LEGA. Segala-galanya berakhir dengan izin Allah. Dia lulus dengan baik walaupun tidak cemerlang. Belajar di institut itu banyak memberi pengalaman dan kenangan yang tak akan dia lupakan. Dengan kemahiran yang ada, impiannya kini semakin menjadi kenyataan. Malah Anis bangga kerana somtam yang diperkenalkan di institut itu mendapat pujian dari chef-chef di situ.
Anis..congrats! Aku bangga dengan kau! Tak sangka, resepi somtam kau tu berjaya menambat hati para juri masa exam hari tu. Liya memeluk Anis.
Pertandingan resepi asli dan kreativiti yang dianjurkan pihak institut itu ternyata membuahkan hasil. Ramai yang memuji somtamnya yang diubahsuai sedikit mengikut cita rasa orang tempatan. Anis bersyukur.
Alhamdulillah..kau pun sama. Anis turut memeluk Liya yang juga lulus dengan baik.
Okeylah! Kau dah siap kemas semua
Sudah! Tak sabar nak balik Malaysia! Aku rindu kat mak dan anak buah aku! Anis memeriksa semula barang dan baju yang telah dimuatkan dalam beg besar. Esok dia dan Liya akan bertolak pulang ke tanah air.
Jay macam mana Kau tak rindu ke Liya mengusik Anis. Pipi Anis mula kemerahan.
Adalah sikit-sikit. Tak boleh lebih-lebih. Dia belum jadi suami aku lagi. Anis senyum hambar. Wajahnya yang kemerahan cuba disorokkan.
Alah..malu pulak. Mana ada rindu sikit-sikit. Kalau dah rindu tu, tak ada sikit ke banyak ke! Liya ketawa.
Anis turut ketawa. Perasaan rindu itu hanya dia yang tahu. Dia sendiri tidak pasti adakah itu rindu atau hanya perasaan biasa saja. Semenjak akhir-akhir ini saja dia sering teringatkan Jay. Setiap kali teringatkan Jay, wajah Imran pula muncul. Ah! Bingung!
DI KLIA, Anis dan Liya berpisah di situ. Masing-masing menuju ke pangkuan keluarga. Anis sempat memeluk kawan yang dikenali hanya setahun di bumi Perancis. Rasa macam dah bertahun kenal. Liya memang peramah dan baik hati. Tidak sombong dengan tarafnya yang dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya.
Anis menapak laju ke tempat menunggu. Tak sabar bertemu orang kesayangan terutama ibu dan Aira. Dari jauh dia sudah melihat ibu, Razman dan anak buahnya Aira sudah melambai ke arahnya. Lambaian mereka dibalas dengan sebuah senyuman manis . Dia tiba-tiba kaku. Terasa lemah seluruh kaki melihat lelaki sebelah abang Razman dari jauh sudah tersenyum. Ah! Mimpi apa pula dia datang
Mak! Anis mula mendekati Puan Ainon dan memeluk erat tubuh tua itu. Lama mereka berdakapan.
AlhamdulillahAnis selamat sampai. Puan Ainon turut tersenyum. Ada titisan jernih mengalir di pipinya.
Ya mak! Alhamdulillah.. Anis menyapu air mata di pipi ibunya.
Makcu makin cantiklah! Aira pula memeluk dan merangkul pinggang Anis.
Anis mula duduk mencangkung. Kedua tapak tangannya menyentuh lembut pipi anak kecil itu yang sudah menginjak usia enam tahun.
Aira pun comel juga! Aira sudah sekolah
Aira hanya mengangguk. Wajahnya berubah ceria bila Anis mula mengeluarkan patung beruang besar dari dalam begnya.
Matanya beralih pada Razman dan lelaki itu. Kali ini kepulangannya tidak disambut Izara dan Sarah. Malah orang yang diharapkan dan bakal menjadi suaminya juga tidak kelihatan. Mengapa pula lelaki itu muncul tiba-tiba
Tahniah! Akhirnya cita-cita awak berjaya juga dicapai. Selepas ni..apa rancangan awak
Imran melemparkan senyuman manis.
