MY DARLING ANGEL - 53
APA KHABAR uncle Sapa Brian sopan sambil menghulur tangan untuk bersalaman

dengan Encik Yusuf.

Alhamdulillah, baik. Kamu sihat Dari mana ni

Saya dari rumah. Eh, aunty mana uncle dan aunty dan makan

Aunty temankan Haziq ke toilet. Belum lagi, tengah tunggu aunty. Kamu dah makan ke Kalau belum bolehlah kita makan sama-sama sekali.

Saya dah makan sebelum ke sini tadi uncle. Tapi, saya ada bawakan pizza untuk uncle dan aunty.

Lah, susahkan kamu pula.

Tak ada susah mana pun uncle. Dekat rumah tadi saya tak ada nak buat apa. Saja buatkan piza untuk uncle dan aunty sebab saya dah agak yang uncle dan aunty mesti tak makan lagi.

Eh, Bunyamin Bila sampai Datang dengan siapa

Saya baru je sampai aunty, datang seorang je.

Papa!! Yeah! papa datang! Haziq terus melompat ke arah Brian. Belum sempat Brian duduk, Haziq sudah pun berada di ribaan papanya.

Hai Haziq sayang. Kiss papa.

Haziq seronok sangat tengok papa datang.

Brian tersenyum lebar. Puan Rahayu dan Encik Yusuf saling bertukar-tukar senyuman melihat gelagat cucu kesayangan mereka yang amat rapat dan manja dengan Brian. Mungkin dalam kepala Encik Yusuf suami isteri, tindakan mereka menjodohkan Elzaara dengan Brian adalah suatu tindakan yang tepat kerana mereka dapat melihat betapa gembira dan bahagianya Haziq dan Brian sehinggakan Haziq tanpa segan silu menggelarkan Brian sebagai papa. Cuma yang merisaukan mereka adalah sikap Elzaara yang masih lagi berkeras hati dan tidak mahu menerima hakikat walhal dia sendiri bersetuju untuk bertunang dulu.

Bunyamin, uncle dan aunty nak ke kafe sekejap. Boleh kamu jagakan Elzaara sekejap

Boleh uncle. Tak ada masalah. Uncle dan aunty pergilah makan dulu. Saya boleh jagakan Elzaara. Ni, pizza saya bawa tadi.

Eh, tak apalah. Tinggal dekat sini je pizza tu. Aunty dengan uncle makan nasi je dekat Kafe. Nanti kamu boleh makan sambil jagakan El.

Haziq, nak ikut atuk dengan nenek makan dekat Kafe tak Ke nak tinggal dekat sini jaga Acu

Haziq nak duduk sini, nak jaga Acu. Haziq nak temankan papa. Bolehkan atuk

Okey tapi jangan nakal-nakal boleh

Yeaa!! Boleh-boleh. Haziq janji Haziq takkan nakal-nakal.

Okey.

Haziq nak makan apa Nanti nenek belikan makanan Haziq. Soal Puan Rahayu.

Haziq nak makan pizza yang papa bawa boleh tak Nek Bolehkan pa wajah Encik Yusuf dan Brian dipandang bersilih ganti meminta kepastian.

Okey. Ingat tau, Haziq jangan nakal-nakal. Dengar cakap papa okey

Okey Nek!

Encik Yusuf dan Puan Rahayu keluar dari bilik wad Elzaara dan meninggalkan Haziq bersama Brian yang menemani Elzaara yang sedang tidur lena. Brian seronok melayan kerenah anak terunanya yang sudah lama tidak ditemui. Seperti biasa, apabila Brian berjumpa dengan Haziq, pasti satu bar coklat Cadbury besar disuakan kepada Haziq. Haziq yang amat menyukai coklat Cadbury melompat keriangan kerana papanya masih mengingati dan membawa coklat kegemarannya.

