebar-debar.

Umi...

Kenapa Wafa buat macam ni Rasa tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya.

Wafa tidak membalas. Tidak tahu apa yang patut dijawabnya. Dia terlalu mengikut nafsunya dan terpedaya dengan kata-kata Naim. Benarlah seperti yang dikatakan oleh Hakimi. Naim berkawan bukan untuk menjadikannya isteri tetapi sekadar suka-suka sahaja.

Ya Allah Ya Tuhanku... Wafa, Wafa.

Dia mengeluh sambil melangkah ke tingkap bilik itu memandang keluar. Mujurlah gadis itu tidak menjadi menantunya. Kalau tidak Hakimi dapat gadis yang sudah tidak punya harga diri.

Mama tahu pasal ni Puan Hanim menoleh memandang Wafa.

Wafa menggeleng beberapa kali. Tak. Puan Hanim menarik nafas dalam-dalam.

Umi... tolonglah pujuk Naim sebelum dia beritahu pada Hakimi hal sebenar. Wafa tak sanggup!

Hal sebenar Hal apa Dadanya sudah berdebardebar.

Wafa memandang Puan Hanim. Matanya sudah berkaca.

Naim sukakan Arissa... gadis itu mula menangis. Dia dengan Arissa dah... ayat itu tidak dapat disudahkan.

Bulat mata Puan Hanim.

Sudah apa! pekik Puan Hanim tidak sabar hendak mendengar ayat-ayat itu dihabiskan oleh Wafa.

Umi tahu apa maksud Wafa! Naim kata dia akan buat pengakuan pada Hakimi nanti dan mahu Hakimi lepaskan Arissa! Dia sanggup ambil Arissa sebagai isteri! Wafa pula bersuara lantang memberitahu apa yang telah diberitahu Naim kepadanya. Bagai hendak pecah dadanya mendengar pengakuan Naim dua hari lepas.

Ternganga Puan Hanim lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa yang didudukinya tadi. Lama dia memandang dinding bilik itu. Rasa berpinar-pinar pandangannya. Betul ke

Wafa tak tahu... tapi tolonglah Wafa Umi. Pujuk Naim, rayu Wafa.

Puan Hanim senyap. Lama dia memandang Wafa yang sedang menangis. Nafas ditarik dalam-dalam.

Baik... Umi boleh tolong Wafa. Tapi ada syarat!

Apa syaratnya Wafa mengesat air matanya. Ada rasa lega sebaik mendengar permintaan Puan Hanim.

Puan Hanim senyum mendengar persetujuan secara tak langsung dari Wafa.

KETIKA dia keluar dari kafe bersama Chef Shakir tadi dia melihat Puan Hanim melangkah laju menuju ke lif. Tidak pasti sama ada wanita itu ke lif Penthouse mereka atau lif ke pejabatnya. Tidak sempat dia menyapa, Chef Shakir mengajaknya masuk ke pejabat lelaki yang terletak di belakang dapur hotel.

Selepas hampir setengah jam berbincang tentang menu untuk majlis resepsinya dan Arissa, Hakimi kembali menjenguk ke ruang legar itu. Liar matanya mengitari kawasan luas itu mencari Puan Hanim yang berkemungkinan berada di situ. Akhirnya dia melangkah menghampiri reception counter.

Awak nampak Umi saya lalu sini tadi tak Dia menyoal gadis yang sedang berdiri di hadapan kaunter itu. Matanya tidak silap melihat sekejap tadi. Memang Puan Hanim tadi.

Aah... rasanya dia ke bilik Cik Wafa. Haa Terkejut Hakimi.

Buat apa perempuan tu datang ke sini Hatinya sudah rasa tidak enak dengan kehadiran Wafa di situ. Mesti ada apa-apa. Dia memandang gadis yang tegak berdiri memandangnya dan masih berkira-kira hendak bertanyakan bilik Wafa.

Ahh... biarlah, desisnya sendiri.

Hakimi sudah bercekak pinggang sambil menjeling jam di pergelangan tangan. Dah pukul 3.55 petang. Entah apalah yang dibuat oleh Arissa di Langkawi. Berkoyan-koyan dia berpesan kepada isterinya dan Encik Razali pagi tadi.

Mereka menaiki feri dari sini pukul 8.30 pagi tadi. Arissa akan pulang dari sana dengan menaiki feri pukul 5.15 petang. Pasti dalam pukul 8.00 malam isterinya itu baru sampai.