Err..apa awak buat kat sini Anis tidak hiraukan pertanyaan Imran sebaliknya soalan Imran dibalas dengan soalan.
Salah ke saya datang Imran senyum lagi. Dia tahu Anis kini bukan lagi seperti Anis yang dulu.
Tak salah tapi.. Anis tunduk seketika.
Takkan suami sendiri pun tak boleh datang Imran renung mata bundar Anis.
Anis mendongak. Bermakna Imran belum menceraikannya.Kini sudah jelas segala-galanya.
Err..mana tunang abang Anis beralih pandang pada Razman. Dia biarkan pertanyaan Imran tidak berjawab.
Dia tak boleh datang. Dia hanya kirim salam. Esok abang akan kenalkan Anis dengan dia . Razman turut senyum. Matanya melirik pada Imran. Dia juga sebenarnya tidak mengerti dengan sikap lelaki itu terhadap Anis. Dulu, lelaki itulah yang dirasakan menjadi saingannya dalam memiliki hati Anis tapi kini ternyata dia silap menelah.
Oh..tak sabar nak kenal. Err..tak nak makan ke Dah lapar ni! Anis pegang perutnya yang mula berbunyi.
Semua yang ada di situ mula ketawa. Mereka faham benar dengan sikap Anis.
Marilah saya belanja. Nak makan apa Imran menawarkan diri.
Yeah!!! Aira nak makan KFC!! Aira pula melompat kegembiraan.
Hish! Tak malu la. Anis meletakkan jari telunjuknya pada mulut Aira.
Tak apa..saya ikhlas nak belanja. Jomlah! Imran segera mengambil beg Anis dan membawanya ke kereta.
Anis hanya memandang tingkah Imran yang dirasakan seperti pelik dan terlalu baik hati. Wajah kacukan itu direnung seketika. Apa mimpi Imran melayan keluarganya dengan sebegitu rupa Nak pujuk aku ke Kalaulah Jay yang berada di situ sekarang ini. Dia mula melihat sekeliling kalau-kalau kelibat Jay ada di situ. Hampa.
SELESAI menjamu selera, Imran mula minta diri untuk beredar setelah tawarannya untuk turut menghantar Anis ke rumah ditolak. Anis hanya memandang Imran berlalu pergi. Hatinya masih tertanya-tanya dengan sikap pelik Imran yang tiba-tiba baik terhadap keluarganya.
Abang tengok Imran tu macam dah angau Razman turut memandang keluar ke arah Imran yang mula hilang di celah-celah orang ramai.
Angau Huh! Kenapa baru sekarang Siapalah Anis ni bang. Anis tak sepadan dengan dia. Dia anak orang kaya. Ada syarikat sendiri.Lagipun dia dah tak percayakan Anis lagi. Jadi lebih baik Anis berpisah saja dengan dia. Setahun Anis di luar negara, tidak sekalipun dia bertanya khabar. Anis seboleh mungkin menidakkan perasaannya pada Imran.
Anis..Imran tu tetap suami Anis. Selagi dia tak lafazkan cerai, Anis tetap isteri dia yang sah. Kembalilah pada dia. Terima dia seadanya. Razman pula pujuk Anis.
Tapi Anis ada alasan kukuh. Anis mula bergenang air mata. Ingin saja dia bongkarkan semuanya tapi lidahnya kelu.
Anis..mak faham perasaan Anis. Mak rasa Anis terimalah kembali Imran. Dia telah banyak berkorban untuk Anis. Syaitan paling suka bila adanya perceraian. Puan Ainon yang diam dari tadi mula mencelah.
Berkorban Apa yang mak tahu pasal pengorbanan Anis yang banyak berkorban mak. Anis pandang ibunya yang nyata tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Matanya sudah berkaca. Tunggu masa untuk gugur.
