Abstrak Cinta Aku & Dia - 54
BAB 54

HARI MINGGU.

Hari ini, untuk pertama kali Zack keluar dengan Zareen di luar hari dan waktu bekerja. Temu janji diatur di AEON Keramat. Irfan, anak Zareen turut ada sama. Kesempatan ini akan digunakan untuk cuba merapatkan diri dengan Irfan.

Sesekali, Zack memerhatikan Irfan. Irfan berjalan dengan memegang tangan Zareen dan sebelah tangannya lagi, menjinjing beg plastik berisi pensil warna dan buku lukisan. Menurut Zareen, Irfan memang suka melukis dan mewarna walaupun kadang-kadang, gambar yang dilukis entah apa-apa.

Irfan memang comel budaknya. Wajahnya seiras Zareen. Aktif dan petah ketika berbicara. Pada awal tatkala berjumpa, Irfan malu-malu. Sepatah yang ditanya, sepatah juga yang dijawab. Mungkin kerana masih baru lagi bertemu. Selepas setengah jam, barulah kemesraan itu wujud.

Pada pandangan Zack, Irfan anak manja namun masih mendengar kata. Tidaklah terlalu susah untuk dirapati. Melihat Irfan, teringat memori waktu kecil dahulu. Selepas ayah meninggal, hampir seluruh perhatian dan kasih sayang saudara-mara tumpah padanya.

Maklumlah, yatim dan baru kehilangan ayah. Mintalah apa saja, pasti dapat sehinggakan ibu merungut bahawa dia terlalu dimanjakan. Ibu tak mahu dia membesar menjadi seorang anak manja.

Sudah dua jam mereka menghabiskan masa di situ. Deretan kedai demi kedai dilewati. Zareen tidak berniat untuk membeli-belah, cuma mahu melayan kerenah anak tersayang. Dan juga, mahu menunaikan janjinya pada Zack agar diberikan peluang untuk kenal dengan Irfan.

Mamanak aiskrim.Irfan bersuara. Langkah terhenti di hadapan Baskin Robbins. Tangannya menunjuk ke arah kedai itu.

Tak payahlah, sayang. Tak elok makan aiskrim banyak sangat. Zareen menolak.

Aladengan mama selalu tak boleh. Dengan ayahboleh aje Irfan muncung.

Zareen pandang Zack seketika. Serba-salah apabila Irfan menyebut ayah.

Zack membalas dengan senyuman. Terasa Tidak sama sekali. Dia memahami bahawa Irfan memang rapat dengan Akmal. Dia kalah di situ namun persaingan baru saja bermula. Dia tak akan mengalah begitu saja hanya sebab Irfan menyebut perkataan ayah.

Ya, dia perlu berusaha lebih untuk mengambil hati Irfan.

Orang dulu-dulu kata, kalau nak memikat pujaan hati, kenalah pikat hati emak dan bapanya dahulu.

Tapi dalam kes ini, terbalik pula. Kalau nak memikat si pujaan hati, kenalah pikat hati anaknya dahulu. Kalau anaknya beri kelulusan, maka semakin cerahlah peluang.

Apa nak buat. Si pujaan hati berstatus ibu tunggal. Tapi tak kisahlah. Kalau sudah suka, lautan api pun sanggup direnangi kaedahnya. Inikan pula nak memikat hati budak empat tahun. Yakin boleh!

Irfan nak makan aiskrimSoal Zack.

Irfan angguk perlahan.

Zack pandang Zareen dan senyum lagi. Bukan mahu membodek tapi dalam hal ini, dia perlu bermain politik. Kunci kuasa terletak pada tangan Irfan. Oleh itu, Irfan perlu didahulukan.

Jom.Zack hulur tangan pada Irfan.

Irfan terkebil-kebil lalu memandang Zareen, mengharap persetujuan.

Okeylah.Akhirnya, Zareen memberikan persetujuan.

YeayIrfan sahut suka lantas memegang jari Zack untuk menuju ke Baskin Robbins.

Zareen geleng.