Pa, nak tau tak dekat sekolah kan Haziq dapat nombor satu. Nanti kan, hari gradubasi Haziq papa datang tak

Brian tersenyum, Bukan gradubasilah, sayang. Tapi, graduasi... Tahniah, papa tak sangka yang anak papa ni pandai dekat sekolah. So, Haziq nak papa belikan hadiah apa

Haziq nak papa kahwin dengan Acu. Nanti papa boleh tinggal dengan Haziq, dengan Acu, dengan semua orang. Tak adalah Haziq rindu nak jumpa papa lagi. Haziq nak jumpa papa pun susah. Acu tak nak bawa Haziq jumpa papa.

Mendengarkan permintaan Haziq, hati Brian menjadi luluh. Dia sendiri tidak pasti adakah akan terwujud impian si kecil itu. Agak mustahil untuk dia menunaikan impian Haziq kerana waktu sekarang hubungan dia dan Elzaara masih belum ada tandatanda untuk pulih.

Dia masih lagi dalam proses untuk merebut hati dan menyemai rasa cinta terhadap Elzaara. Demi Haziq, dia akan cuba untuk memenuhi impian Haziq dan dia akan terus memenangi hati Elzaara walaupun nyawa adalah sebagai gantinya. Dia tidak sanggup untuk menghampakan permintaan Haziq kerana dia amat menyayangi Haziq seperti anaknya sendiri.

Pa...

Haziq menggoncangkan lengan Brian apabila melihat Papanya seperti tenggelam dalam dunia khayalannya.

Ya, ya... Sorry sayang. Kenapa sayang

Papa dengar tak Haziq cakap apa tadi

Haziq cakap pasal hari graduasi Haziq. Tadi kan papa tanya Haziq nak hadiah apa.

Haziq sudah mula muncung. Haziq menyangKakan papanya mendengar apa yang dia minta sebagai hadiah tetapi rupanya papanya sudah mengelamun entah ke mana. Entah apa yang difikirkan oleh papanya pun Haziq tak tahu.

AIRRR... aaa..iii..rrr... Tiba-tiba kedengaran suara Elzaara yang serak meminta air.

Matanya masih lagi terpejam, tetapi tangannya mengagau cuba untuk mencapai cawan.

Brian segera mencapai bekas air lalu menuangkan air ke dalam cawan. Dihulurkan cawan kepada Haziq manakala dia cuba memperbetulkan posisi Elzaara supaya dia selesa bersandar di kepala katil.

Brian menyuakan cawan yang berisi air putih ke bibir merekah Elzaara dan dengan rakus Elzaara menyisip air putih tersebut. Setelah tekak Elzaara yang kering dibasahkan, Brian dengan perlahan melepaskan pelukannya daripada badan Elzaara. Brian berlalu menuju ke bilik air di hujung bilik. Elzaara membuka matanya perlahan-lahan dan bibirnya tersenyum melihat wajah Haziq di depan mata.

Haziq dah lama sampai Haziq dengan siapa

Haziq dengan atuk dengan nenek, tapi atuk dengan nenek pergi makan.

Kenapa Haziq tak ikut atuk dengan nenek pergi makan Ni Haziq tinggal dengan siapa Matanya melilau mencari kelibat ibu dan ayahnya.

Dengan papa.

Papa

Dahi Elzaara berkerut mendengar sepatah kata yang baru diucapkan oleh Haziq sebentar tadi. Papa manakah yang dimaksudkan oleh Haziq sebentar tadi Ahhh, tak mungkin jantan keparat tu dah bebas dan datang jumpa dengan Haziq. Tak! Aku takkan benarkan.

Haziq, meh dekat Acu. Haziq dengar cakap Acu okey. Haziq jangan bercakap dengan orang yang Haziq tak kenal tau. Haziq jangan ikut orang sembarangan tau. Kalau ada apa-apa Haziq cepat-cepat bagi tahu

Acu ke atuk ke nenek ke. Janji dengan Acu ya sayang

Elzaara sudah ketakutan. Dia amat takut kalaukalau bekas suami arwah Kakak kesayangannya mahu merebut Haziq daripada tangannya. Itulah satu-satunya harta peninggalan arwah Kakaknya dan Haziq merupakan penyambung rindu antaranya dengan arwah.

Hello makcik! Aku dengar kau masuk hutan tapi accident, apa kes Skill renjer kau dah tumpul ke.

