JAI termenung di jendela ruang tamu. Sejak Seri kemalangan, mak dan ayah sudah berkampung di rumah mereka di Mutiara Damansara. Sudah dua minggu Seri terlantar di hospital. Alhamdulillah, keadaan Seri bertambah baik. Namun ada sesuatu yang menganggu fikirannya. Ingatan Seri masih tidak sepenuhnya pulih. Masa mula-mula Seri buka mata, nama mama dan papa dia yang disebut dahulu. Lepas tu, dia hanya pandang aku, Acik dan Along silih berganti.
Apa yang Jai menungkan ni
Jai menoleh. Mak dah tercegat di sebelah.
Tak ada la makteringat segala kejadian yang berlaku. Cepat sungguh masa berputar.. Jai senyum hambar.
Tu la..mak pun tak sangka semua ni berlaku. Ingatkan dalam drama tv je. Tak sangka Salina tu sanggup buat macam tu. Mak tengok masa pergi meminang dulu, dia okey je. Mak ayah dia pun macam orang baik-baik. Entahlah Mak melepaskan keluhan panjang.
Jai pun tak sangka mak. Ojie jadi mangsa keadaan. Dari siasatan polis, Salina memang terlibat dalam kes kemalangan tu. Ada saksi yang tampil ke depan. Dia yang jadi orang suruhan Salina. Jai turut melepaskan keluhan.
Sudahlah..itu tandanya Allah nak tunjukkan kebenaran. Alhamdulillah, Jai dan Salina tak jadi nikah. Mak pegang bahu Jai.
Makboleh tak Jai nak nikah gantung dengan Seri Jai nak jaga Seri dengan baik. Bila dah halal, senanglah sikit Jai nak jaga dia. Kalau macam sekarang ni, Jai rasa terhad. Jai tak sanggup kehilangan Seri. Jai menutur perlahan.
Mak faham. Tu la..dulu lagi mak nak Seri tu jadi menantu mak. Nanti mak tanya Datin Rubiha. Mak senyum. Akhirnya Jai mengaku sukakan Seri. Dia berlalu pergi.
Jai menyambung semula melihat sekitar laman rumahnya yang penuh dengan pokok bunga. Fikirannya masih pada Seri. Ah! Dah angau ke apa aku ni
Jai jeling telefon bimbitnya yang berdering kuat di atas katil. Dia melangkah malas ke arah katil. Telefon dicapai perlahan.
Waalaikumussalam. Ya! Dah keluar Baiklah! Jai masukkan telefon bimbit dalam poket seluar jeans. Dia capai kunci kereta dan meluru keluar dari bilik.
Mak! Jai nak ke rumah Acik kejap. Seri dah keluar dari hospital! Jai laung dari ruang tamu. Dia perasan mak berada di dapur tadi, mengemas pinggan mangkuk. Dia terus menuju ke kereta.
KERETA diparkir di laman rumah banglo milik Datuk Kamaruddin. Jai pandang sekitar laman. Kereta Acik ada kat situ. Kereta Honda Accord milik Seri juga ada tersadai di garaj.
Assalamualaikum! Jai jenguk ke ruang tamu.
Waalaikumussalam! Datin Rubiha jenguk ke muka pintu.
Apa khabar makcik Jai senyum.
Baik! Masuklah! Datin Rubiha pelawa Jai masuk ke rumah.
Seri dah balik makcik Jai terus tanya hal Seri.
Datin Rubiha senyum. Dah tak sabar la tu nak jumpa buah hati.
Ada dalam bilik. Masuklah! Datin Rubiha ajak Jai ke bilik Seri.
Errboleh ke Jai serba salah. Ya lah..nak masuk bilik anak dara! Mahunya tak menggelabah!
Boleh! Acik ada sekali!
Jai membuntuti Datin Rubiha ke bilik Seri. Perlahan tombol pintu dipulas. Datin Rubiha menapak semula ke ruang tamu.
Jai! Acik berpaling sebaik terdengar pintu dibuka.
Macam mana Seri Jai teragak-agak menapak ke dalam bilik Seri.
Masuklah!