Cepat-cepat Hakimi mengeluarkan telefon bimbitnya. Nak call Bad buat apa. Dia ke Langkawi mengikut Encik Razali. Bimbang dengan kesihatan lelaki itu, dia meminta Badrul menemani Walidnya ke sana. Arissa pula akan balik petang ni memandangkan esok isterinya punya temu janji. Baru hendak menghubungi Arissa, telefon bimbitnya berbunyi.

Sengih Hakimi.

Hello sayang

Assalammualaikum.

Lebar sengih Hakimi lalu berdiri di dinding berhampiran kaunter sambil memandang orang keluar dan masuk di pintu lobi.

Waalaikumussalam, jawabnya.

Dah makan

Dah tapi tak kenyang. Suara Hakimi mula bernada manja dan merengek.

Abang makan apa Kayu Arissa pula ketawa di sebelah sana.

Amboi, sedapnya dia cakap. Kita kat sini rindu kat dia... dia kat sana buat tak tahu.

Alah... kejap lagi Ris baliklah.

Macam mana ni sayang. Takkan sayang kat sana. Abang di sini. Matilah abang. Menangis abang tiap-tiap malam tau. Tak sanggup nak tidur sorang-sorang. Hakimi kembali merengek.

Pening kepalanya memikirkan perkara itu. Rasa menyesal membenarkan Arissa bekerja semula tetapi nak tolak dia sudah bersetuju di hadapan Encik Razali dahulu. Serba salah dia dibuatnya. Masakan Arissa hendak disuruh berulang alik dari sini ke Langkawi setiap hari. Isterinya sedang mengandung pula tu.

Kena bincang dengan tuan pengarah balik nantilah...

Hakimi sudah ketawa mendengar usikan si isteri. Nakalnya Arissa. Terasa semakin rindu dia terhadap Arissa. Bagaimana kalau mereka terpaksa berpisah begini Dia di Pulau Pinang dan Arissa di Pulau Langkawi Mahu dia berenang ke Pulau Langkawi setiap hari.

Sayang tahukan abang tak boleh jauh dengan isteri abang tu. Tidur kena peluk-peluk isteri abang. Arissa ketawa kuat di sebelah sana.

Kalau boleh abang nak isteri abang duduk di rumah je. Insya-Allah abang akan bagi segala

keperluan sayang dan anak kita nanti.

Dulu abang bagi Ris kerja.

Itu dulu. Ini sekarang dan hari ni. Ya, dia lebih suka Arissa tidak bekerja. Bila dia pulang dari bekerja Arissa sudah menunggunya di muka pintu dengan senyuman lebar. Tambahan Arissa sedang mengandung, lagilah dia teruja.

Nanti kita bincang dengan Walid ya.

Kalau sayang... nak kerja atau tak Sengaja hendak menduga isterinya.

Tentulah ikut apa yang abang cakap. Tapi kesian pula tengok Walid.

Nampak Arissa juga serba salah. Apatah lagi dirinya. Kasihan isterinya.

Yalah... nanti kita bincang dengan Walid.

Okeylah. Ris ada hal ni. Encik Ariff dan Encik Johan dah dapat rumah kat Padang Mat Sirat. Sekarang tengah cari rumah untuk kelamin. Arissa bercerita di sebelah sana.

Untuk siapa

Untuk Walid, Encik Kamarul dan Ris. Arissa ketawa di sebelah sana.

Hakimi senyap. Rasa seperti Arissa akan meninggalkannya. Sedih sungguh.

Okeylah, jangan lupa ambik Ris kat jeti, ya.

Ya. Jangan bimbang sayang... mestilah abang ambik. Kalau ikutkan mahu sahaja dia terbang ke Pulau Langkawi sekarang juga.

Okey. Terima kasih... Assalammualaikum.

Waalaikumussalam.

Lama dia memandang telefon bimbitnya selepas talian diputuskan. Rasa tak sabar nak tunggu pukul

8.00 malam. Hakimi melangkah menuju ke lif lalu menekan butang untuk naik ke pejabatnya.

Mak Cik masak apa ya Arissa memandang Hakimi yang sedang memandu.

Entahlah... abang pun belum makan lagi. Tunggu sayang. Nak makan sama. Sengaja dia mengosongkan perut untuk makan bersama isterinya nanti.