Kedai aiskrim Baskin Robbin dimasuki. Setelah memilih perisa aiskrim, Zareen menyuruh Zack dan Irfan mencari tempat duduk sementara dia membuat bayaran. Pada awalnya, Zack menawarkan diri untuk membayar namun Zareen menolak keras. Zack sudah membayar ketika makan tadi. Zack juga sudah membelikan Irfan beberapa buku dan pensil warna. Kali ini, biarlah dia yang mengeluarkan duit.

Jauh di sudut hati, Zareen tak mahu Zack terlalu berharap lantaran dia sendiri belum ada ketetapan.

Berbelah bahagi dalam menimbang tara arah tuju hidupnya selepas ini. Dia belum mampu untuk buat keputusan.

Zack dan Irfan yang sedang berbual dipandang dalam diam. Pandai Zack mengambil hati. Zareen mengeluh. Secara tiba-tiba, terbit rasa bersalah pada Akmal. Sungguh fikirannya kusut memikirkan perkara ini. Dia sayangkan Akmal kerana budi. Taburan jasa Akmal sekeluarga amat tak ternilai buat dia dan Irfan. Takkan terbalas walau dengan harta setinggi gunung. Apatah lagi, Irfan sayangkan Akmal seperti ayah sendiri. Tak sanggup rasanya mahu melukai hati seseorang yang telah banyak menabur bakti.

Dengan Zack pula, rasa itu hadir tanpa ada sebab, tanpa amaran. Singgah bertamu dalam hati sejak pertama kali bertemu. Berkali-kali dia cuba untuk mengelak. Berkali-kali juga cuba dibuang namun dia kalah dengan perasaan sendiri.

Kerana kalah dengan perasaan hati, kini dia di sini. Memenuhi permintaan Zack agar diberikan peluang dan masa. Entah sampai bila, dia tak tahu. Berapa lama Zack sanggup menunggu hingga dia buat keputusan

Antara cinta dan budi, yang mana satu patut di dahulukan

Puanpuan

Teguran pekerja Baskin Robbin itu menarik Zareen kembali kepada realiti. Satu senyuman diberikan dan kemudian, Zareen terus membuat bayaran. Aiskrim di capai dan Zareen melangkah menuju ke tempat duduk Zack dan Irfan.

Tatkala mereka dihampiri, kening Zareen terangkat melihat aktiviti Zack dan Irfan. Zack rupanya sedang melukis dengan tekun. Irfan pula sedang memandang Zack dengan teruja.

Unclemana pedang

PedangMana Spider-Man lawan pakai pedangKetawa kecil keluar dari mulut Zack.

Zareen turut tersenyum mendengar soalan itu. Dia melabuh duduk di sebelah Irfan.

Ada. Irfan tengok kat TV. Ada

Sekali lagi Zack ketawa. Itu superhero lain. Bukan Spider-Man

Adalah. Irfan tengok

YalahZack sekadar mengangguk, mengiyakan saja.

NahSetelah siap, Zack menghulurkan lukisan itu pada Irfan.

Wowterbaik.Puji Irfan.

Zack ketawa. Lucu mendengar nada Irfan menyebut Terbaik. Seperti watak kartun Boboiboy.

Unclenak gambar Upin & Ipin pulak Pinta Irfan.

Zack tersengih.

Irfan, sudah tu. Makan aiskrim ni. Sekejap laginak balik dah.Tegur Zareen.

Irfan senyap lalu terkebil-kebil memandang Zack.

Tak apa. Irfan habiskan aiskrim. Uncle lukis Kata Zack, mahu mengambil hati.

YeayIrfan sahut girang. Cawan aiskrim Baskin Robbins ditarik lalu sesudu aiskrim disua ke mulut. Matanya tak lepas dari memandang ke arah gambar yang sedang dilukis Zack.

Manja sangat.Zareen cubit pipi Irfan. Irfan ketawa mengelekek.

Zack jeling kedua-duanya dalam senyuman. Berbunga rasa hati.

Zareen. Panggil Zack.

Zareen mengangkat muka memandang Zack.

Terima kasih sebab sudi bagi saya peluang ni

Zareen senyum tawar. Jangan letak harapan tinggi, Zack. Saya tak berani nak janji apa-apa. Masa depan, kita tak tahu.

Saya faham. Tapi tak salah rasanya kalau saya berharap.Balas Zack. Kalau tiba masanya, awak buat keputusan..dan bukan saya yang awak pilihsaya terima.