Jai menapak perlahan ke katil Seri yang dah lena tidur. Dia duduk sebelah Acik. Seri tetap ayu walaupun wajahnya masih kelihatan pucat. Tudung di kepala Seri masih tersarung kemas.
AcikSeri macam mana Sekali lagi Jai bertanya.
Macam tulah! Sekejap dia ingat. Sekejap pulak dia lupa. Tapi yang pasti, dia tiba-tiba pengsan. Dah dua kali dia pengsan. Acik menatap tubuh Seri yang sudah kurus.
Dia ingat kau tak Jai tenung Acik yang masih sugul. Sayang benar Acik pada Seri. Siapa yang tak sayang adik
Entahlahsemalam di hospital, dia macam tak berapa kenal aku. Dia ingat aku ni teman lelaki dia agaknya. Senyum malu pandang kat aku
Acik geleng. Matanya masih menala pada Seri.
Jai terdiam. Entah kenapa dia merasa ada satu perasaan cemburu dalam hati setiap kali Acik dan Seri bersama. Tambah lagi sekarang ni Seri dah lupa siapa orang sekelilingnya.
Errdia ada tanya pasal Ojie tak Jai mula teringat Ojie yang dah pulang ke rahmatullah.
Acik geleng.
Oh Jai tunduk. Memang sah, Seri dah hampir hilang ingatan!
Ma
Acik cepat-cepat pegang tangan Seri. Ucu..abang ni..
Ma mana Suara Seri dah tersekat. Mamai. Agaknya kesan ubat la tu.
Ma ada kat bawah. Ucu nak jumpa ma keAcik dekatkan badannya pada Seri.
Jai hanya memerhati tingkah Acik.
Err..ni siapa Seri pandang Jai dengan muka berkerut.
Ni kawan abang..Jai. Dia bakal suami Ucu, kenal lagi tak Acik pegang tangan Seri dengan kuat. Cuba mencari riak Seri.
Bakal suami Bila Ucu berkawan dengan dia Seri cuba bangun.
Acik cepat-cepat angkat Seri duduk di tepi katil.
Err..Seri sihat Jai beranikan diri bertanya. Sengaja dia nak tahu apa yang Seri akan jawab nanti.
Awak siapa Seri berkerut kening. Dia pandang Jai dengan riak keliru.
Ucuni kan bakal suami Ucu. Kan Ucu cintakan dia. Acik sekali lagi menjelaskan siapa Jai sebenarnya.
Seri tunduk. Dia menekup muka. Sesekali dia pegang kepalanya.
Maaf Jai..Seri masih bingung dengan kejadian tu. Acik peluk Seri yang dah buntu.
Jai menelan liur. Kalaulah aku dah sah jadi suami Seri, nak je aku peluk Seri tu erat-erat!!
Tak apa..aku faham. Aku keluar dulu.. Jai bangun malas. Memang sudah jelas Seri masih belum pulih sepenuhnya.
Jai melangkah ke ruang tamu. Datin Rubiha dan Datuk Kamaruddin sedang berbual di situ. Dia turut duduk di sofa.
Dah tengok Seri Datuk Kamaruddin menoleh ke arah Jai yang dah sugul.
Jai mengangguk lemah.
Jai..makcik harap Jai sabarlah ya. Mungkin makan masa untuk Seri pulih sepenuhnya. Fikirannya masih bercelaru. Sekejap ingat, sekejap tak ingat. Kami ingat nak bawa dia jumpa doktor pakar. Mana tahu ingatannya boleh pulih semula. Datin Rubiha menyeka sisa air mata.
Ya Jai..tadi sebelum keluar dari hospital, doktor ada beritahu kami. Seri tu kemungkinan akan hilang ingatan dalam jangka waktu yang agak lama. Mungkin makan tahun. Datuk Kamaruddin tunduk. Dia sapu kelopak mata. Mata dah merah.
Jai hanya memerhati tingkah Datuk Kamaruddin. Siapa yang tak sayang anak Tambah lagi dah jadi macam ni.
Err..apa kata doktor lagi Seri boleh diubati tak Jai menelan liur. Betapa Seri terpaksa menanggung semua tu.