Puan Ainon diam. Dia juga serba salah. Nak diluahkan, dia sudah berjanji dengan Imran.
Mak..maafkan Anis kerana meninggikan suara tadi. Anis dah ambil keputusan. Anis dah ada orang lain. Anis berterus terang.
Sengaja dia berkata begitu. Ingin buang jauh-jauh perasaannya pada Imran.
Oh ya Siapa Cepatnya cari pengganti. Jelas di wajah Razman ada riak teruja.
Jay. Dia pernah datang hantar Anis masa Anis nak berangkat ke Perancis dulu. Anis mengingatkan semula Jay kepada Razman.
Erryang pakai topi dan berkaca mata hitam tu ke
Anis angguk. Dia mula tunduk. Janganlah Razman banyak tanya pasal Jay. Dia sendiri tidak kenal sangat siapa Jay sebenarnya.
Anis mendongak semula.
Dah lama Anis kenal dia
Aduh! Dia dah mula tanya dah! Mati aku nak jawab. Anis mula resah. Dia menghabiskan air 100 plus yang hanya tinggal suku dalam gelas.
Err..boleh la. Oh ya! Bila Anis boleh kenal tunang abang Esok boleh Anis cepat-cepat mengubah topik perbualan.
InsyaAllah. Lepas kerja nanti, abang jemput dia makan malam di rumah. Mak dan ayah abang pun ada sama. Anis kena masak sedap-sedap tau! Kan Anis bakal jadi chef! Razman mula mengusik Anis.
Anis tak adalah pandai sangat. Sekadar masak resepi yang biasa-biasa tu boleh lah Anis merendah diri sambil tersenyum. Rupanya Razman sudah mengatur semuanya.
Makcu masak nasi lemak ek! Aira pula menyampuk.
Anis ketawa mendengar permintaan Aira yang sudah lama tidak merasa nasi lemak dari air tangannya.
Haah la Anismak baru perasan. Nanti bolehlah Anis masak untuk tetamu abang Razman. Mak dan ayah tunang dia pun ada sekali nanti. Puan Ainon sengih. Dia sebenarnya bangga dengan anak gadisnya itu. Bangga kerana Anis bersungguh dalam mencapai cita-citanya dalam bidang masakan. Lupa sebentar soal tadi.
InsyaAllah mak..tapi kalau tak sedap..jangan marah.. Anis mula bergurau. Senyumannya semakin lebar meniti di bibir.
ANIS mengemas pakaiannya yang dikeluarkan dari beg. Sekitar biliknya diperhati sebentar. Kemas dan bersih. Dia senyum.
Rindunya pada bilik itu yang sudah lama ditinggalkan. Ternyata ibunya begitu menjaga bilik yang dihuni sejak kecil itu. Nota usrah yang disimpan atas rak buku dicapai perlahan. Satu persatu mukasurat dibelek. Dia senyum sendiri. Tidak sangka Jay serius dengannya. Jay yang kini sudah kembali mengenal diri dan Allah atas asbab nota itu dan dengan izin Allah jua. Nafas dihela panjang.
Anis!
Nota usrah disimpan semula sebaik mendengar suara Puan Ainon memanggil namanya dari muka pintu.
Mak! Masuklah! Anis meluru ke muka pintu dan memeluk ibunya. Terasa rindunya sudah terubat.
Anis buat apa tadi
Mengemas mak. Anis senyum sambil berjalan beriring dengan Puan Ainon ke katil.
Hmm..banyak juga baju yang Anis bawa ya. Puan Ainon turut membantu Anis menyusun pakaian di dalam almari.
Ni..Anis ada belikan beg tangan untuk mak dan patung beruang untuk Aira. Anis menghulurkan sebuah kotak berwarna merah.
Cantiknya! Tapi..mak tak sesuailah pakai beg macam ni. Mak bukannya bekerja macam orang pejabat. Takkan mak nak bawa ke gerai pulak! Puan Ainon membelek-belek beg tangan kelabu jenama Gucci.
