Sa..saya sukakan Encik Filman bukan atas sebab lain, tapi se..sebab Melly. Tergagap-gagap dia mahu menghabiskan kata-katanya. Ya ALLAH! Kenapa saat yang sukar ini kembali lagi
Sebab Melly Filman mengerutkan dahinya.
Danira mengetap bibir. Kepalanya diangguk. Encik Filman ayah kepada anak di taska tempat saya bekerja. Saya tak boleh melepasi batas itu, lagipun saya bukan jenis gadis yang sesuai dengan Encik Filman. Maafkan saya. Danira keluar dari kereta lalu bergegas ke muka pintu.
Filman terpaku. Kelibat gadis itu dipandang sehingga menghilang ke dalam. Dadanya bergetar kali ini. Apakah itu petanda Danira menolaknya Setelah dia menyerahkan hatinya buat gadis itu dan kini dia terpaksa berhadapan dengan kekecewaaan buat kali kedua. Kenapa nasibnya begitu malang Kerut muram mula berganti di wajahnya, menunjukkan sekeping hatinya yang terluka malam ini.
******
Dia mengintai di sebalik tirai, memerhatikan ke arah kereta Filman yang belum beredar. Beberapa minit kemudian, kereta lelaki itu mula bergerak perlahan-lahan meninggalkan Sissy Kindergarden. Danira menarik nafas panjang. Gelodak resahnya tidak mahu hilang, berbaur dengan penyesalan yang tak berpenghujung. Dia tahu kata-katanya mengecewakan lelaki itu. Malah dia melihat raut wajah Filman berubah sejurus dia melafazkan kata-katanya.
Bukan niatnya mahu mengecewakan lelaki itu. Tidak pernah terlintas pun! Hanya setiap kali apabila dia terfikirkan situasi dirinya, dia tidak nampak di mana rasionalnya dia duduk di sisi Filman.
Filman tu baik orangnya Nira. Masih muda, tampan dan berpendidikan tinggi pulak tu. Sayangnya dia menduda terlalu awal. Cerita Kamila beberapa hari yang lalu masih jelas di fikirannya.
Kenapa dia bercerai dengan isterinya Kak Mila Soalnya ingin tahu. Dia pernah mendengar Siti bercerita tentang lelaki itu, tapi hujung pangkal kisah lelaki itu dia langsung tidak faham. Sememangnya dia benar-benar ingin tahu, perempuan manakah yang sanggup menolak lelaki sebaik Filman yang memiliki segala-galanya.
Bekas isteri Filman tu orangnya agak moden. Kalau tak salah kakak, dia pereka fesyen terkenal. Sebab mereka bercerai, kakak pun kurang pasti. Yang kakak tahu, bekas isteri Filman tu tinggalkan dia dan Melly masa umur budak tu dua bulan lagi. Keluh Kamila.
Masya Allah, kenapa jadi macam tu kak Kasihan Melly, kecil-kecil lagi dia dah ditinggalkan ibunya. Dia benar-benar terkejut mendengar cerita Kamila. Tiba-tiba mengalir rasa simpatinya pada Filman.
Orang ni Nira, kalau dia dah tak suka, anak pun dia sanggup tinggal. Kasihan Filman tu kakak tengok. Ke hulu ke hilir menjaga Melly yang masih kecil. Lepas umur Melly 4 tahun, baru Filman bawa budak tu datang ke mari. Bukan tak ada orang boleh mengasuh Melly di rumahnya tu, tapi dia nak Melly membesar macam anak-anak orang lain. Sebenarnya tujuan dia bawa Melly ke taska ni sebab nak suruh Melly tu berkawan. Tidaklah budak tu keseorangan saja di rumah. Jelas Kamila yang bagaikan tahu segala-galanya tentang lelaki itu.
Seterusnya dia hanya menjadi pendengar setia. Setiap kali Kamila menyebut nama Filman di hadapannya, entah kenapa bagaikan ada renjatan arus elektrik yang mengalir ke dasar hatinya. Ternyata, sepanjang malam itu dia menjadi pemuja Filman di bawah naungan celoteh Kamila yang tidak henti-henti. Dia tahu semua cerita Kamila tentang lelaki itu semuanya benar. Dia juga tahu Filman seorang lelaki dan ayah yang baik. Hanya dia yang tidak layak untuk lelaki sebaik itu. Taraf mereka berdua benar-benar jauh berbeza. Itu kenyataan yang tak mampu disangkal lagi.
Danira mengheret kakinya ke arah dapur. Dia harus mencari minuman untuk menghilangkan hausnya. Namun sebaik dia melewati meja makan di dapur, matanya segera terpandang beberapa lauk pauk yang sudah terhidang di atas meja. Bibir Danira segera mengukir senyuman. Hatinya terharu dengan sikap prihatin Kamila menghantar semua lauk pauk ini untuknya.
Di bawah jug yang sudah dibancuh oren, matanya terpandang sekeping kad dan kertas memo kecil. Tangannya segera mencapai kedua-duanya lalu dibaca sepintas lalu. Memo itu dari Kamila yang menyuruhnya menghabiskan semua makanan itu. Kamila juga menyebut tentang kad serta pesanan Evelyn Tan yang memintanya menghubungi Joshua, peguam belanya.
Danira merenung kad kecil di tangannya. Nama Joshua Lee berada di baris kedua selepas Evelyn. Malah dia kenal siapa Evelyn Tan yang dimaksudkan Kamila. Wanita itu rakan Joshua yang sama-sama menerajui Evy & Co.
Apakah Joshua mencari aku Pelbagai persoalan bersarang di fikiran Danira. Dia tidak senang duduk sepanjang malam itu memikirkan tentang lelaki itu. Sudah hampir seminggu dia tidak mendengar khabar berita tentang Joshua yang seolah-olah ghaib begitu sahaja.
bersambung
Bab akan datang:
Mengapa Joshua mencari Danira