Menurut doktor, kepala Seri cedera agak teruk yang memerlukan pembedahan hari tu. Bahagian kiri otak Seri ada pendarahan selepas doktor buat imbasan. Sebab tulah Seri tu asyik pening, muntah dan dah dua kali pengsan tapi alhamdulillah, doktor kata Seri tak serius sangat. Ingatan Seri akan pulih. Cuma makan masa sikit. Kalau gegaran di otaknya kuat, mungkin Seri akan hilang ingatan buat selamanya dan mungkin juga akan lumpuh..Kali ni Datuk Kamaruddin kesat air mata yang jatuh.
Sabarlah pakcik, makcik..syukur alhamdulillah, Seri tak teruk sangat. Allah masih sayangkan Seri. Sama-samalah kita berdoa. Jai turut sebak.
Jaimacam mana Datin Rubiha pandang Jai. Masih nak ke Jai kat Seri
Err..macam mana apa makcik Jai dongak.
YalahSeri dah macam tuJai masih nak teruskan niat nak nikah dengan Seri
Makcik, pakcik..saya datang ni pun pasal tu. Maaf kalau apa yang saya nak luahkan ni sedikit kurang sopan. Saya ingat nak nikah dengan Seri secepat mungkin. Nikah gantung dulu pun tak apa. Senang sikit saya nak jaga Seri. Dah tak ada batas hukum. Jai menyuarakan hasrat hati. Dia tunduk.
Err..Jai pasti ke Datuk Kamaruddin dah berkerut kening.
Jai angguk.
Pakcik bukan apa, Seri tu masih tak ingat apa-apa. Pakcik tak nak Jai yang merana nanti. Yalah..dengan keadaan Seri macam tu. Datuk Kamruddin mengeluh.
Pakcik..saya dah bersedia dengan semua tu. Jai mendongak.
Tapi..macam mana dengan pengajian Jai kat UK Datin Rubiha pula mencelah.
Pasal tu..saya akan inform pihak universiti. Saya nak minta tangguh setahun. Bermakna tahun depan baru saya daftar. Jai senyum hambar.
Menyusahkan Jai saja. Makcik dan pakcik tak kisah kalau Jai nak teruskan belajar lepas raya nanti. Kami boleh jaga Seri. Sayanglah Jai tangguh pengajian tu. Masa tu penting. Jai jangan bimbang, Seri tu kami dah reserve untuk Jai. Milik Jai. Datin Rubiha senyum. Sayang benar Jai pada Seri.
Jai tunduk malu. Ya Allahaku ni dah terlebih ke Nampak sangat aku ni kemaruk nakkan Seri tu!
Saya bukan apa. Tiga tahun saya kat sana. Lama tu pakcik, makcik. Apa-apa pun boleh jadi dalam jangka waktu macam tu. Jai menerangkan rasa hati.
Kalau Jai dan Seri dah memang ada jodoh, sejauh mana pun Jai pergi, selama mana pun Jai tak ada kat sini,
Allah tetap akan pelihara jodoh tu. Yakinlah pada Allah. Kalau tak ada jodoh, terimalah dengan hati terbuka dan berlapang dada. Pakcik faham kalau Jai jumpa orang yang lebih baik dari Seri. Pakcik tak marah. Itu hak Jai. Kalau ditakdirkan Seri masih seperti sekarang ni tiga tahun lagi, Jai nak ke terima Seri Datuk Kamaruddin pandang Jai yang dah tunduk semula.
Pakcik..sebab tulah saya nak ikat Seri jadi hak saya. Jadi isteri saya. Mata Jai dah layu. Ikut hati, hari ni jugak aku nak nikah dengan Seri tu!
Masing-masing diam seketika. Melayan perasaan sendiri.
Macam nilahnanti pakcik dan makcik bincang dulu. Semua ni pun bergantung pada Seri jugak. Dia yang nak nikah. Kalau tengok keadaan Seri tu, makcik bimbang dia akan tolak Jai nanti. Dia macam tak ingat siapa Jai. Acik pun kadang kala dia ingat, kadang-kadang dia lupa. Datin Rubiha menenangkan perasaan Jai.
