PEREMPUAN-PEREMPUAN MERBAHAYA - 53
Tuhan sedang berduka siapa mencuri senyum Tuhan. keringat Tuhan luruh dari langit lalu ku cium masin keringat Tuhan di pundak baunya seperti aroma syurga yang dahaga. Tuhan meruap sunyi Tuhan mahu perhatian. Namun bila ku menjengah langit. langit itu sifar tiada penampakkan. Aku mungkin telah kehilangan Tuhan sedang Tuhan telah lama kehilanganku.