Aku sedang lepak tak pakai baju sambil tonton cerita HOUSE. Air teh panas yang Mat Dan bancuh, aku teguk sikit-sikit. Kalau aku redah minum laju-laju orang kata aku mutant pula. Sambil aku layan HOUSE dengan berbaring mengiring, jari aku pantas menaip pesanan ringkas kepada makwe aku. Aku tengah sibuk buat kerja opis. Malam ni tak payah mesej aku.
Mat Shah, rakan kongsi rumah aku selama dua bulan juga melepak bersama aku di depan tv. Beliau hanya membaca surat khabar. Mencari kerja yang lagi baik agaknya. Aku tak berapa suka cerita HOUSE, tapi itu sahaja cerita yang masuk dek akal. Cerita saluran lain lebih berat ke hiburan. Serupa gampang! Tak membina jati diri aku langsung.
Aku tak pasti apa penipuan yang si Mat Shah ni baca di dada akhbar. Dia mula mengomel sorang-sorang secara perlahan. Desibel suara beliau rendah dan kedengaran seperti beliau sedang bermonolog. Apa la nak dibebel dengan penipuan akhbar. Akhbar dengan penipuan kan macam saudara mara. Mereka akrab. Aku sempat getus komen sendiri dalam hati. Tangan kanan aku buat tongkat kepala, kaki bersilang. Aku gerak-gerakkan kaki tanda menikmati rehat yang aman.
Kau rasa kalau nak kahwin belanja dia berapa ha Mat Shah bersuara dengan nada pertanyaan. Aku jeling kiri kanan. Cilakak takde orang. Soalan untuk aku rupanya. Tanpa bereaksi, aku jawab tenang Aku rasa cincai-cincai makwe Kokdiang pun tak lari tujuh ribu. Campur kenduri puk pak puk pak lekatlah dua puluh ribu.
Mat Shah kembali bermonolog. Entah apa benda aku tak berapa dengar. Mungkin merungut sebab angka dua puluh ribu yang aku sebut tadi baru aras budak Kokdiang. Kalau makwe Kuala Lumpur Anak Datuk pula Apa cerita
Kau rasa kalau makwe yang agama-agama tu mahal tak Lagi sekali soalan jenis kau rasa dia kasi kat aku.
Aku pun jawab lagi ikut sedap rasa aku, bukan kira agama ke tak agama Mat Shah. Memang market price kahwin macam tu. Payah kau nak discount ni.
Kau rasa ada tak makwe yang hantaran dua tiga ribu sahaja Kenduri pun buat ala kadar saja. Ada tak Mat Shah tak putus asa minta aku sokong benda merepek yang mengganggu fikiran waras dia.
Aku tak sampai hati nak biadab dengan kawan serumah. Lalu aku jawab lagi dengan cara yang lebih objektif. Harga kucing kat pet shop pun makan empat lima ribu Mat Shah. Inikan pula harga manusia. Paling koman pun keluarga dia mesti letak tujuh lapan ribu punya.
Aku jelaskan pula dari aspek perbandingan. Bagi nampak bijak sikit. Mat Shah masih lagi tak puas hati. Benda merepek dalam kepala dia dah makin menjadi-jadi.
Kau rasa, kalau aku nak cari juga yang kos kahwn paling rendah macam mana ha
Aku tarik nafas perlahan. Kipas dah pasang 5 pun aku rasa tak cukup lagi nak sejukkan badan aku yang jadi panas tiba-tiba. Aku cuba juga
Berbual Separa Merepek
cari jawapan untuk puaskan nafsu merepek si Mat Shah. Cerita HOUSE yang aku cuba hayati dah jadi tak tentu hujung pangkal. Kali ni aku gunakan otak untuk berfikir mencari jawapan lebih logik.
Macam ni lah Mat Shah. Esok kau ikut aku. Kita pergi cari makwe kat rumah anak yatim dekat kawasan Gombak. Aku rasa kalau anak yatim mesti hantaran tak mahal. Dapat cari makwe yatim piatu lagi terbaik. Silap-silap kau dapat kahwin free. Apa macam Ada berani
Akhirnya, dapat juga aku menikmati HOUSE disaat saat Dr House menjumpai punca penyakit si pesakit ketika semua doktor tidak mempercayai diagnosis beliau. Ini pun lagi satu merepek! Aku teguk teh panas laju-laju walaupun kerongkong rasa pilu.