Mak ni..beg ni mak boleh bawa ke majlis orang kahwin. Anis sengih. Tersenyum mendengar kata-kata ibunya.
Oh! Ya tak ya jugak! Puan Ainon mula ketawa.
Malam nanti nak masak apa Keluarga abang Razman datang pukul berapa makAnis mula teringat kedatangan keluarga bekas abang iparnya.
Dia kata nak datang lepas isyak. Siap mengemas nanti, kita ke pasar beli apa yang patut. Puan Ainon mula bangun dan menuju ke ruang dapur.
Anis angguk. Tangannya semakin laju mengemas dan menyusun baju ke dalam almari. Sebuah kotak kecil berwarna hitam diambil dari celah poket beg.
Hmm..jam ni aku nak bagi masa dia datang ke rumah aku nanti. Anis mengukir senyum. Kotak itu diletak di atas meja belajar sebelah bingkai gambar.
PUAN AINON sibuk melayan tetamu sementara menunggu hidangan makan malam siap dihidangkan atas meja makan.
Kedatangan bekas besannya ke rumah amat dinantikan. Sudah lama dia tidak berbual mesra dengan kedua orang tua Razman.
Sebelah Razman, turut sama sepasang suami isteri yang pada hemahnya tentu orang tua tunang Razman. Pandangannya beralih pada seorang gadis yang sopan berjubah dan bertudung labuh.
Cantik tunang Man.. Puan Ainon memandang gadis manis itu tidak berkelip. Cantik dan sopan.
Razman tersipu malu. Dia jeling sekilas tunangnya di sebelah.
Err..ni mak dan ayah tunang saya. Puan Hasni dan Haji Zainuddin. Razman kenalkan bakal mak dan bapa mertuanya kepada Puan Ainon.
Mereka mula bersalam. Berbual mesra sementara menunggu Anis siapkan hidangan makan malam.
Oh ya..mana Anis Puan Bahiyah melihat sekitar ruang tamu. Kelibat Anis tidak kelihatan.
Dia ada kat dapur sedang siapkan makan malam. Puan Ainon senyum dan mula minta diri untuk menjenguk anak gadisnya.
ANIS pula masih sibuk di dapur menyusun pinggan di atas meja. Semua lauk pauk dihidang dengan penuh hiasan, diadaptasi dari apa yang pernah dipelajarinya dulu semasa di Lyon, Perancis. Lauk yang dihidang dihiasi ala restoran mewah. Daun salad yang berwarna warni diletak menghiasi pinggan. Lauk juga disusun cantik dalam pinggan.
Hmmbarulah ada style! Anis mula gelak sendiri. Terasa geli hati bila memuji diri sendiri.
Dah siap
Anis mendongak. Puan Ainon sudah tercegat di muka pintu dapur. Err..dah rasanya..
Kalau macam tu bolehlah mak panggil dia orang makan Puan Ainon mendekati meja makan. Pelbagai lauk yang menyelerakan. Dah macam kat restoran mewah. Cantik dihias.
Anis mengangguk sambil tersenyum. Dia betulkan tudung dan lengan baju kurungnya yang sengaja diselak semasa mencuci pinggan mangkuk tadi. Puan Ainon segera ke ruang tamu semula menjemput tetamu.
Hmm..apalah agaknya mereka kata nanti. Harap-harap semuanya okey.. Anis mula cemas. Itulah hidangan pertama yang disaji setelah setahun berhempas pulas belajar.
Anis berdiri di tepi sinki. Dia mula menggelabah. Lauk pauk di atas meja diperhati satu demi satu. Mana tahu kalau ada yang tertinggal. Pandangannya beralih pada muka pintu sebaik mendengar perbualan ibunya dengan keluarga abang Razman. Terkedu melihat gadis manis di sisi abang Razman.
Silakan! Sila duduk. Puan Ainon mempersilakan tetamu menjamu selera.
Anis masih tercegat di situ, memandang gadis itu tidak berkelip.