Sekali lagi, Zareen senyum tawar.

AEON ditinggalkan tatkala waktu menghampiri Zohor. Zareen tak boleh berlama-lama di sini. Ibu bapanya akan datang dari Bahau. Mahu menjengah anak-anak di Kuala Lumpur sambil mengambil kesempatan makan angin. Sudah bersara, banyaklah masa terluang.

Tatkala keretanya diparkirkan berdekatan dengan rumah, kening Zareen berkerut. Kereta Proton Exora milik ayahnya tersadai kaku dalam perkarangan rumah. Di usia 65 tahun, kesihatan ayah masih baik malah mampu untuk memandu ke sana ke mari. Namun yang menjadi persoalan di sini, bukanlah kereta ayah mahupun kesihatannya. Semalam, ibu memaklumkan bahawa mereka akan bertolak selepas Zohor. Tapi kini, sebelum Zohor sudah sampai.

Sebuah lagi kereta menarik perhatiannya. Toyota Caldina biru. Hatinya kini penuh dengan tanda-tanya. Enjin kereta dimatikan.

Jom turun, sayang.Ajak Zareen.

Irfan menurut. Mereka berjalan seiring masuk ke dalam rumah.

Assalamualaikum.Zareen memberi salam tatkala berdiri di hadapan pintu masuk.

Waalaikummusalam.

Beberapa suara menjawab.

Tudah balik pun.Suara ibunya kedengaran.

Zareen masuk ke dalam. Wajah-wajah yang cukup dikenali muncul depan mata. Encik Hakim dan Puan Zarina, ibu dan ayahnya. Lebih mengejutkan lagi, kedua ibu bapa mertuanya, Encik Omar dan Puan Roziah turut ada. Dan pastinya, Akmal.

Ayah.Irfan pantas menerpa ke arah Akmal. Nampak benar keterujaannya apabila ternampak Akmal. Akmal terus dipeluk.

Manjanya dengan ayah dia.Tutur Puan Zarina sambil tersenyum.

Rasa terkejut sudah berkurangan. Zareen menghadiahkan senyuman buat tetamu yang datang. Ibu dan ayah, Encik Omar dan Puan Roziah. Matanya terpaku kepada Akmal yang kini sedang memangku Irfan. Pandangan bertaut lama. Kemudian, Zareen mengalihkan pandangan. Hatinya tak keruan apabila saling berenungan dengan Akmal.

Dah lama sampai keZareen bertanya ramah. Tangan dihulur untuk bersalam.

Baru aje sampai, Reen.Jawab Puan Zarina. Tangan Zareen disambut.

Satu ciuman Zareen hadiahkan buat ibu tersayang. Seterusnya. salam dihulur pada ayah dan Encik Omar. Tatkala tangan dihulur pada Puan Roziah, terus tubuhnya dipeluk erat.

Mak rindu sangat dengan kamu.Kata Puan Roziah, sebak.

Zareen menghembus nafas perlahan.

Reen pun rindu mak. Balas Zareen. Pelukan terlerai.

Mana Nani, mak Tak datang Soal Zareen.

Nani tak dapat cuti. Encik Omar menjawab bagi pihak isterinya.

Zareen mengangguk. Dia duduk sambil berbual-bual santai seketika sebelum meminta diri untuk ke dapur. Mahu membantu Zara menyiapkan air dan sedikit juadah alas perut.

DI dapur, Zareen melihat Zara sedang mengelamun sambil mengacau air dalam teko. Dia senyum sendiri.

Adik!Pinggang Zara dicuit.

Zara terjerit kuat kerana kegelian.

"Isk..akak ni. Orang tengah buat airlah.Zara membebel. Nyaris saja terlepas sudu di tangan kerana terkejut.

Dik. Kenapa adik tak cakap, emak dengan ayah sampai awal Pantas Zareen menyoal.

Adik pun tak tahu. Tiba-tiba aje mak dengan ayah sampai. Jawab Zara.

Zareen kerut kening.

Kenapa akak tak cakap, mertua akak pun nak datang Zara menyoal balas.

Akak pun tak tahu apa-apa.

Zareen dan Zara berpandangan. Tanda soal terlukis di wajah masing-masing.