Kemunculan Lyn yang secara tiba-tiba terus saja memeranjatkan Elzaara. Hampir sahaja Elzaara tergolek jatuh daripada katil, tapi mujurlah pelukannya yang kemas di badan Haziq menyelamatkannya daripada jatuh. Riuh seketika ruang bilik wad Elzaara dengan suara becok Lyn.

Bila kau balik Lyn Aku rindu dekat kau. Sampai hati kau kan nak balik tak bagitahu. Sedih tau. Elzaara menayangkan mimik monyok. Dengan kepulangan Lyn, sedikit sebanyak dia dapat melupakan apa yang berlaku baru-baru ni.

Eleh nak sedih apanya. Bukan ke kau dah ada tunang Ajaklah tunang kau tu dating. Oh lupa pula, nak dating macam mana, kau kan masuk hospital,. Huh! rengus Elzaara.

Eh, Mak Long dengan Pak Long mana

Atuk dengan nenek pergi makan kejap. Acik Lyn datang dengan siapa Acik Lisa tak datang sekali ke Si kecil menyampuk perbualan kedua Acu dan Aciknya.

Taklah sayang. Acik Lisa ada hal tu yang dia tak dapat datang. Oh ya, aku lupa. Kak Lisa kirim salam dekat kau.

Waalaikumussalam. Elzaara merengus.

Kasar saja nada Elzaara menjawab kiriman salam Lisa. Riak wajahnya juga berubah serta merta.

Apa kes ni Macam-macam cerita aku dengar kebelakangan ni. Apasal kau gaduh dengan Kak Lisa

Dia yang bagi tahu kau ke

Hmmm... Aku just dengar-dengar gitu je. Kau ceritalah apa kesnya.

Malaslah. Nanti bertambah sakit hati aku je. Yang kau ni bila balik Semenanjung

Semalam. Tapi, aku balik ni pun sekejap je. Ada urusan penting yang nak diuruskan. Tu yang hari ni aku datang melawat kau. Tapi, sorrylah aku tak sempat nak bawa buah tangan. Eh, aku nak tanya kau sesuatu ni tapi kau jangan marah pula ye.

Apa dia

Betul ke tunang kau tu Brian Kawan baik Kak Lisa yang dekat London tu

Elzaara hanya membatu saja. Mengiakan pun tidak, menidakkan pun bukan. Menyebut saja soal tunang, hatinya meluap-luap, mendidih mengenangkan apa yang berlaku baru-baru ni. Kalau diikutkan hatinya, ingin saja dia putarkan kembali masa ke waktu dulu agar dia tidak terikat dalam ikatan itu. Kalau dia ambil tahu siapakah calon tunangnya dulu, mati hidup semula pun takkan dia terima pinangan itu.

El... Betul ke

Lambat-lambat Elzaara mengangguk. Wajahnya terus keruh.

Tapi, bukan ke...

Lyn, aku minta maaf. Aku tak berniat pun nak bertunang dengan dia. Aku tak tau pun yang dia tu calon tunang aku. Sungguh Lyn, aku tak ada niat nak tikam kau dari belakang. Aku betul-betul tak tahu hal ni. Kau percaya cakap aku kan Aku tak terlintas langsung nak rampas dia daripada kau. Aku tahu kau suka dekat dia. Kalau aku tahu dia yang hantar rombongan meminang dulu, sumpah aku takkan

terima pinangan dia. Sumpah Lyn!

El, apa yang kau merepek ni

Lyn, betul! Aku tak tau apa-apa pasal ni. Ni semua Kakak kau punya rancangan. Dia yang plan semua ni. Dia berpakat dengan semua orang nak kenakan aku. Kalau aku tau dia yang masuk meminang aku dulu mentah-mentah aku tolak. Kau tau kan aku dengan dia macam mana. Aku lebih sayangkan kau. Kau jangan marahkan aku ya

Beria-ia Elzaara menjelaskan perkara sebenar agar Lyn tidak menganggapnya sebagai musuh dalam selimut. Dia tidak mahu ada kesalahfahaman di antara mereka berdua. Baginya, Lisalah punca segala-galanya hingga dunia mereka semua menjadi haru-biru.