Anis..marilah makan sama. Razman mengajak Anis yang kelihatan tercengang di tepi singki.
Haah..buat apa tercegat kat situ lagi. Marilah makan sekali. Puan Ainon pula memandang Anis.
Tetamu mula mengambil tempat duduk masing-masing. Anis pula duduk di sebelah ibunya berhadapan dengan Razman. Matanya masih pada wajah gadis itu. Sejak di muka pintu dapur lagi, gadis itu seperti ingin menyorokkan wajahnya dari Anis.
Maafsaya macam kenal..awak ni Anis memandang tepat ke wajah gadis itu yang masih tunduk dari tadi.
Awak Zarina kan Anis menyambung bicara.
Razman mengalih pandang pada tunangnya dan beralih pula pada Anis. Anis kenal ke
Err..abangsebenarnya Anis ni teman serumah Ina dulu. Zarina yang tunduk dari tadi mula bersuara.
Ya ke Kecil betul dunia ni kan. Razman senyum.
Anis hanya senyum. Ternyata Zarina sudah berubah 360 darjah. Dari seorang yang suka pada pakaian seksi kini sudah berjubah dan bertudung labuh. Alhamdulillah.
Err..macam mana kau kenal abang Razman Anis mula berani mengorek rahsia.
Kami bertemu di awan biru.. Zarina senyum sambil menjeling Razman.Teringat perkenalannya dengan pemuda berkaca mata itu ketika dia bertugas sebagai pramugari.
Ya..kami sering bertemu. Kerja abang yang selalu kena terbang ke sana sini menyebabkan abang selalu berjumpa dengan Ina. Alhamdulillah, jodoh kami kuat. Razman mula bercerita kisah cintanya.
Ya Anis..abang Razmanlah yang telah menyedarkan aku dan membawa aku ke jalan yang diredhai Allah. Abang Razman tak jemu beri hadiah buku agama dan telekung serta tudung kepada aku untuk berubah. Alhamdulillah..Allah mendengar doa hambaNya.. Zarina menyeka air mata yang mula bergenang.
Alhamdulillah.. Anis turut bangga melihat perubahan Zarina malah lebih baik daripadanya.
Asyik berbual sajamakanlah! Dah sejuk lauk tu. Puan Ainon mula menyampuk.
Puan Bahiyah dan Haji Kamaruddin turut mengiakan kata-kata Puan Ainon.
Hmm..sedap Anis masak..somtam ni pun sedap. Ada kelainan sikit daripada dulu. Razman memuji-muji masakan Anis.
Alhamdulillah bangsomtam tu telah berjaya menarik minat para juri masa exam resepi asli dulu! Anis sengih. Malu untuk melontar kata-kata itu sebenarnya.
Oh ya Baguslah! Hmm..lauk-lauk ni nampak pelik sikit.. Puan Bahiyah turut mencelah.
Makcik..ni semua resepi masa saya belajar di sana. Ada ayam Marengo, Bouef Bourgignon dan pemanis, coklat mousse. Yang lain tu, resepi Anis sendiri.. Anis sengih. Tak sabar mendengar apa komen tetamu. Tulah pertama kali dia menyediakan makanan setelah setahun belajar.
Huih..pelik-pelik nama ni..nak tergeliat lidah nak menyebutnya semula. Haji Kamaruddin pula menyampuk.
Pakcik..dalam bahasa kita mudah je..tu lebih kurang ayam masak merah dan tomato, yang daging tu, kita panggil steak kat sini, ada sos lada hitam dan kentang lenyek. Namanya je lain, resepi lebih kurang je..Panjang lebar Anis menerangkan resepi masakannya.
Makcu! Cantik tak mama Aira Aira yang diam dari tadi turut mencelah.
Cantik! Sangat cantik! Anis peluk Aira yang duduk di sebelahnya. Aira begitu berselera menikmati udang masak mentega yang digoreng bersama cendawan shitake. Sempat dia menjeling Zarina yang tersipu malu.