Saya faham makcik. Saya akan tunggu Seri sampai bila-bila. Jai tunduk semula. Ya Allahberat sungguh ujian Mu.
Bincang apa
Serentak mereka berpaling. Acik dah menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu. Dia duduk sebelah Jai.
Jai nak melamar Seri secepat mungkin. Datin Rubiha pandang Acik.
Ya Bila Acik pandang pula Jai.
Kalau boleh sebelum raya.... Jai menoleh ke arah Acik.
Kau sanggup ke Acik berkerut kening.
Maksud kau
Ya la..Seri tu kan sekejap ingat, sekejap lupa. Kau pun dia tak kenal. Kau sanggup terima Seri dalam keadaan macam tu Acik menelan liur.
Aku sanggup. Yang aku tak sanggup..aku akan kehilangan Seri nanti. Aku nak Seri jadi isteri aku yang sah. Jai berterus terang.
Ma, pa..Acik nak keluar kejap. Jai jom! Acik bingkas bangun.
Kau nak ke mana Jai turut bangun.
Ikut je lah!
Acik, Jai, nanti jangan lupa balik buka puasa kat rumah! Datin Rubiha turut bangun dan mengekori Jai dan Acik ke laman.
Insya Allah makcik. Jai senyum sambil minta diri.
ACIK parkir kereta di laman rumah bujang mereka dulu. Jai pandang Acik yang terjenguk-jenguk ke arah rumah.
Kau buat apa kat sini
Aku dah janji dengan Koci. Tadi dia call aku nak jumpa. Kebetulan kau ada kat rumah aku, aku ajaklah kau sekali. Acik panjangkan leher melihat kelibat Koci.
Koci ada kat rumah ke Senyap je! Pintu pun macam kunci je tu! Jai buka pintu kereta. Dia menapak ke arah pintu rumah.
Assalamualaikum!
Pintu dibuka perlahan. Terjongol Koci di muka pintu.
Waalaikumussalam. Eh! Jai pun ada Koci senyum. Dia kunci pintu dan mengekori Acik dan Jai masuk ke dalam perut kereta.
Kereta BMW milik Acik dipandu laju meninggalkan perkarangan rumah Koci menuju ke destinasi yang telah dijanjikan.
Err..korang ni nak ke mana sebenarnya Jai masih terpinga-pinga. Ohdulu bukan main lagi bertiga, sekarang ni macam nak pinggirkan aku je!
Okeydah sampai! Acik sengih.
Jai dongak ke arah sebuah bangunan. Penjara
Weh! Korang nak buat apa kat sini Jai pandang kiri kanan.
Nak jumpa janda Koci! Acik jeling Jai yang masih tercengang.
Apa Maksud kauSalina tu dah kena penjara ke Jai menelan liur.
Koci angguk.
Err..korang ni biar betul! Nak ke Salina jumpa kita Jai garu kepala. Dahinya dah berkerut-kerut.
Nak ke tak nak ke, dia kena jumpa jugak. Aku nak dia cerita segala-galanya! Koci ketap bibir.
Mereka bertiga mula melangkah ke ruang menunggu. Seketika kemudian, nama Koci dipanggil.
Kami beri masa sepuluh minit saja. Seorang pegawai polis perempuan memberitahu Koci.
Koci mengangguk tanda faham.
Jai dan Acik turut berada di sebelah Koci. Salina mula menapak ke arah mereka. Muka Salina dah cengkung.
Gagang telefon diangkat.
Awak apa khabar Koci mulakan bicara.
Awak nak apa Lemah suara Salina.
Jai menelan liur. Wajah Salina sudah lain. Pucat dan tak bermaya.
Saya nak tahu, kenapa awak sanggup buat semua ni Koci tenung Salina yang dah tunduk.
Saya tahu saya dah buat banyak dosa. Saya bersalah dengan Ojie. Tak sangka dia dedahkan semua keburukan saya pada abang, Ikhwan dan Acik. Saya dah lama tinggalkan benda tu. Saya nak berubah sebab tu saya kerja di syarikat DeSutera Sdn Bhd tu. Saya nak bertaubat tapi Ojie dah rosakkan semuanya! Saya tahu saya yang banyak bersalah pada dia. Tapi saya juga manusia! Ada hati dan perasaan!! Suara Salina dah mula tinggi.