Arissa sengih. Payah betul kalau macam ni, bisiknya sendiri.

Betul ke ni usik Arissa.

Betullah sayang. Dengar perut abang ni. Hakimi menunjuk ke perutnya yang sedang berbunyi.

Hmm... bunyi keroncong untuk Arissa. Arissa ketawa.

Hakimi menyambut tawa isterinya. Nakal sungguh isterinya mengusik begitu.

Umi dah makan

Hakimi memandang sejenak Arissa kemudian kembali memandang ke jalan.

Mesti tanya Umi. Abang dia tak tanya pun tadi tau! Sekali lagi Hakimi menjeling Arissa. Yalah, dah anak saudara dan emak saudara.

Umi tu kan ibu abang juga.

Hakimi senyum. Tangan Arissa dicapainya. Rasa rindu nak ramas-ramas tangan isterinya.

Walid ada cakap apa-apa tak

Cakap apa Arissa memandang semula Hakimi di sebelahnya.

Yalah... kut-kut dia ada cerita tentang Umi, diri dia ke Sengaja dia hendak mengorek daripada Arissa. Sampai bila Walidnya hendak menyimpan rahsia hubungan mereka dan Arissa.

Tak ada. Lagipun sibuk sikit. Mungkin Walid lama

kat sana. Ada pula pak menteri nak datang melawat tapak projek empat hari lagi. Lepas tu kawan Uncle Zizan pun nak datang, menteri apa entah. Tapi sajasaja nak jenguk projek tu bukan lawatan rasmi pun. Terlanjur dia ada perasmian apa entah kat Pekan Kuah nanti, jelas Arissa. Nampaknya dia akan sentiasa berulang alik ke Pulau Langkawi seminggu dua ni.

Hakimi memandang Arissa. Perkara macam nilah yang buat dia bimbang. Nak tegah, isterinya bekerja dengan Walidnya. Semakin pening dan pusing dia memikirkannya.

Sibuklah sayang seminggu dua ni ya

Hmm... kena ulang alik ke Langkawi. Arissa mengeluh panjang.

Penat Hakimi terus memegang erat tangan isterinya sambil tangan kanan kejap memegang stereng kenderaan pacuan empat rodanya.

Boleh tahan.

Tak apa... balik ni rehat-rehat. Esok kalau nak datang lambat pun tak apa kan Sayang bawa kereta ni. Abang bawa kereta company.

Tengok macam mana.

Hakimi memandang Arissa sejenak yang tidak memandangnya.

Bila kita nak pergi jumpa gyne ni Sayang nak hospital mana

Lepas majlis resepsi boleh

Laa... abang lupa. Esok kita kena pergi tengok satu baju lagi. Hari tu dia call. Tiba-tiba dia teringat akan janjinya dengan butik pengantin tempat mereka menyewa baju dan yang akan mengendalikan majlis resepsi mereka nanti.

Baju Baju mana lagi Setahu Arissa baju songket ungu pilihan Hakimi tulah yang akan mereka pakai nanti.

Hakimi sengih.

Abang nak jadi mat salih. Nak pakai tuxedo. Sayang nanti pakai baju putih. Nanti pilihlah mana yang sayang berkenan ya. Esok tau! Pergi lepas pejabat. Nanti abang call dia esok. Kali ini dia pula yang membuat temu janji dengan butik tempat mereka menyewa baju songket ungu sebelumnya.

Tiba-tiba dia rasa tidak sabar hendak meraikan majlis resepsinya sendiri. Dia memandang Arissa dengan senyuman. Tak sangka, yang isterinya kekal bertudung sehingga kini.

Alhamdulillah, bisiknya sendiri.

Kenapa Arissa memandang Hakimi. Mujurlah ketika mereka sedang berhenti di hadapan lampu isyarat.

Isteri abang ni memang cantik.

Terima kasih.

Gedik.

Arissa menjeling dengan senyuman.

Puji tak ikhlas. Menyampah! Dia menjelir lidahnya ke arah Hakimi.

Karang lidah tu kena belit jugalah! Lebar sengih Hakimi.

Apa abang ni! Dah jalan. Tu dah hijau! suruh Arissa menuding jari kepada lampu isyarat di hadapan.

Hakimi senyum lalu menggerakkan keretanya ke jalan menuju ke rumah mereka.