Sebelum jawab aku tanyakan kembali, Kenapa dia tak ambil Takaful masa tengah sihat
Kawan aku mula berhujah,
Sepatutnya, Takaful kena terima lah kes macam ni, orang nak pakai Takaful ni untuk cover sakit, lagipun dia bayar, bukan apply nak free. Takaful ni pun satu hal, orang yang nak ke dia, dia pula tolak. Time dia sihat rugi lah ambil.
Aku tersenyum lalu aku katakan begini, Inilah fenomena timbal balik dalam susun atur kehidupan. Masa Takaful bersusah payah telefon hendak berjumpa, maka ramai yang letak gagang dan memalingkan muka. Sekarang, bila dah ada penyakit, barulah nak mencari Takaful, maka aku kira adillah Takaful pula bertindak memalingkan muka kepada kumpulan ini
Kawan aku cepat memintas,
Takaful ni berwajah baik. Berwajah membantu, berwajah mulia. Maka maafkanlah mereka. Kenapa perlu menolak sedang mereka mahu kembali, Kenapa perlu berdendam dan tidak memaafkan
Aku tarik nafas perlahan. Lalu aku bicarakan lagi, Kalau semua tingkah laku, atur cara, kemaafan dan keampunan semudah yang kau sangka kan, maka beritahu aku kenapa Neraka itu diciptakan