Awak ingat awak sorang je ke ada hati dan perasaan! Koci menahan marah.
Saya faham kalau abang salahkan saya dalam hal ni. Dan saya minta maaf sebab selama ni saya berbohong tentang diri saya. Saya tipu abang tapi percayalah saya buat semua tu sebab saya cintakan abang dan saya ingin mulakan hidup baru! Salina dah teresak-esak.
Sanggup awak perangkap saya semata-mata nak mulakan hidup baru awak tu Koci dah semakin geram. Dah tak ada bahasa abang!
Jai gosok belakang Koci yang dah merah padam mukanya.
Saya terpaksa. Saya sedar, saya tak layak untuk Ikhwan. Itulah saja jalan yang saya boleh fikir untuk bersama abang. Salah ke Salina mendongak. Mata Koci dipandang tak berkelip.
Jadi betullah awak sengaja buat pengsan di depan rumah saya Suara Koci dah meninggi.
Salina mengangguk lemah.
Koci tepuk dahi. Dia pandang Jai dan Acik di sebelah yang turut geleng mendengar pengakuan Salina.
Macam mana pegawai agama tu boleh tahu tentang malam tu Koci masih tak puas hati.
Saya yang hubungi mereka sebelum tu.. Suara Salina dah tersekat-sekat.
Sekali lagi Koci geleng. Dia menekup muka.
Pasal kemalangan tu, awak pun sengaja potong brek kereta Ojie Koci dah jengilkan mata.
Ojie dah melampau! Dia tak pernah serik nak balas dendam pada saya. Sengaja nak dedahkan segala keburukan saya di saat
saya nak berubah baik. Saya kecewa sangat! Saya tahu dia akan dedahkan hal saya pada Ikhwan. Dia akan dedahkan
lagi semua dosa lampau saya! Apa saya tak berhak ke nak bertaubat hah Salina ketap bibir.
Jai terdiam. Nyata Salina dah nekad nak berubah. Mungkin Allah dah buka pintu hati Salina nak bertaubat tapi tak sangka pula Ojie bongkar semula keburukan Salina.
Tapi tindakan awak tu dah melampau! Awak tahu tak, selama ni Ojie hidup sengsara. Dia dibuang keluarga sendiri, hidup sebatang kara di KL ni. Bekerja siang malam nak tampung perbelanjaan di universiti. Dan sekarang ni, dia dah.. Koci tunduk. Air mata yang mula menitik disapu cepat-cepat.
Kocidahlah. Biar aku cakap dengan Salina tu.Acik ambil gagang telefon dari Koci.
Salina..untuk pengetahuan awak..Ojie dah meninggal dua minggu lepas. Puas hati awak kan Acik bersuara perlahan tapi ada getar.
Salina terbeliak. Dia menelan liur.
Dan untuk pengetahuan awak jugak, ayah dan mak awak dah buang awak dari hidup mereka. Mereka sendiri datang cari saya. Awak telah mengkhianati kepercayaan mereka. Selama ni mereka ingat awak anak yang baik. Itulah hukum karma. Apa yang berlaku pada Ojie telah terjadi pada awak. Acik rasa puas. Biar Salina tahu keadaan sebenar.
Salina tunduk sambil menangis teresak-esak.
Tak ada gunanya awak menangis. Menangis air mata darah sekalipun, tak akan dapat kembalikan semula apa yang telah pergi. Acik ketap bibir. Rasa nak bunuh je minah ni!
Acik..bak sini telefon tu. Jai pula mendekati ruang bercakap.
Salinaselagi ada umur, bertaubatlah pada Allah dengan sebenar-benar taubat. Allah maha pengampun. Masih ada masa untuk awak bertaubat. Di bulan mulia ni, eloklah awak buat amal dan bertaubat nasuha. Jangan tinggal solat. Saya doakan awak sentiasa dalam rahmat Allah dan mendapat petunjuk dari Nya. Berusahalah ke arah kebaikan. Niat awak tu memang baik tapi keadaan yang memaksa awak buat semua ni. Saya faham. Jai tenangkan Salina yang dah tersedu-sedu.
Ikhwan..saya malu dengan awak. Sebab saya dah kotorlah, saya cari jalan untuk putuskan pertunangan kita dulu. Saya cintakan Farid..terlalu cintakan dia. Saya faham kalau saya dihina macam ni.. Salina letak telefon. Dia berlalu pergi ke sel penjara semula.
Jai dan Acik saling berpandangan. Koci masih tunduk membisu. Mereka mula beredar dari situ. Sepanjang perjalanan pulang, tiada sepatah kata pun keluar dari mulut mereka. Senyap dan sepi.
TIBA di rumah, Acik pelawa Jai dan Koci berbuka puasa sekali di situ.
Ada satu jam lagi nak berbuka. Korang duduklah dulu. Aku nak jenguk Seri kejap. Acik senyum. Dia menapak ke tingkat atas.
ErrAcik, Seri macam mana Koci sempat tanya.
Dia macam tulah..masih tak ingat apa-apa.. Acik meneruskan langkah.
Koci tunduk sambil meraup muka.
Jai jeling Koci yang dah sugul. Bila tengok Koci macam tu, terasa aku pulak yang cemburu. Seri bekas tunang Koci dan aku sendiri. Siapa yang tak rasa sebak melihat keadaan Seri yang tak tahu apa-apa menjadi mangsa keadaan. Mangsa perbalahan antara Ojie dan Salina. Nyata Koci masih tidak dapat terima kenyataan.
Kocikau..masih sayang Seri Sengaja Jai tanya soalan tu.
Koci mendongak. Kenapa kau tanya macam tu
Tak ada ladia kan bekas tunang kau. Sekarang ni kau dah bercerai dengan Salina, mana tahu kau nak sambung semula apa yang telah putus.. Jai bersuara perlahan.
Jaiaku dan Seri dah tak ada apa-apa. Dia kan suka kau Koci jeling Jai yang dah merajuk.
Memang la..tapi Seri sekarang tak macam dulu. Dia tak ingat aku siapa. Peluang untuk aku memiliki dia dah tipis. Mana mungkin dia bernikah dengan orang yang dia tak kenal. Dia langsung tak kenal aku. Jai tunduk.
Jai..sabarlah. Aku pasti Seri tu akan pulih seperti sedia kala. Hanya waktu saja yang menentukan semua tu. Buat masa ni, aku tak nak fikir soal nikah. Aku dah serik. Aku nak cari diri aku yang sebenar. Mungkin semua ni terjadi ada hikmahnya. Selama ni aku abaikan nasihat kau. Aku tak kisah bersentuhan dengan perempuan. Aku buat sambil lewa je semua perkara tanpa peduli batas dan hukum walaupun tak sampai berzina.
Memang benarlah perempuan baik untuk lelaki yang baik dan perempuan jahat untuk lelaki yang jahat jugak. Aku sedar sekarang.. Koci mengeluh panjang.
Kocikau jangan hukum diri kau sampai macam tu sekali. Aku kenal kau dari dulu. Kau tak pernah nak rosakkan anak dara orang. Aku tahu, kau hanya nak berseronok saja. Pasal lelaki baik untuk perempuan baik tu, memang tak dinafikan ada disebut dalam Quran tapi kau kena ingat selagi kita mentaati Allah, kita berhak mendapat yang terbaik. Jai pegang bahu Koci yang dah tunduk memandang lantai.
Maksud kau
Jodoh seperti rezeki. Ia telah ditentukan tapi kita tak tahu apa yang Allah tentukan.Jadi kita kena berusaha mencari. Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya tapi kita kena ingat, Allah lebih tahu apa yang
baik untuk kita berbanding dengan kita sendiri. Sesiapa yang taat pada Allah dan tekad menjadi khalifah yang taat di bumi Allah ni, pasti tidak akan dikecewakanNya. Jadi, orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu"Jai pujuk Koci yang dah kecewa dengan kehidupan yang dilalui.
Entahlah Jai. Mungkin ini balasan Allah pada aku. Aku mainkan perasaan perempuan, tak pernah serius dan Allah balas, aku mendapat seorang isteri yang dah.. Koci tak dapat meneruskan kata. Dia menekup muka.
Dah lah tu. Yang berlalu tu biarlah berlalu. Yang penting sekarang ni, kau jadilah seorang lelaki yang baik dan beramal soleh. InsyaAllah, aku doakan kau mendapat seorang isteri yang solehah. Jai senyum.
Eh, dah balik Farid pun ada sekali!Datin Rubiha muncul dari dapur.
Err..ya makcik. Jai senyum. Koci turut senyum.
Mana Acik
Ada kat atas, temankan Seri. Tambah Jai.
OhFarid pun berbuka kat sini sajalah ya! Datin Rubiha ke dapur semula.
Acik dan Seri sudah menuruni anak tangga. Jai dan Koci masing-masing tak berkelip melihat Seri yang cantik dalam pakaian baju kurung biru laut dan tudung bawal putih. Kulit putih Seri dah berseri sedikit.
Errabangsiapa ni Seri pegang lengan Acik. Langkahnya terhenti.
Tu kawan abang. Mereka nak berbuka sekali dengan kita. Acik senyum. Matanya menala pula ke arah Jai dan Koci.
Jai, Koci, jomlah. Tak lama lagi ni nak berbuka! Acik mengajak Jai dan Koci ke dapur.
Hari tu, Jai dan Koci berbuka bersama keluarga Acik. Seri pula seperti orang yang baru kenal. Dia hanya senyum memandang Jai dan Koci, seperti malu-malu.
Abangsiapa nama kawan abang yang macam hero Hindustan tu Seri pandang Koci tak berkelip.
Acik pandang Jai dan kemudian beralih pula pada Koci. Dia menelan liur. Seri dah macam berminat dengan Koci.
Jai hanya tunduk dari tadi. Nasi dalam pinggan dikunyah perlahan. Seleranya dah terbantut.
Err..kenapa Ucu nak tahu Acik tergagap-gagap. Dia jeling Jai yang dah sugul. Cemburu la tu agaknya. Yalah..siapa yang tak cemburu, dari dulu Jai menunggu Seri. Sampai sekarang masih belum jadi milik sah Jai.
Boleh Ucu kenal Seri senyum.
Koci ternganga. Jai turut mendongak.
Datin Rubiha dan Datuk Kamaruddin turut terkedu mendengar kata-kata Seri.
Ucu nak kenal untuk apa Acik dah tak sedap hati.
Koci pulak dah rasa nasi di kerongkongnya tersekat. Dia cepat-cepat meneguk air.
Ucu nak kenal dia lebih dekat. Ucu macam pernah kenal dia dulu. Seri masih merenung Koci yang dah terbatuk-batuk.
Err..lelaki yang di sebelah tu, Ucu tak kenal Sengaja Acik aju soalan tu pada Seri.
Seri pandang Jai yang tunduk dari tadi. Lauk ikan merah asam pedas dalam pinggannya tidak diusik.
Siapa Seri menoleh semula ke arah Acik.
Dialah Jai. Orang yang Ucu sayang selama ni. Acik cuba ingatkan semula kisah cinta Seri.
Seri berkerut kening. Orang yang aku sayang Sejak bila aku ada boyfriend
Dah. Makan dulu. Lepas solat maghrib nanti, baru kita sembang lagi. Datuk Kamaruddin mencelah. Kalau dilayan Seri, memang tak akan pernah habis.
USAI solat maghrib, Jai mula minta diri. Dia jeling Koci yang turut bangun dari tikar sejadah.
Jai, kau nak balik dah ke Acik turut bangun.
Jai angguk. Dia jeling Seri yang manis dalam telekung. Alhamdulillah, Seri masih tunaikan solat walaupun ingatannya kadang kala terbabas.
Jai, Koci..aku minta maaf bagi pihak Seri pasal tadi. Aku faham perasaan korang berdua. Jaikau jangan ambil hati pulak dengan Seri. Seri tak ingat apa yang dia cakap. Acik beria pujuk Jai.
Aku faham..Jai bersalam dengan Acik dan Datuk Kamaruddin selepas berjemaah tadi. Koci pun sama.